CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hijau88

NUR KASIH[PART VIII][FILM IN PROGRESS]

   Close [Copy link]
Post time 23-7-2010 11:04 PM | Show all posts
Reply  csuraya



itu bkn sarah ke yg masak?
kihkihkih.
hijau88 Post at 23-7-2010 23:02



    habis  tu  takkan   Nur  nak  bei  resepi   KOPI  kut


ppsssttt..tapi  sambal petai  kesukaan  Adam  , Nur  leh  masak  kan...blajar dgn  mak jah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2010 11:08 PM | Show all posts
kopi dan teh istimewa Nur amina. terubuk pun.

kek katrina

ayam masak merah aliya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 11:13 PM | Show all posts
bila  dulu  tu citer  cepat
csuraya Post at 23-7-2010 23:02


lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik.













Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 11:15 PM | Show all posts
ko  jeles  tak  dpt  pegang  tangan  Nur  or  tangan  Adam??..
csuraya Post at 23-7-2010 23:01



    2-2 bukan...aku jeles tgk derang sweet together2..... ..tu jer..alahai....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 11:20 PM | Show all posts
2-2 bukan...aku jeles tgk derang sweet together2.....  ..tu jer..a ...
adifrs Post at 23-7-2010 23:15



    mesreeee...gitu  kan... bahgia jer
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 11:32 PM | Show all posts
mesreeee...gitu  kan... bahgia jer
csuraya Post at 23-7-2010 23:20



    tu ler pasai..ntah bile nak masin ni.....dah secocok banget tu...hihiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2010 11:36 PM | Show all posts
Reply  hijau88


   so  jgn  terkejut  kalau  leh  jadi cover majalah  SAJI....resepi  bihun  goreng dari  Nur..takpun  sambal  petai kegemaran Adam tu.
csuraya Post at 23-7-2010 22:55



pengat pisang jgn lupa.. mak ani bg tau mak jah pengat pisang yg nur buat sedap tau..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 11:37 PM | Show all posts
Uiks...Blooper  takder...meoww  nyer  NKTS  ada..
csuraya Post at 23-7-2010 23:00



ha.. ada? version singa eh? jeles!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 11:41 PM | Show all posts
tu ler pasai..ntah bile nak masin ni.....dah secocok banget tu...hihiiii
adifrs Post at 23-7-2010 23:32



hmm... bila eh?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 11:57 PM | Show all posts
hmm... bila eh?
hazlyn Post at 23-7-2010 23:41



    ntah laaa...tunggu & terus menunggu...nanti & terus menanti...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 12:01 AM | Show all posts
Reply 1249# hazlyn


    yup....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 12:02 AM | Show all posts
ntah laaa...tunggu & terus menunggu...nanti & terus menanti...
adifrs Post at 23-7-2010 23:57



    alaaaaaaa...tak lama
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 12:07 AM | Show all posts
alaaaaaaa...tak lama
csuraya Post at 24-7-2010 00:02



    ko de bite t'kini..hiburan sensasi ker??
    meh lah habaq kat aku beb...sian aku ni...huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 12:47 AM | Show all posts
kelakor laaa korang nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 08:02 AM | Show all posts
Reply  hazlyn


    yup....
csuraya Post at 24-7-2010 00:01



    scene yg mana eh meow?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 08:03 AM | Show all posts
kelakor laaa korang nih
eddlisa_uyuk Post at 24-7-2010 00:47



    hehe.. kelakor kan? kitorang akan terus meroyan smpai NKTM kuar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2010 10:45 AM | Show all posts
salam and morning semua... hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 11:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by supbunjut at 24-7-2010 11:12

Cerita filem Nur Kasih jadi rahsia
Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]
2010/07/24      DEMI mengekalkan kejutan, barisan pelakon dan kru filem Nur Kasih membuat perjanjian dalam kontrak untuk tidak mendedahkan jalan ceritanya kepada wartawan apabila filem itu ditayangkan awal tahun depan.

Tiga bintang utamanya, Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz meminta maaf kerana tidak dapat bercerita lanjut mengenai watak mereka dalam filem itu kerana sudah membuat perjanjian. Apabila ditanya kru mengenai babak yang dijalankan pada hari itu, mereka menjawab tidak tahu dan minta ditanyakan saja kepada pengarahnya, Kabir Bhatia.

