|
Rahsia jutawan muda Oleh Zul Husni Abdul Hamid
[email protected] 
TOMOK sangat akrab dan manja dengan ibunya.
| Tomok simpan segala kesukaran ketika mula bertapak dengan kumpulan New Boyz daripada ibunya, Siti Fatimah Harun
SINARmatanya yang redup pada pertemuan petang Rabu lalu menterjemahkanperasaan terharu dan bangga atas pencapaian anak lelakinya yang kinibergelar jutawan muda selepas menjuarai pertandingan realiti, One In AMillion (OIAM), seminggu lalu.
Bicaranya pula menumpahkan seluruh rasa kasih dan sayang,tanpa batas dan sempadan terhadap kesungguhan anak yang membahagiakanibu bapanya menerusi bakat kurniaan Allah.
Tiada pernah Siti Fatimah Harun, 50, menyangka kerjakeras anak yang begitu mencintai dunia nyanyian akhirnya dihargaipencinta seni dengan penghargaan yang terlalu tinggi.
Malah katanya, OIAM juga mendedahkan sebuah rahsia yang selama ini tersimpan kemas jauh di sudut hati anak kesayangannya itu.
Hanya selepas menonton OIAM baru Fatimah memahami perit jerihyang terpaksa dilalui Tomok untuk membuktikan kepada peminat bakatbesar yang dimilikinya.
 | KENANGAN ketika zaman kanak-kanak bersama kakaknya, Isma yang kini menyertai AF7.
| Tidaksesekali dia menyangka anak lelakinya itu begitu kuat menyimpan rahsia,menyembunyi segala kepedihan hanya untuk menggapai cita-citanya sebagaipenyanyi.
Air mata kakitangan Koperasi Bank Islam cawangan MajuJunction, Kuala Lumpur ini, mengalir deras tatkala mendengar luahanTomok akan kesukaran yang ditempuhinya ketika mula bertapak dengankumpulan New Boyz.
"Saya tidak pernah tahu dia dibaling batu dan telur ketikamula menyanyi dulu. Tomok tidak pernah bercerita semua itu kepada saya.
"Mungkin sudah menjadi sikapnya, tidak suka menyusahkansesiapa atau membuat keluarga bimbang. Selalunya setiap kali pulangdari persembahan, Tomok akan berkurung dalam bilik. Tidak pernah diabersuara atau duduk bercerita mengenai persembahan yang dijayakannya.
 | AKTIF bermain muzik di sekolah. | "Jikatidak kerana OIAM, saya sendiri tidak tahu begitu sukar laluan Tomokuntuk mengejar cita-citanya. Melihat dia menangis, saya turut samamengalirkan air mata mengenangkan betapa kuat semangatnya untukberjaya," katanya sebak.
Sesi fotografi yang disusun khas sebagai meraikan sambutanHari Ibu pada 9 Mei ini juga banyak mengenalkan khalayak siapa sebenarinsan yang memiliki nama penuh, Shah Indrawan Ismail, 24, ini.
Tomok di mata Fatimah ialah seorang anak yang bertanggungjawabdan sentiasa mendahulukan kepentingan insan yang disayanginya. Setiapwang hasil menjayakan persembahan bersama New Boyz dulu tidak pernahdisorok daripada pengetahuan keluarga.
Bukan bermakna keluarga mengongkong segala perbelanjaan dankemahuannya, cuma Tomok senang melihat rezeki yang diterima dikongsibersama keluarga tercinta.
"Rumah tempat kami bernaung ini Tomok yang bayarkan wangpendahuluan. Bapanya cuma menyambung ansuran bulanan. Dia pandaiberjimat, jarang boros membeli itu ini walaupun sudah punya wangsendiri pada usia muda," katanya.
Akui Fatimah, apa yang dikecapi Tomok hari ini adalah hasilusaha kerasnya selama ini. Usaha yang tidak pernah kenal erti lelah danjemu, biarpun dugaan tidak pernah jemu menyapa sepanjang perjalananitu.
Sebuah pesanan untuk anak kesayangannya, jangan melupai jasa mereka yang menyokong perjuangannya sepanjang di OIAM.
Disebabkan itu kata Fatimah, dia sentiasa berdoa semoga Tuhantidak mengubah sikap anaknya serta dijauhi perkara yang bolehmerosakkan nama baik mereka sekeluarga.
