|
SCORPION WOMEN IN TOUCH (SWiT) SERTAI 6TH UPM TWELVE COLLEGE TOUCH FOOTIE 2011
Dummy Half, Habibie Al Wanie bakal buat penampilan sulung bersama pasukan Scorpion SWiT di 6th UPM Twelve College Touch Footie 2011
PUTRAJAYA 26 Januari 2011 - PASUKAN RAGBI WANITA KELAB RAGBI SCORPION PUTRAJAYA yang dikenali sebagai SCORPION SWiT bakal beraksi di 6th UPM Twelve College Touch Footie 2011 pada 12 Februari 2011 di Padang Ragbi B Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.
Ketua Program Ragbi Sentuh Wanita Scorpion DR Zalina Abd Razak berkata pasukan ragbi wanita Putrajaya ini bakal membuat penampilan kali pertama di luar Putrajaya. Dua pasukan tersebut ialah RED SCORPION dan BLACK SCORPION.
DR Puteri Noor Liyana Zainal (kanan) berjaya membuat sentuhan ke atas Habibie (kiri)
"Kita tidak meletakkan sasaran yang tinggi bagi penampilan kali pertama di UPM Touch Footie ini namun kita amat mengambil serius kejohanan jemputan ini bagi menimba pengalaman untuk mengembangkan lagi permainan sukan ragbi sentuh dari kalangan remaja wanita di Putrajaya, " Ujar DR Zalina Abd Razak, Ketua Program Ragbi Sentuh Wanita Scorpion Putrajaya.
Paridah Ab Wahab (kiri) cuba melakukan sentuhan ke atas Khairul Bazlina (kanan)
"Para pemain kami adalah dari kalangan doktor wanita, jururawat wanita dari Hospital Putrajaya dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kita sudah berlatih bersungguh-sungguh dan bersedia untuk menghadapi kejohanan ini." DR Zalina Abd Razak.
Berita & gambar sepenuhnya di - http://www.sukandaily.com.my/v3. ... patan&Itemid=13 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SEPARUH AKHIR NOW EVERYONE CAN TRY PUTRAJAYA: JUARA BERTEMU JUARA ESOK
Pemain No. 8 sandaran Sikamat Gunners Junior, Abdullah Puteh (jersi merah)
PUTRAJAYA 8 Februari 2011 - ATM JLJ, Juara Inter Kor Tentera Darat Malaysia (TDM) 2011 bakal bertemu Sikamat Gunners Junior, Juara Now Everyone Can Try Putrajaya, esok (9 Februari 2011) jam 5 petang di Padang ATM JLJ Port Dickson Negeri Sembilan.
Perlawanan separuh akhir pertama ini yang menemukan juara antara juara dilihat sebagai antara perlawanan paling penting di Now Everyone Can Try Putrajaya musim ke-2 di mana pemenang perlawanan ini akan terus mara ke Final Now Everyone Can Try Putrajaya pada 20 Februari depan di Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya Putrajaya.
ATM JLJ telah muncul juara Kejohanan Inter Kor Tentera Darat Malaysia pada 3 Februari lalu setelah menewaskan pasukan dari Rejimen Askar Melayu. Sikamat Gunners Junior pula telah muncul sebagai Juara NEOCT musim pertama di Padang Pavilion Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya.
Perlawanan separuh akhir kedua akan menemukan RMAF Blackhawk Junior menentang ASAS Fighters, naib johan tahun lalu. Perlawanan ini akan berlangsung pada Ahad 13 Februari 2011 jam 5 petang di Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya Presint 5.
Berita & gambar sepenuhnya di - http://www.sukandaily.com.my/v3. ... patan&Itemid=13 |
|
|
|
|
|
|
|
PRINCE OF SONGKHLA RUGBY SEVENS - HATYAI OPEN: SCORPION PUTRAJAYA JUNIOR CAPAI MISI DI LUAR NEGARA
Pemain Scorpion Putrajaya Junior, Wan Mohd Fiq Jannah Abdullah berjersi hitam kuning (23) beraksi di pentas final menentang SUKMA Kedah; 17th Prince Of Songkhla Sevens Hatyai.
HATYAI THAILAND 9 Februari 2011 - Meskipun baru sebulan diwujudkan (8 Januari 2011), Scorpion Putrajaya Junior sudah mula menyengat apabila muncul Naib Juara Kategori Cup Bawah 21 Tahun di Kejohanan Ragbi Terbuka Prince Of Songkhla Hatyai pada 6 dan 7 Februari yang lalu.
Penampilan peringkat antarabangsa buat julungkali ini amat membanggakan setelah pada awalnya pihak pengurusan kelab hanya mensasarkan kategori Plate sebagai misi pilihan memandangkan pasukan Scorpion Putrajaya Junior masih baru dan muda. Batasan umur pemain yang rata-rata berumur 18 tahun menjadi faktor ukuran pada masa itu.
Namun ternyata pilihan tersebut tidak tepat dan sebaliknya berlaku.
