CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NIXAR

[Tempatan] PRK Kajang. Update : Khalid akan kekal MB melainkan Azmin lepaskan jawatan ADUN

[Copy link]
Post time 30-1-2014 01:47 PM | Show all posts
dino posted on 30-1-2014 12:48 PM
raja drama paling hebat dlm dunia

300 juta duit rakyat hangus utk memenangi kerusi yg PKR dah menang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2014 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
DTECCONAN posted on 30-1-2014 01:24 PM
bukan sayang Anwart, tetapi 'sayang'... Allah bg keistimewaan dia tak pandai nak guna

Istimewa pebenda putaq belit lidah bercabang camtu..tu bukan anugerah..tu nuart yg  birah..yg baik je dari Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 05:18 PM | Show all posts
magnus posted on 30-1-2014 01:50 PM
Istimewa pebenda putaq belit lidah bercabang camtu..tu bukan anugerah..tu nuart yg  birah..yg baik ...

kan dah kata, dia ada keistimewaan utk menawan hati org dlm ucapan
bukan senang2 org boleh dapat anugerah mcm tu
tapi dia gunakan anugerah tu utk memanipulasikan org lain, sampai org percaya cakap dia


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 05:24 PM | Show all posts


ramai ratib anwar.
anwar terus popelor.
ramai kriktik/benci. ramai suka/support.

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 05:49 PM | Show all posts
macai2 PR

Percaturan lewat Kajang, pahit ditelan – Izmil Amri Ismail
Sebenarnya sejak dahulu Anwar Ibrahim sudah sepatutnya jadi menteri besar Selangor, manakala Tan Sri Khalid Ibrahim digaji sebagai penasihat ekonomi.

Anwar seorang pemimpin nasional, bekas timbalan perdana menteri pastinya lebih arif hal politik dan pentadbiran. Khalid, wira “The Dawn Raid” sewajarnya diletakkan dalam kapasiti konsultan dan memberi nasihat-nasihat bernas. Ini yang sewajarnya.

Namun malang bagi Pakatan, ada semacam satu keyakinan tinggi suatu ketika dahulu bahawa Anwar amat pasti menyandang kerusi Putrajaya.



Maka diletaklah Anwar sebagai figura bakal perdana menteri, dan akhirnya hari ini Anwar tidak punya laporan prestasi, tidak ada track record pencapaian kecuali apa yang diusahakannya sewaktu menjadi menteri Umno suatu ketika dahulu.

Ini bukan sesuatu yang bagus terutamanya setelah diserang bertubi-tubi pasca September 1998.

Bagi merangkul Putrajaya, sosok Anwar ini perlu dijenamakan semula sebagai seorang eksekutif, pentadbir, dan pemimpin yang meski terpaksa bermula semula dari petak nombor satu mampu membina negeri contoh berteraskan polisi dan dasar yang berasaskan prinsip-prinsip perubahan dan reformasi.

Tetapi ini bukan faktor utama dalam membincangkan kekalutan semasa. Meskipun hal ini perlu diperjelaskan sebagai premis penting dalam memahami percaturan politik Pakatan secara kolektif dalam meletakkan Anwar sebagai calon di DUN Kajang dalam pilihan raya kecil yang bakal berlangsung.

Pokok pangkal permasalahan ini perlu dilihat kembali ke garis masa Mac 2008, ketika parti-parti pembangkang menang mengejut di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan.

Tetapi fokusnya sekarang tentulah Selangor.

Selangor berhadapan krisis pada malam 8 Mac, dengan keadaan PAS dikepalai Hasan Ali dikatakan cuba membuat pakatan politik dengan Umno untuk membentuk kerajaan di Shah Alam.

Anwar yang pada waktu itu belum boleh bertanding pilihan raya meletakkan Khalid sebagai calon menteri besar, sesuai dengan “track record” Khalid sebagai perancang ekonomi yang baik.

MUDAH DI PP, PAYAH DI SELANGOR

Maka terbentuk kerajaan negeri Selangor Pakatan, dan Hasan serta Umno Selangor terpaksa menanggung kecewa.

Langkah menjadikan Anwar penasihat ekonomi Selangor juga barangkali boleh dilihat sebagai langkah untuk mewarnakannya sebagai sumber kepada segala polisi dan dasar ekonomi Selangor.

Namun malangnya pada ketika tersebut, Anwar lebih terampil sebagai personaliti nasional yang sedang diusung sebagai calon perdana menteri. Lalu Khalid diberikan segala puji-pujian atas segala kebaikan dan faedah yang dinikmati rakyat Selangor.

