|
ohnolia sgt2 terkejut..... mcm mana murray boleh tiba2 ngetop tiba2 ni.... federer out.... djokovic out. |
|
|
|
|
|
|
|
Ferrer mahu tawan Terbuka Malaysia
KUALA LUMPUR - Pemain tenis ranking kelima dunia, David Ferrer meletakkan sasaran mahu menjuarai Terbuka Malaysia ATP 2012 di Stadium Putra Bukit Jalil yang telah bermula kelmarin.
Menurutnya, prestasinya sentiasa meningkat tahun demi tahun sekali gus menambah keyakinan untuk memenangi kejohanan kali ini selain beranggapan musim 2012 adalah yang terbaik buatnya.
Ini juga adalah kali ketiga Ferrer menyertai Terbuka Malaysia selepas 2009 dan 2010 yang menyaksikannya sekadar pulang dengan kekecewaan.
" Pada musim ini saya banyak memperoleh keputusan yang bagus seperti layak melangkah ke saingan separuh akhir Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat baru-baru ini.
" Saya cukup cergas pada penampilan kali ini dan selepas tiga kali menyertai kejohanan ini sudah tentu anda akan berusaha untuk memenanginya," katanya kepada pemberita pada majlis khas bersama dua pemain pilihan utama Terbuka Malaysia ATP di sini, semalam.
Sementara itu, Ferrer turut memberitahu dalam usaha mendapatkan kemenangan pada kejohanan di Stadium Putra, ada beberapa pemain yang tidak boleh dipandang mudah.
Tambah Ferrer, pemain seperti Feliciano Lopez, Alexandr Dolgopolov, Kei Nishikori dan Juan Monaco adalah antara yang mampu memberikan tekanan kepadanya.
" Saya dapat lihat pemain yang menyertai kejohanan kali ini terdiri daripada mereka yang hebat malah mereka juga cemerlang pada kejohanan lain musim ini.
" Bagi saya sebagai pemain saya akan berikan persembahan terbaik pada kejohanan ini dan bersedia untuk menghadapinya, " kata Ferrer.
- Utusan Malaysia -
|
|
|
|
|
|
|
|
Monaco bangga tenis tetap disanjung di Argentina
Oleh TAN MING WAI
[email protected]
KUALA LUMPUR - Pemain No.11 dunia, Juan Monaco yakin tenis adalah sukan No. 2 selepas bola sepak di negaranya, Argentina.
Mengakui dirinya juga seorang peminat tegar bola sepak, pemain berusia 28 tahun itu berkata, adalah menjadi impian untuk setiap kanak-kanak di Argentina untuk menjadi pemain bola profesional dan dia tidak terkecuali.
" Boleh dikatakan hampir setiap budak di Argentina membesar dengan bermain bola sepak, yang menjadi kegilaan semua.
" Seperti budak-budak lain, saya juga pernah ada impian itu, tetapi saya berakhir sebagai seorang pemain tenis profesional, " katanya tersenyum pada sesi temu bual bersama dua pilihan utama Terbuka Malaysia ATP di hotel penginapan rasmi kejohanan tenis itu, Doubletree Hilton di sini, semalam.
Monaco diletakkan sebagai pilihan kedua selepas jaguh No.5 dunia, David Ferrer dari Sepanyol yang juga berada di ibu negara untuk menyerikan kejohanan edisi keempat tahun ini.
Meskipun bola sepak jauh lebih popular, pemain kedua terbaik Argentina yang juga lebih mesra dengan panggilan Pico itu menegaskan, tenis tetap mendapat tempat dalam hati penggemar sukan di negaranya.
" Tenis sentiasa mendapat sokongan padu rakyat Argentina setiap kali kami pulang dengan kejayaan, lagi pun pencapaian kami dalam Piala Davis (pertandingan berpasukan antarabangsa seperti Piala Thomas untuk badminton) agak memberangsangkan, tidak pernah gagal sekurang-kurangnya ke suku akhir sejak 2002.
" Kami muncul naib juara pada 2006, 2008, 2011 dan secara konsisten lima kali ke separuh akhir termasuk tahun lalu sepanjang tempoh itu, jadi tenis juga mengharumkan nama Argentina di mata dunia, " katanya.
