|
Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by HymenopterA at 18-3-2010 22:12
1142# Nazrulism
Setelah aku amati dari awal bab kubur hingga yang terakhir , lihat kenyataan kamu seperti berikut :
Post Last Edit by Nazrulism at 13-3-2010 01:09
haramnya bermusafir utk menziarahi maqam/kubur untuk beribadat
Nazrulism Post at 13-3-2010 00:59
siapa kamu yang mengfatwakan hukum haram bermusafir utk menziarahi maqam/kubur untuk beribadat. Sedangkan kamu lihat sendiri hadis ini.-
Hadits dari Ibnu Umar ra. bahwa Rasulallah saw.bersabda:”Jika mati seorang dari kamu, maka janganlah kamu menahannya dan segeralah membawanya kekubur dan bacakanlah Fatihatul Kitab disamping kepalanya”.(HR. Thabrani dan Baihaqi)
Nabi saw. bersabda: ”Barang siapa menziarahi kuburku maka tetap baginya syafa’atku." [Hadis ini telah diriwayatkan oleh Ad Dârulquthni dalam Sunan-nya dari sahabat Ibnu Umar ra.,Al Baihaqi dan Ibnu ‘Asâkir dalam Târîkh-nya. Hadis ini telah dikutib dalam kitab al Fiqhu ‘Alâ alMadzâhib al Arba’ah,1/59, dan atas dasar hadis ini para ulama empat mazhab berfatwa. (Baca Wafâ’ al Wafâ’)]
- Nabi saw. bersabda: "Barang siapa menunaikan ibadah haji lalu tidak menziarahiku maka ia benar-benar telah bersikap tidak akrab denganku"[Wafâ’ al Wafâ’,4/1342]
- Nabi saw. bersabda : "Barang siapa menziarahiku dan tidak mendorongnya selain berziarah kepadaku maka aku akan menjadi peemberi syafa’at baginya kelak di hari kiamat". [Untuk mengetahui lebih lanjut sanad hadis ini baca Syifâ’ as Siqâm; Taqiyuddin as Subki:3-11 dan Wafâ’ al Wafâ’,4/1340.]
Aku akan membongkar penipuan, pencabulan hujah oleh kamu dan pencanggahan penyataan kamu sendiri satu persatu bermula daripada page 1 hingga ke terakhir seperti yang kamu mahukan. Aku akan jelaskan kepada masyarakat cari.com tentang kemunafikan kamu agar masyarakat disini tahu siapa kamu kerana kamu adalah manusia yang tiada tsiqah.Berikut adalah pernyataan2 kamu yang bercanggah antara satu sama lain..
Post Last Edit by Nazrulism at 13-3-2010 01:09
haramnya bermusafir utk menziarahi maqam/kubur untuk beribadat
Nazrulism Post at 13-3-2010 00:59
Post Last Edit by Nazrulism at 11-3-2010 18:51
Nak ziarah... ziarah ler, tiada yg melarang, cuma jangan beribadat pada kubur tu
Nazrulism Post at 11-3-2010 18:43
Aku tak katapun ziarah kubur haromm... aku kata ziarahlah... tiada siapa melarang!
cuma jangan beribadat pada kubur
tentang soalan kamu tu.. rajin2lah selak page2 belakang... tak ku ...
Nazrulism Post at 15-3-2010 17:51
Jika hadis nabi ada menyatakan "Barang siapa menunaikan ibadah haji lalu tidak menziarahiku maka ia benar-benar telah bersikap tidak akrab denganku". Tidakkah ia bermakna ia adalah suruhan Nabi. Jika ia adalah suruhan nabi adakah ia tidak termasuk dalam ibadah?.
Post Last Edit by Nazrulism at 16-3-2010 18:52
Inilah akibat tak tahu perbezaan antara mendoakan dengan beribadatkan untuk ahli kubur!
Kenduri arwah, tahlilan dan yasinan bukan sahaja ...
Nazrulism Post at 16-3-2010 18:43
bukankah berdoa itu adalah salah satu cabang ibadah? Atau kamu cuba memutarbelitkan kembali pernyataan yang kamu letakkan.