Sebanyak 5 pasukan berentap di kategori Bawah 21 tahun iaitu SUKMA Kedah, Ao-Luk Pracasan School, MGT, Engineer PSU dan Scorpion Putrajaya Junior. Dalam saingan peringkat awal; Scorpion Putrajaya Junior berjaya menewaskan ketiga-tiga pasukan dari Thailand. Scorpion Putrajaya Junior berjaya menewaskan Ao-Lok Pracasan School (14-00); menewaskan Engineer PSU (36-07) dan menewaskan MGT (20-05).
Skuad U19 Scorpion Junior di Samila Beach Songkhla Hatyai
Dalam kejohanan ini hanya satu pasukan sahaja yang berjaya menghalang kemaraan Scorpion Junior iaitu pasukan berstatus negeri: SUKMA Kedah.
SUKMA Kedah telah membenam Scorpion Junior dengan 2 try tanpa balas dengan satu tendangan konversi yang disempurnakan. Keputusan Akhir SUKMA Kedah menewaskan Scorpion Putrajaya Junior (12-00).
Berita & gambar sepenuhnya di - http://www.sukandaily.com.my/v3. ... patan&Itemid=13 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
JADUAL PUSINGAN AKHIR KELAB ELIT NOW EVERYONE CAN TRY PUTRAJAYA SEASON 2
Pemain Royal Stern ketika aksi menentang Jenoba.
JADUAL PUSINGAN AKHIR NOW EVERYONE CAN TRY PUTRAJAYA SEASON 2
DIVISYEN ELIT (TOP 8 SUPER CLUB)
(RMAF Blackhawks Jr, ATM JLJ, Sikamat Gunners Jr, ASAS Fighters, Scorpion Putrajaya Jr, Royal Stern, Black Wings dan Jenoba)
Separuh Akhir CUP/PLATE ELIT
>> Padang ATM JLJ Port Dickson Negri Sembilan.
09 Feb 2011 17:00H ATM JLJ (17-08) S GUNNERS JR
>> Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya Presint 5.
13 Feb 2011 17:00H BLACKHWKS JR (58-18) ASAS FTRS
Separuh Akhir BOWL/SHIELD ELIT
>> Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya Presint 5.
13 Feb 2011 10:00H SCORPION JR (10-22) BLACK WINGS
13 Feb 2011 15:00H JENOBA (48-24) ROYAL STERN
AKHIR KATEGORI ELIT
>> Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya Presint 5.
20 Feb 2011 09:00H FINAL SHIELD
SCORPION JR VS ROYAL STERN
20 Feb 2011 10:30H FINAL BOWL
BLACKWINGS VS JENOBA
20 Feb 2011 15:00H FINAL PLATE
SIKAMAT GUNNERS JR VS ASAS FIGHTERS
20 Feb 2011 17:00H FINAL CUP (GRAND FINALE)
RMAF BLACKHAWKS JR VS ATM JLJ
20 Feb 2011 18:30H MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
Berita & gambar sepenuhnya di - http://www.sukandaily.com.my/v3. ... patan&Itemid=13 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
JADUAL PUSINGAN AKHIR KELAB PERDANA NOW EVERYONE CAN TRY PUTRAJAYA SEASON 2
Aksi Raccoon RC (kuning) ketika turun menentang pasukan MIAT Falcons (merah). MIAT Falcons menewaskan Raccoon RC (21-08)
JADUALPUSINGAN AKHIR NOW EVERYONE CAN TRY PUTRAJAYA SEASON 2
DIVISYEN PERDANA (DIVISYEN 1)
(Kajang RC, MIAT Falcons, Raccoon RC dan Cyberjaya University College of Medical Science)
Separuh Akhir CUP/PLATE PERDANA
>> Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya Presint 5.
12 Feb 2011 15:00H KAJANG RC (79-05) CUCMS
12 Feb 2011 17:00H MIAT FALCONS (43-07) RACCOON RC
AKHIR KATEGORI PERDANA
>> Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya Presint 5.
19 Feb 2011 15:00H FINAL PLATE
CUCMS VS RACCOON RC
19 Feb 2011 17:00H FINAL CUP
KAJANG RC VS MIAT FALCONS
Berita & gambar sepenuhnya di - http://www.sukandaily.com.my/v3. ... ytempatan&Itemid=13 |
|
|
|
|
|
|
|
RM 2000 MENANTI JUARA LIGA RAGBI PUTRAJAYA: RMAF BLACKHAWKS JR BERTEMU ATM JLJ DI GRAND FINALE
Aksi pemain Prop RMAF Blackhawks Jr (tengah) ketika menentang ASAS Fighters. RMAF Blackhawks Jr tewaskan ASAS Fighters (59-18)
PUTRAJAYA. 16 Februari 2011 - HUJUNG MINGGU ini akan menyaksikan aksi-aksi hebat pemain-pemain ragbi dari 12 kelab bertarungan bagi merebut gelaran juara edisi kedua Now Everyone Can Try (NEOCT) Putrajaya. NEOCT adalah sebuah program pencarian bakat ragbi bercorak liga 15 sepasukan Putrajaya oleh Persatuan Ragbi Putrajaya (PRP). Ianya telah diperkenalkan sejak 27 Mac 2010 setelah diilhamkan oleh saudara Khairul Ariffin Ahmad Tajuddin, penggiat ragbi Putrajaya.
