CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladybird_

Elly Mazlein baru 'baby girl' tapi SAH kan bercerai tahun lalu

[Copy link]
Post time 14-3-2016 03:05 PM | Show all posts
Edited by murof at 14-3-2016 03:23 PM
green~tea replied at 11-3-2016 09:55 AM
Bukan sbb berduit sgt, tp sbb ada insuran cover... Tea beranak pun mmg request duk spital sbb nak  ...

Hospital Pantai KL pun lebih kurang mcm ni..
Ni masa anak 1st, wife ceaser..hari ke-3 Doktor bagitau dah boleh discharge tapi if nak sambung boleh lagi.
Last2 kami stay di Hospital sampai hari ke-10...
Kelas untuk bapa pun dia bagi, siap ajar cara mandi baby n siap2 kan baby..
Si ibu nye pula, mmg pakar laktasi tu ajar cara menyusu yang betul n cara handle penyusuan baby ...
Tapi Alhamdulillah, kos..company yang bayar...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2016 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ninnamina replied at 14-3-2016 01:55 PM
eh lg ramai yg berminat nak tau insurance beranak dr @green~tea heheh dr citer elly ni

AIA.. Hhahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 12:27 PM | Show all posts
rasanya insurans itu sendiri tak cover maternity....tp company yg cover.
so either company bayar terus kt hospital or company byr through insurans sbb insurans dah byrkan dulu dkt hospital...

klau insurans itself mmg takde cover maternity..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 03:18 PM | Show all posts
moga elly bertabah dan kuat mengahadapi dugaan ini
comel anaknya
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 03:54 PM | Show all posts
ber cinta punya lama, takdir tuhan, menikah sat saja
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 04:06 PM | Show all posts
tahniah elly sbb dpt baby
takziah elly sbb dah bercerai
moga elly tabah dlm membesarkan anak dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2016 08:56 AM | Show all posts
AHAD, 20 MAC 2016 @ 5:04 PM
Faye anggap gosip dirinya punca Elly bercerai mengarut Oleh Feride Hikmet Atak [email protected]


PELAKON, Faye Kusairi. - Foto Aziah Azmee


KUALA LUMPUR: Pelakon, Faye Kusairi menyifatkan dakwaan dirinya menjadi punca perceraian antara penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, dengan pengarah, Azmi Hatta, sebagai mengarut.

Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awg Kusairi, 29, berkata beliau terkilan apabila namanya terpalit sebagai pihak ketiga dalam kemelut hubungan dua selebriti terbabit sedangkan dirinya tidak begitu rapat dengan pasangan itu.

"Apabila membaca gosip berkenaan, saya faham masyarakat ingin tahu punca perpisahan Azmi dan Elly. Tetapi, adalah tidak adil apabila saya dipalit sama sebagai orang ketiga. "Ini fitnah dan saya berasa terluka dengan tuduhan tidak masuk akal itu. Begitupun, tidak perlulah saya melatah atau memberi komen panjang-lebar. Yang penting perceraian Azmi dan Elly berlaku bukan kerana saya.

Jika hendak diketahui puncanya, kenalah tanya mereka," katanya yang dihubungi BH Online. Menerusi laporan sebuah akhbar mingguan hari ini, Faye dikatakan menjalinkan hubungan dengan Azmi dan perkara itu dapat 'dihidu' oleh Elly.

Dalam pada itu, Faye juga didakwa bercerita kepada beberapa pekerja belakang tabir dengan mengatakan Azmi dan Elly kononnya sudah bercerai pada Disember lalu. Menurut laporan berkenaan, berikutan kejadian itu Elly tidak boleh memaafkan Azmi dan akibatnya, mereka memutuskan untuk bercerai.

Sementara itu, Faye berharap khabar angin seperti itu tidak akan diperkatakan lagi kerana ia secara tidak langsung menjejaskan nama baiknya. Perkara itu juga, menurutnya, membuatkan fikirannya terganggu, apatah lagi ketika ini beliau perlu memberikan fokus terhadap lakonan teater muzikal Hansel And Gretel, yang dipentaskan bermula hari ini sehingga Selasa depan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

"Ini teater pertama saya, justeru saya perlu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap persembahan ini. Apabila gosip ini muncul, ia membuatkan saya sedikit terganggu.

Perkara ini tidak betul, jadi saya ambil pendekatan untuk bertenang saja," ujarnya. Baru-baru ini, Elly tampil mengesahkan dirinya sudah pun bercerai dengan Azmi, tahun lalu.

Elly dan Azmi mendirikan rumah tangga pada 9 November 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan yang baru saja dilahirkan 10 Mac lalu
.






Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 21-3-2016 08:56 AM
AHAD, 20 MAC 2016 @ 5:04 PM
Faye anggap gosip dirinya punca Elly bercerai mengarut Ole ...

Aahhh. Ada terbaca yg ni semalam. Hurmm..dia ni pelakon baru yg belakon drama istikharah cinta. Mmg dah berhijab ke eh??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2016 09:24 AM | Show all posts

"Berat Ceraikan Elly Mazlein Ketika Hamil, Faye Kusairi Bukan Punca" - Azmi Hatta
[size=0.688em]Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 6:00 AM


[size=0.75em]Azmi anggap tuduhan Elly Mazlein kasar.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah drama Azmi Hatta menegaskan keruntuhan rumah tangga yang dibina bersama aktres Elly Mazlein bukanlah disebabkan orang ketiga iaitu pelakon Faye Kusairi.

Azmi, 40, berkata, tuduhan mengaitkan pelakon wanita itu adalah tidak berasas dan sangat tidak adil buat dirinya.