Diriwayatkan hadith daripada Nu’man bin Basyir (r.a), hadith daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: 'Innad-duau hual-ibadatu.' [Maksud:Sesungguhnya ‘doa’ itu adalah satu ibadah] (Kemudian kata Nu’man:Rasulallah (s.a.w)) membaca ayat 60 Surah al-Ghafir (yang dirujuk diatas)’] [Hadith Abu Daud & Imam Ahmad].
Di dalam sepotong hadith lain disebutkan pula bahawa semulia-mulia ibadah sebenarnya adalah ‘doa’.
Rasulullah (s.a.w) bersabda: ‘Asyraful ‘ibadatod-du’au,' [Maksud:Semulia-mulia ibadah (pada Allah (swt)) adalah berdoa.] [HadithBukhari, Kitab Adab]
Maka atas hakikat ini adakah belum cukup untuk menyedarkan kamu bahawa berdoa itu adalah ibadah? |
|
|
|
|
|
|
|
Oic. Bertujuan untuk mengingatkan. Oleh yang demikian, mengatakan tidak kamu letakkan kenyataan ini kerana ia juga daripada Imam Syafi'i. Adalah lebih baik kamu amanah dan telus dengan keadaan itu ...
Hujah2 bermula dari page 1 dan terakhir? Bermaksud kamu juga menerima hujah2 daripada salikin, baghal, fathan dan juga mohdmus? Wahabi juga menerima sufi?
HymenopterA Post at 18-3-2010 18:04
Macam mana aku tak cakap kamu ni lembab.. bukankah hujah2 dari page 1 hingga page terakhir tu ada pro dan kontra.. takkan benda ni aku perlu terangkan |
|
|
|
|
|
|
|
Kamu yang memberikan hujah itu mengapa mesti aku yang diminta memberi komen? Kerana konsep Nur Muhammad yang aku pegang adalah seperti yang salikin terangkan. Adakah kamu mencari orang lain agar k ...
HymenopterA Post at 18-3-2010 18:11
Silalah beri ulasan/komen tentang konsep NurMuhammad, Kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” oleh Zain al-‘Abidin al-Fatani .
Si fathan dah beri komennya.. saya menunggu komen2 dari yang lain disini |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HymenopterA at 18-3-2010 22:12
bukankah berdoa itu adalah salah satu cabang ibadah? Atau kamu cuba memutarbelitkan kembali pernyataan yang kamu letakkan.
HymenopterA Post at 18-3-2010 22:06
Jika nak kira ibadat.. makan, minum, belajar, nikah dll semuanya Ibadat.
ATAUPUN kamu lepas ni makan, minum bagi pihak simati dan mendatangi janda simati untuk menunaikan kewajipan nafkah batin bagi pihak simati - semua tu ibadah kannn! |
|
|
|
|
|
|
|
hmm.. semuanya sunat bagi orang lain menyediakan makanan untuk Ahli simati... tiada bantahan
yang aku perkatakan adalah bid'ah dan mungkar bagi Ahli simati menyediakan makanan untuk ahli bi ...
Nazrulism Post at 18-3-2010 14:22
Kenduri arwah, tahlilan dan yasinan bukan sahaja diharamkan di rumah-rumah, masjid-masjid, surau-surau atau dimanapun sehinggalah di perkuburan, termasuk hari khaul adalah diharam dan dibid’ahkan oleh Imam Syafie:
Berkata Imam Syafie: “Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si Mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bid’ah yang mungkar”. Lihat: I’anatu at-Talibin juz 2 hlm. 145.
Saya rasa di awalnya Tuan tidak maksudkan begitu...teruskan kemunafikkan Tuan...
lagipun ini persoalan hukum fiqh, mmg banyak percanggah, tetapi di bolehkan oleh ASWJ mengikut salah satu dr 4 Imam Mazhab yg muktabar.
Cuma mengikut syafi'e, tahlil, yasin , wirid dll semua tu boleh dilakukan sebab tidak bertentangan dgn hukum syarak pun..dan terlebih baik sekiranya dilakukan oleh anak2 si mati.
Mazhab Syafie:
Maksudnya: "Jika ahli si mati membuat makanan untuk orang ramai dan
menghimpun mereka kepada makanan itu, maka ianya tidak ada sandaran riwayat
yang boleh dipegang sedikitpun, dan perbuatan itu bid'ah yang tidak disunatkan.