Ini berbeza sama sekali jika dibandingkan dengan Pulau Pinang. Lim Guan Eng dilantik ketua menteri tanpa sebarang persoalan kemungkinan beliau diusung ke Putrajaya sebagai menteri kerajaan Persekutuan apabila Pakatan mengambil alih Putrajaya nanti.

Maka Guan Eng tenang-tenang sahaja mentadbir negeri tersebut tanpa jenuh memikirkan untuk membentuk dirinya sebagai bakal menteri apa-apa.

Pulau Pinang tidak ada penasihat ekonomi. Tidak ada perebutan siapa wajar menjadi ketua menteri. Lim pemimpin utama DAP, DAP paling banyak kerusi, Lim jadilah ketua menteri. Mudah.

Di Selangor, keadaan ini dipayahkan dengan keperluan undang-udang tubuh negeri tersebut yang tidak membenarkan orang bukan Melayu menjadi menteri besar.

Maka DAP tiada boleh menyatakan kesediaan berkhidmat dalam kapasiti itu. PAS mampu, tetapi usaha PAS pada waktu itu dicemari sentimen kesatuan Melayu dan keperluan berpadu dengan Umno; maka usaha tersebut digagalkan.

Lalu Khalid dijadikan menteri besar Selangor dalam keadaan beliau tidak mempunyai banyak kemahiran politik. Jawatan menteri besar adalah “jawatan politik”, bukan sekadar pengurus wang seperti seorang akauntan.

Menteri besar mesti berpolitik dan mentadbir sebagai “orang politik”. Lalu diutuslah seorang setiausaha politik untuk menunjuk ajar selok belok politik kepada bekas pengurus besar PNB ini.

Yang menjadi akar kepada konflik jawatan MB antara Azmin dan Khalid yang begitu disensasikan media ialah ketidakcekapan Khalid berpolitik pada awal-awalnya.

SETELAH JAMBANGAN PUJI-PUJIAN

Kita barangkali masih ingat tentang isu kutipan sampah, selain isu air Selangor yang tidak ditangani secara politikal.

Akhirnya politik Khalid dilihat gagal apabila akur kepada perancangan kerajaan Persekutuan BN; selain kekusutan Adun Selangor yang mengadu payah sungguh mahu berurusan dengan Khalid kerana negeri itu ditadbirnya seakan sebuah syarikat.

Ramai pastinya melihat Khalid sebagai hero negeri Selangor dengan program-program merakyatkan ekonomi serta propaganda bagi mewarnakan Khalid sebagai seorang hero.

Seandainya Khalid tidak diwarnakan sebagai seorang hero, dan pencapaian negeri tersebut tidak diuar-uarkan, sukar juga untuk para pendokong Khalid Ibrahim memandang tinggi kepada beliau.

Jadi pokoknya, Khalid terlihat sebagai seorang hero itu adalah hasil daripada kerja buat operator-operator politik yang gigih memperlihatkan beliau sebagai ikon kemajuan negeri Selangor, dengan harapan supaya Pakatan mendapat sokongan yang berterusan. Itu sahaja.

Namun hakikat yang harus kita terima dengan berat hati ialah Khalid sebenarnya bukanlah seorang hero.

Dan ini jelas menjadi asas besar kepada pertimbangan Pakatan untuk menggantikannya dengan yang lain.

Dalam PRU tahun 2008, Khalid bertanding di Ijok dan menang dengan majoriti 1920 undi. Mei 2013 Khalid berpindah ke kerusi Pelabuhan Klang, dan menang dengan majoriti yang lebih sedikit berbanding penyandang sebelumnya.

Kerusi DUN Ijok dikekalkan kemenangannya oleh Dr Idris Ahmad dengan majoriti merosot hanya sebanyak 739 sahaja. Jadi siapa sebenarnya yang mengundi Pakatan di Selangor dengan dalil heroisme Khalid Ibrahim?

Isu sebenar bukanlah soal Azmin mahu jadi menteri besar, atau Anwar mahu masuk pejabat itu. Isu sebenar ialah Khalid tidak berjaya sepenuhnya memikul tugas sebagai menteri besar yang mampu berpolitik dengan baik, serta menjalankan kerja dengan berkesan.

Hal ini barangkali berat sekali mahu diakui ramai pemimpin Pakatan, setelah Khalid selama ini dipuji-puji dan dipertahankan.

