CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

  [Copy link]
Post time 16-12-2017 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by moonbug at 16-12-2017 03:22 PM

PART 3 OF 3

Pada 20/02/1993, kedua-dua Thompson dan Venables telah didakwa membunuh James Bulger. Sepanjang kes berlangsung, kedua-duanya telah dirujuk sebagai Kanak-kanak A dan Kanak-kanak B. Mereka ditahan di unit kawalan tinggi sementara menunggu perbicaraan.

Perbicaraan bermula pada 01/11/1993, di mana kedua-duanya dibicarakan sebagai orang dewasa dan dikehendaki duduk di dalam kandang pesalah, jauh daripada keluarga di galeri awam. Dua orang pekerja sosial menemani mereka di kandang pesalah.

Kedua-dua budak itu mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan menculik, menyiksa dan membunuh James. Salah satu bahan bukti mendedahkan yang mereka sebenarnya pada hari kejadian telah cuba menculik seorang kanak-kanak lain berusia 2 tahun tetapi sempat disedari ibunya lalu menarik anaknya daripada mengikut Thompon dan Venables. James bagaimanapun tidak bernasib baik. Ini menguatkan lagi kes yang mana mereka memang merancang untuk mencari mangsa untuk diculik dan disiksa.

Mereka dibicarakan sebagai dewasa kerana kedua-duanya dinilai sebagai berada pada usia yang cukup matang untuk membezakan perbuatan baik dan buruk. Pakar psikiatri turut hadir membuat penilaian dan kedua-duanya jelas faham bahawa perbuatan mengambil seorang anak kecil dari ibunya dan mencederakannnya adalah satu perkara yang serius dan salah. Thompson dan Venables tidak bercakap sepanjang perbicaraan.

Pada 23/11/1993, kedua-dua Thompson dan Venables didapati bersalah membunuh James Bulger, menjadikan mereka penjenayah disabitkan kesalahan bunuh yang termuda di abad ke 20. Hakim Morland ketika menyampaikan keputusannya memberitahu Thompson dan Venables bahawa mereka telah melakukan suatu jenayah "Kejahatan dan kezaliman yang tidak tertandingi. Dalam penghakiman saya, kelakuan kamu adalah licik dan sangat jahat."

Kedua-duanya dijatuhi hukuman penjara selama yang diperkenan oleh Permaisuri Britain. Hakim Morland mencadangkan supaya mereka dipenjarakan selama yang boleh. Hakim turut membenarkan nama kedua-dua mereka didedahkan kerana menganggap kepentingan masyarakat melebihi kepentingan penjenayah-penjenayah muda itu dan ianya penting supaya masyarakat mempunyai kesedaran tentang jenayah yang dilakukan oleh pesalah muda.

Selepas 8 tahun dipenjarakan berasingan, kedua-dua Thompson dan Venables telah dibebaskan ketika berusia 20 tahun pada akhir tahun 2001. Pihak parol mendapati kedua-duanya bukan lagi merupakan ancaman terhadap keselamatan masyarakat. Keduanya diberikan perlindungan di bawah identiti baru, tidak dibenarkan menghubungi satu sama lain, tidak boleh menghubungi keluarga James, dan tidak boleh menghampiri kawasan Merseyside.

Selepas kematian James, ibu bapanya dikurniakan seorang lagi anak lelaki. Bagaimanapun, kesedihan dan tekanan daripada kes membuatkan mereka tidak dapat bertahan lalu bercerai pada tahun 1995. Masing-masing telah berkahwin lain dan memulakan hidup baru.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2017 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang sumbang satu kes pembunuhan sadis kanak2 ya TT sorry tak reti nak simplify cerita, panjang sangat jadinya

Apa pun walaupun kes ni berjaya diselesaikan, tapi kematian James mmg sadis dan menggemparkan England sbb pembunuhnya dua orang budak sekolah rendah. Kecik-kecik dah kejam sampai mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 02:49 PM | Show all posts
tak sanggup nak baca......apalg kes pembunuhan anak kecik huhuhu. teringat anak drumah. adui sedihnya....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 07:15 PM | Show all posts
moonbug replied at 16-12-2017 02:59 PM
PART 3 OF 3

Pada 20/02/1993, kedua-dua Thompson dan Venables telah didakwa membunuh James Bulger. ...


nampak nerd je budak 2 pembunuh neh
tak boleh imagine budak 2 tahun yang masih terkedek2 berjalan jadi mangsa pembunuhan sadis

