|
awat la hang pa selalu biaq tergantung gini ipo.....
apa pulak Tok Merah tu dah buat kat Syakilla?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 31-12-2015 06:09 PM
Aku yang setia menadah telinga dari tadi sudah tidak sabar hendak mendengar jawapan dari nenek Azizah. Agak lama dia diam. Aku perhatikan wajah nenek dan mak, mereka berdua juga seperti aku. Resah menunggu kata-kata dari mulut nenek Azizah. Suri pula, sejak dia diberitahu yang dia dirasuk, dia sudah menjadi seorang yang pendiam. Dari seorang yang periang dan suka bergurau, sekarang ini bila ditanya sepatah, sepatah juga yang dijawab.
"Kubur anak aku tiada bertanda.."
Mendengar jawapan nenek Azizah, membuatkan aku semakin ingin tahu.
"Aku tak faham Zah..cuba kau bagitahu terang-terang.." Nenek semakin mendekati nenek Azizah.
"Aku tak percaya kau tak tahu semua ni.." Nenek Azizah menjeling ke arah nenek.
Nenek semakin berkerut dahi dan keningnya. Mungkin nenek pelik dengan kata-kata nenek Azizah. Aku masih ingat, nenek pernah beritahu tentang atuk semasa atuk nazak dulu, sebelum menghembuskan nafas terakhir. Atuk sempat beritahunya sesuatu tetapi sampai sekarang nenek tidak pernah beritahu aku dan mak tentang itu.
"Aku betul-betul tak faham Zah. Tok Merah ada mengaku sebelum dia meninggal dulu. Dia dah runtuhkan masjid yang hendak dibina dan pesannya pada aku supaya aku membina semula masjid itu melalui cucu kita." Nenek mula bersuara.
Oh..itu ke yang atuk beritahu nenek? Aku pula yang tidak puas hati. Aku pasti, nenek tahu lebih dari itu sebenarnya. Dia hanya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Bukan itu...kau sendiri tahu yang Tok Merah mengamalkan ilmu hitam. Selepas anak aku bersalin, dia hilang. Jenuh aku cari..hari, minggu, bulan, tahun,sampai sekarang. Aku masih tak tahu Mas Syakila tu kat mana. Kau faham tak perasaan aku??" Nada nenek Azizah kali ini sedikit keras. Bibir yang diketap kuat nampak bergetar menahan geram.
Nenek hanya menundukkan wajahnya. Selama ini dia tahu Mas Syakilla menghilangkan diri. Siapa yang tidak sedih jika anak sendiri hilang entah ke mana.
"Dalam tempoh tu, aku tak jemu cari anak aku. Aku jumpa semua perawat Islam..dan salah seorang beritahu aku, anak aku dibunuh!! Dan orang yang bertangungjawab membunuh Mas Syakilla ialah Tok Merah, suami kau!!"
Ping!!! Bunyi kaca pecah jatuh ke lantai. Mana yang berada di ruang tamu serentak menoleh ke arah bunyi kaca pecah. Berderai cawan pecah dengan air teh tumpah di lantai. Syakilla kaku di depan pintu ruang dapur menuju ke ruang tamu. Pucat mukanya. Bulat matanya memandang nenek Azizah.
"Nek.......a..apa nenek cakap?"
Jelas di telinga aku, suara terketar-ketar Syakilla bertanyakan pada nenek Azizah, dia masih kaku berdiri di situ. Serpihan kaca dari cawan yang pecah berselerakan di kakinya.
"Kau dah tahu sekarang Killa! Tak payah aku nak rahsiakan lagi!" Nenek Azizah mengetap bibir lagi.
"Kalau benar Tok Merah yang bunuh Mas Syakilla, tentu aku pun tahu pasal tu. Suami aku tak pernah berahsia dengan aku. Anak aku Hadi, dia bukan mati kerana kanser tapi disantau dan aku tahu siapa yang hantar santau tu. Kau nak balas balik atas apa yang terjadi pada Mas Syakilla kan? Kau ingat Tok Merah yang bunuh anak kau. Jadi kau santau Hadi. Sampai hati kau Zah.." Suara nenek bernada sebak.
"Huh..jadi, kau ingat aku yang santaukan Hadi?" Mencebik kali ini nenek Azizah.
"Aku kenal kau Zah. Aku tahu macam mana Tamim tu nikah dengan kau. Kau guna-gunakan dia kan?" Tempelak nenek pula.
