CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hezzach

~CASA deAMOUROUS DIDDY 11~ nantikan lakonan Diddy: Rebab Tak Bertali

[Copy link]
Post time 29-1-2009 06:35 PM | Show all posts
korang kena tune in suria fm tau.. kalau nak tau more about diddy kena dengar suria selalu.
pg td otw pg office terdengar promo, tp tak ingat segmen artis bulan ini ke? encik manager tolong betulkannn.. terima kasih     tp sepanjang hari ni cuma dengar promo je.

*interview dgn naim aritu baru tau diddy suka sushi

[ Last edited by  arin51 at 29-1-2009 06:36 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2009 10:18 AM | Show all posts
huhuhuuhuhu...addya x dpt join esok....ader family prob...
huhuhu..windu suma...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 09:13 AM | Show all posts
salam warga CASA
n
selamat pagi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 12:28 AM | Show all posts
senyap sunyijer casa nie
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 07:58 AM | Show all posts
Vokal Diddy memang 'sesuatu'
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected]





Sudah yang berentak balada dengan unsur muzik Cina bukan lagu cinta, lebih berupa nasihat seorang rakan kepada temannya yang baru putus kasih

KARIERNYA dalam dunia seni mungkin bermula sejak 1999 lagi apabila dia memasuki pertandingan Golden Teen Search. Dia sendiri pernah muncul dengan dua album (Selembut Sutera, Gadis). Begitupun karier muziknya tidak secerah yang diharapkan. Bakat besar dimiliki dalam nyanyian belum mampu meletakkan Nur Fatimah sebaris dengan penyanyi popular lain.

Begitupun nama penyanyi ini pada hakikatnya tidak pernah tenggelam. Daripada bidang muzik, dia beralih ke dunia penyiaran apabila bertugas sebagai penyampai berita di 8TV, tidak lama dulu. Tidak berasa cukup dengan ilmu di dada, dia kembali mendalami ilmu kejuruteraan audio dan muzik di kolej swasta.



"Saya tidak akan rasa sempurna jika tidak ada sijil kelayakan daripada institusi pengajian tinggi. Walaupun saya banyak belajar daripada pemuzik atau produser yang pernah bekerjasama dengan saya, namun jauh di sudut hati, saya memang berasakan perlu mendapatkan sijil demi melengkapkan masa depan," katanya.

Selama tiga tahun menimba ilmu dalam bidang terbabit, Nur mula nampak jalan yang lebih cerah buatnya. Malah, jalan itu sudah mula diintai sejak beberapa tahun lalu, apabila dia mula menulis lirik dan kemudiannya mencipta lagu. Hari ini, namanya antara komposer dan penulis lirik yang paling dicari-cari.

Hasil kesungguhannya dan rajin bertanya, membolehkan wanita ini menerbitkan sekali lagu yang diciptanya. Antara penyanyi yang sudah pun mendapatkan khidmatnya ialah Misha Omar dan Haiza. Ketika ini, dia terbabit pula dalam penghasilan lagu untuk Jaafar Onn dan seorang penyanyi baru, Hefni.


Diddy dan Nur Fatimah



"Syukurlah, kini rezeki saya lebih murah berbanding beberapa tahun lalu. Lebih ramai penggiat seni yang mula meminta khidmat saya sama ada untuk menulis lirik, mencipta lagu mahupun menerbitkan lagu mereka. Mungkin inilah balasan saya dapat apabila banyak bersabar," katanya yang baru saja muncul bersama single duet bersama Diddy, berjudul Sudah.

Lagu terbabit dicipta komposer berkaliber, Audi Mok, manakala liriknya dihasilkan Nur bersama Diddy sendiri. Ia muncul projek khas syarikat pengurusan Diddy, F-Tersix Sdn Bhd dan Satu Entertainment (label yang menaungi artis ini).