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 07:17 PM | Show all posts
Selepas 8 tahun dipenjarakan berasingan, kedua-dua Thompson dan Venables telah dibebaskan ketika berusia 20 tahun pada akhir tahun 2001. Pihak parol mendapati kedua-duanya bukan lagi merupakan ancaman terhadap keselamatan masyarakat. Keduanya diberikan perlindungan di bawah identiti baru, tidak dibenarkan menghubungi satu sama lain, tidak boleh menghubungi keluarga James, dan tidak boleh menghampiri kawasan Merseyside.


tak mustahil depa buat lagi jenayah walaupun dah dipisahkan
tambah lagi kalau dah diberi identiti baru, lagi senanglah buat kerja jahat
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya kalau dah menyeksa ni menimbulkan kepuasan,  dah dikira psiko. Adakah diorg ni boleh pulih dgn masa? Bebas menjalani kehidupan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2017 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 20-12-2017 07:15 PM
nampak nerd je budak 2 pembunuh neh
tak boleh imagine budak 2 tahun yang masih terkedek2 berjal ...

Paling tak tercapai akal bila yg membunuh tu budak sekolah rendah. Sadis
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
xtahumenahu replied at 20-12-2017 07:25 PM
Selalunya kalau dah menyeksa ni menimbulkan kepuasan,  dah dikira psiko. Adakah diorg ni boleh pulih ...

Entahlah. Tp kalau dlm kes James Bulger ni, budak2 tu dah dewasa still bermasalah. Still involved dlm crime. Maybe betul lah term 'bad seed' tu. Lagi pulak kalau ada masalah mental. Recipe for disaster
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2017 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 20-12-2017 07:17 PM
tak mustahil depa buat lagi jenayah walaupun dah dipisahkan
tambah lagi kalau dah diberi identi ...

Mmg masih involved dgn jenayah even under new identity. Cuma membunuh lagi tu belum lagi kot
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
aunisofia replied at 20-12-2017 02:49 PM
tak sanggup nak baca......apalg kes pembunuhan anak kecik huhuhu. teringat anak drumah. adui sedihny ...

Mula2 baca kes ni mmg rasa tak percaya, ulang byk kali ingatkan salah baca. Sad reality
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2017 02:42 PM | Show all posts
tri-max replied at 8-12-2017 01:04 PM
arggghhh stress baca pembunuhan Junko Furuta
terpaksa scroll laju2 nak elak baca setiap penderaan,  ...

tq @dani-rox ..tapi ini lah satu2 nye citer yg meols x mampu nak baca kejam sangat..meols baca scroll laju2 gak masa ada Crime Library lagi..terlampau kejam..x tgamak nak baca..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2017 02:46 PM | Show all posts
moonbug replied at 16-12-2017 02:56 PM
KES PEMBUNUHAN JAMES BULGER, 1993

citer ni pun x gamak nk baca,,tbayang mcmana la budak kecik tu tahan sakit..ingat anak2 kat umah..lagi sedih sbb mati ditangan kanak2 gak..aduhaiii murung aku lepas baca ni dlm Crime Library..bad seed pembunuh2 ni mcm kes Mary Bell tu..bad seed gak tu..pas tu kes Shanda Sheare..(kalau x silap namanya)..semua pembunuh bawah umur..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh sedihnya Ke JF n james nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2018 10:43 PM | Show all posts
Hai kawan2! *sila baca dlm suara didi and friends

ai start menulis dan men-translate satu kes misteri dari spain sejak awal bulan 12 tp tak abis2 lg. baru tersedar panjang giler bila melehatkan sumber2 nya
buat sementara waktu ai post kisah lain dulu
btw kes2 yg di request tu masih dlm csi hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2018 11:48 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 3-1-2018 11:50 PM

SKANDAL GALAPAGOS YANG BERAKHIR DENGAN TANDA TANYA








Kepulauan Galapagos adalah gugusan pulau2 kecil yg terletak di Lautan Pasifik, bahagian barat Ecuador – yg juga negara pemiliknya. Penuh dgn batu2an, bercuaca kering dan panas, Galapagos memberi teduhan utk beberapa spesis haiwan yg jarang ditemui di tempat lain. Haiwan yg paling terkenal di pulau itu adalah kura2 gergasi dan burung pipit (finch) – yg menginspirasikan Charles Darwin utk menulis “Theory of Evolution.” Sekarang gugusan pulau2 itu menjadi salah satu tarikan pelancong dari seluruh dunia.





Pada hari2 biasa di Galapagos, suasananya sunyi dan tenang. Namun semuanya berubah pd 1934, apabila kepulauan itu menjadi saksi skandal seks dan pembunuhan antarabangsa.

