|
Rumah 3 : LESTARY : ASMARA 2 [coming soon MAC 2011]
[Copy link]
|
|
tanhiah to Ana Rafali....Juara AJL25.....mmmm...sapa sangke ek..., Hafiz for best vocal
ha ah...tak sia-sia FT ko marchie, terbolos dlm air in Hanyut....best performance |
|
|
|
|
|
|
|
latest about FE, now shooting Nana Naruto...ha ha ha ha...memang lawak & cute, dlm kostume Naruto, cartoon jepun yg famous tuh....TV brp tak confirm lagi kut...maybe TV3 tak pun Astro Prima...wait & see.....
usha dia punya FB ada fan add pic dia with SJ & Iqram....she is gorgeous siut....sanggul tinggi dah nampak tinggi dr kedua2 mamat nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
gambor ngan SJ, Vanida, Iqram & others....interviewing other actor.....bkn berdua ok....pantang tuhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1182# Zammy
Drama baru FE ke? Nana Naruto... mesti kiutkan... kiranya FE jadi otaku naruto la nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
latest about FE, now shooting Nana Naruto...ha ha ha ha...memang lawak & cute, dlm kostume Naruto, c ...
Zammy Post at 10-1-2011 09:08 
kate PAnye, Nana Narita ganti Ceplos kt TV9. start next week katenye....  |
|
|
|
|
|
|
|
oh sungguh sunyi sepi senyap thread pada hari ini ya....mengapakah ???? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tahan juga TizTizTiz tu ye..........:@ |
|
|
|
|
|
|
|
oh sungguh sunyi sepi senyap thread pada hari ini ya....mengapakah ????
oddxx Post at 10-1-2011 17:11  ha'ah kan..........2-3 menjak ni thread ni sunyi sepi kannnn........adakah ia di landa geroda...........atw pon......memasing menunggu asmara 2 mac nnt...... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tahan juga TizTizTiz tu ye..........
kak_ana63 Post at 10-1-2011 18:37  mmg.........pon..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Zammy at 10-1-2011 21:11
aduih....bosan giler lah......kena buat report neh........hmmmm....aku nak gi balai polis lah...suh polis buat report aku...so jadi report polis...ah jahhhhaaaaaaaaaa ha ha ha ha.....
tarak pasal cari pasal........seb bek ari ni ada awan dania, bole aku layan scha & gambit.....cun gak scha ni ek.....bosan giler tunggu Asmara 2....lama tul nak tgu drama baru FE,....oh naruto tu kuar next week ehk....
tunggu Asmara 2 ni mcm tunggu taik sembelit nak kuar lah.......aduih......oppss sori ....mind my languange ya...:re: |
|
|
|
|
|
|
|
penantian............suatu .........penyeksaan................. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg.........pon.....
zerra24 Post at 10-1-2011 19:10 
forum mana yg fofuler tu ha..ha..ha.... |
|
|
|
|
|
|
|
Zammy - mmg penantian satu penyiksaan... pain killer pun dah jarang telan... tak derr yg nak suapkan ... pain killer = speku.... thread dah sepi... tak dak yg nak speku lg..... hu.hu..hu sepi rasanya...
FE jadi nana narita.. eiii comelllnya.... ganti ceplos... wow.. cam best saja... sure kanak2 suka... |
|
|
|
|
|
|
|
forum mana yg fofuler tu ha..ha..ha....
kak_ana63 Post at 10-1-2011 22:13  maaf kak_ana........aku dh terkonfius........ |
|
|
|
|
|
|
|
Speku Happy Tuesday.... Chapter 1
Haiza: En. Asmara…
Asmara: Cik Haiza, kamu belum balik lagi. Dah jauh malam ni.
Haiza: En. Asmara, saya ada benda mustahak nak beri kepada encik.
Haiza menghulurkan surat perletakkan jawatan Julia. Asmara menyambut surat tersebut. Mata Asmara membuntang & memandang ke arah Haiza.
Haiza: En. Asmara bacalah surat tu. Julia kirim salam juga kepada encik dan….
Asmara: Dan apa Cik Haiza?
Haiza: Ada orang datang meminangnya & akan ke luar Negara….Maaf En. Asmara, saya minta diri dulu.
