CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anak_singa

Aeril Zafrel Wawa Zainal nafi sudah bernikah

 Close [Copy link]
Post time 11-10-2013 10:39 PM | Show all posts
anaktoyol posted on 11-10-2013 10:22 PM
Sorry...bukan nak masuk campur hal politik....dulu si sepol pun bersumpah itu jugak....tapi ...tak ...

hahaha...betul2...masa sepul tu teruk dia kena....
org tertntu je yg x percaya sumpah dia tuh...
pada iols...iols cuba bersangka baik je ngan org yg berani bersumpah nieh....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 10:41 PM | Show all posts
haiku posted on 11-10-2013 10:36 PM
Bila editor bersuara ... Along, Akmal & Nizam

Meriah komen di media sosial ..

sape dia nie? editor BH ke?
editor apa?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 10:56 PM | Show all posts
artis2 semua...
korang buat la apa2 pun...kami x marah aihhhh
marah sat sajaaa...
pastu kami ok la...
terima saja.....
hangpa kan artisss...
kami nak kutuk pun..kami pun buat ada buat salah gak..
cuma beza hangpa artis org kenal..kami ni org tak kenal..
mana ada org nak gaduh2...nak ambik kisah punggg..
tak kisah la...
hanpa buat silap...menipuuuu ka apa...
pastu buat pc
jgn lupa teriak sekali naa
buat la ayat kami difitnah..
pastu ok la...
lusa tulat dah lupa semuaaa...


gituuu kaedahhnyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:03 PM | Show all posts
ciklipoo posted on 11-10-2013 10:33 PM
Aku tetap rasa DT punca semua ni...bende ni belaku masa wawa tgh nk naik..skali gus bg untung kt dia ...

setuju..pastu cerita ni plk keluar ms aeril tgh naik dr citer cinta jannah kan..mmg ada bau menjatuhkan di situ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:04 PM | Show all posts
Lara2584 posted on 11-10-2013 10:35 PM
Sedih tgk Aeril nangis bila anak dia di tuduh anak luar nikah tgk dkt galaksi td  yg salah tu bap ...

sebenarnya dah dkt 2 thn diorg kawin.anak tu bknlah anak luar nikah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
This gossip no longer valid...huhuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2013 11:15 PM | Show all posts
tiba2 hati aku dah sejuk balik tgk pasangan ni.sbb kesian tgk diorg kena bash teruk dan kejujuran wajah aeril dalam menjawab segala spekulasi..dan nampak mereka macam mangsa keadaan oleh syarat ngek mig.dan dari pandangan aku mmg mig yg menimbulkan cerita ni.diorang yang upload kt ig tu mcm tu kan..mmg org mig yg dalang semua ni lah.confirm! mesti wawa n aeril dah lega sangat2 sebab semuanya dah diluahkan...

tiba2 mood "aku maafkan korang wawa n aeril" semoga berbahagia
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:19 PM | Show all posts
garnierblue posted on 11-10-2013 07:10 PM
kesian plk tiba2 aku tgk gambo kawin dorg ni..tiba2 rasa mcm mgkin betul jgk DT dalang di sebalik  ...

aku dah mula mempercayai gosip adalah benar masa kes datuk ct ngan datuk k dulu..hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 11:22 PM | Show all posts
tiba2 terjumpa vid ni..masa ni diorang dah kawin la kan..

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:25 PM | Show all posts
garnierblue posted on 11-10-2013 11:15 PM
tiba2 hati aku dah sejuk balik tgk pasangan ni.sbb kesian tgk diorg kena bash teruk dan kejujuran wa ...

Mereka dah pon selamat apa lg yg nk dikecohkan betul x.? Mereka juga manusia biasa, kita ni semua nk mcm ne lg? Nk diorang tu perfect? Diri kita sendiri pon x terbawa. Mereka mkn ada sebabnye. Ingat boleh suka suki ke? Klau bercerai kutuk lg..org kahwin pon kita kutuk? Aku percaya diorang rahsiakan bersebab. Alhamdulillah pasangan muda ni bersatu. Aku pon dulu kahwin muda. Bkn sebab gatal or miang tp bersebab. Yg penting bila dah rasa sampai masanya segerakan ikut hukum agama bkn ADAT. Org kafir buat undang2 org Islam kita yg tersepit. So renung2 kan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:38 PM | Show all posts
garnierblue posted on 11-10-2013 11:15 PM
tiba2 hati aku dah sejuk balik tgk pasangan ni.sbb kesian tgk diorg kena bash teruk dan kejujuran wa ...