KEPULAUAN GALAPAGOS

Nama kepulauan tersebut datang drpd pelayar2 Eropah: "Insulae de los Galopegos" (Islands of the Tortoises) sempena kura2 raksasa yg banyak ditemui di kawasan itu. Pelayar2 itu dikatakan menjumpai Galapagos secara tidak sengaja dan kemudian kewujudannya tidak dipedulikan sehinggalah abad ke-17, iaitu ketika ia menjadi tempat perhentian sementara utk kapal2 memburu ikan paus, bg mendapatkan bekalan air/makanan. Kerajaan Ecuador menuntut hakmilik kepulauan itu pd 1832, dan berjaya mendapatkannya tanpa sebarang tentangan. Sesetengah rakyat Ecuador yg berani akan menangkap ikan di situ, yg tidak brp lama kemudiannya dijadikan sbg koloni penjara. Galapagos mengecapi kemasyhuran apabila Charles Darwin datang melawat pd 1835, yg seterusnya menerbitkan buku teori2 beliau termasuklah ilustrasi spesis2 di kepulauan tersebut.



Salah satu pulau di Galapagos, Floreana



FRIEDRICH RITTER & DORE STRAUCH


Pada 1929, seorg doktor berbangsa Jerman Friedrich Ritter meninggalkan kerjayanya dan berpindah ke Galapagos, kerana dia merasakan dirinya memerlukan permulaan hidup yg baru di tempat yg jauh.

Dia membawa salah seorg pesakit wanitanya, Dore Strauch bersama – Kedua2nya meninggalkan suami dan isteri masing2 di negara asal. Mereka mendirikan rumah dan kebun di Pulau Floreana dan bekerja kuat setiap hari termasuklah memindahkan batu lava gunung berapi yg berat, menanam buah2an dan sayur2an dan menternak ayam. Kedua2nya turut menjadi selebriti antarabangsa waktu itu: Dikenali sbg doktor yg lasak dan kekasihnya, tinggal di sebuah pulau jauh terpencil.

Ramai yg melawat pasangan kekasih tersebut, dan ada di antara mereka bbrp thn kemudian berpendapat kesukaran hidup di pulau itulah yg menyebabkan Dr Ritter dan Cik Strauch berputus asa dan hilang kewarasan.





KELUARGA WITTMERS


Dari kiri: Heinz, Rolf, Harry dan Margret


Heinz Wittmer tiba pd 1931 bersama anak remaja lelakinya Harry dan isteri yg sarat mengandung, Margret. Tidak spt pelawat2 lain, mereka memutuskan utk berada kekal di situ – Dgn bantuan Dr Ritter, mereka pun membina rumah dan kebun sendiri. Apabila semuanya selesai, kedua2 keluarga dan pasangan Jerman itu tidak lg kerap berhubungan. Walau bagaimanapun, mereka tidak kisah kerana lebih suka bersendirian dan membuat hal masing2. Seperti Dr Ritter dan Cik Strauch, keluarga Wittmer juga tahan lasak, berdikari dan sudi menerima pelawat, tapi selalunya mereka lebih suka memencilkan diri.


Rumah Keluarga Wittmer


WANITA BANGSAWAN, SI “BARONESS”


Dari kiri: Philippson, Lorenz dan Baroness Eloise

Kedatangan yg seterusnya akan mengubah segala2nya. Tidak lama selepas ketibaan keluarga Wittmer, satu kumpulan yg terdiri drpd 4 org pula muncul: diketuai oleh “Baroness” Eloise Wehrborn de Wagner-Bosquet, seorg wanita Austria yg cantik. Dia ditemani 2 org kekasih Jermannya, Robert Philippson dan Rudolf Lorenz, dan seorg pekerja berbangsa Ecuador, Manuel Valdivieso. Baroness yg bergaya itu mendirikan sebuah rumah kecil yg dinamakan “Hacienda Paradise” dan mengumumkan rancangannya utk membina sebuah hotel mewah di pulau tersebut.


SATU PERGAULAN YANG MERBAHAYA


Baroness dan Philippson sedang melayan para tetamunya

Si Baroness dikatakan seorg yg menghiburkan, sekurang2nya pada tetamunya yg kebanyakan kapten2 kapal; yg sudi mendengar kisah wanita itu. Dia menceritakan bagaimana dia memakai pistol dan cemeti, menggoda Gabenor Galapagos dan menobatkan dirinya sendiri sbg ‘Maharani’ Pulau Floreana.


