CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Badminton

 Close [Copy link]
Post time 20-6-2009 10:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by azalea_girl at 20-6-2009 22:36

finally...dpt gak masuk forum ni..tpi apasal pelik je ekk...nak cari thread badminton pun payah..ingtkan da hilang...

avatar pun da lainnnn....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2009 10:51 PM | Show all posts
ok..final esok..

MS

chong wei vs taufik hidayat

WS

pei ty/eei hui vs cheng shu/zhao yunlie

geramm je tgk fan indon tdi..asal m'sia main je msti kena boo....tak abes2 la dorang ni..:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2009 11:01 PM | Show all posts
1202# azalea_girl

tulah pasal .... mmg tak leh masuk tadi ...
ni pun aku masuk ikut personal profile ..pastu aku gi kat reply ....
punyelah berbelit nak cari jalan masuk umah ni {:2_77:}

tadi berkobar nak meroyan pasal kkk/tbh kalah ....
ni dah takde mood dah ....{:3_81:}


btw ...final indonesia open esok ada tunjuk kat RTM 1 ..dari pukul 3.30ptg - 8mlm ...
tak tahu la live ke tak sbb astro start kul 2pm ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2009 11:13 PM | Show all posts
RESULT : SEMI FINALS  20/6/2009

MD  Yun CAI [5]/Haifeng FU [CHN] - [MAS]  Kien Keat KOO [3]/Boon Heong TAN
18-21 21-11 21-15  0:50 {:2_74:}

WD  Eei Hui CHIN [1]/Pei Tty WONG [MAS] - [TPE]  Wen Hsing CHENG [3]/Yu Chin CHIEN :pompom:
21-17 21-17  0:28

MS  Chong Wei LEE [1] [MAS] - [CHN]  Jin CHEN [6]
21-15 22-20  0:46 :pompom:

goodluck tuk final esok ...fightingggggg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2009 11:21 PM | Show all posts
1204# kayla

tu la psl..aza lak nak kena search dulu thread ni,baru jmpa...
tp da lain ekk format dia..avatar pun da bole tukar..


rtm da mcm tu skrg..live start pkl 3..nsb baik WD main lmbt sket..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 08:57 AM | Show all posts
susahnya jalan baru nk sampai ke thread badminton..kena search tpok dulu baru boleh masuk...asal klik kakt sport je mesti u have no access
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2009 10:55 AM | Show all posts
1207# gajohz

sama la kalau camtu ..aku ingat kan aku sorang je takde access ...
sbb masa dorang tetiba wat maintainence smlm aku tgh login kat umah ni  ... ingatkan sbb tu ...

tapi admin selalu wat camni tanpa bagitau awal2 ..
abis semua pm aku :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 11:01 AM | Show all posts
1204# kayla  

tu la psl..aza lak nak kena search dulu thread ni,baru jmpa...
tp da lain ekk format dia..avatar pun da bole tukar..


rtm da mcm tu skrg..live start pkl 3..nsb b ...
azalea_girl Post at 20-6-2009 23:21


search kat mana ? kat atas tu ke?

avatar? aku tak nampak avatar pun ..nampak X je ...
abis la avatar F3 yg susah payah aku buat dulu


kalau tak silap RTM start kul 3.30 ari ni ... so XD confirm tak tunjuk .. pastu WS ...
yg confirm mmg tunjuk WD & MS la ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2009 11:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by karambunai at 21-6-2009 00:38
Post Last Edit by karambunai at 21-6-2009 00:38
-edit-
kayla Post at 19-6-2009 23:32


mod karam ... nape edit aku nye post?
sbb aku letak emoticon je ke?
can you kindly tell me the reason so that i will not do it again ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 12:45 PM | Show all posts
a'ah..semua inbox jd o...tu la pasal..tetiba je tukar layout baru....xde information awal...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 04:08 PM | Show all posts
1117# azalea_girl

aku mencarimu seluruh pelusuk dunia akhirnya ketemu dirimu disini

ur welcome keep n touch yea aza
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 04:09 PM | Show all posts
1210# kayla

hello gajoz tak leh letak emotcion je nnt kena tolak credit
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 09:16 PM | Show all posts
aryzana83 cakap ngan aku ke?
ooo gitu ke ?? tak leh letak emoticon je?
tapi ngape org lain wat ok je ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 09:21 PM | Show all posts
congratulations kat chongwei & eei hui n pei tty :pompom:

tak sangka malaysia menang 2 ...
china yg masuk 4 final berjaya menang XD je ...
congrats kat saina (surprise winner) n yong dae oppa/jung jae sung gak ...