nmpknyer...ada jugak orng yg berkaya di pengaruh ngan lakonan PC ari nih,,

nak salahkan MIG la plak..lisa elok jeh.. kawen masa ada kontrak residen.. apa cer???

aeril sengl tuh.elok jeh kuar MIG..sbb nak mendalami ilmu agama.. *bab menipo kot*
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:39 PM | Show all posts
garnierblue posted on 11-10-2013 11:22 PM
tiba2 terjumpa vid ni..masa ni diorang dah kawin la kan..

nampak macam suami isteri dah time nih
natural sangatttt
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:41 PM | Show all posts
persoalannya sekarang.mana gambar anaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:41 PM | Show all posts
ss8384 posted on 11-10-2013 11:25 PM
Mereka dah pon selamat apa lg yg nk dikecohkan betul x.? Mereka juga manusia biasa, kita ni semua  ...

takde orng paksa depa sain kontrak ngan MIG... tp dah depa hadP SNGT NAK JDK RETIS... sanggup jeh sain..tanpa pikir panjang..

pastu dah jadik hal..salahkan org..

diri sendri..taknak di blame lak.. ker masa derang nak sain kontrak tuh..david teoh letak pedang samurai kt leher derang???
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:44 PM | Show all posts
tahniah wawa
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:44 PM | Show all posts
ciklipoo posted on 11-10-2013 10:33 PM
Aku tetap rasa DT punca semua ni...bende ni belaku masa wawa tgh nk naik..skali gus bg untung kt dia ...

kenapa masa sain kontrak tak pikir panjang?? hadap sngt nak jdk glamor jadk retis?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 11:46 PM | Show all posts
Finally... gigih iols rempit membaca pc & comments...
membazir masa je, kalau mengaku je awal2 tue kan dah setel
ni sibuk nak buat pc bagai... disambil2 tunggu pc, sempat pulak tweet ayat2 suci murni
choiii sangat perangai
penipu! okay la kalau masa nikah 1st time tu buat senyap2 w/pun tak fhm nape nk wat mcm tue tp dah nikah 2nd time tue, bagtau je la... propa sgt!!!!

lagipun dalam islam kan dah bgtau kalau dah nikah& kawin, hebahkan... sbb tak nak jd mcm nie la
kesian anak tue semua org dok speku....
kate g belajar agama.... mcm nie ke hasilnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:55 PM | Show all posts
Nayzu posted on 11-10-2013 10:41 PM
sape dia nie? editor BH ke?
editor apa?

Ketiga-tiga mereka adalah editor for entertainment desk
Tengku/Along - Editor UM
Akmal - Editor BH
Nizam - Editor Mstar
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:56 PM | Show all posts
Sabtu Oktober 12, 2013

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mohon Maaf Tipu Kahwin

Oleh FERIDE HIKMET ATAK ([email protected])


Suasana agak tegang apabila Aeril Zafrel cuba berkias ketika
sidang media pernikahan rahsianya dengan Wawa. Foto RICKY LAI

PETALING JAYA: Pasangan pelakon Aeril Zafrel, 25, dan Wawa Zainal, 22, memohon maaf kerana mengambil langkah menipu peminat dan pihak media mengenai status hubungan mereka yang sebenarnya sudah menjadi suami isteri sejak tahun lalu.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, berkata, mereka menyesal kerana tidak mendedahkan berita berkenaan lebih awal sehingga rahsia berkenaan menjadi bocor dan dilaporkan oleh pihak media.

"Saya memohon maaf kerana merahsiakan perkara ini. Pada perancangan asal, kami ingin mengumumkan status perhubungan ini dua tahun lagi iaitu selepas Wawa menamatkan kontraknya dengan Metrowealth International Group (MIG) pada tahun 2015.

"Jadi saya menghormati permintaan Wawa untuk merahsiakan perkara ini kerana takut dimarahi pihak pengurusan. Tetapi tidak sangka pula perkahwinan kami dilaporkan lebih awal," katanya dalam satu majlis yang diadakan di restoran Western 114 di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.

Dalam majlis itu, kedua-dua pasangan ditemani bapa Wawa iaitu Zainal Abidin Sulong, pengurus Aeril, Shahriman Wahab dan peguam, Zulhasmi Zakaria.

Majlis yang dipenuhi pihak media itu agak tegang apabila Aeril pada mulanya banyak berkias dalam memberikan setiap jawapan sehingga sikapnya itu ditegur oleh para wartawan.


