CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: deaf4ever

Berita Hari Ini - 2005

 Close [Copy link]
Post time 20-12-2005 09:54 AM | Show all posts
ketawa besar mamat cina yg dulu durai saman ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matz_rockz This user has been deleted
Post time 20-12-2005 10:00 AM | Show all posts
nanti gue nak baca story NKF kat sammy....mesti fireworks....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2005 10:02 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 20-12-2005 09:54 AM
ketawa besar mamat cina yg dulu durai saman ...




deytu kalo nak saman balik Durai boleh.... tapi aku respek dia and lagi satu Indian tu tak mau saman..

kalo aku kenal dorang, aku hasut suruh saman... tak payah mintak duit, just ask the snake to public apology dah cukup..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2005 10:05 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 20-12-2005 10:02 AM




deytu kalo nak saman balik Durai boleh.... tapi aku respek dia and lagi satu Indian tu tak mau saman..

kalo aku kenal dorang, aku hasut suruh saman... tak payah mintak duit, just ask the ...

betul aku setuju..

sayang duit berpuluh ribu durai dapat.. sedangkan dorang cakap benar..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2005 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 18-12-2005 10:07 AM




This fellow is not even a bloody Singaporean apa...Dia ada buat NS ke????


Dia cuma habiskan duit govermen buat his own projeks yang tak datangkan hasil apa2 kat Spore...
Only for his  ...


Dia ni dari dulu Chic tak suka....mintak sponsor sini sana, habuk pun takde....banyak berangan lah dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2005 10:12 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 20-12-2005 09:01 AM
**** nye Durai, korang nengok eh?? ni bukan bapak dia punye company, korang nengok dia buat cam gini ngan duit rakyat, which is maybe not my duit la, tapi duit orang biasa...
WHAT THE ****!!  Dura ...


I hope he gets what he truly deserves....jangan kasi chan...nf:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2005 07:37 AM | Show all posts
Forum : 21 Disember 2005   

SYABAS KONSERT POP YEH YEH MENGAGUMKAN

KONSERT Gergasi 40 Tahun Pop Yeh Yeh yang diadakan Sabtu lepas cukup mengagumkan.

Syabas kepada NTUC dan Life Records yang menganjurkan satu konsert besar-besaran buat peminat muzik era 1960-an.

Sememangnya pertunjukan seperti itu amat dinanti-nantikan.

Konsert tersebut menggabungkan seramai 23 artis angkatan 1960-an yang mendendangkan lagu mereka yang pada suatu ketika dahulu digilai ramai.

Para penyanyi ternyata masih bertenaga untuk membawakan lagu bernada rancak dan kesungguhan mereka itu diakui penonton.

Para penonton seolah-olah diajak melungsuri jalan kenangan apabila menyaksikan persembahan artis seperti Kassim Selamat dengan lagu La Obe dan M Ishak yang menyanyikan lagu hitnya, Yale Yale.

Encik Nadiputra, selaku hos pada malam itu, berusaha mengajak penonton bersama-sama menjiwai irama 1960-an dan lawak jenakanya membuat kami semua tidak kering gusi.

Ternyata, ramai peminat masih dahagakan konsert seperti itu.:hmm:

Irama lagu 1960-an unik dan kerana itulah ia dapat bertahan sehingga ke hari ini.

Penyanyi asalnya sudah pun lanjut usia dan saya tertanya-tanya siapakah pengganti mereka.:blah:

Selain kumpulan ZZ Combo, yang merupakan anak didikan kugiran ZZ Xprezz, saya tidak tahu akan kewujudan mana-mana kumpulan yang memainkan irama 1960-an dewasa ini.

Mungkin dengan mengadakan konsert 60-an seperti itu, minat terhadap muzik era tersebut dapat disemai semula, terutama dalam kalangan anak muda kita.

Hanya apabila permintaannya tinggi, barulah syarikat rakaman berani memasarkan irama pop yeh yeh.

