CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nazihamrun

ASMARADANA (PART 2) [TIZ ZAKYAH,IKRAM DINZLY,SHAHEIZY SAM]

  [Copy link]
Post time 16-5-2010 02:29 PM | Show all posts
tak der ura2 nak wat shooting Asmaradana 2 ker
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2010 02:33 PM | Show all posts
windu ler ngan Amran saiko tuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 02:33 PM | Show all posts
windu ler ngan Amran saiko tuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 01:36 AM | Show all posts
MARI JOIN LAGI.......

KUIZ MINGGUAN MENTOR 4 MINGGU 4


KLIK SINI

KREDIT MENANTI ANDA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2010 11:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by nazihamrun at 20-5-2010 11:19



JENAMA Tiz Zaqyah semakin dikenali tetapi ia tidak pernah membuatkan pemilik nama itu berasakan dirinya sudah terlalu hebat, jauh sekali mendabik dada.


MESRA...Tiz bersama Liyana Jasmay.
   





BERSEDIA...Tiz sedang rancak membuat persiapan untuk filem Nur Kasih.

Lebih daripada itu, Tiz atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abdul Razak, 21, tidak pernah terlintas menjadikan dunia hiburan sebagai batu loncatan untuk mencari orang berpangkat atau VIP.

"Saya mahu orang mengenali saya sebagai Tiz Zaqyah, seorang pelakon yang menjual bakat lakonan. Sebab itulah saya berusaha membina nama daripada mutu lakonan. Saya bersyukur kerana setakat ini, usaha saya mula menampakkan hasil. Tapi ini semua baru permulaan dan saya kena berusaha lebih keras.


"Bagi saya, setiap pelakon ada tanggungjawab untuk menaikkan nama hiburan dan begitu juga diri saya. Saya muda lagi dan laluan masih jauh dalam dunia seni ini," katanya selepas sidang media penyampaian hadiah kepada artis dan pembaca Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) di Sri Kembangan, kelmarin.

Kata-kata Tiz itu boleh diterima pakai kerana dalam sekelip mata, namanya menjulang tinggi ke awan gara-gara siri Nur Kasih. Belum kering populariti di kaca TV, Nur Kasih kini dipindahkan pula ke layar perak sentuhan pengarah Kabir Bhatia.


Malah kejayaan Tiz meraih gelaran Pelakon TV Wanita Popular sudah cukup kuat membuktikan dia memperoleh populariti melalui lakonan dan bukan publisiti murahan.


Hakikatnya, keberkesanan watak Nur Amina, seorang gadis kampung yang patuh kepada suruhan agama seakan-akan menjerat Tiz apabila peminat menyamakannya dengan kehidupan sebenar.


Sukar untuk mereka menerima hakikat kehidupan sebenar Tiz yang sudah tentu berbeza kalau dibandingkan dengan Nur Amina. Malah ada sentimen yang cuba memburuk-burukkan peribadi Tiz dengan penyebaran gambar sosialnya di Internet.

Namun, kuatnya populariti Nur Amina menyebabkan semua itu tidak dipedulikan peminat dan hilang ditiup angin.


Bertitik tolak daripada 'rating' Nur Kasih yang mencecah 2.5 juta bagi setiap episod, ia akhirnya mendorong Filmscape Productions menghasilkan filem yang dianggap sensasi itu. Turut berlakon dua aktor asal siri itu, Remy Ishak dan Fizz Fairuz.


"Sesi latihan pelakon bersama kamera sudah diadakan. Kami dijadual memulakan penggambaran hujung bulan ini. Saya diminta Kabir mengosongkan jadual sekarang sehingga pertengahan Julai.


"Saya difahamkan filem Nur Kasih juga akan menonjolkan lokasi luar negara. Walaupun banyak yang masih rahsia, saya sedia berkorban termasuk menolak tawaran berlakon drama lain dalam tempoh yang sama.


"Memang apabila difikirkan terasa juga nak ambil tawaran sekadar beberapa babak tapi saya tak berani pula kerana takut tiba-tiba bertembung dengan jadual filem ini.


"Tahu saja kadang-kadang jadual berganjak dan saya tidak mahu ambil risiko. Biasanya saya hanya berlakon satu drama pada satu-satu masa sebab tidak mahu keliru dengan pembinaan watak.

"Untuk filem Nur Kasih, saya akui merasai tekanan kerana kerana peminat tentunya meletakkan harapan yang tinggi. Saya berjanji akan buat yang terbaik demi peminat semua," katanya.


Tiz gembira kerana penggambaran filem ini akan menemukan dia semula dengan pelakon lain serta semua kru terbabit. Apatah lagi setelah tamat penggambaran, mereka jarang berjumpa kerana kesibukan tugas masing-masing.