Berdalil dengan hadis Jarir bin Abdullah radiallahu anhu
"Kami mengira perhimpunan kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas
pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian:"
(al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, juzuk 5 halaman 286)
Mazhab Hanbali:
Maksudnya: "Jika ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang
ramai, maka hukumnya makruh, keranan perbuatan itu menambahkan lagi ke atas
musibah mereka dan memperbanyakkan lagi kesibukan ke atasnya kesibukan mereka
yang sedia ada dan kelakuan itu seperti perbuatan golongan jahiliyyah.
(al-Mughni oleh Ibnu Qudamah al-Hanbali, Juzuk 2 halaman 550)
Tetapi dalam mazhab Hanbali ini ada pengecualiannya, iaitu jika terpaksa ahli
si mati membuat makanan kepada orang yang datang dari perkampungan atau dari
tempat-tempat yang jauh untuk menziarahi mayat, dan mereka terpaksa bermalam
dirumah mereka (ahli si mati), maka tak dapat tidak ahli si mati terpaksa
menerima mereka sebagai tetamu. Maka pada ketika itu hukumnya boleh memberi
mereka makan.
Ringkasan dari kitab ini antara lain ialah:
a) Sunat kepada jiran ahli si mati, kepada kawan kenalan keluarga si mati dan
kepada kaum kerabat yang jauh, membuat dan membawa makanan kepada ahli si mati
yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya.
b) Hukumnya makruh dan bid'ah jika ahli si mati membuat makanan dan menjemput
orang ramai supaya memakannya, sama ada sebelum atau selepas pengkebumian
mayat.
c) Hukumnya bid'ah yang buruk lagi makruh jika diamalkan oleh orang ramai apa
yang dinamakan kaffarat dan wahsyah iaitu perhimpunan dengan memberi makan
kepada orang ramai selepas pengkebumian mayat, 7 hari, 40 hari dan seumpamanya
seperti yang tersebut.
d) Asal sunat memberi makan ialah memberi makan kepada ahli si mati bukan
keluarga si mati menjamu makan kepada orang lain, kerana sabda Nabi sallallahu
alaihi wasallam :
"Buatlah kamu makan kepada ahli Ja'far, sesungguhnya telah datang kepada
mereka perkara yang mengharukan mereka." |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 19-3-2010 09:29
Saya nak dengar dulu komen baghal tentang 'kashaf al-Ghaibiyyah' dan komen baghal tentang komen kamu tu..
Nazrulism Post at 19-3-2010 09:22
Ini yg di tunggu-tunggu...;)
Berhujah dengan orang munafik, yg mempermainkan kebenaran kalu zaman Saidina Ali, dah lama kena penggai kepala..
Saya masukkan:
Telah warid dalam hadis: "Bahawa Jabir bin 'Abdullah r.a. telah bertanya kepada Junjungan Rasulullah s.a.w.: "Apa yang awal-awal diciptakan Allah ?", lalu Junjungan bersabda:"Nur nabimu, wahai Jabir."
Yg peluh menitik tu hujah sapa? Saya ka Tuan yg masukkan? Kalu Tuan yg masukkan, Tuan hurai la sindri...saya pun tak pernah belajar mcm tu..
Saya terima ilmu dr guru saya, saya berhujah dgn apa yg di ajar...bukan mcm Tuan, kopipes jer, Tuan berguru dgn benda mati mcm laptop dan broadband...mana ada penapis, sesat2 pun jadi hujah jugak...!!
Dahsyat betui tahap benggong Tuan...{:1_126:}{:1_126:}{:1_126:} |
|
|
|
|
|
|
|
Jika nak kira ibadat.. makan, minum, belajar, nikah dll semuanya Ibadat.
ATAUPUN kamu lepas ni makan, minum bagi pihak simati dan mendatangi janda simati untuk menunaikan kewajipan nafkah batin ...
Nazrulism Post at 19-3-2010 09:51
Bila Allah dah tutup matahati dari kebenaran..ini la jadinya...
Diharap menjadi iktibar kpd org lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HymenopterA at 19-3-2010 15:29
Jika nak kira ibadat.. makan, minum, belajar, nikah dll semuanya Ibadat.
ATAUPUN kamu lepas ni makan, minum bagi pihak simati dan mendatangi janda simati untuk menunaikan kewajipan nafkah batin ...