Sheikh Anwarul Mohamad Sharif,
Punggol Field.

ni hanya pandangan aku sahaja..:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2005 07:44 AM | Show all posts
Forum : 21 Disember 2005   
  
SEJARAH: TEGURAN PROFESOR HUSSIN DIHARGAI

SAYA sangat bersetuju dan menyokong pandangan Profesor Hussin Mutalib bertajuk Silap tu, Tuan (BH, 17 Disember) tentang dokumentari bertajuk A History Of Singapore yang ditayangkan menerusi saluran televisyen Discovery Channel baru-baru ini.

Saya berharap agar beberapa aspek yang kurang tepat yang diketengahkan Profesor Hussin mengenai sejarah dan perkembangan politik dan sosial negara kita yang dipaparkan dalam dokumentari itu dapat diperbetul dan diperhalusi dengan segera.

Saya juga bersetuju dengan beliau yang berpendapat beberapa kecacatan dalam dokumentari tersebut dikhuatiri bakal menyerap dalam minda masyarakat umum, khusus nya jika pemerintah menggalak agar filem ini dijadikan sebagai bahan rujukan tentang sejarah Singapura.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Profesor Hussin yang sanggup meluangkan masa meneliti rancangan tersebut.

Saya juga sangat berharap agar ramai lagi para akademik dan cendekiawan kita dapat mencontohi sikap Profesor Hussin, yang sanggup mengetengahkan dan memperbetulkan perkara seperti ini.


Mohamad Laili Mohamad Ali,
Rivervale Walk.


:pompom::pompom: terima kasih kpd Prof Hussin untuk artikel dia pada 17 dec lalu.. KNN ingat raffles yg jumpa s'pore ke??.. wei orang melayu dah lama ada lah kat singapura.. sia sia aje sang nila utama buang mahkota dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2005 08:16 AM | Show all posts
ni berita sedih..

Kecoh tuntut mayat pendaki Everest

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Berita kematian pendaki Gunung Everest, Koperal M. Moorthy, 36, pagi ini, telah menimbulkan kekecohan apabila mayatnya menjadi rebutan antara keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Ini kerana, Jawi mendakwa Moorthy telah memeluk agama Islam sejak 8 Mac lalu dengan menggunakan nama Mohammad Bin Abdullah.

Pada masa sama, keluarganya tetap mengatakan Moorthy masih beragama asal iaitu Hindu.

Moorthy meninggal dunia akibat penyakit cervical sick selepas terjatuh ketika latihan somersault di Kem Sungai Udang, Melaka pada 14 Ogos 1998.

Beliau kemudian lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Moorthy kemudian terjatuh dari kerusi roda sebulan yang lalu, menyebabkan dia koma.

Ekoran kematiannya kira-kira pukul 11 pagi ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL), berlaku kekecohan dalam urusan menuntut mayat.

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Jawi dan keluarga Moorthy bersetuju supaya perkara itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, esok.

Sebelum itu, suasana menjadi kecoh apabila lebih banyak pihak cuba menuntut mayat Moorthy untuk dikebumikan.

Ini termasuk tujuh pegawai Jawi yang mahu supaya mayat Moorthy dikebumikan mengikut hukum dan peraturan Islam.

Kekecohan itu turut menyebabkan pihak keluarga Moorthy, terutama ibunya, Saraswathy Rajoo, 62, tidak dapat menerima kenyataan tersebut.

``Saya memberi nama Moorthy kepadanya,'' jerit Saraswathy.

Sementara itu, peguam keluarga Moorthy, A. Sivanesan dari Firma Tetuan Sivanesan & Co. ketika ditemui di HKL berkata, pihaknya mendapat maklumat dan dokumen rasmi mengenai pengislaman Moorthy dari Jawi, menunjukkan anggota tentera itu memeluk Islam pada 8 Mac tahun ini dengan kerelaan sendiri.