Tujuan program ini dilaksanakan ialah untuk mencungkil bakat-bakat ragbi dari kalangan ahli gabungan dan ahli bersekutu PRP dan mereka ini akan diketengahkan untuk menghadapi Kejohanan Ragbi Kebangsaan Piala Agong 2011.
Now Everyone Can Try musim ke-2 telah mengalami perubahan melalui inovasi bagi menampung penambahan pasukan-pasukan gergasi ragbi tanahair yang turut berminat untuk bersekutu dibawah payung Persatuan Ragbi Putrajaya. Pasukan-pasukan yang baru didalam liga ini antaranya ialah RMAF Blackhawks Junior, ATM JLJ, Royal Stern, Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS) dan Kelab Ragbi Kajang.
Juara Divisyen Elit (TOP 8 SUPER CLUB) akan membawa pulang hadiah wang tunai RM 2000, medal dan Piala Pusingan Now Everyone Can Try Putrajaya.
Juara Divisyen Perdana (Divisyen 1) akan membawa pulang hadiah wang tunai RM 1000 dan medal.
Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya dipilih sebagai venue rasmi acara kemuncak Liga Ragbi Putrajaya. Perlawanan akan berlangsung terus menerus selama dua hari iaitu 19 dan 20 Februari 2011. Ianya menjanjikan kepuasan kepada semua penonton dan peserta. Orang ramai di Putrajaya dijemput hadir dan tidak melepaskan peluang ini.
Berita & gambar sepenuhnya di - http://www.sukandaily.com.my/v3. ... patan&Itemid=13 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ATM JLJ DINOBAT JUARA LIGA RAGBI PUTRAJAYA MUSIM KE-2 NOW EVERYONE CAN TRY PUTRAJAYA
Written by Sufiani
(Duduk dari kiri) Setiausaha PRP Azlan Syah Adam (Putih), Pengarah Pertandingan KRM Mejar Khalid Hamzah TUDM (kelabu), KSU Kementerian Wilayah Persekutuan @ Presiden PRP Datuk Hj Ahmad Phesal Hj Talib (Merah), Pengarah Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya Datuk Abdul Ghani Ahmad(biru)
PUTRAJAYA, 21 Februari 2011 – LIGA RAGBI PUTRAJAYA Now Everyone Can Try Putrajaya edisi ke-2 capai kemuncak acara dalam satu perlawanan akhir yang amat hebat semalam. ATM JLJ dinobat juara Divisyen Elit (TOP 8 Super Club Putrajaya) di Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya Presint 5 di sini setelah berhempas pulas untuk menundukkan pasukan RMAF Blackhawk Junior.
Kedua-dua pasukan gergasi ini memperlihatkan kebolehan yang amat meyakinkan. Aksi serang menyerang mewarnai permainan selama 80 minit.
Datuk Hj Ahmad Phesal bin Hj Talib (merah), KSU Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Presiden Persatuan Ragbi Putrajaya semasa upacara penyampaian hadiah diiringi Sheikh Mohd Amin Abdullah (putih), Pengarah Now Everyone Can Try musim ke-2.
Separuh masa pertama; ATM JLJ menggunakan sepenuhnya kebijaksanaan bekas pemain kebangsaan, Azuwar Hassan di posisi center untuk memungut bersih 13 mata awal melalui satu try minit ke-12’, dua tendangan penalti pada minit ke 34’ dan minit ke-38’ serta berjaya menyempurnakan satu tendangan konversi pada minit ke-16’.
RMAF Blackhawks Junior telah melakukan 6 percubaan untuk merobek kubu ATM JLJ namun usaha tersebut berjaya dipatahkan oleh pasukan dari tentera darat tersebut. Pada minit ke-40’, RMAF Blackhawks Junior mendapat satu peluang penalti dan berjaya disempurnakan oleh pemain full back, Azizan Abdul. Separuh masa kedua; ATM JLJ terus rakus membuat serangan dan berjaya melakukan tiga lagi try pada minit ke-43’, minit ke-52’ dan minit ke-70’ masing-masing oleh pemain full back Shafee Burhanalis, pemain no. 8 Muhammad Jamirullah Sazali dan pemain center Victor Galikin. Dua tendangan konversi turut berjaya disempurnakan oleh ATM JLJ.
RMAF Blackhawks Junior terus cuba mendapatkan peluang mata dan pada minit ke-48’, winger Redzuan Mohd Sharif berjaya melakukan try pertama RMAF Blackhawks Junior melalui satu percubaan larian solo yang amat berani. Redzuan Mohd Sharif berjaya melakukan try sekali lagi pada minit ke-59’. Pemain full back Azizan Abdul menyempurnakan tendangan konversi pada minit ke-60’.