"Boleh dikatakan semua pelakon dikekalkan kecuali Ummi Nazeera yang menyambung pelajaran di Australia. Terasa juga kehilangan Umie. Saya rindukan Ummi kerana wataknya memberi warna kepada drama Nur Kasih.


"Saya belum dapat bayangan apa bentuk kelainan yang akan ditampilkan bagi versi filem tapi percaya Kabir akan buat yang terbaik. Begitu juga daripada segi skrip kerana Mira Mustaffa sentiasa ada idea yang hebat. Insya-Allah saya akan 'mencari semula' Nur Amina dalam diri saya," katanya yang turut berusaha mengurangkan berat badan.


Sementara itu, kredibiliti lakonan Tiz turut terserlah dalam drama siri Asmaradana yang mendapat sambutan menggalakkan. Boleh dikatakan peminat setianya mengikuti drama itu sehingga episodnya selesai ditayangkan menerusi TV3, baru-baru ini.


"Saya sangat terharu kerana peminat memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Asmaradana adalah pengubat rindu saya kepada peminat. Sekarang ada yang panggil saya Nur Amina dan ada yang panggil Azizah (watak dalam Asmaradana) kerana ia meninggalkan kesan di hati mereka," katanya.


Pada usianya 21 tahun sekarang, Tiz dianggap sudah mendapat kunci kebebasan dan boleh mencorak hidup sendiri termasuk soal cinta. Namun, katanya dia masih muda dan belum memikirkan mengenai perkara itu.


"Bosanlah bercakap pasal cinta. Buat masa ini saya tiada sesiapa dan hanya ikut arus. Tengoklah kalau selepas ini saya akan jatuh cinta dengan mana-mana lelaki.

"Saya juga tak terjebak cinta lokasi dengan pelakon lelaki yang berlakon bersama. Ketika berlakon memang saya buat betul-betul seolah-olah kami sedang bercinta.

"Saya juga tak terfikir lagi nak cari artis atau orang lain sebagai pasangan hidup. Sampai masanya nanti semua persoalan ini akan terjawab," katanya.

PROFIL
NAMA: Siti Zaqyah Abdul Razak
PANGGILAN: Tiz Zaqyah
USIA: 21 tahun
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988
ASAL: Kuala Lumpur
STATUS: Bujang
KARIER: Pelakon
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
MULA BERLAKON: 2006
DRAMA: Gol & Gincu, Impian Illyana, Nur Kasih, Spa Qistina dan Asmaradana
TELEFILEM: Bernafas Dalam Lumpur & Puaka Topeng Putih
FILEM: Nur Kasih
HOBI: Menyanyi dan Melukis


ahahaha..pasal artikel ni de tulis Asmaradana..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 09:27 PM | Show all posts
credit to: Media Hiburan.















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2010 10:08 AM | Show all posts
2-2 dikatakan trouble maker tp peduli apa janji lakonan best
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 04:16 PM | Show all posts
credit: Media Hiburan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2010 04:17 PM | Show all posts
pic Tiz kat atas tu... 1st tym nmpk mcm ika af6 la plak.
ades.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2010 04:15 PM | Show all posts
menurut TV3, tgk kat fb la... ulangan ASMARADANA mulai disember ini.
7.30ptg, selasa hingga khamis.
yes.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 04:38 PM | Show all posts
mulai 7 disember, 7.30 mlm, selasa-khamis
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 08:15 PM | Show all posts
yg benerrr... harus melekat ni... maghrib awal...ok la
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 12:13 PM | Show all posts
suka suka suka bila citer ni ulang balik!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 08:15 PM | Show all posts
yahuuuuu. suka tgk lakonn Tiz. *Azizah*
apa2pun crita ni best dan mmg tak jemu la.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 09:25 PM | Show all posts
yyeeezzzzerrrrr..............hari2 ku berseri semula dgn Fariz & Zizah....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 09:35 PM | Show all posts
yyeeezzzzerrrrr..............hari2 ku berseri semula dgn Fariz & Zizah....
letizia Post at 7-12-2010 21:25


yes... sama la kita ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2010 08:12 AM | Show all posts
best citer nih ada balik
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 08:36 AM | Show all posts
yeah.. dpt tgk blk...
sbb masa 1st tayang dulu, x tgk dr awal...
zizah oh zizah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 08:37 AM | Show all posts
yup. rupanya crita ni takde iklan. ptt la start lmbt. menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 04:09 PM | Show all posts
baru taw ader ulangan semalam....citer yg hampir sume cast mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.343045 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list