- Utusan Malaysia -
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa nak tiket utk semi dgn final malaysia open bgtau eh..terhad ada 5 tiket saja...dan kena ambik kat putrajaya |
|
|
|
|
|
|
|
Radwanska berdepan Petrova di final Terbuka Pan Pacific
TOKYO 28 Sept. - Juara bertahan, Agnieszka Radwanska selangkah sahaja lagi untuk mempertahankan gelaran tenis Terbuka Pan Pacific selepas mengenepikan cabaran Angelique Kerber di separuh akhir hari ini.
Pilihan ketiga dari Poland yang menewaskan juara 2010, Caroline Wozniacki di suku akhir memerlukan hanya 59 minit untuk mencatat kemenangan 6-1, 6-1 ke atas pilihan kelima dari Jerman itu.
Pada pertemuan akhir esok, Radwanska akan berhadapan dengan Nadia Petrova dari Rusia yang membuat kejutan menewaskan pilihan kelapan Samantha Stosur dari Australia 6-4, 6-2.
- AFP / Utusan Malaysia -
|
|
|
|
|
|
|
|
senyap je topic tennis..
Malaysian open comment:
Best tengok semi final Monaco vs Kei, as compared to satu lagi semi as well as final itself.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah serena mng WTA Championship 2012...bukti dia no 1 sbnrnya, azarenka no 2 dan maria no 3 utk 2012 ni...depa bertiga mmg konsisten spjg tahun...yg lain2 xleh harap sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
ape sudah jadi sama djoker n murray.... |
|
|
|
|
|
|
|
akughi posted on 2-11-2012 08:19 AM
ape sudah jadi sama djoker n murray....
taktik la tu nk spend tenaga utk kejohanan akhir musim jeles ngan roger dok berehat kat rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Alvida posted on 2-11-2012 10:28 PM
taktik la tu nk spend tenaga utk kejohanan akhir musim jeles ngan roger dok berehat kat rumah :lol ...
patut ATP kene bagi gap paling kurang seminggu... baru depa bersungguh nak main...tapi tak de 4ekor ni best gak aku layan BNP Paris...muka baru tu meletop betul....game dia pun cantik....puas ati gak la aku tgk
|
|
|
|
|
|
|
|
any info pasal WTA BMW Malaysian Open, confirm ker buat kat Langkawi next year ??
dan pasal ATP Malaysian Open, confirm ker ni tahun terakhir KL diberi hak penganjuran ?? |
|
|
|
|
|
|
|
ahhh lme x masok sini.....puas hati sbb Serena dpt WTA Player of the Year...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nadal withdraw utk AO..
erm.. |
|
|
|
|
|
|
|
sy rancang nk buat wall tennis....utk training, court sekarng x ada....
ader saper2 leh tlg plan nak ke...
atau...ader ke board ke, yg portable dan boleh carik .....
mintak link web kalau ader...atau aper2 info yg sy perlu tahu.......first masuk kat board ni... |
|
|
|
|
|
|
|
AO menjelma kembali. huhuu... Rafa
malas tgk draw. apa2 je laa.
prediction utk juara lelaki Djokovic. ppuan Serena, kalau Radwanska pun OK jugak.
off topik sket ye mod, harap regulars kat sini (dulu) mcm tasyha, karim_pin, MrFed, cyclops_psycho semua sihat sejahtera belaka. lama tak nampak derang kat sini.
tq. over n out.
|
|
|
|
|
|
|
|
hai mulan, bleh berkenalan?
wakaka...saya ada jer cuma x log in, membaca jer, malas nak mengomen.
Klo nak komen pasal aust open ni, rasanya djok bleh jd champion, draw dia pon mudah, kalau federer bleh bungjus dan balot si Raonic maka semifinal pon boleh bungkus ikat tepi sama itu murray, klox lepas raonic maka babai laaa dr aut open 2013.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada sesiapa tgk mtach Novak-Stan Wawa semlm ?? Pergh, thrill gilerr tp aku msh bengang & feel sorry kat dia sbb Wawa x menang smlm..very close match..kalau la dia challenge pukulan retun dia tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|