Pengadil Firdaus Sani Shaari yang dibantu oleh dua AR (Assistant Referee); Saudara Ali Tahar dan Raja Saiful Malik Raja Aznan meniup wisel penamat pada minit ke-80’ dan menobatkan ATM JLJ sebagai juara baru Now Everyone Can Try Putrajaya, menewaskan RMAF Blackhawks Junior (32-15).
Dalam saingan Divisyen Perdana: Kelab Ragbi Kajang telah dinobat sebagai juara Divisyen Satu setelah menumpaskan MIAT Falcons 34-00. Pada tahun hadapan, Kelab Ragbi Kajang akan bertanding di Divisyen Elit Top 8 Super Club Putrajaya.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Hj Ahmad Phesal bin Hj Talib. Turut hadir ialah Pengarah Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya Datuk Abdul Ghani bin Ahmad, Pengarah Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia Mejar Khalid bin Hamzah TUDM dan Pengerusi Persatuan Ragbi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Leftenan Kolonel Zulkifli bin Omar TUDM.
ATM JLJ membawa pulang hadiah wang tunai RM 2000.00 bersama Piala Pusingan Now Everyone Can Try Putrajaya dan medal iringan. Kelab Ragbi Kajang pula membawa pulang hadiah tunai RM 1000.00.
Now Everyone Can Try Putrajaya telah dijayakan dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Perbadanan Putrajaya, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Majlis Sukan Putrajaya, JPA3, Hospital Putrajaya, Gilbert South East Asia, Kuckreja Sdn Bhd dan Sukandaily.com.
Keputusan Akhir Liga Ragbi Putrajaya 2011
DIVISYEN ELIT (TOP 8 SUPER CLUB)
Final CUP Elit (Rank 1-2)
ATM JLJ vs RMAF Blackhawks Junior (32-15)
Final PLATE Elit (Rank 3-4)
Sikamat Gunners Junior vs ASAS Fighters (48-05)
Final BOWL Elit (Rank 5-6)
JENOBA vs Black Wings (39-08)
Final SHIELD Elit (Rank 7-8)
Scorpion Putrajaya Junior vs Royal Stern (36-05)
DIVISYEN PERDANA (DIV 1 CLUB)
Final CUP Perdana (Rank 9-10)
Kelab Ragbi Kajang vs MIAT Falcons (34-00)
Final PLATE Perdana (Rank 11-12)
Kelab Ragbi Raccoon vs CUCMS (85-00) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Foto: ATM JLJ DINOBAT JUARA LIGA RAGBI PUTRAJAYA MUSIM KE-2 NOW EVERYONE CAN TRY PUTRAJAYA
(Duduk dari kiri) Setiausaha PRP Azlan Syah Adam (Putih), Pengarah Pertandingan KRM Mejar Khalid Hamzah TUDM (kelabu), KSU Kementerian Wilayah Persekutuan @ Presiden PRP Datuk Hj Ahmad Phesal Hj Talib (Merah), Pengarah Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya Datuk Abdul Ghani Ahmad(biru)
Datuk Hj Ahmad Phesal bin Hj Talib (merah), KSU Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Presiden Persatuan Ragbi Putrajaya semasa upacara penyampaian hadiah diiringi Sheikh Mohd Amin Abdullah (putih), Pengarah Now Everyone Can Try musim ke-2. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia Rugby: Foreign legion to make comeback
AFTER being frozen out of Malaysian Rugby Union (MRU) tournaments last year, foreign players will make a comeback at the inaugural Guiness-MRU Super 10s at the Royal Selangor Club Sports Annexe, Bukit Kiara this weekend.
The tournament, which will feature 12 teams for the inaugural edition, allows competing clubs to enlist three foreign players for the event but can only field two at a time.
The event features elite clubs from each state in the country including Armed Forces and Police. However, clubs from Terengganu, Kelantan, Perlis and Sabah will not be competing as they were unable to prepare a team for the tournament due to player unavailability and financial constraint.
Tournament director Major Khalid Hamzah said the event was intended to complete the format of events the union has throughout the year in addition to providing a platform for imports to compete in.
"MRU already has the National Sevens and the Agong's Cup which is a 15s tournament so we decided to add a 10s tournament for variety," said Khalid.
"Local clubs have employed a number of foreign players to aid in local player development and since we disallowed the use of imports in the Agong's Cup and National Sevens last year, they have not had a chance to play competitively."
Khalid said that compared to the rugby sevens format, the inclusion of two foreign players does not hinder local players chances of competing and excelling in the tournament.
"Two players out of ten really does not make much of a difference as the other eight local players still need to be of good quality for a team to be able to do well.
"The inclusion of foreign players also serves as a first point of contact for local players to get used to coming up against physically bigger opponents who they will have to face in international tournaments," added Khalid.
Teams competing -- Group A: Cobra (Sel), Police Bersatu (Royal Malaysian Police), Sahoca (Ked), Keris Conlay (Sel).
Group B: NS Wanderers, Scorpion Rugby Club (Putrajaya), Puo Panthers (Prk), Bandaraya Dragon (KL).