Menurutnya, perkara tersebut telah dirahsiakan daripada pihak keluarga termasuklah isterinya, Kaliamal Sinasamy, 30, sehingga 1 Disember lalu.

``Apabila Moorthy dimasukkan ke HKL pada 11 November lalu, Jawi telah memaklumkan kepada Kaliamal mengenai pengislaman suaminya itu.

``Menurut Jawi, jika berlaku kematian, jenazah suaminya akan diuruskan mengikut cara Islam, `' katanya.

Difahamkan, Kaliamal bagaimanapun tidak memberitahu pengislaman suaminya kepada sesiapa.

Ketika ditemui, Kaliamal mengesahkan ada menerima panggilan telefon dari Jawi tetapi enggan mengulas lanjut.

Sivanesan menambah, kes tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

``Keputusan mungkin akan hanya diketahui dalam masa 48 jam.

``Seorang jurucakap Jawi yang hanya dikenali sebagai Azniza, juga tidak membantah mengenai perkara tersebut (dibawa ke mahkamah),'' kata Sivanesan.

Beliau menambah, sementara menunggu kes tersebut selesai, Ketua Jabatan Forensik HKL, Dr. Mohd. Shah Mahmood bersetuju mayat Moorthy disimpan di bilik mayat hospital tersebut.

Dalam pada itu, menurut salah seorang saudara terdekat Moorthy yang enggan namanya disiarkan, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Persatuan Hindu Sanggam, Datuk A. Vaithilingam untuk meminta bantuan beliau.

Difahamkan, Vaithilingam akan membawa perkara itu ke pengetahuan Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu yang kini berada di Bosnia atas urusan rasmi kerajaan.

Sementara itu, seorang jurucakap Jawi berkata, pihaknya akan menyerahkan kes tersebut untuk keputusan mahkamah.

Katanya, Jawi akan mengemukakan dokumen yang ada sebagai bukti bahawa Moorthy telah memeluk agama Islam.

Dalam pada itu, pegawai atasan Moorthy, Kolonel Effendi Ab. Karim ketika ditemui di bilik mayat HKL berkata, pihaknya juga akan akur dengan keputusan mahkamah.

Menurutnya, kehadiran beliau di HKL bagi membantu urusan pengkebumian mayat Moorthy.

``Kita serahkan kepada mahkamah perkara ini,'' katanya
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 21-12-2005 08:23 AM | Show all posts
19 TRIPS ON FIRST CLASS TICKET=$322,000 IN NKF MONEY





WTF  ..........
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2005 10:36 PM | Show all posts
Groom braves wetting to get to his wedding  
December 22, 2005      




HE was forced to postpone his wedding once because of the flood waters.

  
--BERNAMA
This time, he was determined his nuptials wasn't going to be delayed again - come hell or high water.

So bridegroom Hasrul Afandy Abdul Hamid, 26, asked the district flood operations officers in Kedah for help.

The officers obliged by sending a boat to ferry him to the Kampung Labi mosque for the solemnisation ceremony yesterday, reported Bernama.

Mr Hasrul Afandy was accompanied by only five friends to the mosque - transportation is limited after all.

At one stage of the journey, the water level was so shallow that most of those on the boat had to get out to push it, leaving only the bridegroom and two others in the vessel.

At another stage of the journey, firemen helped carry the bridgroom.

Four members of the fire and rescue department there, a reporter from Bernama, a cameraman from a television station accompanied the wedding entourage.

The entourage reached the bride's house safely and from there, was taken to the mosque.

Mr Hasrul Afandy had originally planned for the wedding to take place on Monday at the mosque.

His bride, Ms Nurul Hanizatul Akma Ahmad Mahir, 21, lives in Felcra Belimbing Tualak, but flood waters had cut off access to the settlement since three days ago.

The bride's and bridegroom's families hosted a feast at their respective homes yesterday to celebrate the wedding.

