CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: din_hbl

Weight Loss Challenge 2.0; Closed

  [Copy link]
Post time 10-1-2012 01:40 PM | Show all posts
xpe.. ganti ngan tido siang ari.. kekeke.. cukup gak tuh
cmf_death Post at 10-1-2012 09:39


alang2 sembang pasal tido nih...nak share http://www.masjidnegara.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=307:sains-a-islam-bijak-memanfaat-pusingan-biologi&catid=1:latest


Bijak Memanfaat Pusingan Biologi
Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.” (al-Furqaan : 47)
Terjemahan ayat di atas menjelaskan bahawa tubuh badan manusia mempunyai sistemnya yang tersendiri yang dikenali sebagai pusingan biologi atau biological rhythm. Sistem inilah menyebabkan kita mengantuk dan kurang bertenaga pada waktu malam dan cergas pada waktu siang. Ia dikawal oleh hormon-hormon. Justeru itu, kita perlu memahami cara sistem ini bekerja dan bijak memanfaatkannya.


Memahami Fisiologi Pusingan Biologi

Pada waktu malam, badan manusia melalui kelenjar pineal, akan mengeluarkan sejenis hormon yang bernama melatonin. Hormon ini mempengaruhi bahagian otak yang dikenali sebagai hipotalamus dan ia menyebabkan kita tidur. Kadar melatonin berada pada tahap optimum dalam darah pada jam 1.30 pagi hingga 2.00 pagi semasa tidur. Selepas itu, kadarnya menurun dan ia berada pada tahap paling rendah apabila bangun daripada tidur pada jam 6.00 pagi.
Pada waktu siang pula, hormon kortisol mempengaruhi kita semasa kita aktif melakukan pelbagai aktiviti. Hormon ini berfungsi melajukan jantung dan pernafasan pada waktu siang. Hormon kortisol juga dikenali sebagai hormon stres kerana ia berada pada tahap paling tinggi apabila individu mengalami tekanan.

Daripada sudut pusingan biologi, waktu yang dianggap paling produktif adalah antara jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Sebaiknya kita melakukan kerja-kerja utama dalam hidup kita pada waktu ini. Selepas itu di antara waktu tengah hari dan awal petang, tubuh kita akan menjadi lesu dan lemah. Para saintis menamakan fasa ini sebagai a secondary sleep gate. Justeru itu, tidurlah sekejap pada waktu ini jika mempunyai kesempatan.

David F.Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping menggalakkan kita tidur pada waktu tengah hari. Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap penyakit jantung berbanding orang lain. Di sudut agama, tidur sekejap pada waktu tengah hari dikenali sebagai qailulah dan ia pernah dilakukan oleh Nabi SAW.

Selepas itu, kita akan memasuki fasa produktif yang kedua antara jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Gunakanlah waktu ini untuk membaca dan merancang aktiviti sebelum berehat untuk tidur.

Tidur sebagai Ibadah
Tidur adalah ibadah. Ia perlu dijaga dan dimanfaatkan bagi melaksanakan pelbagai ibadah. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim ada menitikberatkan soal tidur sebagai ibadah yang diterjemahkan seperti yang berikut:
“Apabila seseorang kamu mengantuk ketika hendak bersolat maka hendaklah dia tidur sampai dia tahu apa yang dibacanya.”

Semasa tidur sel-sel di dalam badan melalui proses pemulihan yang mana badan manusia akan mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi memperbaiki sel-sel yang rosak Justeru itu mengambil minuman yang mengandungi kafein sebelum tidur boleh mengganggu proses ini dan menambahkan keletihan pada waktu siang.

Penyimpanan maklumat jangka panjang di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Mereka yang suka tidur lewat boleh mengganggu proses penyimpanan maklumat ini. Menurut Penolong Profesor Carla B. Green dari Pusat Sains Kebangsaan untuk Pusingan Biologi, mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam boleh menjejaskan pusingan biologi individu dan menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca.