budak2 pompuan yg kat barisan depan tadi hampir histeria bila yong dae oppa bukak baju depan dorang {:2_76:}
pastu dia baling baju tu lagi la berebut2 nak baju basah masam tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 05:07 AM | Show all posts
congrats Datuk Lee Chong Wei and, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui :pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 05:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2009 05:19 AM | Show all posts
Chong Wei terlalu handal


[email protected]

JAKARTA - Istora Senayan terdiam seketika apabila pukulan smash Datuk Lee Chong Wei menjunam tepat ke gelanggang lawan tanpa dapat diangkat bintang tuan rumah, Taufik Hidayat untuk memberikan kejuaraan Terbuka Indonesia kepada jaguh Malaysia itu, semalam.

Malah, apa yang mungkin lebih 'menyakitkan hati' peminat tuan rumah, bukan hanya satu kejuaraan berjaya dibawa pulang Malaysia tetapi dua. Wong Pei Tty-Chin Eei Hui terdahulu melakar kejayaan menjuarai acara beregu wanita.

Chong Wei membuktikan dia terlalu handal buat bekas juara Olimpik dan dunia, Taufik apabila menang mudah 21-9, 21-14 dalam masa 31 minit manakala Pei Tty-Eei Hui menamatkan 'badi' ke atas pasangan China dengan menjinakkan Cheng Shu-Zhao Yunlie 21-16, 21-16.

Semalam, pemain-pemain Malaysia bukan saja perlu menentang lawan yang hebat, malah terpaksa berdepan ribuan penyokong Indonesia yang mengejek mereka dan diboo sepanjang perlawanan.

"Pemain-pemain kita telah diejek sejak hari pertama kejohanan, jadi saya rasa bila perkara yang sama berulang lagi hari ini, mereka sudah terbiasa dan ia bulan lagi sesuatu yang boleh menganggu tumpuan mereka.

"Keputusan nampak macam mudah tetapi ia sebenarnya tidak mudah. Chong Wei mempamerkan mentaliti yang kuat dan mengerah permainan maksimum untuk menumpaskan Taufik,'' kata ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek.

Tegas Rashid lagi, kemenangan Chong Wei dicatat bukan kerana lawannya telah mengalami kemerosotan prestasi tetapi kerana dia sendiri mempamer aksi cemerlang dan keazaman untuk mencari kejuaraan.

"Taufik masih bermain seperti biasa, seperti Taufik yang dulu. Saya rasa permainannya tidak berubah, tetapi hari ini Chong Wei bermain lebih baik dan dia berhak untuk menang,'' katanya.

Kenyataan Rashid turut disokong Taufik, yang mengakui Chong Wei menang kerana mempamer permainan yang lebih baik, dengan smash tajam dan pertahanan baik.

"Pada saya, permainan hari ini adalah sempurna. Saya memberi yang maksimum tetapi Chong Wei bermain jauh lebih baik. Dia berjaya membalas semua pukulan saya.. dan saya kalah,'' kata Taufik, yang tewas dua kali di tangan Chong Wei pada pertemuan mereka, Mac lalu.

Pada perlawanan semalam, Chong Wei bermula baik apabila menang mudah 21-9 di set pertama. Meskipun cuba disaingi Taufik pada set kedua dan ketinggalan dengan 1-7, namun dia tidak panik.

Jaguh No. 1 dunia itu sebaliknya bangkit untuk memungut mengutip enam mata berturut-turut dan menyamakan kedudukan 7-7, sebelum menutup saingan dengan 21-14.

Sementara itu, reputasi Pei Tty-Eei Hui sebagai pasangan No. 1 dunia akhirnya dilengkapkan dengan kejayaan merangkul kejuaraan pertama sejak menerajui ranking dunia.

Meskipun ini bukan gelaran Siri Super pertama buat pasangan negara itu, selepas muncul juara Terbuka Denmark 2008, namun ia adalah yang pertama buat mereka sejak bergelar No. 1 dunia pada 15 Januari lalu.