Dalam sidang media yang berlangsung di lokasi filem itu di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor, Kabir mengakui tidak mahu bercerita lebih lanjut jalan cerita filem yang diangkat dari siri popular Nur Kasih yang mencatat fenonema ketika disiarkan di TV3 dengan 4.3 juta penonton. "Apa yang boleh saya katakan, filem ini jauh lebih besar berbanding drama dan bakal menyentap emosi penonton mengenai tragedi yang berlaku kepada watak utama, Adam, Nur Amina, Aidil dan ibunya.


"Ia mengisahkan cabaran ditempuh Adam dan Nur Amina dalam hidup dan juga cinta mereka. Kalau sebelum ini kisah cinta Laila Majnun dan Romeo & Juliet cukup dikenali, saya ingin paparkan kekuatan cinta Adam dan Nur Amina pula dalam filem ini.


"Emosi penonton akan ditarik sedikit demi sedikit dari awal hingga ke akhir cerita. Saya tidak mahu beritahu bagaimana penamat cerita apakah 'happy ending' atau sebaliknya.


"Mira Mustaffa mengambil masa enam bulan untuk menghasilkan skripnya kerana mahu memastikan benar-benar sempurna sebelum memulakan penggambaran. Penceritaan juga cara baru, tetapi tidak menghilangkan ciri-ciri pada drama siri," katanya.


Kabir juga enggan mendedahkan nama dua pelakon baru yang menjayakan filem itu, tetapi sekadar memaklumkan watak mereka, Munif dan Sarah Ali yang hadir dalam hidup Adam dan Nur Amina sebagai satu lagi kejutan buat penonton.


Mengenai kehadiran dua pelakon kanak-kanak, Mohd Ilyas Suhaimi dan Miasara Nasuha, Kabir mengatakan mereka adalah anak Aidil dan Alia. Kata Kabir, filem berkenaan bermula kira-kira lapan tahun selepas drama siri.


Apabila ditanya mengapa Adam dan Nur Amina tidak mempunyai anak, Kabir sekadar tersenyum, tetapi mengatakan sesuatu berlaku dalam hidup mereka atau lebih tepat lagi tragedi besar.


"Cerita filem lebih berat mengenai pengorbanan Aidil sebagai abang diteruskan dalam filem ini dengan cabaran lebih besar dengan masalah sendiri, adik dan juga ibunya. "Nur Amina pula lebih tabah dan matang hingga meruntun jiwa penonton manakala ibunya tetap tabah berhadapan dengan masalah anak-anaknya," katanya.


Filem Nur Kasih yang dihasilkan dengan bajet RM2 juta adalah kerjasama Primeworks Studios, Juita Viden Sdn Bhd dan Filmscape Sdn Bhd. I a dijangka untuk tayangan awal pada Februari atau Mac depan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 11:11 AM | Show all posts
Kisah Cinta Dalam Nur Kasih Difilemkan
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ



Fizz Fairuz memegang watak Aidil dalam filem Nur Kasih The Movie sewaktu menjalani penggambaran di Jordan.

DRAMA bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.

Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.

Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.

Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.....HUWAA ADAM AND NUR XDE ANAKKK.....

Fizz dan Liza Othman yang memegang watak ibunya sewaktu penggambaran di Jordan.

“Pengorbanan dan beban yang dipikul oleh Aidil sebenarnya belum berakhir dalam filem ini.

“Kepetahan anak-anaknya juga akan membuatkan penonton lebih mudah mengalirkan air mata,” kata Fizz sewaktu menjalani penggambaran filem itu di Kampung Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Khamis.

Sementara itu, Remy menambah: “Cerita yang dipaparkan dalam filem ini mempunyai persamaan dan dekat dengan diri kita. Ianya penuh dengan kisah yang meruntun jiwa dan pernah dilalui oleh kita.”

Seperti yang dimaklumkan, para pelakon terpaksa merahsiakan jalan cerita filem itu agar ia lebih suspen. Yang pasti, filem ini akan menjadi lebih menarik hasil karya pengarahnya, Kabir Bhatia dan isteri, Mira Mustafa selaku penulis skrip.

Filem ini dijangka menemui penonton pada Mac tahun hadapan.