Nazrulism Post at 19-3-2010 09:51
Lagi kamu banyak berbicara, lagi nampak kelembapan fikiran kamu yakni kedangkalan dalam kata-kata kamu.Tapi syukurlah dalam baris pertama ayat-ayat kamu itu ada terselit sedikit kesedaran kamu tentang ibadah. Redha Allah swt itu tidak mempunyai batas, tidak luput dan tidak akan habis. Namun perenggan kedua, kamu kembali semula menampakkan sikap kamu yang menjengkelkan iaitu mencanggahkan pernyataan kamu sendiri.
Islam ialah satu cara hidup yang lengkap dan syumul yang merangkumi semua aspek kehidupan. Islam tidak terbatas hanya kepada ibadah khusus semata-mata, malah lebih daripada itu. IBADAH sering dikaitkan dengan perkara seperti solat, puasa, zakat dan haji.Setiap gerak-geri, perbuatan, amalan dan fikiran kita dikehendaki supaya berlandaskan kepada ajaran Islam. Di sinilah letaknya keindahan Islam kerana Islam adalah agama lengkap yang diturunkan oleh Allah swt kepada manusia sebagai panduan kepada kesejahteraan hidup duniawi dan ukhrawi.
Sebagaimana yang dijelaskan di atas nyatalah ibadah itu bukanlah sesempit apa yang difahami oleh sebahagian dari kalangan manusia seperti kamu yang tidak dapat memahami kesempurnaan Islam itu sendiri dimana pada anggapan mereka Islam itu hanya suatu perbicaraan pasal akhirat. Begitu juga bila disebutkan ibadah apa yang tergambar hanyalah masjid, tikar sembahyang, puasa, surau, tahlil,membaca Al-Quran, doa, zikir dan sebagainya iaitu kefahaman sempit disekitar ibadah-ibadah khusus dan ritual(pekataan 'ritual' ini kamu ada sebut di dalam posting kamu yang terawal) sahaja tidak lebih dari itu.
Namun, tidak ramai yakni orang seperti kamu yang beranggapan bahawa hidup ini adalah satu cara beribadah kepada Allah swt. Bermula dari bangun tidur pada sebelah pagi sehinggalah waktu tidur semula pada malamnya, malah tidur itu sendiri adalah suatu ibadah jika dilaksanakan mengikut cara yang diajarkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Firman Allah :
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku"
~ (Al-Zariyat: 56)
Para ulamak muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu dengan panjang lebar, yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya) dan mempunyai ruang lingkup yang luas, tidak terbatas atau terhad semata-mata kepada fardhu solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Tugas dan kewajipan kita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah s.w.t berdasarkan kepada firmanNya tersebut. Untuk menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini, maka setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah s.w.t. dengan menurut adab dan peraturan serta memenuhi syarat-syaratnya serta berlandaskan hukum syarak.
Jika demikian, segala makanan, minuman, pelajaran, pekerjaan, pendidikan jasmani, perkahwinan dan mendidik anak adalah merupakan jalan-jalan atau faktor-faktor yang membantu kita untuk taatkan Allah s.w.t serta teguh beribadah kepadaNya. Juga menjadikan kita bertaqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah s.w.t. Oleh itu setiap muslim termasuk aku dan kamu mestilah bersungguh-sungguh merealisasikan pengertian ini dengan niat yang betul dan sesuai syari’at dalam setiap pekerjaan mereka. Dengan itu, barulah makan minum, ilmu dan amalan, riadah dan pernikahan menjadi ibadah dalam mentaati Allah. Dengan perkataan lain, segala usaha dan perkataan yang terbit daripada seorang muslim merupakan ibadah kepada Allah. Sebab itu setiap apa yang kamu lakukan termasuk kamu menghantar apa-apa posting kamu akan bertanggungjawab ke atasnya.
Dengan itu hubungan sentiasa wujud antara hamba dengan Penciptanya dalam semua aspek kehidupan. Semua urusan dirujuk kepada syariat Allah SWT. Hubungan hati manusia dengan Allah pada setiap masa adalah asas utama bagi melaksanakan ibadah dengan berkesan. Melainkanlah kamu bekerja dengan rajin hanya untuk mendapat pujian. Kamu minum hanya untuk menghilangkan dahaga. Kamu makan sekadar menghilangkan lapar dan kamu mendatangi isteri kamu hanya sekadar kamu mahu melampiaskan nafsu serakah kamu sahaja.