Maka mahu tidak mahu, Khalid harus dikeluarkan dari pejabat menteri besar, dan diganti dengan yang lain; supaya episod kegagalan kerajaan negeri Kedah tidak berulang. Cuma persoalannya, siapa calon yang sesuai.

PROPAGANDA UMNO

Anwar, bekas timbalan perdana menteri, ketua umum PKR akan harus menanggung beban dan risiko yang besar apabila bersetuju dengan keputusan partinya untuk masuk ke DUN Selangor.

Anwar pastinya tahu dan telah menimbang segala kemungkinan. Dia mungkin sahaja kalah, dan kerjaya politiknya mungkin saja berakhir dalam sebuah pilihan raya kecil.

Anwar malah boleh sahaja menolak keputusan untuk masuk ke DUN Selangor dan barangkali menggantikan Khalid. Tetapi Anwar tetap menggalas juga tugas gila ini. Kenapa?

Seperti yang tadi disebut, Anwar memang sepatutnya sejak dahulu lagi dijadikan menteri besar Selangor.

Dan langkah sekarang yang nampaknya menjurus ke arah itu, wajar dilakukan segera demi memastikan peluang empat tahun sebelum PRU14 tidak disia-siakan.

Justifikasi bahawa bakal perdana penteri harus punya tapak dan rekod prestasi sebagai menteri besar dengan contoh-contoh Jokowi dan Erdogan itu sudah tidak perlu diulang-ulang.

Langkah Anwar untuk menjadi menteri besar Selangor mengikut model itu adalah langkah yang betul, mesti terlambat tiga empat tahun dan memberi ruang kepada pergeseran politik PKR yang amat merugikan.

Kedudukan Anwar di Selangor akan memberi kesan maha besar kepada Umno di Selangor, yang pastinya hanya akan boleh bermimpi untuk merampas semula negeri tersebut setelah ditadbir dengan lebih baik berbanding metod Khalid.

Adakah akan ada sesiapa yang boleh menunjukkan bahawa Anwar lebih buruk urus tadbirnya berbanding Khalid, setelah mengetahui prestasinya sepanjang tempoh menjadi menteri kewangan dan timbalan perdana menteri?

Yang membuat kita semua kalut sekarang ini ialah kerana kita melihat Anwar mengkhianati kepercayaan pengundi demi memajukan cita-cita peribadi. Padahal ini sesuatu yang tidak dapat ditunjukkan secara jelas dengan bukti-bukti nyata.

Apa yang kita ulang sebut ialah propaganda bikinan Umno bahawa Anwar mahu jadi menteri besar supaya dapat gaji tinggi dan kemudian memberi faedah-faedah kewangan kepada anak didiknya si Azmin Ali.

TIMBUNAN RIZAB NEGERI

Malah wujud pertimbangan dangkal yang mendakwa Anwar mahu mengosongkan timbunan rizab negeri Selangor yang dikumpul Khalid.

Siapa yang beri kita gambaran ini? Kenapa pula kita percaya? Apa pula bukti-bukti yang ada? Adakah yang dianggap bukti itu telah diuji kesahihannya?

Atau sekadar bacaan politik dan spekulasi semata-mata? Adakah Anwar dan konco-konconya itu begitu bodoh untuk bertindak begitu cuai?

Kesedaran Anwar untuk membina tapak prestasi di Selangor sepertimana Guan Eng membina tapak di Pulau Pinang harus dialu-alukan meski sudah sedikit lewat. Namun, lebih baiklah lewat dari tidak langsung.

Umno pastinya tidak akan mahu Anwar menjadi menteri besar Selangor, ini akan memberikan beliau peluang untuk menunjukkan kepada negara apa sebenarnya yang boleh beliau lakukan sebagai seorang ketua eksekutif dan bukan timbalan-timbalan picisan seperti masa lalu.

Umno akan bertambah cuak apabila Anwar menjadi menteri besar Selangor, Adun Kajang, ahli Parlimen Permatang Pauh dan ketua pembangkang Parlimen Malaysia.

Selangor dia pegang, Putrajaya dia kepung, punya tapak sokongan di Pulau Pinang dan di Parlimen pula beliau akan tetap berentap dengan Perdana Menteri Najib Razak.