Aku terkejut mendengar pengakuan nenek. Ah...sudah jadi kisah cinta tak kesampaian la pulak. Semakin berserabut jadinya.
" Aku bukan nak persoalkan jodoh yang sudah diatur Allah tapi Tamim tu tunang aku. Tiba-tiba dia nak minta putus..dan lepas tu nikah dengan kau.." Nenek sekali lagi membuka cerita lama.
"Jadi kau persoalkan takdir Allah?" Sinis nada nenek Azizah.
"Bukan macam tu. Dari apa yang terjadi dulu, tidak mustahil kau dendam dengan aku. Tambah lagi lepas Hadi dan Mas Syakilla putus. Apa yang aku tahu, kau tak pernah setuju dengan pertunangan Mas Syakilla dan Hadi. Tok Tamim saja yang beria nak eratkan persahabatannya dengan Tok Merah." Berterusan nenek membalas tanpa sempat nenek Azizah bersuara. Mungkin nenek ingin meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini.
"Jadi..apa tujuan kau nak teruskan jodoh Syakilla dengan Sham, cucu aku??" Balas nenek dengan nada sebak.
Aku dapat merasa yang nenek begitu jujur dan ikhlas ingin berdamai dan menyatukan keluarga yang sudah lama bermusuh tetapi nampaknya seperti tidak kesampaian. Aku juga pelik dengan apa yang aku dengar. Kalau nenek Azizah menuduh Tok Merah yang bunuh Mas Syakilla, kenapa dia nak aku bernikah dengan Syakilla? Apa tujuan dia sebenarnya?
"Mana bukti yang Tok Merah bunuh Mas Syakilla?" Aku beranikan diri bertanya. Tidak mungkin aku mengalah dalam hal ini. Kalau perkara ini tidak benar, itu fitnah namanya!
"Cincin tu...aku pasti cincin tu ada dengan korang!" Keras suara nenek Azizah.
"Nek..tak baik tuduh macam tu nek. Selama ni, kita tak tahu pun mana kubur mak. Kalau betul mak dibunuh, mesti dah lama Tok Merah kena tangkap nek." Syakilla menghampiri nenek Azizah.
"Kau diam Killa!! Kau tak tahu apa-apa dan kau pun sama saja! Sebab kaulah, anak aku hilang!! Sebab kaulah, anak aku menderita!!" Tempik nenek Azizah.
Terdiam Syakilla aku lihat. Syakilla sudah terjelepuk terduduk di atas tikar mengkuang. Mak cuba menenangkan Syakilla yang sudah menangis. Aku dan Suri saling berpandangan. Kini aku faham mengapa nenek Azizah begitu garang pada Syakilla dan tidak pernah menyayangi gadis itu.
"Zah!! Apa kau cakap ni?? Mengucap Zah! " Nenek mula meninggikan suara bila melihat nenek Azizah memarahi Syakilla.
"Suri ni, dia kena rasuk. Bukan orang lain yang rasuk dia, Mas Syakilla yang dah meresap masuk ke tubuh Suri ni." Nenek pertahankan juga akhirnya. "Bukan Mas Syakilla saja, suara Suri bertukar suara kau. Aku kenal sangat dengan suara kau Zah!"
Nenek Azizah mengangkat muka dan dengan senyuman sinis dia hanya memandang nenek. Dia kemudian tunduk sebelum mengangkat muka sekali lagi memandang tetamunya satu persatu. Akhir sekali matanya jatuh pada Syakilla.
"Killa...nenek dah buat keputusan. Nenek nak Killa nikah dengan Sham. Yam, aku nak lupa semua ni. Benda dah 20 tahun lebih berlaku. Sekarang, aku dah tak larat nak jaga Killa ni. Dah tua..tunggu masa saja. Kalau aku dah tak ada nanti, siapa yang nak jaga Killa. Aku harap Sham sudi bernikah dengan Killa. Lupakan hal dulu-dulu.." Nenek Azizah memaut lengan Syakilla dan mengukir senyuman manis.
Aku pandang nenek Azizah dengan riak cuak. Aku tahu, kata-kata nenek Azizah seperti tidak ikhlas. Seolah ada udang di sebalik batu. Tadi bukan main lagi nenek Azizah berkata dengan nada marah. Marahkan Tok Merah dan salahkan Tok Merah atas kehilangan Mas Syakilla. Sekarang ni, lain pula reaksinya.