Tidur dapat memantapkan sistem darah dan jantung. Menurut Dr. Tom Mackay, seorang pakar penyakit-penyakit system pernafasan di Pusat Tidur Kebangsaan, Edinburgh Royal Infirmary, Scotland merumuskan, kurang tidur akan menyebabkan beberapa perubahan kimia berlaku dalam badan. Keadaan ini meningkatkan risiko individu menghidap penyakit kencing manis, jantung dan strok.

Tidur juga memantapkan sistem pertahanan badan. Kajian menunjukkan individu yang tidur 3 hingga 4 jam sehari kurang daripada kadar biasa mudah mengalami tekanan dan stres. Ini akan melemahkan sistem pertahanan badan dan menjadikannya mudah dijangkiti kuman. Berapakah jumlah jam yang diperlukan untuk tidur secara optimum pada waktu malam? Keperluan tidur individu berbeza dengan individu yang lain. Mereka yang tidur 6 hingga 7 jam secara purata setiap malam adalah lebih sihat dan hidup lebih lama daripada mereka yang tidur lebih dari 8 jam atau kurang 4 jam.

Sunah Nabi dan Pusingan Biologi
Secara tidak langsung, Nabi SAW mengambil kira kehendak pusingan biologi apabila baginda menyuruh para sahabat melayani keperluan badan. Baginda sendiri melayani hak dan keperluan jasmani bertujuan menyihatkan diri sebagai persiapan untuk beribadah. Pernah pada suatu masa, ada di kalangan para sahabat yang tidak mahu tidur dan tidak mahu berkahwin. Ada pula sahabat yang berazam untuk berpuasa secara berterusan.

Lantaran perkara ini, maka Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Demi Allah, akulah manusia yang paling takutkan Allah dan paling bertakwa kepada-Nya tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku bersolat dan tidur dan aku juga berkahwin. Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku ini, dia tidak termasuk dalam golonganku.” Hadis ini dijelaskan oleh Bukhari dan Muslim. Nabi SAW juga pernah melakukan qailulah atau istilah para saintis hari ini iaitu a secondary sleep gate. Ini kerana di antara waktu tengah hari dan awal petang badan manusia menjadi lemah dan lesu. Maka dengan tidur sekejap itu akan dapat mengembalikan kesegaran tubuh badan kita.

Penutup
Jasad boleh dikiaskan seperti sebuah kederaan yang sentiasa dipacu oleh manusia. Bagi mencapai kejayaan, manusia perlu menyelenggara kenderaannya dengan baik supaya ia dapat dinaiki demi mencapai cita-cita. Justeru, pastikan kita bangun awal setiap pagi untuk bersembahyang Subuh, sebaik-baiknya secara berjemaah dan jika berkesempatan tidurlah sekejap (lebih kurang 20 minit) pada waktu tengah hari.

Oleh : Shamrifah Dahalan (Panel Penulis Jakim)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 01:40 PM | Show all posts
witwittt..dh lunch ke korang?

arini menu bertukar..x ada dh mehun goreng..mee sup
tp ns skit beserta lauk kobis+carrot dgn sekor ikn cencaru bakar
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 01:40 PM | Show all posts
ooh tak pernah tengok lagi...selalu dengar je lagu tu...
rose_liz Post at 10-1-2012 13:34


tgkla..best tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2012 01:41 PM | Show all posts
Reply 1175# rose_liz

interval training tu utk starting buatla 3-4 kali ulangan je.. atau takat body tu larat.

minggu seterusnya klu rasa body tu dah kuat & fit sikit, naikkan lagi jadi 5-6 ulangan n seterusnya..

paling cantik 8 ulangan and more..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 01:46 PM | Show all posts
Reply 1201# rose_liz


+100... heheh pasan momod jap
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 01:47 PM | Show all posts
ermm... ari neh x lunch sbb posa.. bukak kang igt nk blasah ikan bakar 2 ekor... sayur+telur rebos..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2012 01:51 PM | Show all posts
witwittt..dh lunch ke korang?

