CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bawangkecik

[Tempatan] Polis masih siasat kehilangan Acap

 Close [Copy link]
Post time 12-4-2019 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
   

Sape hari tu cakap bini acap sarat mengandung tu.pandai2 je..abg acap dah nafikn pun...ramai sgt kan suke creat cerita...kdg2 kite pun pcaye la juga dgn cite2 org ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2019 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 12-4-2019 02:22 PM
Maybe katering bunian tu salah anggap ingat heshe staf derang sbb pakai t-shirt sama kaler
...

Sedeyyyy... meols penah masuk speedmart99 pakai baju oren... org ingat keje situ... tanya nak cari barang..  sedeyyyy...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tompie replied at 12-4-2019 02:48 PM
Adoi.. acik2 dah banyak melabun bak kata acik TT thread sebelah

Eh chuols, tered ni bukan tempat nak spoonfeed info soheh kes acap je eh
Kalo chuols rengsa baca joyahan weols kat sini, pi baca tered lain je dekkk senang
Bersepah lagi tered acap yg poremer bukak tu haaa

Lagipun ni bukan tered info kehilangan acap secara official pun

Weols kat sini sambil2 tunggu kesudahan kes acap, weols borak2 beramah mesra and selit2 kes yg lebih kurang dgn kes acap or citer mistik

Harap poremer yg acah2 pembaris pegi berkuntum kat tered v3 tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 03:00 PM | Show all posts
budakpink replied at 12-4-2019 02:58 PM
Sape hari tu cakap bini acap sarat mengandung tu.pandai2 je..abg acap dah nafikn pun...ramai ...

Biasa ahh semua tambah ajinomoto bagai untuk mensensasikan lagi cerita2 mereka..

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by milo_888 at 12-4-2019 03:03 PM
Acikgomen replied at 12-4-2019 02:59 PM
Eh chuols, tered ni bukan tempat nak spoonfeed info soheh kes acap je eh
Kalo chuols rengs ...


Thread V3 suku... ala TB Tiga Suku... nota : bukan semua dlm tu ya.. orang tertentu saja..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2019 03:07 PM | Show all posts

Tok singa ada lagi ke harini?
Semalam mcm dia kata nak balik penang semalam gak
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 12-4-2019 02:59 PM
Eh chuols, tered ni bukan tempat nak spoonfeed info soheh kes acap je eh
Kalo chuols rengs ...

Iols lagi suka lepak benang ni dari benang sebelah. At least, kita gurau gurau je. Tak take things seriously. Kadang stress juga kalau too serious n too many provocation. Whatever pun, i hope SAR esok ada good finding n news. If belum jumpa pun, moga ada lead yang lebih kuat untuk teruskan pencarian acap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2019 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
tompie replied at 12-4-2019 03:07 PM
Tok singa ada lagi ke harini?
Semalam mcm dia kata nak balik penang semalam gak

Itu lah pasai. Tapi ossasuke habaq depa ada. Mungkin dah tak buat live ka apa. Pasainya masa depa buat live, ramai juga kaki mengecam secara live.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 12-4-2019 03:12 PM
Itu lah pasai. Tapi ossasuke habaq depa ada. Mungkin dah tak buat live ka apa. Pasainya masa depa  ...

Lebih berminat nak tau hasil carian polis... ada apa2 update?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 03:20 PM | Show all posts
Remyda replied at 12-4-2019 03:12 PM
Itu lah pasai. Tapi ossasuke habaq depa ada. Mungkin dah tak buat live ka apa. Pasainya masa depa  ...

Personally aku pun rase takyah ah buat Live..
Bila buat Live tu takut niat jadik lain..
Carik je lah.. kalau nak amik gambo ke video ke amik ahh..
Pstu baru share, mana yg agak2 boleh share..
Mcm dia buat sebelum ni..

Aku suka yg ustadz muda dari tahfiz ke zikir ape ke apa tah.. yang sembang pun gelak2 je
muke tengok pun sejuk je
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 03:21 PM | Show all posts
milo_888 replied at 12-4-2019 03:15 PM
Lebih berminat nak tau hasil carian polis... ada apa2 update?

Polis dah lama stop buat carian kat situ kot..
Yang on site mostly tinggal Bomba je..
Esok baru polis nak cari balik kat on site.

Polis sekarang ni tengok dari angle lain..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 12-4-2019 03:08 PM
Iols lagi suka lepak benang ni dari benang sebelah. At least, kita gurau gurau je. Tak take things ...

Benda camni bukan boleh buat guran...yg moderator boleh pulak buat fun suka2 benda camni

Kau baca apa Denny Lang cakap. Malu la weyh...jangan nama bangsa korang tu sikit.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 03:24 PM | Show all posts
ni dah ader lom?



GOPENG - Seorang pemuda yang pernah 'dijaga bunian' sepanjang tujuh hari hilang di Bukit Broga, dua tahun lalu, turut membantu pihak penyelamat mencari peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan, semalam.

Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 22, mendaki Bukit Batu Putih bersama bomba bagi meninjau lokasi terakhir Mohammad Ashraf, 29, yang dikenali sebagai Acap sebagai salah satu ikhtiar untuk mengesan mangsa.