Mr Hasrul Afandy, who works in a factory, said: 'I planned the wedding six months ago and never expected the wedding would be held under these extreme conditions.'

It is the annual monsoon season, and heavy rains have been inundating the north-eastern states of Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah and Perak, and forced the closure of a part of the North-South Expressway.

The floods, the worst in 30 years, have claimed at least five lives and forced the evacuation of over 20,000 people.

The floods in Kedah worsened, but the situation on the east coast of Malaysia eased today, reported the New Straits Times.

For the first time in almost three weeks, there was no rainfall in major parts of Kelantan. But one fatality was reported.

In Kedah, more than 18,000 people were evacuated.
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 23-12-2005 08:41 AM | Show all posts
curik kereta pakai revolver kat jb seram jugak......
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2005 08:52 AM | Show all posts
HAMIZAH LEGA LANJUT PELAJARAN DI RGS
Oleh
Nadzri Eunos

HAMIZAH Nordin, salah seorang pelajar Melayu terbaik dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini, akan melanjutkan pelajarannya di sekolah pilihan pertamanya, Sekolah Perempuan Raffles (RGS), bulan depan.

Keputusan pemilihan sekolahnya yang diumumkan semalam disambut keluarga bekas murid Sekolah Rendah Unity itu dengan dada yang lapang kerana kebimbangan mereka mengenai kos persekolahannya terlerai sudah.

Di samping layak menerima Biasiswa Kemasukan Edusave Untuk Sekolah Bebas (EESIS) yang akan membiayai yuran persekolahan Hamiza, RGS dan Yayasan Mendaki juga akan memastikan kos persekolahan Hamizah tidak akan menjadi satu hambatan.

Ibu Hamizah, Cik Shariffah Ahmad, 40 tahun, berkata:

'Meskipun kami bersyukur dengan bantuan yang ditawarkan, kami telah menabung sepanjang tahun dan berjaya ketepikan sekitar $500 untuk keperluan sekolahnya.'

Keputusan itu juga menjadi perdebatan di akhbar mengenai dilema anak pasangan pemandu kontena dan suri rumah itu menyusuli keputusan awalnya untuk belajar di sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang.

Ini meskipun Hamizah, 12 tahun, lulus cemerlang dalam PSLE dengan agregat 273 dan muncul sebagai antara pelajar Melayu terbaik.

Dia akhirnya memilih RGS selepas mendapat nasihat para guru dan pengetuanya.

Ketika dihubungi semalam, pengetua RGS, Cik Deborah Tan, berkata:

'Dalam pertemuan dengan Hamizah dan keluarganya minggu lalu, saya telah redakan kebimbangan mereka dan meyakinkan mereka bahawa RGS ada biasiswa dan skim bantuan kewangan untuk bantu dia menikmati segala manfaat program sekolah kami.'

Pengurus Sumber dan Dasar Pendidikan Mendaki, Cik Aidaroyani Adam, pula berkata Hamizah layak menerima Anugerah Mendaki yang membawa hadiah wang tunai $200.

'Kami juga akan bantunya memohon Biasiswa Lembaga Kenangan Maulud serta mendekati pihak korporat yang sudi meringankan beban kewangan keluarga Hamizah,' jelasnya.

Ketika ditemui di Sekolah Rendah Unity semalam, Hamizah, anak kedua dalam keluarga tiga beradik, jelas girang.

