CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: moller

KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN [BANGLO 11][IZREEN AZMINDA, AMAR BAHRIN][AHAD 3PM]

[Copy link]
Post time 12-8-2014 11:05 AM | Show all posts
hanezz posted on 12-8-2014 11:00 AM
klu doktornya tajul razin ... hari2 demam pun tak ferrrrr

hi hanezz sayams
ehem..ehem...nk doktor tajul razin yer..kemain gediks ehh..kekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2014 11:09 AM | Show all posts
hrezkh posted on 12-8-2014 11:04 AM
hi mar
tq, masih ada vc rupanya
nice vc

hehe..takla eima...bosan plak x lyn mana2 drama...
jenjalan kt ig drg tu...ttba dpt idea plak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 11:14 AM | Show all posts
hanezz posted on 12-8-2014 11:01 AM
sep sikit

...sep gak..hahaaa
bukak paper utusan hits arini ....ade doktor zen bebaju melayu pink.....errrmmmm....
tpi iols xreti tepek..heheee

nk gi klinik jap eehhhh....ade apointment doktor tajul razin hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 11:46 AM | Show all posts
marriot posted on 12-8-2014 11:09 AM
hehe..takla eima...bosan plak x lyn mana2 drama...
jenjalan kt ig drg tu...ttba dpt idea p ...

sama ler mar, eima pun x de lyn mn2 drama lg
citer 200% tu pun tgk pun x lg...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 11:47 AM | Show all posts
tweety_kl posted on 12-8-2014 11:14 AM
...sep gak..hahaaa
bukak paper utusan hits arini ....ade doktor zen bebaju melayu pink ...

hamboii..jgn dh jmpa doctor tajul razin..pengsan x bangun2 sudahh...kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 12:12 PM | Show all posts
ni yer @tweety_kl


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2014 12:16 PM | Show all posts
seksi x abg zen




Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 12:17 PM | Show all posts
hrezkh posted on 12-8-2014 09:21 AM
biasaler...klu dh jd mcm ni, nmpk yg pompuan jer salah...
tu yg asyik izreen jer...

Habisss..dh dia asik jerr..bekefit dgn amar....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2014 12:18 PM | Show all posts
hrezkh posted on 12-8-2014 11:47 AM
hamboii..jgn dh jmpa doctor tajul razin..pengsan x bangun2 sudahh...kekeke

hahahhaa...xsempat...doc ckp rmai Indah2 tggu giliran ahaksss....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 12:21 PM | Show all posts
hrezkh posted on 12-8-2014 12:12 PM
ni yer @tweety_kl

suke-suke-suke.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 12:22 PM | Show all posts
OSEMMM posted on 12-8-2014 12:17 PM
Habisss..dh dia asik jerr..bekefit dgn amar....

hi @osemm

kan,,,pandai buat pandai tanggung ler kan...
reputzz kan suka citer2 cam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 12:47 PM | Show all posts
hrezkh posted on 12-8-2014 12:22 PM
hi @osemm

kan,,,pandai buat pandai tanggung ler kan...

Haiiii....klas ko jahh...masih betapa ktsni
Kannn...klu bff pon xyah laaa..kerap up poto dgn amar tuu..dlm edah lg tuu...
pastu sedap la reputzz nk hentam..tp izreen ni nmpk cam xkisah jerr..jgn sok gigit jari sdh


Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 01:32 PM | Show all posts


"SAYA tak minta tapi tak juga menolak andai kata dia merupakan jodoh saya," tegas Amar Baharin ketika ditanya tentang status hubungannya dengan pelakon Izreen Azminda. Bagaimanapun katanya, buat masa ini dia hanya berkawan rapat dengan aktres tersebut. "Itu sahaja. Tak lebih daripada itu," ujarnya.
Bagi Amar dia tidak mempunyai kuasa untuk menutup mulut-mulut orang yang sering mengata tentang hubungan mereka memandangkan masing-masing mempunyai hak berbuat demikian.
Cuma pinta lelaki ini, biarlah mereka mengetahui tentang kebenaran yang dikatakan dan tidak mendengar cerita tak betul yang disebarkan sebelum ini.
Paling terkesan apabila kisah penceraian Izreen masih lagi kedengaran dan dia berkali-kali dituduh menjadi penyebab kepada masalah tersebut.
"Saya sendiri tak kuasa lagi nak dengar cakap-cakap orang. Antara saya dan Izreen hanyalah teman rapat dan tak lebih daripada itu.
"Antara kami memang saling mengenali sebelum ini. Bila kami berada di set Kerana Terpaksa Aku Relakan dia menghadapi masalah rumah tangga dan saya yang dituduh sebagai punca.
"Selepas itu mungkin cara kami mempromosikan drama tersebut di Instagram membuatkan orang menuduh macam-macam. Perlu ingat gambar yang dimuat naik adalah di dalam set yang melibatkan watak masing-masing," jelas Amar.
Pun begitu ada kala lelaki ini sedih apabila orang masih menuduh dirinya sebegitu. Sebelum ini namanya pernah dikaitkan dengan Erra Fazira yang dikatakan sebagai orang ketiga.
Dia bersyukur kerana keluarga tahu tentang kebenaran dan mereka tidak melayan cerita-cerita karut yang berterusan memburukkan namanya.
"Yang paling penting jangan marah-marah dan jangan melayan cakap-cakap orang. Itu yang saya pegang supaya tak dilihat 'kurang cerdik' kalau melenting.
"Saya selalu ingat pesan keluarga, jangan buat perkara bodoh yang boleh mengaibkan. Bukan sahaja maruah diri yang perlu dijaga tetapi maruah keluarga juga penting.
"Hebat sangatkan Amar Baharin sampai nak meruntuhkan rumah tangga orang? Saya masih sedar tentang perkara benar dan salah," tegasnya.
Cuma sebagai pelakon dia tidak boleh menolak 'kebetulan' seperti yang berlaku di dalam kes Izreen yang berterusan mengheret namanya sebagai punca.
Namun Amar yakin kebenaran akan muncul dan orang akan mengetahui apa sebenarnya yang terjadi meskipun lambat.