Group C: ATM A (Malaysian Armed Forces), Kuching Polytechnic (Swk), Johor Panthers,RMP Pahang (Pahang).
Credit: http://www.nst.com.my/nst/articles/49jfasdf/Article/
Kalendar & Venue map: http://www.sukandaily.com.my/v3. ... b10194d957c9a75f52a |
|
|
|
|
|
|
|
MRU SUPER 10s RUGBY 2011
Mejor Khalid Hamzah RMAF, MRU Director of Tournament
LOCATION: RSC BUKIT KIARA ANNEXE
DATE: 26 & 27 FEBRUARI 2011
THE TEAMS :
Cobra - SELANGOR
Keris Conlay - SELANGOR
NS Wanderers - NEGERI SEMBILAN
Sahoca - KEDAH
Bandaraya Dragon - K LUMPUR
Polis Bersatu - PDRM
RMP Pahang - PAHANG
PUO Panthers - PERAK
ATM 'A' - ATM
Johor Panthers - JOHOR
Scorpion Putrajaya - PUTRAJAYA
Politeknik Kuching - SARAWAK
*Note - Kelantan, Sabah, Melaka and Terengganu did not participate.
GROUPING:
Group A
Cobra, Polis Bersatu, Sahoca and Keris Conlay.
Group B
NS Wanderers, Scorpion Putrajaya, PUO Panthers and Bandaraya Dragon.
Group C
ATM 'A', Politeknik Kuching, Johor Panthers and RMP Pahang.
Credit: http://www.sukandaily.com.my/v3. ... patan&Itemid=13 |
|
|
|
|
|
|
|
ZERO TO HERO: KELAB RAGBI KAJANG MARA KE DIVISYEN ELIT NOW EVERYONE CAN TRY PUTRAJAYA MUSIM DEPAN
Presiden Kelab Ragbi Kajang, Sheikh Mohd Amin Abdullah (kuning). Kelab Ragbi Kajang Juara Divisyen Perdana Liga Ragbi Putrajaya Now Everyone Can Try
PUTRAJAYA, 23 Februari 2011 - Kejayaan Sheikh Mohd Amin Abdullah, Presiden Kelab Ragbi Kajang (Kajang RC) membawa pasukannya ke kemuncak Divisyen Perdana (Div. Satu) pada Sabtu lalu patut menjadi contoh kepada kelab-kelab yang baru bertapak di arena ragbi tempatan.
Kajang RC telah menjadi ahli gabungan kepada Persatuan Ragbi Putrajaya (PRP) sejak tahun lalu namun atas faktor yang tidak dapat dielakkan kelab ini hanya hadir sebagai sukarelawan; urusetia, kepengadilan serta menjayakan edisi pertama Now Everyone Can Try 2010.
Dana berjaya dikumpulkan melalui kejohanan Kajang X yang dianjurkan oleh mereka akhir tahun lalu telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk membeli jersi. Pihak pengurusan kelab tanpa mengira penat lelah mengumpul pemain-pemain sekitar Kajang dan membentuk sebuah pasukan yang mantap menjelang Liga Ragbi Putrajaya.
Berkat kesabaran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh ahli kelab Kajang RC, pasukan ini telah muncul johan Cup Kelab Perdana Now Everyone Can Try Putrajaya. Kajang RC berjaya menewaskan MIAT Falcons (29-00) di saingan akhir tersebut.
Kapten Kelab Ragbi Kajang Mohd Shahrul Nizam (merah) menerima replika daripada Encik Kasim Hamzah (belang biru), Timbalan Presiden Persatuan Ragbi Putrajaya.
Berita selanjutnya: http://www.sukandaily.com.my/v3. ... patan&Itemid=13 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak tumpang tanya skit... anak lelaki saya pemain rugby sentuh skolah beliau (sek rendah)... baru djh 6... mmbr2 ada yg kata bahaya la... nak tanya pendapat, yang pakar rugby kat sini la, memandangkan anak saya tgh rancak latihan untuk perlawanan bulan depan... |
|
|
|
|
|
|
|
tq guys sebab sentiasa update.! |
|
|
|
|
|
|
|
nak tumpang tanya skit... anak lelaki saya pemain rugby sentuh skolah beliau (sek rendah)... baru djh 6... mmbr2 ada yg kata bahaya la... nak tanya pendapat, yang pakar rugby kat sini la, memandangkan anak saya tgh rancak latihan untuk perlawanan bulan depan...
afdlizan Post at 22-3-2011 16:06
saya ni bukan la pakar ragbi....cuma dah main permainan ni dari form 2 lagi...
so untuk menjawap soalan samada bahaya atau tak.....jawapan dia tak tentu...kenapa saya cakap mcm tu sebab bagi saya setiap game especially yang byk melibatkan physical contact....sudah tentu ada risk...sama seperti game2 lain mcm bola sepak, hoki dan lain2 lagi...
sekurang2 anak awak mendapat pendedahan yang betul, i mean bermula dari sekolah rendah dan ianya hanyalah ragbi sentuh di mana dalam game ragbi sentuh ni tiada tackle dibenarkan... ini memang rules dia for beginners...