'Tugas saya hanya satu - untuk pastikan saya berusaha sedaya upaya agar terus cemerlang dalam pelajaran saya,' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2005 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 23-12-2005 08:41 AM
curik kereta pakai revolver kat jb seram jugak......

kalau nak cerita.. cerita lah dgn lengkap.. ayat 1 baris ni aku tak faham..
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 23-12-2005 12:30 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 23-12-2005 12:01 PM

kalau nak cerita.. cerita lah dgn lengkap.. ayat 1 baris ni aku tak faham..



i condensed the story....dinda,baca kat papers page 3 kat straits times....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2005 03:11 PM | Show all posts
SADDAM DAKWA DIPUKUL
Rumah Putih: Helah untuk alih perhatian mahkamah daripada dakwaan

BAGHDAD - Perbicaraan mantan presiden Iraq, Encik Saddam Hussein, disambung semalam dengan seorang lagi saksi memberi keterangan mengenai kekejaman beliau, sehari selepas Encik Saddam mendakwa askar Amerika Syarikat membelasah dan mendera beliau semasa dalam tahanan.

Bagaimanapun, Rumah Putih menafikan dakwaan itu, yang disifatkan sebagai 'tidak masuk di akal' manakala seorang diplomat Amerika di Baghdad berkata Encik Saddam berbuat begitu sebagai helah untuk mengalihkan perhatian mahkamah daripada dakwaan beliau dan tujuh defendan lain terlibat dalam pembunuhan 148 penduduk Syiah di Dujail selepas Encik Saddam terselamat daripada percubaan bunuh di sana dalam 1982.

Encik Saddam membuat aduan itu kelmarin selepas para saksi memberi keterangan bagaimana para pegawai polis rahsia Encik Saddam menggunakan kejutan elektrik dan plastik cair untuk menyiat kulit penduduk Dujail yang ditahan menyusuli percubaan bunuh itu.

Seorang jurucakap tentera Amerika di Baghdad, Leftenan-Kolonel Barry Johnson, berkata dakwaan Encik Saddam itu 'tidak berasas sama sekali' tetapi berkata 'kami bersedia untuk menyiasatnya'.

Tiga saksi memberi keterangan apabila perbicaraan disambung kelmarin, selepas ditangguh dua minggu kerana pilihan raya Parlimen Iraq pada 15 Disember lalu.

Dua saksi, yang memberi keterangan di belakang tabir, berkata mereka didera dan dipenjarakan menyusuli percubaan hendak membunuh Encik Saddam dalam 1982, selepas polis rahsia memberkas ratusan penduduk - lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Saksi ketiga, Encik Ali Hassan Mohammed al-Haydari, yang memberi keterangan di hadapan hadirin, mencerita bagaimana beliau, yang ketika itu berusia 14 tahun, diberkas, dibelasah dan dipenjarakan tanpa bicara sebelum dibuang daerah ke satu petempatan terpencil di gurun pasir.

Menurutnya, rejim Saddam membunuh tujuh adik-beradik lelaki beliau.

Para pegawai keselamatan mendera para tahanan dengan kejutan elektrik, selain daripada menitiskan plastik cair ke kulit mereka, kemudian mengupasnya kembali apabila telah sejuk menyebabkan kulit para tahanan tersiat sama, katanya.

'Saya tak dapat hendak menceritakan semua penderitaan dan kesakitan yang kami tanggung selama 70 hari dalam tahanan,' katanya. - AP, AFP, Reuters.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


guvnor This user has been deleted
Post time 23-12-2005 05:52 PM | Show all posts
kasi mati sama saddam!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2005 09:59 AM | Show all posts
WANITA DIDAKWA TIPU LEBIH 100 ORANG HAMPIR $50,000
Oleh
Nadzri Eunos

PEMILIK sebuah agensi yang membekalkan pekerja di negara-negara Timur Tengah didakwa di mahkamah Rabu lalu kerana menipu lebih 100 individu, membabitkan wang berjumlah hampir $50,000.

Mahkamah diberitahu bahawa Siti Fathelah Zohra Abdul Majid Al-Sultan, 46 tahun, telah menawarkan 109 individu - yang rata-ratanya Melayu/Islam - pelbagai pekerjaan seperti pegawai keselamatan, jurutera, penyelia dan pekerja binaan di Qatar dan Dubai.

