CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: doubleA

Review Konsert3Suara Jamal-Zamani-Ameng IB post#1534

[Copy link]
Post time 16-5-2016 12:17 PM | Show all posts
doubleA replied at 16-5-2016 12:09 PM
pasal next konsert ni iols susah nak cakap, bergantung pada masa dan keadaan kot.

ada sumber ca ...

teringat dolu2 time konsert 96 tu...zamani kata "konsert unplugged 1996..tahun 1997 nanti ada lagi..sabar" pastu dia gelak manja dia tu


udahnya 97 berlalu gitew dengan kegawatannya.... 20 tahun juga menemukan iols live ngan slam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2016 12:19 PM | Show all posts
arin51 replied at 16-5-2016 12:04 PM
Soalan: Riz yg rambut panjang tu sape? Sorry kalau keluar tajuk

Ada staff dtg tanya kalau iols n ...

awat tak naik uols


jangan risau...abam2 slam tak pelok peminat macam kpop tu hah..diaorg suruh kita pelok mikrofon je erat-erat

ke uols takut gagal mengawal diri sat g penoh dada akhbar pulak dengan "peminat Slam hilang arah atas pentas"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2016 12:19 PM | Show all posts
mybarbie replied at 16-5-2016 08:03 AM
Hwaa... kalau tahu jumpa Ujang, boleh mintak tolong kirim salam... Kalau dalam SLAM kita ada Shah, ...

special utk chuols dan @afieyra selaku penaung #fansbersatuShah






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2016 12:21 PM | Show all posts
Edited by doubleA at 16-5-2016 12:32 PM

Slam, bisa yang tak pernah pudar
MALAM Sabtu lalu, Starxpo Centre Kenanga Wholesale City (KWC), Kuala Lumpur menjadi saksi seramai 6,000 penonton yang hadir bagi menyaksikan Konsert Kurnia Slam yang berlangsung di situ.
Suasana gamat dan cukup meriah dengan kehadiran peminat setia kumpulan yang ditubuhkan sejak tahun 1993 itu dan menjadi bukti bahawa mereka masih relevan sebagai sebuah kumpulan balada popular biar arus peredaran zaman hampir menenggelamkan mereka.
Di luar tapak konsert, hujan lebat membasahi bumi. Entah itu petanda alam sedang meraikan Slam yang terkenal dengan hit Gerimis Mengundang atau memang hukum alam. Di sebalik lebatnya hujan, di dalam tapak konsert, lain ceritanya. Tepat 9 malam, lampu pentas dipadamkan. Ia memberi tanda bahawa persembahan akan bermula dan penonton mula berteriak gembira menanti kelibat kumpulan kesayangan mereka di atas pentas.
Ketua kumpulan, Shah yang juga bertindak selaku pengarah muzik untuk konsert itu mula memetik gitar diikuti dengan ahli lain seperti Eddie (keyboard), Lily (bass), Ajak (gitar kedua) dan Man (dram) bagi membuka tirai sebelum Zamani muncul di atas pentas lalu membuatkan adrenalin penonton semakin memuncak.
Ironi, Zamani adalah seorang penyanyi lelaki yang polos dan tidak pernah berlebihan dalam soal penampilan imej. Satu-satunya signitur Zamani yang kini berusia 44 tahun itu adalah tampil dengan kaca mata hitam, yang dalam bicaranya, beliau memberitahu kaca mata hitam adalah ‘tembok’ yang membantu beliau yakin diri. Selainnya, penyanyi itu menggoda dan menakluk peminatnya dengan vokal mantap dan mendayu dengan baik.
Lantas apabila Zamani membuka panggung dengan Sinar Menunggu dan Biarkannya sebelum diteruskan dengan lagu Maria Mariana yang menjadi tema filem berjudul sama ditayangkan pada tahun 1996, tidak ada perkataan yang dapat ditulis bagaimana peminat histeria menyambut ‘salam perkenalan’ itu.
Menusuk hingga ke segenap penjuru jiwa, lantunan vokal Zamani mengingatkan kembali nostalgia dan kegilaan peminat tentang filem yang dibintangi oleh aktres Erra Fazira dan Ziana Zain itu. Istimewanya, persembahan lagu itu turut diserikan dengan paparan beberapa babak filem tersebut di layar skrin gergasi di belakang pentas.




Kumpulan Slam yang sudah berusia lebih 20 tahun dan jarang membuat penampilan bersama, telah mempamerkan persembahan mantap dalam Konsert Kurnia Slam di KWC, Kuala Lumpur malam Sabtu lalu.


Biarpun terpaksa melakukan persembahan dalam masa dua jam dengan lebih 20 buah lagu, ironinya suara emas milik Zamani tiada yang berubah walau seinci. Suara itu kekal sebagai suara lunak yang membikin hati penonton cair dengan bait-bait lirik lagu yang mendayu.
Sesuai dengan gelaran yang diberi ramai peminat kepadanya, suara Zamani hanya satu di dunia. Tidak akan ada orang lain yang mampu menyamai suara lelaki itu.