Menurutnya, kehilangan Acap menarik perhatiannya untuk turut membantu buat pertama kali selepas insidennya berkaitan dengan mistik mendapat liputan meluas di media sosial.

    "Saya dan ibu, Rohana Saad, 51, sudah lama merancang untuk turun ke Gopeng membantu berdasarkan pengalaman dan baru hari ini (semalam) saya berkesempatan untuk datang.

    "Apa yang boleh dikatakan bukan depa (bunian) yang ambik dia (Acap), malah saya dan ibu tidak merasai kehadiran dia (Acap) di bukit itu dan di Gua Kandu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pos Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang, di sini.

Mohd Azarul Mukhriz berkata, dia mengharapkan agar keluarga Acap dapat mengharungi dugaan itu dengan lebih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

Sementara itu, Rohana berkata, doa ibu adalah yang terbaik dalam membantu memudahkan operasi mencari anaknya meskipun kehilangannya sudah memasuki hari ke-20.

    "Dugaan ibunya kali ini adalah yang terhebat berbanding saya. Saya lihat pelbagai ikhtiar telah dijalankan dan diharapkan keluarga mereka sentiasa berdoa dan membaca al-Quran agar Acap segera ditemui," katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 03:27 PM | Show all posts
kookie92 replied at 12-4-2019 02:25 PM
itulah.. tak kan la tak boleh lalu lansung area situ.
kut iye pun termasuk area kenduri kendara,  ...

kannn.... dah  kome yg invisible ... sapa suruh ....
pastu dah terlanggar .. nak marah2 .. kaotimla sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak, langau dah muncul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 12-4-2019 10:03 AM
dulu pernah ada sorang forumer ni speku acab menyaksikan sesuatu yang tak sepatutnya...  dia  bagi ...

aku la tu yang speku . tapi aku speku je . wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 03:36 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR, 11 April  — Hari ini masuk hari ke-20 kehilangan Muhammad Ashraf Hasan ketika menyertai larian denai Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019 pada 23 Mac lalu.

Ashraf, 29, atau mesra panggilan Acap yang masuk kategori 25 kilometer tidak pernah tiba ke garisan penamat. Kali terakhir beliau dirakam di puncak Bukit Batu Putih, Gopeng sebelum hilang tanpa jejak.

Segala usaha mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan bukan sahaja melibatkan polis, bomba, tentera, Orang Asli suku Temuan dan sukarelawan, malah ustaz, bomoh, pawang, perawat, pakar survival serta bermacam-macam lagi individu yang mendakwa diri “berilmu” dan mempunyai “deria keenam” juga turun mencari, namun semuanya menemui jalan buntu.

Ceruk kampung, hutan, kebun, sungai, celah pokok dan batu, alam nyata, alam ghaib, semuanya sudah diterokai dalam usaha membawa pulang Acap ke pangkuan keluarga di Muar, Johor.

Namun, ini bukanlah kali pertama kes individu dilapor hilang ketika masuk ke kawasan hutan semasa melakukan aktiviti lasak.

Ini senarai beberapa individu yang dilapor hilang. Ada yang ditemui, ada pula tidak pernah menemui jalan pulang hingga ke saat ini:

Teo Kim Lean

Teo Kim Lean, 53, dilapor hilang ketika melakukan latihan larian di Bukit Hatamas @ Bukit Apek, Cheras, Selangor pada 16 Jun 2015.

Seramai 150 sukarelawan, lebih 30 penguat kuasa, unit anjing pengesan, dan ritual agama, dan paranormal dilakukan bagi mencari Teo, atau mesra dikenali “Oily” oleh rakan-rakan kelab larian Klang Hash House Harriers and Harriettes, namun tiada jejak ditemui.

Selepas 10 hari, pihak berkuasa menamatkan misi SAR dan sukarelawan meneruskan pencarian hingga 30 Jun.

Kehilangannya dikatakan misteri kerana kawasan bukit di sempadan Kuala Lumpur-Selangor bukanlah hutan tebal dan berdekatan perumahan. Ia juga tempat biasa penduduk setempat beriadah.

Petunjuk berupa beberapa titisan darah ada ditemui pada daun pohon berdekatan sumber air di hutan situ, dipercayai milik Teo.

Namun, polis memaklumkan hasil ujian DNA tidak sepadan dengan anak mangsa.

Dennis Lee Thian Poh


Lee, 48, hilang ketika menyertai aktiviti mendaki banjaran Annapurna di Nepal bersama lapan rakan dari Filipina pada 5 April 2015.

Kehilangan ahli perniagaan dari Kuala Lumpur disedari pada hari pertama pendakian di kawasan perkampungan Ghorepani, barat Nepal.

Operasi SAR pihak berkuasa Nepal dan kedutaan Malaysia dijalankan, menggunakan jalan darat dan udara dengan bantuan penduduk tempatan dan sukarelawan.

Namun cuaca sejuk dan ketinggian altitud lebih 3,000 meter menyukarkan pencarian. Keluarga mangsa juga sanggup terbang ke Nepal menyertai usaha mencari.