Tetapi jika pekerjaan itu dijalankan dengan ikhlas dengan menurut adab dan peraturan serta memenuhi syarat-syaratnya serta berlandaskan hukum syarak, semua ini mungkin diperoleh di samping ganjaran di akhirat nanti.
Sebab itulah kita digalakkan oleh Islam untuk sekurang-kurangnya memulakan pekerjaan kita dengan lafaz ‘Bismillahirrahmanirrahim’ dan setiap apa yang kita lakukan itu adalah ikhlas kerana Allah swt.
Kesimpulannya ruang lingkup ibadah dalam Islam adalah terlalu luas yang merangkumi semua jenis amalan dan syiar Islam dari perkara yang sekecil-kecilnya seperti makan, minum dan masuk ketandas hinggalah kerja-kerja menguruskan kewangan dan pentadbiran Negara semuanya adalah dalam makna dan pengertian ibadah dalam ertikata yang luas apabila semuanya itu dikerjakan dengan sebaik-baiknya dengan menurut adab dan peraturan serta memenuhi syarat-syaratnya serta berlandaskan hukum syarak. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 19-3-2010 17:23
Saya rasa di awalnya Tuan tidak maksudkan begitu...teruskan kemunafikkan Tuan...
Nampak sangat munafik sedara ni... Dah jelas apa yg dikatakan Imam Syafi'i;
Kenduri arwah, tahlilan dan yasinan bukan sahaja diharamkan di rumah-rumah, masjid-masjid, surau-surau atau dimanapun sehinggalah di perkuburan, termasuk hari khaul adalah diharam dan dibid’ahkan oleh Imam Syafie:
Berkata Imam Syafie: “Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si Mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bid’ah yang mungkar”. Lihat: I’anatu at-Talibin juz 2 hlm. 145.
Masih nak menafikan "Apa yg diamalkan oleh manusia" dan "penyediaan makanan".
Lihat apa yg diamalkan sekarang.. siapa yg menyediakan makanan dan siapa yang dijemput 'untuk beribadat dan upload pahala' untuk simati dan diberikan UPAH makanan dan jamuan.
Sedangkan sedara dah tulis;
Mazhab Hanbali:
Maksudnya: "Jika ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang
ramai, maka hukumnya makruh, keranan perbuatan itu menambahkan lagi ke atas
musibah mereka dan memperbanyakkan lagi kesibukan ke atasnya kesibukan mereka
yang sedia ada dan kelakuan itu seperti perbuatan golongan jahiliyyah.
[quote]
a) Sunat kepada jiran ahli si mati, kepada kawan kenalan keluarga si mati dan
kepada kaum kerabat yang jauh, membuat dan membawa makanan kepada ahli si mati
yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya.
b) Hukumnya makruh dan bid'ah jika ahli si mati membuat makanan dan menjemput
orang ramai supaya memakannya, sama ada sebelum atau selepas pengkebumian
mayat.
c) Hukumnya bid'ah yang buruk lagi makruh jika diamalkan oleh orang ramai apa
yang dinamakan kaffarat dan wahsyah iaitu perhimpunan dengan memberi makan
kepada orang ramai selepas pengkebumian mayat, 7 hari, 40 hari dan seumpamanya
seperti yang tersebut.
d) Asal sunat memberi makan ialah memberi makan kepada ahli si mati bukan
keluarga si mati menjamu makan kepada orang lain, |
|
|
|
|
|
|
|
Yg peluh menitik tu hujah sapa? Saya ka Tuan yg masukkan? Kalu Tuan yg masukkan, Tuan hurai la sindri...saya pun tak pernah belajar mcm tu..
Kenapa takut nak beri ulasan tentang konsep NurMuhammad, Kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” oleh Zain al-‘Abidin al-Fatani .
Kamu tak tahu siapa Zainal-Abidin Al Fatani? (dulu al-fatani sana al fatani sini)
Berilah komen.. betul ker, salah ker konsep nurmuhammad seperti yg aku quote tu.
Hanya orang munafik yg menyembunyikan kepercayaannya (hanya boleh cerita pada yg sealiran dengannya sahaja) dan mempertotonkan perkara yg diterima umum sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HymenopterA at 18-3-2010 22:12
1142# Nazrulism
Setelah aku amati dari awal bab kubur hingga yang terakhir , lihat kenyataan kamu seperti berikut :
siapa kamu yang mengfa ...