"Terbuka Indonesia memberi pengalaman manis buat kami; menang Siri Super dan mengalahkan pasangan yang tidak pernah kami kalahkan selama ini,'' akui Pei Tty, yang mencatat kemenangan sulung ke atas Cheng Shu-Zhao Yunlie serta beregu Korea, Lee Hyo-jung-Lee Kyung-won dalam suku akhir, Jumaat lalu.

Sementara itu, Saina Nehwal muncul pemain India pertama merangkul kejuaraan Siri Super selepas mengejutkan pemain jaguh No. 3 dunia, Wang Lin dari China 12-21, 21-18, 21-9 untuk muncul juara perseorangan wanita.

Juara Seluruh England, Lee Yong Dae-Jung Jae Sung dari Korea Selatan pula muncul juara beregu lelaki dengan menewaskan pasangan China, Fu Haifeng-Cai Yun 21-15, 21-18.

Satu-satunya kejuaraan yang berjaya dibawa China, adalah menerusi Zheng Bo-Ma Jin dalam beregu campuran selepas menewaskan Lee Yong Dae-Lee Hyo Jung dari Korea 21-17, 8-21, 21-16. - Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 05:28 AM | Show all posts
2 gelaran dari Jakarta





SKUAD negara meraih kejuaraan berganda pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia yang berakhir di Jakarta, semalam.

Jaguh pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei serta beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui beraksi cemerlang apabila muncul juara selepas menang straight set ke atas lawan masing-masing.

Chong Wei yang juga juara 2007, menewaskan satu-satunya pemain harapan tuan rumah, Taufik Hidayat 21-9, 21-14 untuk meraih kejuaraan ketiganya tahun ini selepas terlebih dahulu menjuarai Terbuka Malaysia dan Switzerland.

Selepas saling bertukar servis di awal permainan, Chong Wei meraih sembilan mata berturut-turut untuk menang set pertama.

Taufik yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Athens 2004, mula bangkit apabila mendahului 7-1 di set kedua sebelum Chong Wei kembali menguasai permainan selepas meraih enam mata berturut-turut sebanyak dua kali sebelum menamatkan permainan dalam masa 31 minit.

"Saya gembira dengan kemenangan ini," kata Chong Wei yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing tahun lepas.

"Sebelum perlawanan, saya sangkakan peluang kami 50-50 tetapi saya kekal fokus sepanjang perlawanan.

"Taufik melakukan beberapa kesilapan. Pukulan smash yang dilakukannya sering terkeluar. Sasaran saya selepas ini adalah untuk menjuarai Kejohanan Dunia."



CHONG WEI tidak berdepan masalah menewaskan Taufik pada perlawanan akhir perseorangan lelaki di Jakarta semalam.

Dalam pada itu, Pei Tty-Eei Hui meraih kejuaraan pertamanya selaku beregu No. 1 dunia selepas menundukkan beregu pilihan kedua dari China, Cheng Shu-Zhao Yunlie 21-16, 21-16.

Pei Tty-Eei Hui tidak pernah berjaya melepasi pusingan separuh akhir sejak mula menduduki ranking pertama dunia Februari lalu.

Sementara itu, Saina Nehwal muncul juara perseorangan wanita sekali gus mencipta sejarah sebagai pemain India pertama yang menjuarai kejohanan Super Series.

Pada aksi semalam, Saina menewaskan pemain No. 3 dunia, Wang Lin 12-21, 21-18, 21-9.

"Ini merupakan sesuatu yang hebat dan saya memang tidak pernah sangka mampu menang di sini," kata Saina yang juga pemain No. 8 dunia.

Acara beregu lelaki pula dimenangi oleh pasangan Korea Selatan, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae yang menewaskan beregu China, Cai Yun-Fu Haifeng 21-15, 21-18 manakala Zheng Bo-Ma Jin dari China pula mengungguli acara beregu campuran selepas menundukkan Yong Dae-Lee Hyo Jung dari Korea Selatan 21-17, 8-21, 21-16.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 07:25 AM | Show all posts
tahniah chong wei n pei ty....

nk tergelak waktu chng wei main jer kena boo dekat penonton tp cong wei muka selamba jer...tp bila chong wei tinggalkan taufik hidayat dgn mata yg byk..terdiam sumer penonton.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 09:04 AM | Show all posts
motif derang dok booo player mesia apahal .....
tak sedar diri lah indon tu....lebih rela sokong china dari jiran terdekat...dasar busuk hati katanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.056582 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list