nanti kalau dia continue main di peringkat sekolah menengah, baru la dia didedahkan dengan ragbi yang biasa tu..
so tu la serba sedikit yang saya boleh bagi pendapat kat sini...
by the way, anak awak main untuk team mana yer..? kalau tak silap Bintang Rugby Club ada buat tournament dan development untuk team ragbi kanak2 ni...ragbi sentuh la... |
|
|
|
|
|
|
|
PUTRAJAYA: DESTINASI RAGBI |
Written by Sufiani | Foto 1: Laluan Utama ke Presint 5 Putrajaya. Foto 2: Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya. Foto 3: Imej menunjukkan kedudukan PICC. WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA (Putrajaya) amat terkenal dengan keunikan senibina jambatan-jambatan, senibina bangunan-bangunan, senibina masjid-masjid dan keindahan seni lanskap perbandarannya. Kini Putrajaya akan terus berkembang menjadi salah satu destinasi popular sukan ragbi di Malaysia. Kewujudan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang moden dan jauh dari kesibukan waktu puncak menjadi daya tarikan penting sebagai satu destinasi sukan yang dinantikan setelah sekian lama oleh para peminat sukan lasak ini. Persatuan Ragbi Putrajaya (PRP) di bawah kelolaan Yang Berbahagia Datuk Hj Ahmad Pheisal bin Hj Talib, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) dengan usaha berterusan Perbadanan Putrajaya, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) dan Majlis Sukan Putrajaya (MSP) sudah boleh memperkemaskan kalendar sukan ragbi wilayahnya kerana sudah memiliki venue ragbi yang khusus untuk sukan tersebut di bawah Program Rumah Sukan Ragbi Wilayah Persekutuan. Destinasi ini bakal menarik sekurang-kurangnya 10 000 pengunjung termasuk krew media massa dari dalam mahu pun luar negara pada tahun ini. Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya terletak di Presint 5, bersebelahan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), berhadapan dengan Hotel Pullman dan Pusat Maritim Putrajaya. Bagi pengunjung yang ingin ke sana, ikuti arah papan tanda menuju ke PICC dan Hotel Pullman. Padang ragbi berada pada jarak kurang lebih 500 meter hingga 700 meter dari kedudukan PICC dan Hotel Pullman. Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya telah mula digunakan pada 9 Januari 2011 dan menampilkan 12 kelab naungan PRP berentap merebut kejuaraan Liga Ragbi Putrajaya 'Now Everyone Can Try Putrajaya Season 2'. Mulai 26 Mac ini, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) telah memilih Putrajaya untuk menjadi venue perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir Kejohanan Ragbi 15 Sepasukan Antara Kelab Kebangsaan (National Inter Club Championship-NICC).
Foto 4: Bangku tempat duduk penonton. Foro 5 : Parkir kenderaan yang mencukupi. Foto 6: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya - PICC. Foto 7: Panorama indah Tasik Putrajaya dari Presint 5. Foto 8: Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya di Presint 5. |
|
|
|
|
|
|
|
|
NICC 2011: KEMUNCAK KEJOHANAN RAGBI ANTARA KELAB KEBANGSAAN DI PUTRAJAYA |
Written by Sufiani | Aksi Final Plate Kelab Elite Liga Ragbi Putrajaya, Sikamat Gunners Jr menentang ASAS Fighters di Padang Presint 5 Putrajaya PUTRAJAYA, 18 Mac 2011 - KESATUAN RAGBI MALAYSIA (KRM) buat pertama kalinya memberi penghormatan kepada Persatuan Ragbi Putrajaya (PRP) dengan mengadakan perlawanan Separuh Akhir dan Grand Final NICC di Padang Presint 5 Putrajaya. Kejohanan yang bakal bermula minggu hadapan merupakan kejohanan antara yang paling berprestij anjuran KRM di mana juara-juara liga dari 8 affiliate KRM akan bersaing mengejar dua ranking teratas NICC dan bakal melayakkan diri ke KRM Liga Super 2011. " Kami akan mempersiapkan venue sebaik mungkin bagi menghadapi kejohanan kebangsaan ini (NICC) dan kehadiran kelab-kelab Juara ke destinasi ragbi 'Bandaraya Ceria Putrajaya' amatlah kami alu-alukan." Ujar Sufiani Johari, Pengarah Lembaga Pertandingan PRP. Jadual Perlawanan NICC 2011: KALAH MATI. SUKU AKHIR NICC - 26 Mac 2011 (Sabtu) (1) Selangor, UiTM Shah Alam, 4.30pm MUAR MUSKETEERS vs SAHOCA
(2) Putrajaya, Padang Ragbi Presint 5, 4.30pm ATM JLJ vs MCOBA
(3) Seremban, SMS Tuanku Munawir, 4.40pm ATM SIKAMAT GUNNERS vs ATM ORCA
(4) Ipoh, Padang 23 RAMD, 4.30pm POLITEKNIK MERLIMAU vs ATM 23 RAMD
SEPARUH AKHIR NICC - 31 Mac 2011 (Khamis) Putrajaya, Padang Ragbi Presint 5. (5) Menang 1 vs Menang 2 (6) Menang 3 vs Menang 4
AKHIR NICC - 3 April 2011 (Ahad) Putrajaya, Padang Ragbi Presint 5. (7) Menang 5 vs Menang 6 |
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by taban98 at 24-3-2011 14:47
KEJOHANAN RAGBI ANTARA KELAB KEBANGSAAN (NICC) BERMULA 26 MAC 2011 |
Written by Sufiani | Presiden Persatuan Ragbi Putrajaya, Datuk Hj Ahmad Pheisal Hj Talib (merah) ATM JLJ (Junior KJLJD) muncul Juara Cup Divisyen Elite Liga Ragbi Putrajaya 2011 'Now Everyone Can Try Putrajaya'. Duduk di tengah dari kiri; Azlan Syah Adam , SU PRP (putih) , Mejar Khalid Hamzah TUDM , Pengarah Pertandingan KRM (kelabu), Datuk Hj Ahmad Pheisal Hj Talib , KSU Kementerian Wilayah Persekutuan (merah) dan Datuk Abdul Ghani Ahmad , Pengarah Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya (biru).