HymenopterA Post at 18-3-2010 22:06
TAHNIAH!!! saudara JUARA!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Heran aku rasa weh...aku rasa nama tok guru miker lain kan? yang samanya tang Al Fathani jer kan?
Itu la aku dah kabo puak munafik memang macam tu...http://www.mysmiley.net/imgs/smile/figh ...
salikin Post at 19-3-2010 21:47
teman rase dia ni power renjer kut?sebab ada name power kat depan..tu yg dia rase ade power nk pakse org terjemah tu'
teman tau sape guru Nazrulisma tu....broadband el-satani. |
|
|
|
|
|
|
|
kenape mangkuk benor mike ni..asal name ujung fatani je ...same le yek?memang sah bute perut.
mike reti ke membace...?same ke..Zainal Abidin al Fatani ngan Syeikh Ahmad bin Muhammad ...
fathan Post at 19-3-2010 22:40
Bravooo Bravooo
miker jgk
JUARA!!! JUARA!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by salikin at 20-3-2010 02:34
Bila Allah dah tutup matahati dari kebenaran..ini la jadinya...
Diharap menjadi iktibar kpd org lain...
baghal Post at 19-3-2010 12:56
waman kaana fii haadzihi a'maa fahuwa fii al-aakhirati a'maa wa-adhallu sabiilaan
Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar). (Al Isra' :72)
Apakah mata kepala yang buta? kita petik sikit lagi Firman Allah....
afalam yasiiruu fii al-ardhi fatakuuna lahum quluubun ya'qiluuna bihaa aw aatsaanun yasma'uuna bihaa fa-innahaa laa ta'maa al-abshaaru walaakin ta'maa alquluubu allatii fii alshshuduuri
maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada (Al Hajj 46).
Dengan ini dapatlah kita mengetahuin bahawa org-org yang dibutakan hatinya oleh Allah akan sentasa mencari jln untuk membuat bermacam2 tomahan dan menabur fitnah dengan bertopengkan ayat-ayat Quran dan Hadis untuk meyakinkan pada penghuni cari.com.
Dan peringatan buat yang mempersendakan manusia yg sangat dikasih oleh oleh Allah...."man 'aadali waliyyan faqad aadzantuhu bilharbi" yang bermaksud barangsiapa memusuhi wali-waliku maka aku istiharkan perang kepadanya (Hadia Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 19-3-2010 17:23
Nampak sangat munafik sedara ni... Dah jelas apa yg dikatakan Imam Syafi'i;
Masih nak menafikan "Apa yg diamalkan oleh manusia" dan "penye ...
Nazrulism Post at 19-3-2010 17:19
Perlu ka saya hurai semua kemunafikkan Tuan..
Siapa yg mula masukkan pernyataan Ibn Taimiyyah tentang sufi?
Siapa yg cuba membela hujah Ibn Taimiyyah tentang haram bermusafir menziarahi makam? (Aaalaaa Kasimmm....)
Tuan membela hujah tu cuma krn pada asalnya Ibn Taimiyyah menentang sufi, tetapi hakikatnya Tuan sendiri masih mengamalkan tahlil org mati, baca yasin, ziarah kubur sempena hari raya..bagi duit raya kat anak2, (boleh pulak..??)
Mengamalkan berkumpul dan makan di rumah org mati, Tuan tafsir dgn hati Tuan yg buta...padahal ulama dah lama hurai perkara tu, kita buat tahlil, baca yasin, sebagai doa kita kpd Allah dan doa itu khusus utk simati agar Allah selamatkan dia..itu tidak salah..
majlis kaffarah bermakna majlis sebagai pengampunan dosa, itu mmg bidaah...kita hanya berdoa utk si mati..
1 : Berdoa untuk si mati kerana doa ketika keadaan ini diaminkan oleh malaikat. Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Majah Al-Baihaqi:
إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيْضَ أَوِ الْمَيِّتَ فَقُوْلُوْا خَيْرًا فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ يُؤَمِّنُوْنَ عَلَى مَا تَقُوْلُوْنَ
Maksudnya: Apabila kamu menghadiri (ziarah) orang sakit atau orang mati maka ucapkan ucapan yang baik kerana para malaikat mengaminkan atas apa yang kamu ucapkan.