"Sampai sekarang saya tidak benarkan dia pulang lewat malam.Selagi dia tiada di rumah, selagi itu saya tidak akan melelapkan mata.
"Alhamdulillah, Tomok memang mendengar kata. Jarang diamembantah kerana dia tahu, apa yang kami lakukan ini untuk kebaikannyasendiri," katanya mengenai anak keempat daripada enam adik beradik itu.
Sepanjang Tomok menyertai OIAM, rutin kehidupan keluargaFatimah juga mengalami perubahan. Dia tidak akan membiarkan Tomokberjuang sendirian, malah dirinya sentiasa hadir di Sri Pentas 2, PlazaAlam Sentral untuk memberi sokongan.
"Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya berjaya? Sekuat manapun saya mahu Tomok menang, saya tidak mampu menahan suratan yangditakdirkan Tuhan. Ketika Tomok diumumkan hampir tersingkir, hati sayaluluh.
"Sedih dan pedih kerana saya tahu dia bekerja keras untukberada dalam Top 3. Alhamdulillah, semua itu hanya gimik keranaakhirnya Tomok layak juga bertanding.
"Kami sekeluarga berterima kasih kepada semua pihak yangmelihat kelebihan serta kekuatan bakat Tomok. Jasa mereka tidak mampukami balas dengan wang ringgit.
"Hanya ucapan terima kasih dapat diberikan kerana sokongan mereka meletakkan Tomok pada kedudukan sangat istimewa," katanya.
Selain Tomok, anak kedua Fatimah, Ismaliza Ismail atau Ismasedang berjuang dalam program realiti popular, Akademi Fantasia (AF) 7.
Kejayaan 'basuh' segala kritikan
MENITI 10 minggu yang penuh kejutan, Tomok sendiri tidakmenyangka dia mampu bertahan hingga ke final dan menjulang gelaranjuara.
Selama tempoh itu kata Tomok, dia sentiasa mengingatkan dirisegala kemungkinan yang akan berlaku serta bersedia menerima jikaditakdirkan perjuangannya menemui noktah awal.
Kejayaan yang disifatkan anak kelahiran Kuala Lumpur itusebagai membasuh segala kritikan serta serangan yang diterimanyaapabila mengambil keputusan untuk menyertai program realiti itu.
"Saya kuatkan semangat, malah tidak mahu terlalu memikirkankritikan negatif sebaliknya setiap minggu berusaha memperbaikikelemahan.
"Hanya selepas membawakan lagu Crazy In Love, saya mendapatsemangat dan kekuatan untuk terus berkarya apabila menerima pelbagaireaksi positif.
"Daripada situ saya memperoleh kepercayaan dan alhamdulillah,semua pengorbanan itu berbayar menerusi kemenangan ini," katanyaterharu.
Meraih gelaran juara kata Tomok, mengubah drastik segalapandangan umum terhadap kemampuan dan bakatnya yang selama inidipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak.
Merendah diri kata Tomok yang pernah merakamkan enam albumbersama New Boyz, dia bersyukur kerana kelahiran semulanya diterimapositif peminat sekali gus memudahkan laluannya untuk bergerak solo.
Akuinya, kalau bukan kerana OIAM barangkali sukar untuk diamenepis tanggapan yang pernah dilemparkan kepada kumpulan yang terkenaldengan identiti 'lagu leleh' itu.
"Saya pernah lalui zaman sukar sebagai artis, justeru tidaksesekali menyangka akan mampu mendaki tahap ini. Segala pengalamanpahit dulu seakan terhapus dengan kemenangan ini," katanya.
Ketika nama masih panas, Tomok berharap dapat merealisasikan impian untuk memiliki album penuh dalam tiga bulan terdekat ini.
Ingin sekali bekerja dengan Aubrey Suwito dan Audi Mok, Tomokyang turut mengagumi kejayaan Faizal Tahir juga berharap akan dapatmembawakan sentuhan penyanyi lelaki popular itu.
"Dia banyak memberikan inspirasi untuk persembahan sayasepanjang berada di OIAM, selain membuat rujukan daripada kumpulanpopular antarabangsa seperti My Chemical Romance dan Muse.