Hargai komposer
Memasuki segmen kedua, Slam menyusun barisan lagu popular mereka seperti Kembali Merindu, Mentari Muncul Lagi, Biarkan Ia Pergi, Ranting Impian dan Kembali Terjalin sebelum menjemput penyanyi jemputan Ronnie Hussein yang mendendangkan lagu Terasing Dalam Sepi.
Untuk segmen ketiga iaitu akustik, Slam tampil segak bergaya dengan sut tajaan daripada Taufik Taylor dengan mempersembahkan empat buah lagu hit mereka iaitu Buat Seorang Kekasih, Sendiri, Kasih dan Syair Si Pari-Pari.
Tidak perlu diminta, peminat sendiri sudah arif tentang kebanyakan lirik lagu popular kumpulan Slam. Secara langsung, iringan nyanyian daripada peminat membuatkan seisi dewan bergema. Mungkin situasi itu sendiri menyuntik kembali elemen nostalgia yang pernah dilalui mereka suatu ketika dahulu di Stadium Negara, Kuala Lumpur sewaktu berlangsungnya Konsert Grand Unplugged Slam 1996. Konsert tersebut juga merupakan konsert terakhir Slam sebelum kumpulan itu menyepi.
Apa yang pasti, pada malam itu Slam mempunyai objektif tersendiri apabila tidak hanya mengadakan persembahan untuk peminat semata-mata, tetapi ia menjadi medan untuk mereka menghargai komposer yang banyak membantu menaikkan nama mereka dalam industri.
“Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan buat individu di sebalik tabir yang sebenarnya menjadi tulang belakang untuk memperkenalkan kumpulan Slam di persada dunia hiburan sekitar lebih 20 tahun lalu.



Lebih 6,000 peminat setia Slam puas hati dengan persembahan padu yang dipamerkan kumpulan tersebut selepas kali terakhir melangsungkan konsert mega pada tahun 1996.


“Individu ini antara komposer yang banyak berjasa dalam menghasilkan lagu-lagu popular kami sehingga ia masih diterima dan dinyanyikan oleh anda pada hari ini. Untuk itu, saya menjemput naik ke pentas, saudara Saari Amri yang juga pencipta lagu seterusnya, Kembali Terjalin,” ujar Zamani sebelum mereka sama-sama menyanyikan lagu tersebut di atas pentas.
Untuk lagu Syair Si Pari-Pari, Zamani sempat menjemput komposer yang bertanggungjawab mencipta lagu tersebut iaitu Aidit Alfian dan berkata: “Ia merupakan salah sebuah lagu solo saya yang dikeluarkan pada tahun 2002 dan ia dicipta oleh Aidit Alfian.”
Mengambil alih persembahan, penyanyi Hazama tampil sebagai artis undangan kedua dengan menyampaikan lagu Kita Terpaksa Bermusuhan.
Menghampiri penutup, Zamani memberi persembahan terbaik dengan barisan lagu seperti Nur Kasih, Manisnya Rindu, Tiada Aku Jemu, Jika Kau Rasa Getarnya dan Kurnia.
Terharu dengan sokongan yang diterima pada malam itu, Slam menjemput rakan-rakan artis seperti Amir Ukays, Zarul Umbrella, Black Hanifah dan Yazit Search naik ke pentas dengan persembahan beramai-ramai lagu Gerimis Mengundang.
Tiada kata yang layak dinukilkan buat Slam selain ucapan syabas kerana berjaya menyempurnakan perjalanan konsert itu dengan baik tanpa cacat cela.
Secara jujur, Konsert Kurnia Slam pada malam itu berjaya mengembalikan nostalgia, sekali gus membuktikan bahawa Slam masih berbisa dan mempunyai pengaruh yang kuat pada hari ini biarpun kebanyakan daripada mereka tidak lagi muda.
Ternyata, pengalaman adalah harta yang paling berharga untuk meletakkan Slam pada satu tanda aras tersendiri.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz48mzvan4X

#notakaki dabelA : beberapa lagu macam dalam paper ni takda pun, mcm tiada aku jemu, sendiri. yg lain ada

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 16-5-2016 12:19 PM
special utk chuols dan @afieyra selaku penaung #fansbersatuShah

Nak join #fansbersatushah
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sakura_ungu replied at 16-5-2016 12:17 PM
teringat dolu2 time konsert 96 tu...zamani kata "konsert unplugged 1996..tahun 1997 nanti ada lagi ...

Iols pon ingat dialog konsert 1996 ni. N yes 1997malaysia alami kegawatan ekonomi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2016 12:26 PM | Show all posts
doubleA replied at 16-5-2016 12:19 PM
special utk chuols dan @afieyra selaku penaung #fansbersatuShah

uwaaaaa ada fans club abg shah keee iols tak tau...mintak maaappppp selalu ketinggalan train

nak join lagi bleh ke nih?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sakura_ungu replied at 16-5-2016 12:15 PM
iols time 80an tu minat sudirman hokeh  penghibur yang tiada gantinya......