Akaun Facebook “Find Dennis” diwujudkan, selain menawarkan ganjaran sebanyak RM18,000 kepada mana-mana individu atau kumpulan yang menemui Lee.

Semuanya dilakukan ahli keluarga agar mangsa ditemui dalam keadaan selamat.

Hassan Ayat  Zainuddin

Kisah misteri Hassan Ayat Zainuddin yang hilang sejak 10 tahun lalu popular dalam kalangan pendaki gunung.

Pemuda usia 28 tahun menyertai ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap, sempadan Perak-Kelantan pada 15 Februari 2009 bersama 13 rakan.

Pekerja bank RHB dari Bangi, Selangor kali terakhir ditemui ketika turun dari puncak. Mangsa dipercayai sesat dalam kawasan hutan tebal.

Selepas hampir sebulan pencarian, operasi SAR ditamatkan pada 8 Mac 2009 selepas tidak menemui sebarang petunjuk.

Beberapa bulan sebelum kejadian, mangsa menulis satu sajak misteri, menimbulkan dakwaan kaitan kehilangannya dengan alam bunian.

Mohd Azarul Mukhriz

Mohd Azarul Mukhriz, 20, hilang ketika mendaki Bukit Broga di Semenyih, Selangor pada 22 Januari 2017 bersama lapan rakan termasuk majikan.

Operasi SAR dijalankan, meredah kawasan bukit, Gunung Tok Wan dan kawasan sekitar namun tiada petunjuk.

Selepas tujuh hari, mekanik ditemui oleh dua pelancong Britain di kawasan sama dalam keadaan lemah dan berkaki ayam.

Bapa saudaranya, Ahmad Saad, 59, ketika melawat Azarul di Hospital Kajang berkata mangsa menceritakan dia “dijaga” seseorang sepanjang kehilangannya.

Selepas beberapa minggu menerima rawatan termasuk cara tradisional, Azarul mendedahkan cerita sebenar kepada umum.

Remaja itu mendakwa ketika kejadian beliau mengikuti “seorang kanak-kanak” dan menyangkakan dirinya hanya tersesat tiga hari.


Nur Umaisarah Same’aun

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Nur Umaisarah Same’aun, 21, atau Umai sesat selama 19 hari di Gunung Tahan, Pahang pada Februari 2008.

Penuntut tahun akhir Diploma Perakaunan kampus Arau, Perlis yang menyertai ekspedisi unit beruniform bersama 35 rakan disedari hilang 7 Februari ketika turun dari puncak Tahan.

Umai pada 26 Februari 2008 ditemui dalam keadaan lemah pada jarak 30km daripada lokasi terakhir dilaporkan sesat. Berat badannya juga susut sebanyak 15kg.

Katanya, ketika kejadian dia bagai terpukau dengan keindahan pokok-pokok bonsai, menyebabkannya terpisah dengan rakan dan tersasar dari laluan asal.

Sepanjang kejadian, pelbagai ikhtiar hidup dilakukannya termasuk cubaan membuat unggun api menggunakan cermin mata dan ranting kayu.

Kisahnya dicatat dalam blog dan buku 19 Hari Sesat Di Gunung Tahan.

Ramli Abdul Majid dan Syed Redzuan Syed Saalim Shatri


Pada 17 November 2016, seramai 12 pendaki Kelab Jelajah Alpine (KJA) dari Malaysia menyertai eksepedisi menawan Gunung Damavand, puncak tertinggi di Iran dengan ketinggian 5,610 meter.

Ekoran cuaca buruk dan ada yang mengalami sindrom mabuk gunung (AMS), hanya dua peserta Ramli Abdul Majid, 45, dan Syed Redzuan Syed Saalim Shatri, 50, tekad untuk meneruskan perjalanan ke puncak walaupun dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian.

Mereka berdua bagaimanapun tidak turun pulang ke Kem 3 yang terletak pada ketinggian 4,220 meter pada 20 November 2016.

Selepas enam hari mencari, mayat Syed Redzuan ditemui di Yakhar Glacier, dipercayai terjatuh dari ketinggian 4,100 meter.

Misi pencarian Ramli yang masih hilang diteruskan Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) dan beberapa pendaki dari Malaysia.

Setahun kemudian, media Iran melaporkan mayat ketua jurutera sistem Proton itu ditemui di kawasan sama.

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
makin lama makin misteri . semua sumber dah keluar . semoga ada sinar jawapan untuk family dan malaysia after sar polis besok .
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 03:39 PM | Show all posts
iloveselangor replied at 12-4-2019 03:23 PM
Benda camni bukan boleh buat guran...yg moderator boleh pulak buat fun suka2 benda camni

Kau ba ...

Noted...
tapi takleh jugak take things too serious la..
Aku tak rasa kita kat sini over kot..

Yang over tu yang recording kata Acap dah kawin dengan Jin, yg cakap acap ada kat JB, etc..

Kita still nak amik tau apa perkembangan dan the latest development aje..

Dan at least kat tred ni takde caci maki bangsa dan agama.. except acik2 kutuk Boni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.723861 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list