"Alhamdulillah, ruang yang diberi OIAM terlalu luas untukmenyerlahkan kematangan saya dalam bermuzik. Inilah Tomok yang baru,"katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
subuh2 ain dah tepek beerita tomok  |
|
|
|
|
|
|
|
terasa sebak baca cerita tomok..  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1184 defeduck's post
ada gambo konsert hr tu jer laaa
yg aku tulis watermark KAWAN tu |
|
|
|
|
|
|
|
wakakakakakakakakaka......baru dpt bil tpon hari neh.....jumlahnyerr mmg sudah ku sangka .......cepat jerr celcom hantar bill neh......
Originally posted by britney_sapiah at 8-5-2009 11:13 
ada gambo konsert hr tu jer laaa
yg aku tulis watermark KAWAN tu
okke.....nnt kiter cuba..... |
|
|
|
|
|
|
|
Tomok dan Aweera serikan parti Media Prima
oleh AU YEONG HOW

Tomok dan Aweera menyerikan Malam Media bersama Media Prima Berhad di Sunway Lagoon semalam. -foto The Star oleh MOHD SAHAR MISNI
PROGRAM realiti One In A Million (OIAM) musim ketiga berakhir sudah, tetapi bahangnya masih boleh dirasai pada parti media oleh Media Prima Berhad (MPB), semalam.
Ini kerana juara OIAM, Tomok dan rakan seperjuangannya, Aweera telah menghangatkan suasana sambutan dengan mendendangkan lagu-lagu yang dinyanyikan masing-masing di pertandingan akhir.
Tomok mengalunkan lagu Crazy In Love dan Rindu Terhenti sementara Aweera membawakan lagu, Aku Dah Bosan dan Ku Di Sini.

Tomok dan Aweera bergambar kenangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Rangkaian Televisyen MPB, Datuk Seri Farid Ridzuan.
Dalam persembahan bertenaganya, Tomok turut mengajak dua wartawan menari dan menyanyi bersama-samanya.
Kira-kira 500 wakil media dan tetamu jemputan menghadiri acara MPB yang gilang-gemilang di Surf Beach, Sunway Lagoon Resort. Para hadirin memakai sarung sesuai dengan temanya, Sarong Dude.

Tomok mengalunkan lagu Crazy In Love dan Rindu Terhenti.
Terdapat cabutan bertuah, tarian Hawaai dan persembahan malam gala Patung Kertas 2 yang baru habis dipentaskan di Matic, Jalan Ampang baru-baru ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Rangkaian Televisyen MPB, Datuk Seri Farid Ridzuan; CEO TV3, Datuk Amrin Awaluddin; Ketua Pegawai Operasi (COO) TV9, Bukhari Che Muda; CEO 8TV, Ahmad Izham Omar ; CEO NTV7, Suridah Jalaluddin dan COO Radio Networks MPB, Seelan Paul.
Sebelum persembahan bermula, Farid membuat flying fox merentasi kolam buatan manusia itu dan aksinya itu mendapat sorakan serta tepukan gemuruh orang ramai.
Aweera membawakan lagu, Aku Dah Bosan dan Ku Di Sini.
Sementara itu, mereka turut bergambar dengan watak kartun, Upin dan Ipin yang tampil untuk mencuit hati mereka.
Antara selebriti dan personaliti dari setiap saluran televisyen MPB yang hadir termasuk Syed Mohd. Khair, Norazura Abu Samah dan Nadia Shahrul Anuar.
Kak Cham dari Berita Harian memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu kereta Fiat Panda. Untuk menuntut hadiah bernilai RM75,000 itu, editor itu terpaksa bermandi di kolam terlebih dahulu.
Kak Cham dari Berita Harian memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu kereta Fiat Panda.
Status kontrak untuk Esther dan Aweera
Dalam pada itu, Ahmad Izham ketika ditemui mengenai status kontrak yang mungkin ditawarkan kepada Esther dan Aweera pada Isnin lalu berkata, pihaknya belum membuat keputusan lagi.
Jelasnya, dia hanya dapat berjumpa dengan mereka pada Isnin depan ekoran kesibukan kerja.
"Ya... kami (8TV) akan adil kepada mereka. Jadi, pihak kami akan duduk berbincang dengan mereka Isnin depan," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tdie tomok kat GALAKSI.. tv9 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1190 ain_lazerella's post
kannn??sah2 tomok nier anak yg baik...
sebab biler aku baca cerita dia..aku mmg terkeluar airmata...
sedih seyh..huhuhh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|