Asmara terpana mendengar butir bicara Haiza. Sungguh pedih & menyakitkan. Perlahan2 Asmara melangkah ke bilik pejabatnya. Surat digenggaman dipandang sepi. Lalu dikoyak2 surat itu. Asmara terduduk dikerusi. Fail2 yang bertimbun diangkat ke tepi & Asmara terpandang sampul surat tertera namanya. Asmara membuka surat itu.
Kepada:
En. Asmara,
Saya tidak tahu hendak bermula dari mana. Saya tidak pandai bermadah atau berkata yang indah2 seperti En. Asmara. Saya hanya ingin memberitahu En. Asmara rahsia yang ada dalam diri saya. Selepas saya jelaskannya. Saya tidak mengharapkan apa2 daripada En. Asmara. Biarlah perasaan ini saya simpan dilubuk hati saya. Terima kasih kerana mencipta memori indah bersama. Saya juga amat menyayangi Adam, anak Encik. Entah kenapa saya hendak gambarkan perasaan ini. Saya seperti merasakan kasih seorang ibu itu menyelinap dalam hati saya sewaktu bersama Adam.
Oh ya, rahsia itu…
Saya bukan gadis seperti yang digambarkan oleh En. Asmara. Saya pernah mengandung malah saya keguguran. Itu yang saya tahu dari ahli keluarga saya. Saya cuba mengingati peristiwa yang saya alami waktu dulu. Tapi… begitu menyakitkan. Saya langsung tidak mengingati apa2. Saya pernah bertanya kepada Kak Tria, Aunty Rahayu & Uncle Sahlan. Mereka seperti tidak suka saya membangkitkan kisah silam saya. Mungkin ia sesuatu yang menyedihkan. Sejak itu saya tidak berani bertanya kepada mereka. Bagi saya cukup apa yang saya kecapi sekarang ini.
Sekiranya encik membaca surat ini & tiada balasan atau maklum balas daripada En. Asmara…saya anggap jodoh kita sampai di sini. Saya tidak perlu berharap & berasa kecewa dengan tindakan encik. Saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak berbelah bagi daripada saya.
Wassalam.
Julia
(1 November)
Seluruh badan Asmara menggeletar membaca warkah itu. Dah sebulan surat ini kenapa aku langsung tidak menyedari surat ini berada di atas meja. Asmara tidak menunggu lama terus mengatur langkah menuju ke rumah Julia. |
|
|
|
|
|
|
|
Speku Happy Tuesday....Chapter 2
Banglo itu begitu gelap & sunyi. Hanya lampu neon dijalanan menerangi samar malam. Asmara memberhentikan keretanya lalu keluar. Asmara meninjau2 dibalik pagar rumah tersebut.
Asmara: Assalamualaikum, Julia…Julia….(meneriak nama itu namun tiada sahutan dari dalam).
Asmara begitu hampa. Terus dia berlutut dipagar itu sambil berisak tangis.
Asmara: Juliaa….kenapa tak tunggu aku?... kenapa cepat kau tinggalkan aku?...aku cuma perlu seinci untuk mendapatkan kau… aku perlu bukti untuk sahkan identiti kau yang sebenar… agar mereka tidak mampu berbohong & menyangkal lagi….Juliaa….
Bahu Asmara terhinjut2 melayan tangis. Betapa derita hatinya saat itu.
Pak cik Misteri: Nak, kenapa menangis di sini?
Dengan juraian airmata Asmara mendongak ke arah suara itu: Pakcik ni siapa?
Pak cik Misteri: Pakcik jiran di sini. Anak cari siapa di rumah ni?
Asmara lantas berdiri: Saya…saya nak cari seseorang. Dia tinggal di sini.
Pak cik Misteri: Setahu pakcik mereka semua ke Hospital sebab ada salah seorang dari ahli keluarga ni jatuh sakit.
Asmara: Pakcik tau hospital mana mereka pergi.
Pak cik Misteri: Tak silap pakcik HUKM.