"Ya mak, baiklah kita berdamai saja. Allah pun melarang hambaNya bermusuhan. Tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari pun sudah dikira berdosa. Buang yang keruh ambil yang jernih. Siah harap mak dan makcik bermaafan. Maafkan Tok Merah kalau dia ada buat silap dan saya maafkan sesiapa saja yang hantar santau pada abang Hadi dulu.."
Aku lihat mak mendekati nenek dan memaut lengan nenek Azizah dan diletakkan di atas tangan nenek. Cuba menjadi orang tengah. Suri pula dari tadi tidak bersuara. Pelik pula aku melihat keadaan Suri. Bimbang juga kalau Suri dirasuk lagi. Mata aku beralih pada Syakilla yang tunduk dari tadi. Tentu gadis itu sedang sarat memikirkan kata-kata nenek Azizah tadi. Cucu yang tidak disayangi. Entah kenapa hati aku mula menaruh kasihan pada dia.
"Maafkan aku Zah..maafkan Tok Merah. Kami dah banyak buat salah pada keluarga kau. Aku harap Mas Syakilla masih hidup..dan kembali kepada kau. Berdoa dan solat hajat Zah.."
Sebak pula aku rasa tatkala melihat nenek memeluk kawan baiknya dengan linangan air mata. Petang itu suasana hiba seketika. Sempat nenek Azizah membekalkan setandan pisang emas dan ubi keledek sebelum kami pulang. Sempat juga mak dan nenek memberi cincin tanda pada Syakilla. Kalau tak ada aral melintang, bulan depan aku akan dinikahkan dengan Syakilla. Aku pula yang terasa semua ini berlaku terlalu cepat. Tidak sempat aku kenal lebih dekat tentang Syakilla dan aku belum merungkai lagi misteri mimpi aku itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 31-12-2015 07:50 PM
BAB 9
JENUH aku berfikir tentang perbualan nenek dengan nenek Azizah minggu lepas. Dari riak muka nenek Azizah, aku merasakan yang dia tidak ikhlas memaafkan nenek. Yang paling aku tak boleh terima, dia tuduh atuk membunuh anak perempuannya. Balik saja dari rumah Syakilla minggu lepas, aku terus saja berdepan dengan nenek sekali lagi. Aku perlukan kepastian dan cerita yang sahih. Nenek juga seperti ingin melupakan kisah dulu. Segalanya masih berteka-teki. Masih samar-samar.
"Emm...Tok Pat cakap atuk ada perjanjian. Perjanjian apa ek?" Otak aku ligat berfikir. Skrin komputer di depan seolah tidak menarik perhatian aku kali ini. Nescafe 3 in 1 yang aku bancuh sudah tinggal separuh. Aku hirup perlahan, masih panas lagi.
"Weh! Berangan lagi ini len chai!"
"Gila kau Ameng!!" Habis tumpah minuman terkena seluar. Tisu atas meja aku capai dan lap cepat-cepat. Ameng sudah mengegek ketawakan aku.
"Tu la...kau fikir apa sampai nak tembus skrin pc kau tu?" Ameng melabuhkan punggung sebelah kerusi di tempat aku duduk.
"Banyak benda la..." Aku malas layan Ameng yang sudah tersengih-sengih dari tadi. Aku tahu, kalau bersembang dengan dia, mesti hal perempuan yang menjadi topik perbualan. Sudahlah aku ini jenis yang tidak melayan sangat perempuan walaupun ada yang cuba mendekati aku. Bukan jual mahal tetapi bukan sikap aku untuk bersikap 'playboy' atau 'bad boy' macam dalam drama sekarang ini.
"Eh..itu mimpi apa cerita?" Tiba-tiba Ameng bertanya.
Aku diam sebentar. Otak masih memikirkan hal yang ditanya Ameng tadi. Aku juga buntu memikirkannya. Selepas balik dari rumah nenek Azizah minggu lepas, sekali lagi aku bermimpi. Mimpi yang semakin membuat aku berteka teki. Mas Syakilla muncul di depan aku dan aku pula berada di sebuah tempat yang bukan rumah putih seperti dalam mimpi aku sebelum ini. Tempat itu seperti tempat yang buruk bangunannya. Seperti bangunan tinggal saja. Aku berpeluh mencari jalan keluar, sama seperti mimpi aku dulu. Sampai aku terpaksa menendang dinding semata-mata untuk menyelamatkan diri. Sedar saja, aku sudah terjatuh dari katil. Yang pasti ada cakaran di lengan aku.