"Pada mulanya saya tak terfikir langsung untuk kembali merakamkan lagu duet setelah lama tidak berbuat demikian. Memanglah saya pernah berduet bersama Vince dan Ruffedge, tetapi semua itu sudah lama berlalu. Apatah lagi, saya ingatkan lagu itu hanya memerlukan saya sebagai penulis lirik.

"Namun, Audi nampaknya punya pandangan berlainan. Dia berasakan, wujud kesesuaian antara suara saya dan Diddy. Dari situ, semuanya berjalan dengan baik dan akhirnya, muncullah single ini. Saya pula tidak kisah berduet dengan sesiapa, asalkan wujud keserasian antara kami. Saya dapati, Diddy artis baru yang mempunyai kualiti vokal yang baik," ujar Nur.

Sudah yang berentak balada dengan unsur muzik Cina, kata Nur, bukan lagu cinta yang menggambarkan dirinya bercinta dengan Diddy. Sebaliknya ia lebih berupa nasihat seorang rakan kepada temannya yang baru putus kasih.

Menyentuh perkembangan terbarunya juga, Nur dengan gembira memberitahu, buat kali kedua dia akan beraksi di pentas teater muzikal Ibu Zain arahan Rosminah Tahir. Teater berkenaan akan menemui penonton di MTC Jalan Ampang, mulai 13 hingga 22 Mac nanti.

"Siapa yang tidak gembira apabila pengarahnya memanggil saya sekali lagi bagi menjayakan pementasan ini. Pementasan musim pertama lalu mendapat sambutan cukup baik. Justeru, beliau kembali mementaskan Ibu Zain pada Mac nanti. Latihannya juga sudah pun bermula pada bulan ini (Februari).

"Sebenarnya, dunia teater bukanlah asing bagi saya. Sejak remaja lagi, saya sudah didedahkan dengan lakonan pentas begini. Sudah 10 teater saya jayakan sehingga kini. Namun, saya berhenti berlakon teater pada usia 18 tahun, kerana ingin memberikan tumpuan kepada bidang nyanyian. Selepas lapan tahun, nampaknya saya pulang ke dunia lakonan teater bersama Ibu Zain, pada tahun lalu," kata penerima Komposer Muda Berpotensi Anugerah MACP 2008 ini sambil menguntum senyum.

Tahun sibuk buat Diddy

KEMUNCULAN single Sudah tentunya menandakan bermulanya langkah panjang Diddy untuk menempuh 2009 yang dikatakan bakal menyaksikan dirinya terbabit dalam pelbagai aktiviti seni. Di samping perancangan album solo kedua, penyanyi ini juga dikatakan mencari ruang untuk muncul bersama album duet.

Sebelum itu, dia akan tampil bersama single demi single, sehinggalah lagu yang terpilih itu dihimpunkan sebagai album kedua daripadanya.

Ketika single Sudah masih lagi panas, Diddy difahamkan sudah pun bersiap sedia untuk merakamkan lagu seterusnya. Kali ini, dia menyanyi secara berseorangan pula.

"Bagi projek solo, sebanyak dua lagu sudah pun berada dalam tangan syarikat pengurusan saya. Tengoklah nanti, single mana yang disiapkan dulu, mungkin lagu itulah yang akan kita promosi selepas ini," katanya yang muncul antara selebriti yang mendapat kerjasama daripada jenama penjagaan kulit terkemuka, Clinique.

Janji penyanyi tinggi lampai ini, sebelum berakhirnya 2009, peminatnya pasti akan dapat menikmati sebuah album penuh daripadanya.

Baru saja menandatangani kontrak buat tahun kedua bersama Digi Superstar, Diddy juga mengembangkan sayap seni ke arena lakonan.

"Telefilem pertama saya, Rebab Tidak Bertali yang diterbitkan Pujangga Kreatif dijadualkan menemui peminat pada April ini. Manakala telefilem kedua, Kasih Berbunga Lalang keluaran United Kadila belum diketahui lagi tarikh tayangannya," cerita Diddy, artis yang dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia.