"Saya terkilan dengan tuduhan mengaitkan nama orang ketiga iaitu Faye Kusairi dalam hal rumah tangga kami, Faye tiada kena mengena dengan hubungan kami, apatah lagi sebagai punca perpisahan kami.

"Saya akui Faye pernah berlakon dengan saya tapi dalam masa penggambaran itu saya nikah dengan Elly.

"Adakah saya ini jenis lelaki yang teramat jahat permainkan perempuan lain dalam masa yang sama semua orang tahu saya sedang mendirikan rumah tangga? Saya ada akal yang waras untuk berfikir, " ujarnya.

Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan ruangan pojok akhbar mingguan bahawa perpisahannya dengan pelakon Elly Mazlein disebabkan orang ketiga iaitu Faye Kusairi.

Azmi berkata, dia juga menganggap kenyataan bekas isterinya itu yang menuduh dia cuba bermain kayu tiga sebagai terlalu kasar.

"Kenyataannya dalam akhbar hari ini (Ahad) terlalu kasar buat saya, adakah disebabkan saya lelaki membuatkan persepsi menjadi berat sebelah, apa salah saya dan orang tidak tahu perkara sebenar.

"Saya bertanya kepada Elly kenapa dia mahu kaitkan Faye yang tidak bersalah? Saya juga simpati dengan nasib Faye kerana menjadi bahan untuk menjatuhkan maruah saya," ujarnya
.

Sementara itu, mengulas tentang perpisahan yang terjadi, Azmi berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan rumah tangga tersebut tetapi gagal.



[size=0.98em]
[size=0.98em]Faye Kusairi bukan punca perpisahan  Elly Mazlein dan Azmi Hatta.
[size=0.98em]
Katanya, talak dijatuhkan dihadapan hakim di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 15 Oktober tahun lalu.

"Kami berpisah selepas mendapat khidmat nasihat beberapa pihak dan talak dijatuhkan di hadapan hakim ketika usia kandungan Elly berusia 10 bulan.

"Secara warasnya memang saya tidak mahu berpisah dan saya bukan lelaki yang kejam untuk ceraikan dia pada waktu dia sedang hamil. Namun jodoh itu kuasa Allah, tempoh edah yang ditetapkan bagi wanita hamil ialah hingga dia selamat bersalin.

"Dalam tempoh edah itu saya masih menjalankan tanggunjawab untuk menjaga dia dan kandungan dengan baik," ujarnya.

Azmi berkata, perpisahan yang berlaku pada usia perkahwinan yang belum setahun itu sangat berat untuk diterimanya.

Perjuangannya selama ini mempertahankan hubungan cinta dan melalui pelbagai pahit maung selama tempoh percintaan tidak mampu dipertahankan lagi.

"Saya ralat, begitu juga keluarga saya kerana tidak sempat pun sambut ulang tahun perkahwinan lagi kami sudah berpisah.

"Saya juga terkilan ramai pihak menunding jari kepada saya sebagai orang yang dipersalahkan dalam perpisahan ini. Hanya Allah yang lebih mengetahui tentang ini dan saya yakin berada di pihak yang benar," ujarnya.

Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 pada satu majlis yang diadakan di Surau As Sakinah, bersebelahan kubur ibu Elly di Puchong, dekat sini.

Elly selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.5 kilogram di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

[size=0.98em]***typo kah wartawan ngok ni usia kandungan 10bulan  mas dicerai, melahirkan anak 9 mac 2016

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 09:33 AM | Show all posts
typo dgn wartawan berpisah teda..btw bila mase pulak elly ckp faye tu punca penceraian depa..elly mmg ade reveal kah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Masing2 tak mengaku berskandel. Kalau tarak angin pokok tarak goyang
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
starcity replied at 21-3-2016 09:37 AM
Masing2 tak mengaku berskandel. Kalau tarak angin pokok tarak goyang

Padahal elly tu jauh lagi lawo dari faye yg muka tak seberapa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Xdak angin pokok x bergoyang
Kalo dah krew pun soksek2
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 09:49 AM | Show all posts
mohon elly tak meroyan dalam pantang
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 09:50 AM | Show all posts
bunting apakah 10 bulan? gajah? kerbau atau sewaktu dengan nya?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 05:21 PM | Show all posts
sha_n replied at 15-3-2016 12:27 PM
rasanya insurans itu sendiri tak cover maternity....tp company yg cover.
so either company bayar te ...

aah agaknye mcm petronas shell etc insurans company yg bayar.....xde makne nye ade maternity punye insurans...boleh bangkrup syarikat insurans..hahahaha....  AIA mmg dengan petronas kan..? ni name nye staff benefits..untung kerje company yg cover maternity punye kos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2016 05:32 PM | Show all posts
dulu elly caras azmi, napa nak marah kalu pompuan lain caras balik..
redha je sudah la..
apa pun, pening baca artikel azmi
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 21-3-2016 09:50 AM
bunting apakah 10 bulan? gajah? kerbau atau sewaktu dengan nya?

Ekceli mengandung mmg 10bln melayu iaitu 40w..yg 9bln 10hari tu doktor punye kire2..konsep die mengilut saintifik..1bln =4w2d camtu..tapi ikut melayu 40w tu ye 10bln..plg awal bersalin normal 36w..kalau setakat 41w pun ramai jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah atas kelahiran anak..
Takziah atas perceraian
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 05:04 AM | Show all posts
tunggu dan lihat jelah..jangan nafi sangat
esok lusa tak tau nak sorok muka kat mana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.261436 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list