Beraya di utara
Sepanjang minggu pertama Aidilfitri lalu, tersebar pula cerita Amar mengunjungi rumah Izreen di Kedah membuatkan pelbagai andaian dan tohmahan dilemparkan lagi kepada Amar.
Menjelaskan perkara berkenaan, Amar kurang faham mengapa isu berkenaan diperbesar-besarkan sedangkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
"Memang benar saya mengunjungi rumah Izreen beberapa hari selepas 1 Syawal. Tapi kena ingat bukan rumah Izreen sahaja yang saya kunjungi tetapi beberapa rumah rakan artis yang lain termasuk Riz Amin dan Anita Baharum.
"Kenapa rumah Izreen sahaja yang orang nak jadikan isu? Paling tidak ini merupakan acara tahunan yang saya lakukan setiap kali menjelang Syawal. Bukan tahun ini baru saya ke sana sebaliknya sudah beberapa kali sebelum ini," jelasnya.
Ketika ditanya tentang pandangan peribadinya terhadap Izreen, Amar menjelaskan wanita beranak satu itu begitu kuat menghadapi hidup meski ditimpa pelbagai masalah.
Malah katanya, Izreen tetap fokus kepada kerja meski kes penceraiannya sedang menanti keputusan mahkamah ketika itu.
"Saya ada mendengar dia bercerita tentang masalah yang dihadapi tetapi bukan semua. Saya yakin dia masih ada keluarga yang boleh dijadikan tempat berkongsi suka duka.
"Sebagai kawan saya mendoakan yang terbaik buatnya," jelas Amar menutup bicara.




Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 01:37 PM | Show all posts
ZREEN AZMINDA memberitahu, Amar memiliki ciri-ciri lelaki idamannya, namun dia yang masih dalam tempoh edah selepas bercerai dua bulan lalu tidak terburu-buru untuk berkahwin semula.


ANGIN percintaan berderu laju menyapa pasangan pelakon sensasi, Izreen Azminda, 29, dan Amar Baharin, 29, yang kini dikatakan semakin intim sejak kebelakangan ini.
Tambahan pula digandingkan dalam drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) menambahkan lagi keintiman dua pasangan sejoli ini. Foto yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook dan Instagram pelakon Izreen menguatkan lagi desas-desus itu.
Bagaimanapun, keintiman mereka kini menjadi buah mulut peminat industri hiburan tanah air kerana Izreen dikatakan kurang menghormati tempoh edahnya memandangkan dia baru sahaja bercerai pada 9 Jun lalu.
Berikutan daripada perceraian itu, sesetengah pihak mendakwa bahawa kononnya Amar merupakan penyebab kepada perceraian Izreen dan bekas suaminya, Muhamad Riza Baharuddin.
Mempunyai jawapan di sebalik kontroversi itu, Izreen memberitahu, hubungan dengan rakannya itu hanyalah sebagai teman biasa.
Namun, pelakon yang pernah membintangi drama Sesuci Cinta Sofia itu tidak menolak seandainya mempunyai jodoh memandangkan dia selesa bersama Amar yang diakui mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.
Ikuti temu bual Kosmo! selanjutnya dengan pelakon yang berasal daripada Kangar, Perlis itu.
Kosmo!: Boleh Izreen jelaskan mengenai status terkini hubungan anda dengan pelakon Amar Baharin? Ini kerana kebelakangan ini kalian banyak berkongsi gambar bersama, sekali gus membuat peminat berasa hubungan anda berdua semakin serius.
IZREEN: Alhamdulillah, setakat ini hubungan saya dengan dia semakin rapat. Bagaimanapun, setakat ini saya masih belum terfikir untuk melangkah ke peringkat sete- rusnya memandangkan dengan keadaan saya baru sahaja bercerai dan saya ingin membetulkan diri saya dahulu. Setakat ini biarlah saya tumpukan sepenuh perhatian saya kepada kerjaya dan anak saya, Muhammad Adrian Umar yang kini menginjak usia setahun.
Apakah ciri-ciri Amar yang membuatkan anda selesa berkawan dengannya?
Dia merupakan seorang yang sangat penyayang dan mengambil berat. Dia juga mempunyai ciri-ciri sebagai seorang pemimpin keluarga yang baik. Di samping itu, saya suka caranya mengaturkan sesuatu perkara. Dia sentiasa mempunyai strategi dalam setiap apa yang dilakukan olehnya.