arini menu bertukar..x ada dh mehun goreng..mee sup
tp ns skit bes ...
akudancinta Post at 10-1-2012 13:40


waaah dah makan nasi...
ai pulak tak makan nasi hari ni.
tak sempat nak gi cafe
makan roti je. huuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 01:51 PM | Show all posts
Reply  PutriJ

Putri, berdiet ni sebenarnya suatu kemahiran jugak.. masa kita mula nak pandai, ki ...
din_hbl Post at 10-1-2012 07:05



      tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 01:51 PM | Show all posts
tgkla..best tau
akudancinta Post at 10-1-2012 13:40


nanti petang2 skit. hehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2012 01:52 PM | Show all posts
Reply 1178# rose_liz

ha bagus tu muhasabah diri :p

hehe tak pun rose, hari ni u minum air byk sikit dari biasa, esok pagi timbang balik, klu bacaan tu cantik i rekod bacaan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 01:53 PM | Show all posts
waaah dah makan nasi...
ai pulak tak makan nasi hari ni.
tak sempat nak gi cafe
makan roti je ...
rose_liz Post at 10-1-2012 13:51


dah
dh btlkan corak pemakanan dh ni n tgh try bljr mkn sayur

mkn roti tu roti putih ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2012 01:55 PM | Show all posts
Reply 1180# akudancinta

jgnlah hari ni dah timbang berat, terus belasah makan heavy2..

cheat day sehari je ye.. itu pun makan nk bagi rasa je.

senam tu bagus, tapi basicnya ialah pemakanan jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 01:57 PM | Show all posts
Reply  rose_liz

interval training tu utk starting buatla 3-4 kali ulangan je.. atau takat body t ...
din_hbl Post at 10-1-2012 13:41


ok noted. minggu ni boleh la start kot.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 01:59 PM | Show all posts
Reply  akudancinta

jgnlah hari ni dah timbang berat, terus belasah makan heavy2..

cheat da ...
din_hbl Post at 10-1-2012 13:55


baikla

khms ni nk puasa pulak..harap2 turun lagi berat tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2012 02:02 PM | Show all posts
Reply 1189# sesusah jer


nak amik berat bogel ke berat berbaju?

kalau bogel, lepas ni takleh la timbang ada baju, bacaan dah lain..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 02:26 PM | Show all posts
Reply  rose_liz


+100... heheh pasan momod jap
cmf_death Post at 10-1-2012 13:46


ahaha! momod mana la nak bagi sampai 100 credit tuh...{:4_233:}paling tinggi pun 10 je...

momod det la kot ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 02:28 PM | Show all posts
Reply  rose_liz

ha bagus tu muhasabah diri :p

hehe tak pun rose, hari ni u minum air byk siki ...
din_hbl Post at 10-1-2012 13:52


haaa! satu lagi hasil muhasabah diri...sy dah jadi macam dulu...kurang minum air...{:4_188:}
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 02:29 PM | Show all posts
hi anaryu...
comel je buat smilie ni>>>


bestnye lemak 14% je!!!!
ade tips x?
rose_liz Post at 10-1-2012 13:32




taktau la nak kata camne...fat % tu saya suh howfatru.com yang tolong kira...
dah bagi measure....then kluar result fat % saya banyak tu...dia kata :

"With a body fat percentage of 14.9%,
you have very little fat. You might be an athlete."

erm...memang betul pun saya atlit..tapi tu dulu...dah keje saya cuma pegi gim ngan main bowling je...tu pun takat wakil jabatan saje....
makan biasa2 je...cuma kalo orang nengok memang nampak besa la sebab saya tinggi...hurm....sedih...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 02:49 PM | Show all posts
takde nye ok... nk turun jd 48kg gaks huwaaaaaaaaaaaaaaaaa.......
Hana_Hirokawa Post at 10-1-2012 11:28

usaha lah berzumba... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 02:52 PM | Show all posts
ahaha! momod mana la nak bagi sampai 100 credit tuh...paling tinggi pun 10 je...

mom ...
rose_liz Post at 10-1-2012 14:26


momod det to be.. ekkekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 10:06 PM GMT+8 , Processed in 1.464383 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list