Tanpa lengah Asmara bergegas kekeretanya hendak ke sana. Asmara berhentikan langkah & menoleh untuk mengucapkan terima kasih kepada Pak cik Misteri itu namun hilang dari pandangan. Asmara sedikit pelik. Sekejap sahaja sudah hilang. Asmara tidak berfikir panjang yang dia tahu harus cepat ke sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Speku Happy Tuesday...Chapter 3
Di Hospital.
Kini segalanya telah terungkai. Baru kini Rafizi mengerti.
Rafizi: Tindakan pakcik kejam terhadap Julia & suaminya, malah anak mereka juga. Kenapa pakcik sanggup pisahkan mereka?
Sahlan: Rafizi, pakcik buat semua ini untuk kebaikan suaminya & juga Julia.
Rafizi: Saya faham pak cik. Niat pakcik tu memang baik. Tapi caranya salah.
Sahlan: Pakcik tak mahu suaminya terus-terusan menanggung beban ini. Dia terpaksa berkorban segalanya.
Rafizi: Walauapapun pakcik, apa yang berlaku sekarang bertambah rumit bukan. Dengan keadaan Julia & pada saat ini apa yang perlu dibuat? Pakcik nak terus menipu suaminya & Julia sendiri. Yang lebih menderita pastinya Julia. Dia tak mampu kecapi kebahagiannya sendiri. Sampai bila Julia akan terus hidup bersama kalian. So macam ni pakcik…. Siapa suami Julia? Saya ingin bersemuka dengan dia & kalau dia sanggup lepaskan Julia. Saya akan terima Julia seadanya.
Tria: Betul apa yang Rafizi katakan pa, Tria setuju dengan Rafizi. Demi kebahagian Julia ini keputusan yang terbaik.
Sahlan memandang wajah isterinya. Rahayu mengangguk tanda turut setuju.
Sahlan: Err… suaminya adalah….
Asmara: Uncle, aunty…. Mana Julia?
Mereka terkejut dengan kehadiran Asmara yang tiba2 muncul.
Sahlan bangun mengadap Asmara: Dia dibilik rawatan.
Asmara dalam kekusutan. Dia meraba2 kepalanya seperti orang yang dalam kebingungan.
Asmara: Kenapa uncle tak bagitau saya keadaan Julia? Uncle sengaja nak seksa saya. Saya tau uncle benci dengan saya…tetapi dia…dia isteri saya….uncle tak boleh buat kami macam ni.
Sahlan: Asmara, papa tak bermaksud nak seksa Asmara…papa hanya nak….
Asmara: Uncle tak perlu berdolak dalih….saya dah tau siapa Julia… uncle sorokkan dia semasa dia jatuh koma…kenapa uncle buat macam ni?....apa hak saya sebagai suami? Saya masih suami dia….
Rafizi: Pakcik, jadi….(agak terkejut).
Sahlan hanya mengangguk. Rafizi tidak menyangka lelaki yang menjadi musuh cintanya adalah suami Julia sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan Happy Tuesday...Chapter 3
Hampir 2 minggu Julia masih dirawat & tidak dibenarkan sesiapa melawat ketika ini. Asmara memandang sepi Julia yang terbaring kaku di atas katil dibalik cermin kaca. Perasaan rindu menyesak jiwa Asmara. Terkenang bicara manisnya, senyuman, gelak tawa, tangis hiba & kopi kasih sayang. Asmara menoleh disebelahnya seperti ada seseorang disisi. Rafizi.
***********
Di kafetaria.
Rafizi: Saya minta maaf kalau saya pernah bersikap biadab sebelum ni.
Asmara mengeleng: Tak perlu En. Rafizi minta maaf sepatutnya saya yang perlu minta maaf. Saya yang bersikap biadab terlebih dahulu. Sepatutnya saya perlu rasional & tidak terburu2.
Rafizi: Saya dah tahu kisah silam En. Asmara. Saya kagum dengan pengorbanan saudara.
Asmara: Saya hanya manusia biasa En. Rafizi. Bagi saya sebagai lelaki tanggungjawab adalah amanah lebih2 lagi kepada isteri & anak saya.
Rafizi: Saya sependapat dengan saudara. Walaupun saya dibesarkan di luar negara tak bermaksud kita lupa siapa kita & asal usul kita yang sebenar.
Mereka sama2 tersenyum sambil menikmati minuman petang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|