Baroness dan Philippson sedang beraksi utk rakaman filem pelawat

Sejak kedatangan Si Baroness, makin banyak kapal2 layar yg singgah ke Floreana – Ramai org sanggup meredah Pasifik semata2 apabila balik nanti mereka dgn bangganya akan menceritakan pertemuan mereka dgn Baroness yg hebat itu. Namun Baroness Eloise tidak mesra dgn penduduk2 Floreana yg lain: Keluarga Wittmer mengelakkan diri drpd bertemu dgn nya, manakala Dr Ritter sangat membencinya.


KEADAAN SEMAKIN TERUK

Situasi di pulau semakin buruk. Salah seorg kekasih Baroness, Rudolf Lorenz dipinggirkan dan Robert Philippson mula memukul lelaki itu. Maka Lorenz menghabiskan masanya dgn keluarga Wittmer sehingga Si Baroness datang menjemputnya. Waktu itu juga pulau tersebut dilanda kemarau berpanjangan, hingga menyebabkan Ritter dan Strauch bergaduh besar. Ritter dan Wittmer juga berang kerana mengesyaki Si Baroness mencuri surat dan barang kiriman mereka serta memburuk2kan kedua2nya di hadapan pelawat. Dan pelawat2 itu memanjangkannya ke akhbar2 antarabangsa.

Penduduk2 di situ kemudiannya bertindak dgn lebih jauh lg: Philippson mencuri keldai Ritter dan melepaskannya di dlm kebun keluarga Wittmer. Pada keeseokan paginya, Heinz menembak keldai itu kerana menyangkakan ia haiwan liar.


KEHILANGAN SI BARONESS


Baroness Eloise dan Robert Philippson ketika di Eropah

Namun pd 27 Mac 1934, Baroness Eloise dan Philippson didapati hilang. Menurut Margret Wittmer, Baroness menemuinya di rumah Wittmer dan memberitahu bahawa bbrp org rakan telah tiba dgn kapal layar dan berhasrat utk membawanya dan kekasih, Robert Philippson ke Tahiti. Kata Baroness lg, dia meninggalkan semua harta benda yg tidak dpt dibawa bersama kpd Lorenz. Si Baroness dan Philippson pun berangkat pd hari yg sama dan tidak dpt dikesan lg hinggalah sekarang.

KISAH PELIK

Walau bagaimanapun, banyak perkara yg tidak masuk akal di dlm cerita Wittmer. Tiada siapa perasan akan kehadiran mana2 kapal pd minggu itu. Baroness dan kekasihnya tidak pernah sampai ke Tahiti. Mereka turut meninggalkan hampir kesemua barang2, termasuk – menurut Dore Strauch—item2 yg diperlukan oleh Baroness wpun dlm perjalanan singkat sekalipun. Strauch dan Ritter percaya kedua2nya telah dibunuh oleh Lorenz dan keluarga Wittmer membantu menyembunyikannya.

Selain itu, Strauch juga berpendapat bahawa kedua2 mayat pasangan kekasih itu telah dibakar, berdasarkan kayu2 dari pokok akasia (yg mudah didapati di pulau itu) mampu membakar hingga ke tulang.


KEHILANGAN LORENZ


Kiri: Gambar pasport Lorenz, Kanan: ketika berada di Galapagos

Lorenz dikatakan cuba meninggalkan Galapagos dgn tergesa2 dan memujuk seorg nelayan berbangsa Norway bernama Tygive Nugerood utk membawanya ke Pulau Santa Cruz dan dari situ ke Pulau San Cristobal, di mana dia akan menaiki feri ke Guayaquil.

Mereka selamat tiba di Santa Cruz, tetapi hilang di dlm perjalanan antara pulau itu ke San Cristobal. Beberapa bulan kemudian, mayat kedua2 lelaki itu ditemui di dlm keadaan kering dan terawet di Pulau Marchena. Tiada sebarang petunjuk bagaimana mereka berada di situ. Apa yg ganjil, Marchena terletak di utara Kepulauan Galapagos dan sgt jauh dari Santa Cruz dan San Cristobal.


Mayat Lorenz dan Nugerood





Nugerood




Keadaan mayat Lorenz sedang diperiksa oleh pihak berkuasa



KEMATIAN ANEH DR RITTER

Kejadian pelik tidak terhenti di situ saja. Pada November thn yg sama, Dr Ritter meninggal dunia, berpunca drpd keracunan makanan – Dia dilaporkan telah memakan jeruk ayam yg telah tercemar/basi. Ini telah menimbulkan rasa curiga, kerana Ritter adalah seorg vegetarian (walaupun prinsipnya agak longgar). Dan dia sudah lama tinggal berdikari di pulau, sudah tentu dia dpt membezakan jeruk daging yg sudah rosak. Ramai yg beranggapan  Strauch telah meracunnya, memandangkan layanan lelaki itu terhadapnya semakin buruk. Margret Wittmer menyatakan bahawa Ritter menyalahkan Strauch atas apa yg berlaku kpdnya ketika itu, malah doktor tersebut sempat menyumpah kekasihnya sebelum mati.