Malah, syarikatnya, Middle East Council & Chamber of Commerce (MECC), turut menawarkan sekitar 20 individu peluang pekerjaan sebagai pengurus jenazah di Iraq.

Setiap individu yang datang memohon untuk mendapatkan pekerjaan di pejabat syarikatnya di Changi Road itu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

Untuk itu, setiap pemohon dikenakan bayaran antara $140 dengan $640.

Keseluruhannya, Siti Fathelah telah mengaup sekitar $48,000 daripada para pelanggannya.

Salah seorang mangsa pula kehilangan $4,000 yang diserahkan sebagai bayaran tiket penerbangan, pemeriksaan kesihatan dan penginapan hotel di Dubai.

Semuanya demi mendapatkan pekerjaan sebagai pelukis lakar.

Sebelum ini, Siti Fathelah pernah memberitahu akhbar The New Paper bahawa firmanya mula beroperasi Ogos tahun lalu dan telah pun merekrut 30 warga Singapura untuk bekerja di Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Dia kononnya menawarkan pekerjaan dengan bayaran gaji yang lumayan dalam mata wang Amerika Syarikat.

Dia juga mendakwa mempunyai beberapa projek raksasa di sekitar Dubai dan Qatar seperti taman hiburan, klinik kesihatan, kemudahan keselamatan dan restoran-restoran bertaraf lima bintang.

Difahamkan, beberapa pelanggan MECC tersepit setelah meninggalkan pekerjaan mereka semata-mata termakan dengan janji kerjaya yang bergaji lumayan itu.

Siti Fathelah difahamkan telah diberkas polis Jun lalu.

Ketika kesnya didengar, Siti Fathelah, yang diwakili peguam, tidak membuat sebarang pengakuan.

Kesnya akan didengar lagi minggu depan.

Setiap tuduhan menipu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2005 10:02 AM | Show all posts
Sanding sendiri

Oleh Al-Abror Mohd Yusuf, Manan Samad, Rudy Fazrunisyam Samarudin dan Sulaiman Saleh
[email protected]

KUALA LUMPUR: Tunang kepada mangsa kemalangan maut di Kilometer 18, Jalan Seremban-Tampin, malam kelmarin, sanggup bersanding bersendirian di atas pelamin bagi memenuhi impian mereka yang tidak kesampaian.

Suriana Shahmin, 24, berkata dia akan tetap memakai pakaian pengantin berwarna hijau muda yang sepatutnya digunakan untuk majlis akad nikah di Kampung Teluk Menegun,Klang, esok.

揝aya sepatutnya memakai dua set pakaian pengantin pada majlis perkahwinan kami, dan satu daripadanya akan saya gunakan untuk bersanding bersendirian.

揝ekurang-kurangnya saya hargai hajat kami. Tetapi saya tidak keseorangan, kerana adik saya (Sulaiman) akan turut bersanding dengan pasangannya (Marinah Ibrahim),
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2005 10:07 AM | Show all posts
Forum : 24 Disember 2005   
  Mudah cetak  | E-mel

KONSERT DIBATAL, DUIT TIKET BELUM DIPULANGKAN

TIKET telah dibeli sejak awal lagi tetapi konsert Search masih ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan.

Saya cukup kecewa dengan cara pihak penganjur, Resurrection Entertainment, menangani masalah ini.

Sejak konsert ini dibatalkan hingga ke hari ini saya cuba menghubungi pihak penganjur, sama ada melalui telefon mahupun e-mel seperti yang disarankannya di Berita Harian, untuk kembalikan tiket-tiket tetapi gagal.

Saya mendapati penganjur tidak bersikap profesional kerana apa yang dikatakan di akhbar tidak dikotakan.

Saya benar-benar berharap penganjur dapat memulangkan duit bagi tiket yang telah kami beli. Jangan sampai janji tinggal janji sahaja.

Abdul Rashid Bachok,
Tampines.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.050219 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list