"Weh...ini luka apa?" Ameng belek lengan aku.
Lengan baju aku yang aku singsing ke paras siku, segera aku labuhkan. "Tak ada apalah. Kena cakar kucing je.."
"Hello len chai, lu mana ada kucing? Atau kau usik awek tak? Aummm!!!" Ameng mengusik aku dengan gaya mengaum ingin mencakar lagak seekor kucing ingin menerkam mangsa.
"Tak lawaklah Meng. Aku mana ada awek. Kalau ada pun, aku tak macam kau...mengaum tak kira masa." Sindir aku, tersenyum Ameng di sebelah aku.
"Habis tu Syakilla tu?"
Aku mengeluh. Saat otak aku berserabut macam ni, dia pula sibuk nak bergurau tak kira masa. Malas aku hendak melayan lelaki cina ini. Aku tahu, dia hanya ingin bergurau. Itulah sikapnya di pejabat.
"Bulan depan ...kalau jadi, aku bernikah dengan dia.." Aku berkata malas. Antara dengar dengan tidak.
"Wah!! Kau lagi hebat la Sham! Aku ni yang berbelas awek pun, masih tak terfikir nak kahwin. Kau tu..tiba-tiba saja nak kahwin. Salute la sama lu!" Ameng mengangkat tangan ke dahinya.
"Ok, Meng. Dah nak pukul 5 ni. Aku ada hal nak jumpa kawan. Chow dulu!" Aku mengemas meja kerja dan capai kunci kereta. Malam nanti, aku dah janji bertemu Lan di sebuah restoran. Kebetulan esok hari minggu, bolehlah aku berborak sakan nanti.
KERETA aku letak di bawah pokok sebaik tiba di satu kawasan tempat letak kereta yang berhadapan dengan sebuah restoran makanan barat. Sudah seminggu aku melantak masakan kampung, kali ini tekak aku teringin merasa steak pula. Kebetulan aku pun sudah berjanji dengan Lan, Ajoi dan Sopi. Selesaim mengunci kereta, aku menapak ke arah restoran. Senyum lebar aku melihat kawan sekampung aku bertiga itu sudah pun ada di situ. Langkah aku percepatkan.
"Sorry guys, aku lambat sikit." Aku menarik kerusi dan terus saja duduk.
"Emm..ada apa kau nak jumpa ni?" Soal Lan. Macam biasa, sebatang rokok yang berasap ada di celah jarinya. Langsung dia tidak peduli tanda amaran tidak dibenarkan merokok.
"Ala..apa lagi. Mesti pasal Syakilla kan?" Sopi pula menjawab.
Aku agak terkejut mendengar kata-kata Sopi tetapi cepat-cepat aku mengukir senyum. Pada fikiran aku, tentu Lan yang bercerita tentang hal ini pada mereka berdua.
Aku mengangguk lemah. "Entahlah...aku masih mimpi lagi pasal perempuan tu.."
"Sham..kau tak tanya ke kat nenek kau pasal tu?"
Aku pandang Lan. Raut wajahnya menampakkan dia serius bertanya. "Dah...macam tulah. Kisah ni dari kisah nenek aku dan nenek Syakilla tu.."
"Owh! Lagenda tu!" Celah Ajoi.
"Aku harap tak ada apa yang buruk berlaku. Bulan depan, nenek aku nak aku nikah dengan Syakilla tu..."
"Habis kau setuju?" Sopi pula menyampuk.
Aku mengangguk lagi. Aku sendiri pun tak tahu hati aku sendiri. Terima Syakilla atas dasar simpati atau pun rasa cinta. Yang pasti, aku sudah mula merasa sayang pada gadis itu.
"Baguslah Sham. Aku tengok Syakilla tu...macam kesian pun ada. Nenek Azizah tu..garang bukan main lagi. Eloklah kau kahwin dengan dia."Lan turut mengangguk.