Masa arwah sudir meninggal pon iols kecik lagi...uhuhu...ingat lagi malam tu berita pukul 8 malam bgtau sudirman meninggal, iols time tu dah nak tertido
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2016 12:31 PM | Show all posts
sakura_ungu replied at 16-5-2016 12:26 PM
uwaaaaa ada fans club abg shah keee  iols tak tau...mintak maaappppp selalu ketinggalan trai ...

takde la secara rasmi chuols, sesaje dlm porem ni iols selalu guna #fansbersatuZamani #fansbersatuSlam, bole je utk member2 Slam yg lain

bole guna bila2 masa dimana saje, takda copyright pun, guna term tu dlm porem je
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:32 PM | Show all posts
doubleA replied at 16-5-2016 12:31 PM
takde la secara rasmi chuols, sesaje dlm porem ni iols selalu guna #fansbersatuZamani #fansbersatu ...

iols nak jugak lah....


#fansbersatudoubleA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2016 12:33 PM | Show all posts

choy iols bukan retis chuols, utk iols tak valid
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sakura_ungu replied at 16-5-2016 12:19 PM
awat tak naik uols



Hahahaha betul la tu. Takut tak tentu arah atas stage tu. Ingat dia nak suruh iols pindah dok depan rupanya ajak naik stage

Sbb sblm tu kitorg lemas dgn asap rokok. Serius laaa diorg merokok kat meja buffet tu.. bila staff tu tanya mcm tu kitorg gelak2 lupa jap pasal asap rokok tu..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2016 12:38 PM | Show all posts
arin51 replied at 16-5-2016 12:37 PM
Hahahaha betul la tu. Takut tak tentu arah atas stage tu. Ingat dia nak suruh iols pindah dok depa ...

chuols la tiket vip kan? kemsalam slam tak on behalf of dabelA tiket gold?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 16-5-2016 12:38 PM
chuols la tiket vip kan? kemsalam slam tak on behalf of dabelA tiket gold?

Uols siap dapat autograph bagai. Tak perlu kiriman salam iols kan.. hahaha

Iols nervous jumpa zamani.. iols cuma ckp kawan2 & family sy kirim salam kat abg. Dia ckp "waalaikumsalam warahmatullah.. terima kasih banyak2 sbb dtg"

*pengsan*
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:43 PM | Show all posts
eely_shana replied at 16-5-2016 12:27 PM
Masa arwah sudir meninggal pon iols kecik lagi...uhuhu...ingat lagi malam tu berita pukul 8 malam  ...

iols sempat ngan sudir berapa lama..kejap je pun...masih hingusan lagik tapi memang iols sayang dia ketat-ketat.... kalo ada keluarga bahagia singer tu kemain iols dok depan tv semata-mata nak tengok dia ngan atai.. time puspawarna dolu2 pon...adoiyai..takleh kalo ingat sudir nih...bleh nangis berkilo2 sat g

sori TT..hari ni betul2 iols KLMJ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:44 PM | Show all posts
arin51 replied at 16-5-2016 12:42 PM
Uols siap dapat autograph bagai. Tak perlu kiriman salam iols kan.. hahaha

Iols nervous jumpa z ...

tu baru jumpa blakang pentas

kalo aku laaa...gamaknya aku jadi macam tunku hanis tu...sampai koyak baju...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2016 12:44 PM | Show all posts
doubleA replied at 16-5-2016 12:33 PM
choy iols bukan retis chuols, utk iols tak valid

uols inspirasi pengerak #fansbersatu dalam ni hokeh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2016 12:48 PM | Show all posts

choy iols baru perasan komen chuols, ctzoners ke tak entah, sebab ada jugak la yg ikut saida.

motip ctzonersssss
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sakura_ungu replied at 16-5-2016 12:44 PM
tu baru jumpa blakang pentas

kalo aku laaa...gamaknya aku jadi macam tunku hanis tu...sampai ...

Iols pemaluuuuu tu pun kena cubit dgn member nak suruh iols jumpa Zamani  

Dah la masa tu ramai org. Zamani bongkok sikit, telinga dia kat depan mulut iols. Tekanan okay... nak lari je rasa

Kawan2 yg dtg dgn iols pun bukan peminat slam to diorg nak temankan. Semua puji Zamani dah byk berubah dh pandai melawak.. dah byk ckp. Bangga jap jadi peminat beliau
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:56 PM | Show all posts
doubleA replied at 16-5-2016 12:19 PM
special utk chuols dan @afieyra selaku penaung #fansbersatuShah

haha.. tq tq.. iols harap adalah yang rekod Solo gitar Shah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 105080 Replies : 4763
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 41928 Replies : 83
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33112 Replies : 77
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 29232 Replies : 6
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 6234 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104502 Replies : 5759
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105247 Replies : 1660
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9719 Replies : 79
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16
Setelah menghabiskan berpuluh2.. ribu  cantikkkan
YgBenarSetelah menghabiskan berpuluh2.. ribu c
Views : 14260 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.313312 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list