Remy (kiri) dan Fizz sempat menunggang kuda ketika di Jordan.

Menceritakan tentang filem yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Jordan seperti Amman, Wadi Ram dan Petra itu, Kabir akui cabaran yang dilalui begitu getir dan sukar dijangka.

Krew produksi Filmscape serta para pelakon perlu mengharungi ribut pasir di Jordan sehingga ramai yang jatuh sakit. Namun segala-galanya selesai setelah mengambil masa selama 11 hari bermula 25 Jun lalu.

“Ketika ribut pasir, kamera bergoyang sehingga kami terpaksa mengambil masa selama tiga jam untuk menjayakan satu pengambaran itu,” ceritanya.

Selain itu, saat yang mencabar berlaku sewaktu proses penggambaran babak kemalangan keretapi melibatkan Adam dan Nur Amina di Jordan....SIANNYERRRR..

Biar apa pun halangan yang ditempuhi, Pengarah Urusan Filem & Drama, Primeworks Studio Sdn Bhd, Ahmad Puad Onah berharap semua penonton akan datang ke pawagam.


Kabir akui berat memikul cabaran dalam Nur Kasih The Movie berbanding drama bersiri.

“Saya nak filem ini menjadi setaraf dengan cerita Romeo dan Juliet serta Laila Majnun,” kata Ahmad Puad....I LIKEEE....THIZ STATEMENTTT....YAAA..ADAM AND NUR IS MALAYSIA'S VERSION OF ROMEO AND JULIETTT....

Filem yang turut dilakonkan oleh Liza Othman, Ayu Raudhah, pelakon baru Munif, Sara Ali serta pelakon cilik Mia Sara Nasuha Mohd Ridhwan dan Mohd Ilyas Suhaimi itu juga mendapat kerjasama syarikat Juita Viden.

CREDIT MSTAR
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 11:17 AM | Show all posts
Fenomena NUR KASIH kembali
Posted by TUPAI Sabtu, Julai 24, 2010


LIKE ABOVE PIC VERYYY MUUCHHHH.....

Siapa yang menjadi peminat setia kepada drama bersiri popular yang mendapat rating tertinggi di stesen TV3 pasti akan teruja mendengar khabar gembira ini. Drama arahan Kabir Bhatia ini akan dibawa ke layar perak pula. Tetapi adakah filem "Nur Kasih The Movie" mampu mengembalikan fenomena luar biasa seperti yang pernah dipersembahkan dalam drama? Sama-samalah kita doakan ye.

TUPAI telah dijemput ke set penggambaran filem ini yang bertempat di Tanjung Karang pada 22 Julai lepas. Ia merupakan empat hari sebelum tamatnya penggambaran filem "Nur Kasih". Di sana kami telah bertemu dengan Kabir sendiri dan barisan pelakon utama seperti Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah dan juga pelakon cilik yang sangat comel dan popular dengan drama "Adamaya" iaitu Mia Sara.

Ketika bertemu dengan Kabir, dia memberitahu "Nur Kasih The Movie" adalah kesinambungan kepada drama bersiri tersebut di mana tempohnya adalah selepas enam hingga tujuh tahun selepas apa yang anda saksikan.

"Kita akan saksikan bagaimana kehidupan mereka selepas tempoh enam tahun. Adakah Aidil (Fizz Fairuz) masih lagi terpaksa mengharungi pelbagai ujian dan rintangan dalam kehidupannya? Yang pasti penonton pasti akan tersentuh dengan watak Nur Aminah," kata Kabir.

Menurut pelakon yang memegang watak wanita bertudung ini, Tiz memberitahu untuk filem "Nur Kasih" wataknya lebih banyak menghadapi pergolakan emosi, lebih cekal dan kadangkala nampak agak agresif.


Antara barisan pelakon "Nur Kasih The Movie"

UUOLLLSSS....MASIN MULUT...JGN TAK MASINNN....HAHAHA


Selain di Tanjung Karang, penggambaran "Nur Kasih The Movie" turut dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Jordan! Mereka semua telah ke sana selama lebih kurang sepuluh hari pada akhir Jun lepas.

"Nur Kasih The Movie" dijadualkan untuk tayangan pada musim cuti sekolah bulan Mac tahun 2011.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.124691 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list