"Tapi aku dapat rasa yang nenek Azizah tu macam ada sesuatu yang dia masih tak puas hati. Minggu lepas, aku dan famili aku pergi ke rumah dia. Kami sembang pasal hal mimpi aku. Nenek Azizah tuduh atuk aku bunuh mak Syakilla...bla bla bla dan last sekali, dia minta maaf dengan kesimpulan, aku kena nikah dengan Syakilla bulan depan. Tak ke pelik bunyinya.." Aku mengeluh.
"Atuk kau bunuh mak Syakilla?" Cepat saja Lan bertanya.
"Itu yang nenek Azizah tu cakap la. Aku tak percaya. Mak Syakilla hilang pun, dia salahkan Syakilla penyebabnya. Macam tak boleh terima takdir.." Aku menyambung bicara.
"Emm...pelik. Eh, kau ada tanya tak nenek kau pasal apa yang Tok Pat cakap pasal perjanjian atuk kau tu?" Sopi pula bertanya.
Ajoi dan Lan serentak mengangguk, memandang aku dengan riak ingin tahu. Aku pula hampir terlupa tentang itu. Asyik mendengar perbualan nenek dengan nenek Azizah.
"Belum...tak sempat. Aku balik sekejap je kampung. Err..sekejap, telefon aku bunyi ni.." Aku menjawab panggilan. Nama Suri tertera di skrin telefon.
"Sham! Cepat balik! Suri kena rasuk lagi!!"
"Mak! Mak!!" Panggilan putus. Aku menghubungi semula nombor Suri. Tadi Tidak berjawab.
"Kenapa Sham?" Tanya Lan.
"Suri..dia kena rasuk. Mak aku suruh balik. Nilah yang aku nak beritahu korang ni. Suri dah banyak kali dirasuk." Aku bingkas dari tempat duduk.
"Weh..aku ikut!" Lan turut bangun. Puntung rokok yang masih bernyala ditenyeh di meja.
"Aku pun!" Ajoi juga turut bangun. Sopi pun ikut sekali.
|
|
|
|
|
|
|
|
ipo cuba habiskan citer ni..esok dah 1 Jan 2016kalau tak sempat...tunggu JUN la ya..
|
|
|
|
|
|
|
|
HAMPIR dua jam lebih memandu, akhirnya aku sampai di kampung. Bergegas aku meluru masuk ke dalam rumah. Dari halaman rumah lagi, aku mendengar suara Suri menjerit-jerit dengan suara mendengus. Ajoi, Sopi dan Lan turut sama mengikut aku.
"Mak!" Aku melihat mak sudah teresak-esak menangis. Apa yang membuatkan aku tergamam, di lantai ada titisan darah. "Mak, mana Suri??"
"Nenek dah ikat dia kat katil dalam bilik..." Mak mengajak aku masuk ke dalam bilik Suri.
Terkejut aku melihat keadaan Suri yang sudah berdarah. Kesan cakar di lengan yang masih melelehkan darah masih segar. Aku meluru ke arah nenek yang sedang membaca sesuatu. Terkumat kamit nenek membaca sambil berzikir.
"Nek...Suri macam mana?" Aku lihat Suri terbaring lemah dengan kaki dan tangan berikat di tiang katil. Perasaan aku kali ini bercampur baur. Sedih, marah, sebak semua ada.
Lan, Ajoi dan Sopi hanya berdiri di tepi katil. Bersedia untuk menolong sekiranya Suri mengamuk lagi. Aku pandang Suri yang seperti keletihan. Barangkali dia dirasuk kuat tadi semasa ketiadaan aku. Nenek masih meneruskan zikirnya. Mak pula mengusap rambut Suri yang sudah kusut masai.
"Mak..macam mana boleh berdarah macam ni?" Aku pegang lengan Suri yang sudah berdarah teruk.
"Entahlah Sham..masa mak habis solat Isyak tadi, mak dengar dia menyanyi sorang-sorang dalam bilik. Mak intai...Suri bercakap sorang-sorang...dia pandang mak macam nak bunuh. Mak lari panggil nenek...sampai kat rumah semula, lengannya dah dicakar-cakar sampai berdarah." Terang mak dengan esakan.
"Suri boleh solat tak mak?" Aku terpaksa tanya hal itu kerana aku tahu setiap kali Suri datang bulan, dia mudah dirasuk.
Mak mengangguk. "Sham...mak takut. Tadi masa mak nak masuk ke bilik Suri..mak nampak macam Mas Syakilla di penjuru dinding kat ruang tamu. Dia tenung mak..senyum macam sindir..."