Peluang berdoa memohon rahmat serta keampunan untuk si mati ini banyak disia-siakan oleh penziarah dan bahkan oleh keluarga si mati sendiri. Sedangkan Allah memerintahkan kita supaya berbuat demikian sepanjang masa lebih-lebih lagi dalam keadaan menghadapi kematian. Firman Allah SWT di dalam Surah Muhammad ayat 19:
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
Maksudnya: Dan mohonlah keampunan bagi dosa kamu dan dosa orang-orang beriman lelaki dan perempuan.
Tuan mengambil hujah wahabi, kemudian hujah syiah..ini adalah kesilapan yg sangat besar dan menampakkan kejahilan Tuan...kemudian cuba menegakkan hujah syafi'e pulak...maka tertonjollah kemunafikkan Tuan...
Dan apabila Ibn Taimiyyah bersetuju dgn sufi, kenapa tidak komen?
Dan apabila Nabi sendiri menyarankan agar berniat utk menziarahi makam Baginda (samalah bermusafir utk ziarah), kenapa tak komen?
Mustahil Imam Syafi'e ada pendapat berbeza tapi di zaman beliau ada 2 kelompok yg membicarakan ilmu ketuhanan (ilmu kalam) kelompok muktazilah (mcm Tuan la, mengenal Allah dgn akal) kelompok kedua aliran Asy-Sya'ariah (ASWJ), Imam Syafi'e sendiri berdebat membela Imam Abu Hassan Asy-Sya'ari..nampaknya ada pihak yg sabotaj maksud Imam Syafi'e...
Yg penting, Tuan patut ambik iktibar, semua org dh nampak kemunafikkan Tuan....bukan senang saya nak tuduh org munafik sebab tuduhan tu agak berat tetapi Tuan layak memakainya...
Nak saya hurai pasai Nur Muhammad? Saya rasa umpama bagi bunga kat beruk{:2_76:}...bukan setakat beruk tu nampak tak romantik, malah sifat keberukkannya terpancar bila dia makan bunga tu...(bagi bunga tayar lak tu....)
Sakit hati?
Kalu ikut pepatah ulama dulu2, umpama kalungkan rantai mutiara di leher khinzir..opss..kurang manis, leher lembu pendek!!
Biasa la, bonus bonanza....taknak hurai ka pendapat Imam Syafi'e tentang takdir? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 20-3-2010 11:26
KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU
DALAM KONTEKS WACANA SUNNI
- SATU PENGAMATAN AWAL
OLEH:
MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY (UEM)
Tulisan ini insha’ Allah akan membicarakan konsep “Nur Muhammad” sebagaimana yang ada dalam beberapa teks Islam Dunia Melayu seperti teks Nur al-Din al-Raniri, Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani,
Selain menjawab tuduhan puak-puak menentang kewujudan Nur Muhammad, Tuan Guru turut menyenaraikan beberapa nama ulama terkemuka yang membicarakan Nur Muhammad dalam karangan-karangan mereka, antaranya:-
1. Syaikh ‘Abdul Qadir al-Jilani, Sulthanul Awliya`;
2. Syeikh ‘Abdullah ‘Arif;
3. Imam as-Sayuthi;
4. Imam al-Qasthalani;
5. Imam al-Zarqani;
6. Sayyidisy Syaikh Ja’far al-Barzanji;
7. Syaikh Yusuf an-Nabhani;
8. Syaikh Nawawi al-Bantani;
9. Syaikh Nuruddin ar-Raniri;
10. Syaikh ‘Abdur Rauf al-Fansuri / Singkel;
11. Syaikh ‘Abdus Shomad al-Falimbani;
12. Syaikh Muhammad Nafis al-Banjari;
13. Syaikh Daud al-Fathani;
14. Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Yusuf bin ‘Abdul Halim Kelantan;
15. ‘Allamah Abu ‘Abdullah asy-Syaikh Muhammad bin Ahmad ‘Ilisy;
16. ‘Allamah Syaikh Muhammad Bashri al-Manzalawi;
17. Sayyid Utsman bin ‘Abdullah BinYahya;
18. Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani;
19. Syaikh Zainal ‘Abidin al-Fathani, Tuan Minal;
20. Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani;
21. Syaikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani;
22. Syaikh ‘Abdul Hamid bin ‘Ali Kudus;
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi? (Sahih Muslim) |
|
|
|
|
|
|
| |
|