BEBERAPA keping foto intim antara Izreen dan Amar mengundang pelbagai respons daripada para peminat mereka. Baik Amar dan Izreen masing-masing tidak menolak jika ada jodoh antara mereka.


Adakah anda menerima jika dia merupakan jodoh anda?
Saya tidak pernah menolak jodoh dengan sesiapa pun, malah andai dia jodoh saya kelak saya terima dengan seadanya.
Sebenarnya, saya bukan tergesa-gesa untuk mempunyai jodoh baharu. Bagaimanapun, pada masa kini, saya inginkan seseorang lelaki yang mampu menjadi teman baik saya dan berkongsi masalah ketika suka dan duka.
Sesetengah pihak mendakwa kononnya Amar merupakan penyebab kepada kemusnahan rumah tangga anda bersama Reza sebelum ini. Boleh anda jelaskan?
Saya menolak sama sekali dakwaan itu. Hal ini kerana saya telah kenal Amar semenjak belum berkahwin lagi. Malah sewaktu itu, kami telah rapat. Jika saya menyukai dia, sudah tentu saya tidak akan berkahwin dengan bekas suami saya.
Bercakap mengenai anak, bagaimanakah hak penjagaan anak anda kini?
Kebanyakan masa dia bersama saya dan jika saya sibuk dengan penggambaran, ibu dan saudara saya akan bergilir-gilir menjaga anak saya. Hak penjagaan juga tidak menjadi masalah kepada saya dan bekas suami kerana dia boleh meluangkan masa dengan anak saya pada bila-bila masa jika dia mempunyai kelapangan.
Boleh anda ceritakan perkembangan karier seni anda sekarang?
Saya kini sedang sibuk menjalani penggambaran dua telemovie serentak iaitu Homestay Berhantu dan Tingkat Atas Tingkat Bawah. Saya juga masih mempunyai dua telemovie yang menanti iaitu Dalam Pelukan Bidadari dan Janin yang dijangka akan memulakan penggambaran pada akhir September depan. Saya mengambil keputusan untuk menjalani penggambaran tele- movie berbanding drama rantaian kerana ingin berehat setelah memberi komitmen secara terus menerus dalam KTAR.



Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 01:39 PM | Show all posts
hrezkh posted on 12-8-2014 09:21 AM
biasaler...klu dh jd mcm ni, nmpk yg pompuan jer salah...
tu yg asyik izreen jer...

kalau ex dia pun artis....maybe gak
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
marriot posted on 12-8-2014 09:50 AM
mornink all....sunyinya umah ni....
xpe la...bg sesapa yg masih merindui indahzen....
jomm layan ...

aku sentiasa ada kat sini marr... hahaha hari2 tgk tp taknak la post aku jer yg berderet2

nice video... aku punya vid sampai ke sudah tak siap kekekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2014 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
aku nampak hari ni semua paper online dgn offline ada citer ttg amar... tp yg kisah2 tu dah nyampasssss aku kekeke paper takde modal kah??? ni nasib kat bg takde ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2014 02:07 PM | Show all posts
eyka posted on 12-8-2014 02:01 PM
aku nampak hari ni semua paper online dgn offline ada citer ttg amar... tp yg kisah2 tu dah nyampass ...

sentap x abang amar kita ni? ada x dia tulis apa2 kat IG?



Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 02:29 PM | Show all posts
marriot posted on 12-8-2014 09:50 AM
mornink all....sunyinya umah ni....
xpe la...bg sesapa yg masih merindui indahzen....
jomm layan ...

Tenkiuk u
Pada aku abg sen masih kekal di hati....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 02:55 PM | Show all posts
OSEMMM posted on 12-8-2014 12:47 PM
Haiiii....klas ko jahh...masih betapa ktsni
Kannn...klu bff pon xyah laaa..kerap up poto dgn a ...

nape nk gigit jari plak jah.....pestim ko mencemar duli ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.272661 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list