Mengaku turut menggemari dunia lakonan, Diddy bagaimanapun tetap mengutamakan karier asalnya, sebagai penyanyi. Jika ada tawaran berlakon yang diterima selepas ini, pastinya dia tidak keberatan menerimanya, asalkan tiada percanggahan dengan jadual nyanyian.

Biarpun masih merangkak dalam lakonan, Diddy menganggap nasibnya cukup baik apabila dia diberikan peluang beraksi di samping pelakon berpengalaman dalam setiap judul dibintangi.

Di dalam Rebab Tidak Bertali yang menyaksikan dirinya bertutur dalam dialek Kelantan, Diddy berlakon di samping Normah Damanhuri, Zamarul Hisham, Wan Hanafi Su, Wan Sharmila dan Siti Fazurina. Manakala dalam Kasih Berbunga Lalang pula, dia ditemani Nasir Bilal Khan, Elly Mazlein, Sidek Hussein dan Norlia Ghani.

"Jadi, apabila berada di lokasi, saya memang terasa cukup kerdil. Meskipun begitu, pelakon lain tidak kedekut ilmu, apabila mereka sentiasa membantu. Saya cukup gembira apabila berpeluang beraksi di samping pelakon yang bukan saja jauh lebih berpengalaman, malah mereka juga sudi berkongsi pengetahuan, demi kebaikan projek kami lakonkan," ujarnya.

Info:

NAMA SEBENAR: Nur Fatimah Abd Wahab

TEMPAT LAHIR: Ipoh, Perak

TARIKH LAHIR: 22 Julai 1982

PROFESION: Penyanyi, pencipta lagu, penulis lirik, penerbit

ALBUM: Selembut Sutera, Gadis

Info:

NAMA SEBENAR: Syamsul Hirdy Muhid

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur

TARIKH LAHIR: 5 Oktober 1985

PROFESION: Penyanyi, pelakon

ALBUM: Diddy

Solekan Nur Fatima: Cindy Antaim (017-3651210)

Solekan Diddy: Clinique

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 11:44 PM | Show all posts
aaasyahh.

waduh.lame giler tak masukkkk...
heee.concentrate study skettt..

salam sayang utk kakak2 skalian..
utk diddy and abg bad jugek..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2009 10:17 AM | Show all posts
memandangkn sy ni nubie...sy mau join club ini...bole nggak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 09:01 PM | Show all posts
Nama Baru Diddy... Diddy Hirdi



Teks oleh Haswari Ali


KL, 2 APRIL 2009:  Hampir 3 tahun lamanya jejaka lelaki tinggi lampai, Diddy menjadi artis selepas mengasah bakatnya dalam Akademi Fantasia 4 (AF4). Sejak itu juga namanya begitu sinonim dengan panggilan Diddy AF.


Bagaimanapun sekarang Diddy ingin membuat suatu perubahan. Dia ingin menambah sedikit panggilan nama komersialnya, bukan lagi Diddy tetapi  'Diddy Hirdi' -  sesuai dengan nama penuhnya, Syamsyul Hirdi.


Pengurusnya, Badrul Hashim atau Bad yang kini diminati ramai sejak menjadi blogger Af7 di murai.com.my
berkata, penambahan nama berkenaan adalah atas permintaan Diddy sendiri supaya ia lebih mudah diingati dan berdiri dengan sendirinya.

"Bukan bermakna kami mahu mengetepikan perkataan AF. Malah kami memang akui AF adalah batu loncatan yang berjaya memperkenalkan Diddy ke dunia nyanyian.


"Tujuan menambah Hirdi ke atas nama Diddy semata-mata untuk mengelak kekeliruan. Kalau Didie Alias diingat sebagai pelakon, biarlah Didie Hirdi pula dikaitkan dengan bidang nyanyian.