PUTRAJAYA, 18 Mac 2011- KEJOHANAN RAGBI ANTARA KELAB KEBANGSAAN (National Inter Club Championship - NICC) akan bermula 26 Mac 2011. Minggu lalu, lapan (8) Ahli Gabungan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) melalui setiausaha persatuan negeri telah membuat pengesahan penyertaan ke Urusetia KRM dan menamakan juara liga negeri/wilayah masing-masing untuk berentap di NICC 2011.
Menurut Setiausaha Agong KRM saudara Nabil Hj Ahmad Marzuki memberitahu Sukandaily bahawa bagi kejohanan tahun ini, pasukan JUARA dan NAIB JUARA NICC akan terus layak ke saingan KRM Liga Super yang akan bermula seminggu selepas tamat NICC. NICC pada tahun ini bakal menggunakan format Kalah Mati. " Saya meminta agar pasukan-pasukan mengambil perhatian di mana Juara dan Naib Juara NICC pada tahun ini akan terus layak ke saingan KRM Liga Super pada 9 April 2011" ujar Nabil Hj Ahmad Marzuki. Ahli Gabungan KRM yang mengesahkan penyertaan kelab juara liga mereka ialah; Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, ATM, Melaka dan Perak. 1. Johor - MUAR MUSKETEERS 2. Kedah - SAHOCA 3. K Lumpur - MCOBA 4. Putrajaya - ATM JLJ 5. N Sembilan - ATM SIKAMAT GUNNERS 6. ATM - ATM ORCA 7. Melaka - POLITEKNIK MERLIMAU 8. Perak - ATM 23 RAMD
Enam (6) pasukan KRM Liga Super yang menunggu ialah; NS Wanderers, Keris Conlay, Cobra, ATM Army, ASAS RC dan Bandaraya Dragons. Juara dan Naib Juara NICC 2011 akan mengisi kedudukan tempat ke-7 dan ke-8. |
|
|
|
|
|
|
|
|
PSA JUARA KEJOHANAN RAGBI KOLEJ MARA BANTING 10's |
Written by Sufiani | Politeknik Shah Alam (PSA) muncul juara sulung Kejohanan Ragbi Kolej Mara Banting 10's edisi pertama. Kapten PSA menjulang piala dan hadiah tunai sambil disaksikan Pengarah Lembaga Pertandingan Persatuan Ragbi Putrajaya, Sufiani Johari (putih).
Banting, SELANGOR, 6 Mac 2011 - MESKIPUN MEREKA KALI PERTAMA mencuba untuk menganjurkan kejohanan ragbi 10 sepasukan, Kolej Mara Banting (KMB) sudah boleh berbangga di atas kejayaan mereka menganjurkan satu kejohanan yang begitu hebat dan penuh dengan aksi-aksi yang amat mencabar dari 16 pasukan bawah 21 tahun yang dijemput. Kejohanan KMB 10's (U21) berlangsung dengan lancar sejak Sabtu, 5 Mac 2011 dan kemuncaknya berjaya menyaksikan satu pertemuan 'buku dengan ruas'; pertemuan paling sengit di antara Politeknik Shah Alam (PSA) menentang MIAT Falcons di perlawanan akhir Kategori Cup.