"Apa? Kenapa kamu tak beritahu mak Siah?" Nenek yang dari tadi kumat kamit mulutnya, menyampuk perbualan aku dengan mak.
"Siah tak boleh keluar suara mak.."
Aku faham dengan perasaan mak kerana aku pun pernah ternampak Mas Syakilla bukan saja dalam mimpi tapi di rumah nenek pada malam aku menjemput nenek untuk makan malam. Aku lihat Sopi rapat dengan Lan dan Ajoi, liar matanya memerhati sekeliling. Aku senyum saja.
"Mak..dia pakai baju putih, selendang dan ada bunga melur kan?" Soal aku pada mak. Mak mengangguk. "Itulah yang Sham mimpi mak. Sham rasa, ada lagi benda belum selesai ni. Kalau tak, dia takkan kacau keluarga kita. Nih, Suri ni, dia dalam bahaya. Tengok habis dicakar tangan sendiri.."
"Habis, kita nak buat apa Sham?" Mak pegang tangan aku.
"Maafkan mak Siah...ayah kamu yang buat hal, Suri yang kena tempiasnya." Nenek tunduk. Air matanya dikesat dengan hujung jari.
Baru kini aku melihat nenek begitu sebak. Suri pula masih terbaring lemah dan bila-bila masa dia akan dirasuk lagi dan mengganas semula. "Nek..apa yang atuk dah buat pada mak Syakilla nek? Tolonglah nek...jangan sampai Suri yang jadi mangsa nanti.." Aku merayu pada nenek.
"Malam tadi...atuk kamu muncul. Dia beritahu nenek rahsia sebenar.." Nenek menjawab dengan suara tersekat-sekat.
Aku dan mak sabar menunggu bicara nenek. Ajoi, Sopi dan Lan pula sudah mula duduk bersila di tepi pintu. Masing-masing menunggu cerita selanjutnya dari nenek. Aku yang paling tidak sabar. Sudah banyak kali aku desak nenek untuk beritahu hal yang sebenar.
"Nenek tak sangka, sampai jauh tersesat atuk kamu mengamalkan ilmu hitam. Mas Syakilla sebenarnya sakit akibat tumpah darah yang banyak. Dia lari dari hospital. Atuk kamu yang tolong dia..tapi dengan niat tak baik. Mas Syakilla meninggal juga dan atuk kamu puja mayat Mas Syakilla..." Sekali lagi kata-kata nenek terhenti.
"Jadi...benarlah atuk yang bunuh?" Aku menelan liur. Bulat mata. Sungguh aku tak boleh hadam dengan cerita nenek kali ini. Seperti aku membaca sebuah cerita mistik.
"Dia puja semata-mata untuk memenuhi syarat ilmu hitamnya. Mas Syakilla anak sulung dan anak tunggal..dia beranak sulung." Nenek terhenti sekali lagi. Sambil mengesat air mata, nenek cuba mencari kekuatan untuk meneruskan bicara.
"Mak..jadi betullah ayah bunuh Mas Syakilla?" Mak pula mendesak.
Tiba-tiba lampu berkelip. Terang gelap terang gelap. Aku lihat Ajoi, Sopi dan Lan saling berhimpitan. Mak pula sudah rapat dengan nenek. Suri masih terikat di katil. Masing-masing diam tidak berkutik. Bunyi angin bertiup jelas di telinga. Aku cuba pasang telinga, tadi aku mendengar sayup-sayup suara perempuan menyanyi.
"Sham...perempuan tu datang lagi.." Mak terus pegang tangan aku sekuat hati.
Kali ini aku pasti kerana mak pun turut mendengar nyanyian tadi. Lan pula sudah beralih tempat dekat dengan katil Suri bersama Ajoi dan Sopi. Mungkin mereka juga turut mendengar suara perempuan menyanyi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suara itu semakin lama semakin jelas kedengaran di telinga. Mak semakin kuat memeluk lengan aku. Nenek pula kumat kamit membaca dan berzikir. Sejak dulu, nenek rajin beribadat, tidak seperti atuk. Sebaliknya pula dengan nenek Azizah, jika mengikut apa yang nenek bualkan minggu lepas, nampaknya nenek Azizah sama pe'elnya dengan atuk. Mengunakan ilmu sihir untuk kepentingan diri sendiri.