"Lagipun kita bukannya menukar terus nama Diddy, cuma menambahnya kepada 'Hirdi'. Contohnya Faizal Tahir, dulu orang mengenalinya dengan nama Faizal One In a Million (OIAM). Itulah tujuan sebenar kami," katanya ketika dihubungi murai.com.my.


Bad berkata, penambahan nama itu diharap dapat membawa angin baru kepada kerjaya seni Diddy yang semakin berkembang maju. Katanya, sejak nama itu digunakan, penyanyi yang popular dengan lagu Hilang itu semakin mendapat tempat di beberapa stesen TV tempatan.


"Bermula minggu lalu, sudah ada pihak yang mula menggunakan nama Diddy Hirdi, contohnya ketika Diddy menghadiri  program jelajah Suria FM di Sungai Petani, Kedah dan juga di Taiping, Perak.


"Malah sudah ada juga pihak media yang menggunakan nama Diddy Hirdi. Bagaimananpun kita tidak pernah memaksa mereka tapi ini adalah sebagai langkah untuk mengajak mereka supaya mengenali Diddy sebagai Diddy Hirdi," katanya.


Menyentuh berkenaan perkembangan artis di bawah pengurusannya itu, Bad berkata selain sibuk dengan rakaman single terbaru, Diddy juga akan membuat persembahan pada malam gemilang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008(ABPBH2008) di Genting Highlands, pada 12 April ini.


Diddy juga turut turun padang menyokong program jelajah ABPBH2008 yang akan berakhir di Klang Parade pada hujung minggu ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2009 06:10 PM | Show all posts
ya Allah..,dah terkebelakang rumah neh rupanya.....kebizian melanda betui2 la....
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 10:54 AM | Show all posts

Reply #1229 addya's post

lama x lawat umah neh

btw, anyone tao story pasal single baru diddy post la ek.. nk tao juger
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 11:02 AM | Show all posts
Kalau ada masa dan kesempatan, jangan lupa untuk mengundi lagu Sudah diMuzik2. Cuma smskan MM (jarak) S684 dan hantarkan ke 33399. Kalau taksalah Diddy, setiap sms dicajkan 50sen. Terima kasih sekali lagi darihati.

Salam Sayang
Diddy


*amik dr blog Diddy
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 03:38 PM | Show all posts
sudah undi SUDAH

dah lama tak masuk rumah ni sampai tak reti nak post apa ...wakakkakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 09:11 AM | Show all posts
yuhuu..
lamanya tak masuk sini..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 11:16 AM | Show all posts
Originally posted by juanaperez at 13-5-2009 09:11
yuhuu..
lamanya tak masuk sini..huhuhu


yuhuuuu......
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 01:17 PM | Show all posts
yuhuuu...rindunyer ngan umah nie...
dan juga penghuni umah nie
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 11:56 AM | Show all posts
warga casa....wake up.....

mana g sume neh?..bizi ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2009 09:39 AM | Show all posts
munink warga casa...:kiss::kiss::kiss::kiss:
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2009 12:35 AM | Show all posts
salaam!

alololo.rindunye kat forum!!!
rindu warga casa sumer.

hopefully nanti boleh jumpa lagi.

tadi baru tgk diddy kat serakah rashid.


tergelak gak la tgk.haha.
tak tersangkaaa.

'tak guuuuuuuna betol!'
'cik! saya tak besalah cik! cik! '

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 12:14 AM | Show all posts
Originally posted by ah_mao at 8-6-2009 00:35
salaam!

alololo.rindunye kat forum!!!
rindu warga casa sumer.

hopefully nanti boleh jumpa lagi.

tadi baru tgk diddy kat serakah rashid.


tergelak gak la tgk.hah ...



apeng...windu arr...pe cer? stido ok?
muhahahahahha......
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 08:31 PM | Show all posts
Takziah buat Diddy atas pemergian ayahanda tersayang lepas maghrib tadi.

Al-Fatihah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.120425 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list