Juara, Politeknik Shah Alam
Separuh masa pertama, PSA terlebih dahulu membuat asakan bertubi-tubi. Peluang keemasan muncul di minit ke-9' apabila kealpaan barisan forward MIAT Falcons digunakan sepenuhnya oleh Tajul Syafik Ghazali dari PSA . Tajul berjaya mendapatkan bola dari kedudukan ruck PSA di garisan 5 meter pihak lawan lalu meluru laju pada sudut yang amat sukar dan membuat jatuhan try pertama buat PSA. Separuh masa kedua, MIAT Falcons cuba bangkit dengan menukar corak permainan yang lebih pantas namun percubaan-percubaan Falcons tidak membuahkan hasil. PSA yang sedang mendahului dengan 5 mata di hadapan terus garang mengejar untuk mata tambahan. Peluang kedua muncul buta PSA pada minit ke-16' setelah pemain flyhalf PSA, Abdul Razak berjaya membuat larian jarak dekat dan membolosi pertahanan MIAT Falcons. Abdul Razak berjaya menambah 7 mata melalui satu jatuhan try dan tendangan konversi yang sempurna. PSA berjaya menewaskan MIAT Falcons (12-0). Bagi Kategori Plate, UiTM Puncak Alam menewaskan KTT Panthera (5-0) dan Kajang RC muncul johan kategori Bowl setelah menewaskan MMU Vipers (24-0). Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Lembaga Pertandingan Persatuan Ragbi Putrajaya, (PRP), Sufiani Johari. Majlis turut dihadiri oleh pegawai pengelola kejohanan ragbi Kolej Mara Banting 10's , Mohd Amir Nordin, Presiden KMB Grizzlies, Mohd Arif Aizuddin Ab. Manap dan Pengarah Lembaga Pengadil PRP Firdaus Sani Shaari. Kejohanan KMB 10's telah dianjurkan oleh Kelab Ragbi KMB Grizzlies dan mendapat kerjasama dari Persatuan Ragbi Putrajaya (PRP), Gilbert South East Asia, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Lembaga Pengadil PRP, Kelab Ragbi Scorpion Putrajaya dan Al Malik Catering AMC Sdn Bhd. Kejohanan selama dua hari ini berjaya menarik minat beberapa pasukan baru yang pertama kali ditubuhkan iaitu INTEC, UiTM Puncak Alam dan KTT Panthera RC. Pasukan lain yang turut bertanding ialah KMB Grizzlies, MMU Vipers, KPM Beranang, PSA,GMI, MIAT B, Kajang RC, Kolej Mara Seremban, Teras Jernang RC, Nottingham Knights, MIAT A, UM Blues RC dan Politeknik Banting.
Sumber : http://www.sukandaily.com.my/v3.1/index.php?option=com_content&view=article&id=62:psa-juara-kejohanan-ragbi-kolej-mara-banting-10s&catid=1:berita-sukandailytempatan&Itemid=13 |
|
|
|
|
|
|
|
|
HONG KONG SEVENS: MALAYSIA BERAKSI 25, 26 & 27 MAC 2011 |
Written by Sufiani | Mohamad Nazreen Fitri Nasrudin dipanggil sekali lagi menggalas tugas negara KUALA LUMPUR, 1 Mac 2011 - CATHAY PACIFIC/CREDIT SUISSE HONG KONG SEVENS 2011 akan berlangsung selama tiga hari, 25 hingga 27 Mac 2011 bertempat di Stadium Hong Kong yang menyediakan 40 000 tempat duduk. Malaysia tidak ketinggalan untuk beraksi di kejohanan ragbi bertaraf dunia siri tujuh sepasukan pada tahun ini. Jadual perlawanan pusingan melibatkan Malaysia adalah seperti berikut: 25 Mac 2011 (17:14H) Fiji vs Malaysia 26 Mac 2011 (11:14H) Kenya vs Malaysia 26 Mac 2011 (15:38H) Russia vs Malaysia 27 Mac 2011 - Pusingan kalah mati.
Senarai pemain dan pegawai yang di panggil bagi persiapan ke Hong Kong Sevens 2011 oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM):1. Boon Hoon Chee - Jurulatih 2. Wan Ibrahim Wan Chik - Pengurus 3. Dinesvaran Krishnan - Kedah 4. Nik Safuan Ismade Nik Man - Kuala Lumpur 5. Mohd Syahir Ashraf Rosli - Kelantan 6. Mohd Khairol Azhar Md Noor- Kelantan 7. Mohd Saizul Hafiz Md Noor - Kelantan 8. Mohd Saizul Hafifi Md Noor - Kelantan 9. Mohd Nazreen Fitri Nasrudin - Kelantan 10. Mohd Hafeez Faesal A. Aziz -Terengganu 11. Zulkiflee Azmi - Kelantan 12. Ainol Fizy Ruslan - Negeri Sembilan 13. Nazri Ahmad - Negeri Sembilan 14. Zulkawai Md Jusoh - Kelantan 15.Mohd Rozaimi Rozan - Johor 16. Mohd Izwan Abu Bakar - Johor 17. Isoa Turuva - Selangor 18. Kini Rasolosolo - Selangor 19. Nacani Seniu - Sabah 20. Viliame Veto Tuinivanya - Sabah 21. Timoci Nakacula - Putrajaya 22. Mohd Fairuz Abd Rahman - Kedah
sumber : http://www.sukandaily.com.my/v3.1/index.php?option=com_content&view=article&id=61:malaysia-beraksi-26-a-27-mac-2011-di-hong-kong-sevens&catid=1:berita-sukandailytempatan&Itemid=13 |
|
|
|
|
|
|
|
| |
|