Angin di luar semakin kuat bertiup, jendela di ruang tamu terbuka luas. Walau aku sendiri yang merasa cuak dan takut tapi aku beranikan dan gagahkan juga untuk menghadapi semua itu. Masa Suri dirasuk dulu pun, aku boleh menanganinya. Hanya satu aku tekadkan dalam hati. Jin dan syaitan akan kalah dengan kekuasaan Allah. Berpegang pada keyakinan dalam diri. Semua itu permainan syaitan yang ingin menyesatkan manusia. Aku tak perlu gentar dan takut.
"Mak...jaga Suri. Sham nak tengok kat ruang tamu.." Aku lepaskan tangan mak dan menyuruh mak dekat dengan nenek. Aku perlu melaungkan azan sekuat yang boleh.
"Sham..hati-hati. Dia kuat..bila-bila masa dia boleh rasuk Suri semula.." Pesan mak melihatkan aku sudah menapak ke muka pintu bilik.
Aku mengangguk dan aku mengajak Ajoi, Sopi dan Lan sekali. Kalau apa-apa jadi, sekurang-kurangnya aku berempat dan boleh melawan. Tepat sangkaan aku. Mas Syakilla sudah terpacak di muka pintu rumah. Secepat itu juga, aku membaca manzil dan ayat yang aku ingat. Aku sedar, aku bukanlah alim dan tahu selok belok menentang syaitan dan jin.
"Sham..kau nampak apa?" Lan bertanya.
Aku berkerut kening. Rupanya Lan, Ajoi dan Sopi tidak nampak jelmaan Mas Syakilla di situ. "Kau dengar perempuan menyanyi tak?" Aku bertanya untuk kepastian.
Semua mengangguk tapi masing-masing melilau meliha sekitar ruang tamu seolah mencari arah suara nyanyian itu. Bagus! Kata hati aku. Kalau mereka nampak perempuan itu muncul di situ, aku rasa mahunya mereka bertempiaran lari tak cukup kaki! Aku cuba kuatkan semangat. Menghadapi saat genting seperti inilah yang membuatkan aku merasa ruginya aku selama ini mengabaikan ibadah dan sombongnya aku dengan pencipta. Bila sudah terkena batang hidung sendiri, barulah sedar betapa hebatnya kuasa Allah dan hebatnya mukjizat Al Quran. Barulah terhegeh-hegeh hendak belajar.
Belum sempat aku melangkah, tiba-tiba angin kuat menerpa masuk ke dalam rumah. Reda saja angin tadi, terkejut aku melihat susuk tubuh atuk sudah tercegat di ruang tamu, merenung tajam ke arah Mas Syakilla. Aku menelan liur. Pucat muka tak usah cerita. Pantas aku menoleh pada Lan, Sopi dan Ajoi. Pucat lesi muka masing-masing. Adakah mereka juga nampak atuk aku??
"Sham...tu...tu..siapa tu?" Lan menuding ke arah atuk aku yang masih mereung tajam pada Mas Syakilla.
Aku tidak hiraukan pertanyaan Lan. Mata aku tepat melihat atuk yang dari tadi tidak lepas memandang perempuan itu. Aku hanya memerhati saja kerana aku tahu, itu bukan atuk aku, itu adalah saka atuk! Apa yang aku tahu, masa atuk meninggal dulu, dia menjerit melolong panas. Hanya doa saja yang aku boleh sedekah pada atuk. Semoga atuk diampuni Allah.
"Kau datang untuk apa?" Tiba-tiba Mas Syakilla bersuara.
Atuk aku hanya ketawa berdekah-dekah. Aku yang melihat kejadian itu cuba menahan geram. Geram dengan sikap 'atuk' aku itu yang masih tidak sedar kesilapan sendiri. "Kau jangan kacau cucu aku!!"
Aku membaca lagi ayat manzil dengan penuh yakin. Kemungkinan besar, sebentar lagi akan ada pertarungan antara Mas Syakilla dan Atuk aku. Aku harus bersedia. Aku dan mereka berada di dunia berbeza. Tiba-tiba muka Atuk berubah bengis dan secepat kilat tangan atuk menghayun ke arah Mas Syakilla. Aku yang berdiri di tepi sofa hanya mampu membaca ayat suci al Quran.
"Aku datang nak tuntut hak aku!" Mas Syakilla bersuara keras.
