|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V162'
[Copy link]
|
|
betul sangat. rata2 skrg check in kul 3.
tu yg masa pi jb kaka kuar lambat.
|
|
|
|
|
|
|
|
klu utk balik hari sesuai kuar lps subuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk:
Buat baik bukan kerana diri itu baik.
kategori: Gurindam
Orang berkata, kau terasa diri kau baik,
Aku kata, itu binasa kepada diri Aku,
Orang kata, Ah kau si munafiq konon nya baik,
Aku kata, Bukan urusan aku membalas amalan aku,
Apa yang Aku tahu, aku baik bukan kerana aku baik,
Namun Aku tahu, seorang hamba Sang Pencipta tidak harus bedusta,
baik pada diri mahupun si pendosa.
Ini kerana Dia pemberi Dosa dan Pahala.,
Maka Aku harus pilih, Dosakah atau Pahala,
Tidak Aku sanggup melihat emas musnah di depan mata, ingin di selamat ada pula sang pembenci.
Berkata lagi mereka, "Ah kau pendusta, terasa diri cukup baik"
Hati Aku berkata, apakah baik yang dimaksud mereka, jika aku telah mencuba jadi yang terbaik, salahkah Aku?
Maka tidak patut si pendosa berkata dia baik dan dia jahat,
namun wahai pendosa berkatalah kepada mereka mencuba biar yang terbaik,
umpatan orang itulah bukti kasih sang Pencipta kepada kita.
Baikkah Kau?..
Koleksi gurindam assa 2017 Tok Bali kelanta. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
arini berjimba dgn kekawan lak matt
kami lunch kat menara KL
happening sgt
|
|
|
|
|
|
|
|
nama pn manusia kan
mmg x kan terlepas dr melakukan kesalahan
|
|
|
|
|
|
|
|
????????Terlalu ramai isteri pada zaman sekarang yang sangat sibuk dan suka mengira betapa banyaknya dosa-dosa suami, mencari kesalahan dan kesilapan ketua rumah ini tanpa sedar si isteri ini telah membuat dosa dan mengumpulnya sedikit demi sedikit tanpa mereka sedari. Tidak masuk syurga Allah bagi seorang isteri yang derhaka (Nusyuz) kepada suami.????????
????️NASIHAT untuk kaum² WANITA :
1. Pertama urusan yang akan ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (Apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak. Jalankan kewajiban sebagai isteri dan menegur suami secara berhemah tanpa menyakiti hati.)
2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga
kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s. a. w. erempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r. ha. dan Maimunah r. ha.) datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s. a. w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s. a. w. menjawab," Bukankah kamu dapat melihatnya."
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi. Hubungan kelamin sangat penting dalam sesebuah rumahtangga kerana ia fitrah perkahwinan.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat, juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.
16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita. "Rasulullah s. a. w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah s. a. w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."
17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s. a. w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya. Sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?"
Jawab Rasulullah s. a. w. :
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya. Bila tidak puas hati maka disindir suaminya dengan kata² sinis. Konon suaminya itu banyak sungguh dosanya)
iii. Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya : Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun saya dapat. Malah isteri meluahkan rasa menyesal bersuamikan dia. Mulalah disumpah seranah suaminya dan berkata saya ni ada suami ke semacam tak ada suami. Baik hidup sendiri je daripada ada suami. Ada suami menyakitkan hati sahaja)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya : Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah. Ada juga yang terikut-ikut ajaran sesat di kitab facebook dan med-sos sampai bertindak mengikut emosi
20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda,
" Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia.
????Mereka itu adalah :-
a. Orang yang gemuk tapi kurus.
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang.
c. Orang yang alim tapi jahil.
????* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Ada juga isteri yang menjaga waktu solatnya tetapi tidak menunaikan langsung kewajipannya dalam rumah tangga. Sia² sahaja solat si isteri andai dengan suami dia tidak taat dan derhaka, tidak melayan nafsu batin suami sedangkan dia tahu itulah fitrah dalam perkahwinan. Derhaka kepada suami itu berdosa besar. Jangan kita menidakkan hukum Allah. Ada juga isteri yang keluar rumah tanpa izin suami, berpuasa sunat pun tidak meminta izin suami sedangkan dalam hadis sudah disebut. Alasan yang diberi "Isteri Cerminan Suami". Di dunia ini bolehlah jawab begitu nanti di akhirat bagaimana? Isteri² zaman sekarang banyak bagi alasan suami yang tak betul memimpin. Padahal diri sendiri yang tak nak ikut atau ubah sama² kalau salah. Isteri tu rasa dia dah cukup sempurna dan tak pernah buat salah. Sebab tu hidup isteri jadi banyak cari kesalahan suami utk dijadikan isu daripada mencari keredhaan seorang suami.
????* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama. Zaman sekarang ni mana ada perempuan atau isteri yang boleh ditegur tentang perangai buruk mereka. Bila kita menegur secara baik pun dia akan pusing² cerita. Last² isteri cerminan suami lagi yang keluar. Itu je ayat 'super keramat' dia bagi. Isteri jenis macam ini biasanya tidak akan pernah mengaku kesalahannya. Sebab apa? Sebab semua kaum mereka akan tampil memberi sokongan dan kaum perempuan sentiasa menang. Siapa yang salah? Semestinya kaum LELAKI yang akan dipersalahkan. WANITA paling kuat "lay Victim". Wanita dan Emosi tak boleh nak dipisahkan. Kalau berpisah, bergoncang dunia. Tapi harus diingat, matlamat tak menghalalkan cara.
????* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma' binti Kharizah Fazari r. ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w. t. maka jagalah baik- baik fikiranmu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangaimu.
e. Ingat kepada Allah s. w. t.
f. Lupakan budi baikmu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti
tersebut di dalam kitab Muhimmah :-
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap mahupun ketika tidur bersama suami.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin atau merasa jijik nak tidur dengan suami sebab tidak puas hati sikap suami.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita :-
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika
berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata. Jangan melawan dan membentak dengan kata kasar dan menyakitkan hati suami.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkanhiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat dan berlaku curang ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya. Isteri jangan menghalang dan berat sebelah.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani.
????Amalan itu ialah :-
1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.
2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. -Hak Al-Quran hendaklah khatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapat mengingati Allah s. w. t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie
"Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim" 100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - Doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan.
ie Masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas dsb.
3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). -Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie
Menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi.
????️Kaum perempuan adalah kaum paling senang masuk syurga..
Rasulullah s.a.w. menyatakan, “Jikalau seorang wanita solat lima waktu, menjaga kemaluannya, dan taat kepada suaminya, pasti dia masuk syurga dari mana sahaja pintu yang dikehendakinya.” (Hadith direkodkan oleh Ibnu Hibban)
????Majlis mempelajari agama ini
terbahagi kepada dua iaitu :
????Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal.
????Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam
ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnya untuk belajar.
4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.
5. Hidup sederhana.
6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi :
Di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.
????Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka
Allah s. w. t. akan redha ke atas kita. Berzikir, berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuh dan resah gelisah.
????❤️????REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN ????❤️????
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
WAKTU MUDA SEBELUM TUA
DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
????Semoga bermanfaat???? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
faham
tapi bila semua usaha dh dilakukan
tapi masih belum membuahkan hasil
mmg kecewa la kan
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la pasal setiap kali hujan
derang alihkan meja tu
tapi mmg troublesome la kan
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg lama dh bernti zura
lepas mira kena bloated tu kan
jumpa doc,mmg dia kata
x semua org sesuai dgn rolled oat tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuih TALAM BERLAUK
Lebih kurang mcm cara berlauk.tp yg ni di kukus.sedap makan dgn sos.saya buat dlm bekas kecik2 senang tk payah nk potong2
RESEPI Talam berlauk udang
Utk bahagian bawah:
3 cawan tepung gandum
200 ml santan cap Ayam/1 cawan santan segar pekat
4 cawan air atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam atau secukup rasa
Satukan semua bahan dan blend. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Ketepikan. Asingkan 1/4 cawan.
Untuk Lauk:
200 gram udang saiz kecil
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 biji cili merah
Sedikit daun sup dan daun bawang
Sedikit serbuk lada sulah
1/4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak utk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi
Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang. Udang kering ditumbuk halus.
Goreng bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan, angkat. Kemudian masukkan udang kering. Setelah naik bau dan garing, masukkan udang hidup yg dibuang kulit diikuti dgn cili merah. Bubuh sedikit serbuk lada sulah, sedikit gula dan garam secukup rasa.
Bila udang sudah masak, tutup api dan masukkan bawang yang digoreng tadi bersama daun sup dan daun bawang dan gaul rata. Ketepikan.
Cara Membuat Talam Berlauk:
Tuang adunan bahagian bawah ke dalam bekas yang disapu sedikit minyak. Kukus selama lebih kurang 15 minit.
Kemudian buka tudung dan tabur bahan lauk yg telah digoreng tadi dan ratakan. Titiskan tepung yg diasing tadi sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya.
Kemudian sambung mengukus selama 45 minit lagi.
Saya guna bekas kecil, saya cuma kukus 20 minit. Setelah sejuk, baru dipotong (utk yg buat dlm talam)dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba..
Nota:
Boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dikukus sekejap sebelum dihidangkan.
Versi talam berlauk tak letak keladi.
Sumber Resepi : Azie Kitchen |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bila berpeluh tu
rasa segar la pulak kan
atau x
|
|
|
|
|
|
|
|
ya hidup harus diteruskan
dgn mengingat pada mereka yg telah tiada
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada tak yg dah cuba resepi Talam Keladi Berlauk ni? Ok tak? Pada sesiapa yg tertinggal resepi nye .. Kak zaidah bg lagi sekali ya???? cara2 boleh tgk di ruangan video live atau 1 minit video
Resepi Talam Keladi Berlauk
Bahan-bahan:
300 g Keladi
200 g Tepung Beras
40 g Tepung Gandum
20 g Tepung Hon Kwe
200 ml Santan Kotak
800 g Air
1 tsp Garam
50 g Udang Kering
5 btg Cili Merah
1 pokok Daun Sup
1 pokok Daun Bawang
Bawang Goreng, Kacang Tumbuk dan Sos Cili secukupnya.
Selamat mencuba! ???? Nanti dah buat je tag @simplysugarbakingstudio tau. Good luck ???????? #jommasakngankakzaidah
#simplysugarbakingstudio #talamkeladiberlauk |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|