Prestasi yang boleh dibina Anwar dalam kapasiti yang begitu pelbagai pastinya menimbulkan gerun berganda, yang akhirnya akan dilawan dengan tuduhan-tuduhan picisan berkitar soalan kelucahan dan moral sepertimana yang dibuat 15 tahun lalu; yang pastinya telah membuat rakyat muak dan loya.

Macamlah tak ada modal lain.

Jadi isunya mudah: Khalid gagal, perlu diganti. Azmin tak boleh ganti, nanti tidak selesai konflik dalaman parti. Jadi calon yang sesuai itu adalah Anwar.

Ya, dia tahu apa risiko yang ditanggung, dan dia tetap juga meredah apa bahaya yang mendatang. Bertapaknya Anwar sebagai menteri besar Selangor samalah juga macam bertapaknya Guan Eng di Pulau Pinang, dan Nik Aziz di Kelantan.

MAKAN KORBAN

Ya, keputusan politik yang semacam ini memang berat dan akan memakan korban; namun ia tidak dapat tidak mesti segera dilaksanakan.

Ada yang akan marah, cerca, hina dan maki hamun malah meninggalkan perjuangan hanya kerana tidak puas hati dengan keputusan yang tidak mereka fahami ini. Namun sekaranglah masanya untuk semua ini berlaku demi kemaslahatan menjelang PRU14.

Saya antara yang paling awal menghantuk kepala ke meja sejurus mendapat perkhabaran bahawa si Anwar ini mahu bertanding di DUN Kajang demi mengambil alih pejabat menteri besar.

Seperti juga anda, mahu sahaja saya memaki hamun beliau yang tidak mengambil kira sentimen awam sebelum membuat keputusan sedemikian.

Namun setelah mempertimbangkan sebab-sebab yang diberikan, saya harus bersetuju bahawa meskipun gerakan politik ini begitu licik dan membelakangkan banyak hal, ia tetap harus dilaksanakan. Akhirnya Azmin pun tidak berpeluang menjadi menteri besar.

Satu dua minggu ini, isu Kajang akan menjadi buah mulut dan modal kebencian orang. Mereka akan kata ini semua bahana politik kepartian demi cita-cita seorang individu.

Namun hari demi hari anda juga akan bersetuju bahawa langkah ini adalah langkah perlu dan bukan sekadar soal Anwar dan cita-cita yang mungkin tidak kesampaian.

Menjelang hari mengundi di PRK Kajang, anda juga akan duduk di depan skrin televisyen atau komputer dan tetap mengharapkan Malaysia yang lebih baik.

Mengelak Selangor tumpas sepertimana halnya di Kedah adalah demi Malaysia yang lebih baik, bukan soal mengidolakan Anwar dan menyelesaikan masalah parti PKR. Dan anda akan diam-diam bersorak sekiranya Anwar menang.

Namun apa yang penting ialah Pakatan meletakkan nasibnya kembali ke tangan anda. Ini jauh berbeza dengan Umno yang contohnya melantik menteri daripada kalangan mereka yang kecundang melalui pintu belakang Dewan Negara.

Pakatan menyerahkan kembali keputusan dan nasib koalisinya ke tangan pengundi; biarlah demokrasi menentukan.

Ada banyak lagi perkara yang harus diselesai dan ditangani. Janganlah dibiarkan tumpuan kita dialih-alih lagi. – 30 Januari, 2014.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
DTECCONAN posted on 30-1-2014 05:18 PM
kan dah kata, dia ada keistimewaan utk menawan hati org dlm ucapan
bukan senang2 org boleh dapat  ...

Yg tertawan tu hati golap...buto mato hati..hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2014 07:56 PM | Show all posts
ifanonline posted on 30-1-2014 08:52 AM
tak perlu tengok jauh..melayu melanau perintah sarawak...ok atau tak ok?

Di Sarawak, tak kisah siapa memerintah, janji org Sarawak. So far ok jah. Rizab negeri RM20bil (terbesar di Malaysia), credit rating tertinggi, surplus budget 7 tahun berturut2. Penang dgn Selangor baru 2-3 tahun surplus budget dan tinggikan rizab ke RM5 bil sikit punya kecoh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 08:12 PM | Show all posts
Ya Allah ya tuhanku

Sekiranya Anwar Ibrahim jadi pemimpin Malaysia akan memudaratkan negara ini
Jangan lah engkau izinkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin negara tercinta ini

Ya Allah ya tuhanku

Sekiranya Anwar Ibrahim jadi pemimpin Malaysia ini akan membawa kehancuran kepada bangsa, agama dan negaraku
Jangan lah engkau izinkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin negara tercinta ini