Aku sekali lagi menelan liur. Kali ini perlahan wajah cantik Mas Syakilla berubah sebiji seperti dalam mimpi aku. Berkeping-keping, pecah dan ada air mata darah keluar menitis ke pipi pecahnya. Aku terdiam. Kaget.
"Pulangkan aku ke tempat aku!!" Jerit Mas Syakilla.
Atuk masih ketawa berdekah-dekah. Aku pula yang pucat melihat apa yang terbentang di depan mata. Sekali lagi lampu berkelip-kelip. Dalam keadaan terang gelap begitu, sukar untuk aku melihat jelmaan tadi.
"Aku akan hantar kau ke tempat kau dengan syarat..kau lepaskan cucu aku!!" Bergema suara atuk aku memecah segenap ruang rumah.
"Kau hancurkan hidup aku!"
Terkejut aku mendengar suara yang keluar dari kerongkon Mas syakilla. Suara yang menyerupai suara nenek Azizah. Kali ini aku pasti, nenek Azizahlah yang mulakan semua ini. Angin tiba-tiba bertiup kuat. Aku menahan mata yang agak pedih termasuk habuk. Kuat aku melaungkan azan. Habis saja angin yang seperti ribut itu, tiada lagi Mas Syakilla mahupun atuk. Melilau aku mencari kelibat mereka.
"Sham..apa dah jadi?" Ajoi merapati aku.
Aku lihat Ajoi seperti terpinga-pinga. Lan dan Sopi pula seperti baru terjaga dari tidur. Mata digenyeh berkali-kali. AKu tidak menjawab, sebaliknya aku meluru masuk ke bilik Suri. terkejut aku melihat mak dan nenek tertidur seperti nyenyak sungguh.
"Mak!! Mana Suri??"Aku goncang tubuh mak.
"Hah...Suri?" Mak genyeh mata. Dia meraba katil.
"Nek! Bangun nek!!" Aku kejut pula nenek yang terbaring di lantai.
Aku meluru keluar dari bilik dan terus ke halaman rumah. Mana tahu Suri sudah berlari keluar dari rumah. Sekeliling rumah aku mencari kelibat Suri. Sekuat hati aku memangggil nama Suri. Mak dan nenek turut mencari. Walau dalam ketakutan, Ajoi, Lan dan Sopi beranikan diri mengikut aku mencari sekitar rumah dan kawasan belukar di belakang rumah. Peluh menitik laju. Hampir setengah jam mencari, aku terpandang sesuatu.
"Ya Allah!!" Aku peluk tubuh Suri yang sudah tidak bermaya berada di perdu pokok Mengkudu. "Suri!!!!"
Laungan aku bergema kuat. Aku peluk tubuh longlai Suri dengan linangan air mata.
|
|
|
|
|
|
|
|
jumpa lagi...tak sempat nak habiskan...huhuu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila nk sambung?...
Kena tunggu Jun ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
lebih kurang tolak campur bahagi darab..macam tulah
kalau ada masa, nanti selit2 ruang yang ada...
jangan bimbang..akan sambung juga nanti...
|
|
|
|
|
|
|
|
alamakkkkkkkkkkk....nak kena tunggu Jun ke ni..
aiseh.....
cubalah selit ruang lapang tu ipo....sikit je lagi tu..
kan hari tu habaq sampai bab 10 ja kan?...haaa...satu bab ja lagi...
ada masa nanti, hang post...
mokcun tunggu nih...
apa jadi pada suri? hidup ke mati??
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo bila free sambunglah lagi... nk tunggu Jun lambat sgt la... |
|
|
|
|
|
|
|
sambunglah sikit lagi ipo.. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe....memang nak sambung Jun ikutkan hati..
banyak kerja la mokcun...
|
|
|
|
|
|
|
|
thank you reeny....suka juga ya citer seram gini...
ipo nak sambung ni...
dah penat buat report makmal...rasa nak menangis... .ipo lupa nak save..
|
|
|
|
|
|
|
|
hari ni sambung sikit...
sedih hari ni...penat taip report...lupa lak nak save..
so, ipo buang rasa sedih kat sini la kejap....
|
|
|
|
|
|
|
|
ok, nak sambung sikit ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
reen mmg suka baca citer seram..
adeehh!!! camner boleh lupa nk save pulak tu... penat la kalo ipo nk retype semula, nk ingt balik semua fakta... kalo reen mau stress jadinya...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|