Kubur Dr Ritter di Pulau Floreana


MISTERI-MISTERI YANG BELUM TERUNGKAI

Tiga kematian, dua hilang dlm tempoh bbrp bulan. Skandal Galapagos menjadi satu kisah misteri yg membingungkan ahli sejarah dan pelawat2 kepulauan itu sehingga ke hari ini. Tiada satu pun kesnya menemui penyelesaian dan jawapan – Si Baroness dan Philippson tidak pernah muncul di mana2 lagi, kematian Dr Ritter secara rasminya adalah satu kemalangan dan belum ada petunjuk penting yg dpt menerangkan bagaimana mayat Nugerood dan Lorenz berada di Marchena.

Keluarga Wittmer terus mendiami kepulauan itu dan menjadi kaya raya bbrp thn kemudian apabila pelancongan di Galapagos berkembang maju – Keturunan mereka masih memiliki hartanah berharga dan perniagaan di situ. Dore Strauch pula kembali ke Jerman dan menulis sebuah buku, "Satan Came To Eden: A Survivor's Account of the Galapagos Affair", berkongsi kisah2 menarik yg bukan saja menyentuh kes sensasi di kepulauan tersebut, malah keperihan hidup penduduk2 penempatan awal Galapagos.


Margret Wittmer, 81thn (pd 1985) bersama anaknya Ingeborg Floreanita dan cucu, Trudi Beatrix Maria di Pulau Floreana



Sekiranya peminat kisah Galapagos mengharapkan sebarang jawapan, mereka akan kecewa. Margret Wittmer, antara org terakhir yg benar2 tahu apa yg terjadi, tetap berpegang pd ceritanya iaitu Baroness berpindah ke Tahiti, hinggalah kematiannya pada thn 2000. Kadang2 Wittmer menunjuk2 seolah2 dia tahu lebih dari itu, tetapi sukar utk menentukan sama ada ia benar atau dia sekadar mempermainkan para pelancong dgn memberi bayangan dan petanda. Manakala buku tulisan Dore Strauch tidak memberikan sebarang penjelasan: dia tetap percaya Lorenz telah membunuh Si Baroness dan Philippson tetapi tidak mempunyai bukti kukuh melainkan naluri dan suara hatinya (dan juga Dr Ritter).




Margret Wittmer






Sumber 1/2/3

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2018 12:01 AM | Show all posts
video berkisarkan Baroness dan kekasih2nya yg dirakam oleh pelawat2 ke Floreana

https://www.youtube.com/watch?v=CijtNm-BrsE

rakaman keluarga wittmer

https://www.youtube.com/watch?v=F86nyT5PnJM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2018 12:48 AM | Show all posts
baru teringat, lepas tengok episod terakhir dokumentari kes double murder Talwar... ai tertarik dgn statement parents Aarushi yg baru dibebaskan dari penjara. Dlm interview tuh, dia org cakap lebih kurang gini: "Ini semua telah ditakdirkan, kami akan memulakan hidup baru dan takkan membelenggu diri dgn apa yg terjadi etc etc." Takda sebut psl keadilan utk anak mereka, takda sebut psl pembunuh Aarushi yg masih terlepas. Ai pun hmmmm... kalaulah ai di tempat dia org, wpun dah bebas, opkos ai tetap nak cari siapa yg bunuh anak ai biar sampai ke lubang cacing. ni mcm dah takda semangat, mungkin penjara yg mengubah diri dia org. who knows.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 09:24 AM | Show all posts
dani-rox replied at 4-1-2018 12:48 AM
baru teringat, lepas tengok episod terakhir dokumentari kes double murder Talwar... ai tertarik dgn  ...

kan.. i pun tgk documentary tu, mcm abis gitu je...

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 09:25 AM | Show all posts
nway, tq for the new story... i asek tunggu update dari u n dam.. best korang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 11:58 AM | Show all posts
moonbug replied at 16-12-2017 02:59 PM
PART 3 OF 3

Pada 20/02/1993, kedua-dua Thompson dan Venables telah didakwa membunuh James Bulger. ...

aku xsanggup nak baca dah wehhh...
aku jenis berimaginasi bila baca..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.205635 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list