Ya Allah ya tuhanku

Sekiranya Anwar Ibrahim jadi pemimpin Malaysia ini akan membawa kemusnahan kepada apa yang telah dibina oleh pemimpin pemimpin sebelum ini
Jangan lah engkau izinkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin negara tercinta ini

Ya Allah ya tuhanku

Engkau gagalkan niat Anwar Ibrahim
Engkau patahkan niat Anwar Ibrahim
Engkau musnahkan niat Anwar Ibrahim

kerana sesungguhnya engkau lebih nampak daripada kami ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2014 08:37 PM | Show all posts
Knights posted on 30-1-2014 08:12 PM
Ya Allah ya tuhanku

Sekiranya Anwar Ibrahim jadi pemimpin Malaysia akan memudaratkan negara ini

Doa yang smua hanya menjurus kearah negatif sahaja.

Sepatutnya MUSTI ada disebutkan yang disebaliknya sepertI :

YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA MENGETAHUI APA YANG DI HADAPAN DAN YANG SUDAH TERJADI, SEKIRANYA PENCALUNAN DAN PRK KAJANG INI DENGAN CALUNNYA YAB DATO SRI ANUAR IBRAHIM AKAN MEMBAWA SUATU PERUBAHAN YANG LEBIH BAIK BUKAN SAHAJA KEPADA NEGERI SELANGOR, BAHKAN MALAYSIA AMNYA, KAU PERMUDAHKAN LAH URUSANNYA DAN BERILAH KEMENANGAN YANG GILANG GEMILANG KEPADANYA. KAU HANCURLAH ORANG-ORANG YANG DZALIM DAN PEMBAWA DAN PEMBUAT FITNAH INI DARI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA INI. SESUNGGUHNYA APABILA DATANG KEBENARAN, MAKA AKAN HANCURLAH KEZALIMAN TERSEBUT SEHANCUR-HANCURNYA. DAN SEKIRANYA MEREKA BERTAUBAT, MAKA ENGKAULAH SEBAIK-BAIKNYA PENERIMA TAUBAT.
AMEEN AMEEN YA ROBBALALLAMIN


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
jibun arahkn pegawai kerajaan jwb sendiri isu dasar awam. diorg xde kepakaran nk jawab. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 08:49 PM | Show all posts
MelahJanda posted on 30-1-2014 08:42 PM
jibun arahkn pegawai kerajaan jwb sendiri isu dasar awam. diorg xde kepakaran nk jawab. hahaha

jwb dgn jujur ye kak melah..... takde berpaksi politik.... klau keadaan ekonomi kite teruk ckp je teruk.... jgn dok berlapik2....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
masa khalid ibrahim kalah dun ijok dulu tu siapa yang tikam belakang dia? jgn ingat boleh senang2 buat tatau..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 10:55 PM | Show all posts
Muntz posted on 30-1-2014 07:56 PM
Di Sarawak, tak kisah siapa memerintah, janji org Sarawak. So far ok jah. Rizab negeri RM20bil (te ...

ye ke rizab 20 billion...cam bohong aje...

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
DTECCONAN posted on 30-1-2014 05:49 PM
macai2 PR

Sapa yg tulis ni PA azmin ke? Internal pkr tau la kes kajang ni nk lucut khalid..azmin aje yg kata khalid tak perform...biasa la kurang sana sini..azmin pandai sgt ke? Suruh dia handle dun hulu kelang pun x mampu..ckp komplen org je pandai..dr sebelum election lg azmin nk buang khalid sampai nama x calon..pls la org cam gini...khalid kena skrg sbb dia cuci org2 kotor..klau gini cara pkr main...x jauh beza dgn umno..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2014 12:27 AM | Show all posts
ifanonline posted on 30-1-2014 10:55 PM
ye ke rizab 20 billion...cam bohong aje...

Mmg lah ko fikir bohong pasal berita tu tak kena highlight kat news selalu. Sbb dah selalu sangat prestasi bagus, not news material anymore.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2014 12:28 AM | Show all posts
leni posted on 30-1-2014 11:42 PM
Sapa yg tulis ni PA azmin ke? Internal pkr tau la kes kajang ni nk lucut khalid..azmin aje yg kata ...

Sbb tu Anwar kena step in sblm Azmin nie buat sesuatu yg di luar dugaan. Sbenanya ini bukan strategi utk menawan kerajaan sangat pun, ini lebih kepada memperbaiki internal spat dalam PKR.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2014 12:28 AM | Show all posts
Knights posted on 30-1-2014 08:12 PM
Ya Allah ya tuhanku

Sekiranya Anwar Ibrahim jadi pemimpin Malaysia akan memudaratkan negara ini

perhh.... kunun UMNO ketuatnan melayu.. kunun UMNO pejuang melayu.. kunun UMNO pembela melayu.. kunun idopp melayu sampai pakat ramai2 nangis air mata darah sambil nyanyi macam dalam gospel puja jesus kunun melayu ilang kuasa... tapi sanggup doa2 bagai demi menangkan cina perembat duit negara, perompak tanah org melayu yg sangat2 anti islam dan melayu....  see.. nampak kan UMNO nih penipu dunia akhirat pembela melayu kununnya.. tak bleh disangkal2 lagi.....

cina2 MCa dok kerusi empuk tunggu menang... anjing2 belaan cina MCa bekerja keras doa sana, doa sini bagi cina menang... good dog....


apa makna gambar ini...?? ini gambar pertandingan siapa menangis paling huduh di muka bumi nih....sapa menang layak menerima hadiah pangkat dato.... bukan menangis melayu ilang kuasa.. penipu dunia akhirat ajer kata menangis kenang melayu ilang kuasa....



Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2014 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Muntz posted on 31-1-2014 12:28 AM
Sbb tu Anwar kena step in sblm Azmin nie buat sesuatu yg di luar dugaan. Sbenanya ini bukan strate ...

Aku biasa juga deal dgn kerajaan sgor tu sbb tu aku kata pak khalid baguss...azmin nk haprak sebenarnya...dan dia pegang rahsia nwar....nwar ni hero berucap jerr....election kajang ni boleh rasa betapa semakin meluat sultan selangor dgn pkr ni..hari tu pun dah nasib2 pak khalid x di perkenan sultan nk jd mb....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2014 12:56 AM | Show all posts
leni posted on 31-1-2014 12:40 AM
Aku biasa juga deal dgn kerajaan sgor tu sbb tu aku kata pak khalid baguss...azmin nk haprak seben ...

Bagi aku lah kan, PKR nie sangat2 beruntung, pasal, sudahlah kerusi paling sikit antara rakan2 PR, pastu rakan2 PR lain pulak bagi peluang utk jadi MB. Lagipun MB takkan dari DAP pulak kan, kalau dari PAS pulak karang, DAP mgkin tak setuju. Unless, PAS boleh produce sorang calon MB mcm Ir. Nizar. Aku harap2 lah PKR jgn terlalu main politik (kuasa) sangat. Tumpukan kpd mcm mana nak serve rakyat. Jgn nanti nak tunggu sampai BN berubah menjadi rakyat-friendly baru dia nak dekat semula dgn rakyat. Bagi aku, MB Khalid nie masih ok, cuma keputusan dia tu kdg2 terlalu business-minded. Dia lebih kpd menimbang mengikut untung-rugi, sedangkan sbg pemimpin rakyat, sepatutnya keputusan tu harus ada balance dari segi bukan setakat untung-rugi, tetapi kesan kpd rakyat, populariti, impak kpd imej dsb. Mcm dia lepaskan konsesi air kpd Kerajaan Persekutuan tu, aku sangat2 tak setuju. Walaupun langkah mengambilalih konsesi air tu merugikan dlm jangka masa pendek, dia harus pikir impaknya kpd rakyat. Jgn hanya fikir ianya hanya merugikan dari segi kewangan jer. Tawaran RM9bilion pengambilalihan tu bagi aku terlalu kecil. Kalau dia tak mampu ambilalih dgn duit semata2, dia boleh fikir cara lain spt memberi insentif dsb. Art of negotiation nie, kena pandai diplomasi bukan dari sudut business semata2 tetapi dari sudut politik jua. Itu point yg MB Khalid nie paling lemah skali. Apa pun, good luck lah utk PKR Selangor. Semoga lepas selesai semua nie, takder lagi dah internal spat. Kalau aku jadi Anwar, aku just get rid of Azmin. Dah tau susur galur keluarga dia jenis mcm mana, tengoklah Umi Hafilda dgn Azwan Ali tu. So, dia patut dah boleh agak lar Azmin tu jenis mcm mana.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2014 01:52 AM | Show all posts
apa kes ni doa main taip2.. doa la pas solat baru la cpt makbul.. lol doa zmn it
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.654265 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list