Aeril mengaku sedih apabila anaknya dianggap sebagai anak
tidak sah taraf gara-gara sembunyikan pernikahan.


Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin pula pada majlis itu tampil bertudung litup menjawab setiap persoalan dengan berterus terang namun ada beberapa masa air matanya bergenang selepas diasak pelbagai soalan.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan berkata tujuan mereka menyembunyikan status pernikahan itu adalah berpunca daripada peraturan MIG yang melarang artis naungan syarikat itu untuk bercinta.

Untuk rekod, Aeril pernah menjadi artis MIG tetapi mengambil keputusan untuk keluar sebelum tamat kontrak kerana ingin mendalami ilmu agama Islam selain mengambil keputusan untuk berdikari.

Dalam sidang media berkenaan Aeril mendedahkan mereka telah bernikah sebanyak dua kali masing-masing pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari lalu di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya di sini.

Pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua untuk menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi. Hasil perkahwinan itu mereka telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

mStar Online menyiarkan jawapan Aeril dan Wawa berhubung kontroversi berkenaan serta penjelasan David Teo yang dituduh menjadi punca perkahwinan itu terpaksa dirahsiakan.


Aeril (kanan) keluar dari lokasi sidang media tanpa
mahu bergambar sebaik sahaja sesi soal jawab tamat.

........................................................................................
AERIL:  Saya kenal Wawa pada tahun 2010 ketika sama-sama membintangi filem Klik pada 2010 dan selepas itu kami mula bercinta tetapi dihalang oleh pihak pengurusan MIG. Dan kerana itu apabila pihak media dapat menghidu perhubungan ini kami tidak mengaku bercinta.

Kemudian pada tahun 2011 banyak hal berlaku termasuklah saya menerima penyakit keturunan dan selepas itu barulah saya mendekatkan diri kepada Tuhan. Selepas itu pada 2012 saya terus berjumpa bapa Wawa meluahkan hasrat untuk menikahi Wawa. pada masa sama saya tahu kami tak boleh kahwin sebab akan dimarahi pihak pengurusan. Ye lah sedangkan kami tidak boleh bercinta, apalagi berkahwin.

Maka saya membuatkan keputusan untuk menghalalkan perhubungan ini dengan menikahi Wawa pada 25 Februari 2012 di rumah pengurus saya, Shahriman, mengikut syariat Islam, bukan undang-undang negara. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab.

Mengenai penyakit misteri yang dialami Wawa sehingga terpaksa pulang ke kampung di Lahat Datu, Sabah seperti yang dikatakan itu bohonglah?

WAWA: Tidak! Penyakit misteri itu memang betul. Demi Allah, saya dan adik beradik terkena sihir pada awal tahun ini. Jika ada yang menuduh kononnya saya cuba menutup rahsia perkahwinan dengan penyakit misteri, itu tidak benar. Bagaimanapun Alhamdulillah saya sudah kembali pulih.

Tentang anak pula, apa komen kalian?

AERIL: Setiap pasangan pasti akan diberikan anak. Begitu juga dengan kami. Selepas mendapat tahu Wawa mengandung, saya memutuskan untuk menikah sekali lagi pada 4 Februari 2013 di Masjid Jumhuriah, Taman Dato' Harun, Petaling Jaya dan kali ini mengikut undang-undang pula kerana risau anak kami nanti tidak boleh berbinkan nama saya. Dan Alhamdulillah anak kami lahir pada 24 Ogos lalu dan butirannya sama seperti berita yang dilaporkan.


Wawa Zainal kelihatan sedih dengan insiden yang terjadi.

Kenapa nikah dua kali?

AERIL: Sebelum ini kami nikah kerana mahu menghalalkan hubungan. Bukankah kita perlu mendahulukan agama? Kerana jika diikutkan syariat, kami sah sebagai suami isteri.

Kiranya kalian melanggar undang-undang pada mulanya?

AERIL: Kami mahu menghalalkan hubungan sahaja dan mengikut syariat. Cuma tidak didaftarkan sahaja.

Kenapa ambil masa setahun, kemudian baru nak daftar?

AERIL: Kerana Wawa sudah mengandung dan saya perlu memikirkan masa depan anak saya.

Kenapa tipu apabila wartawan tanya tentang perhubungan kalian?

AERIL: Saya nafikan perkara ini kerana hormat permintaan Wawa. Dia takut dimarahi MIG. Sebab itu kami terpaksa rahsiakan. Lagi pun memang kami ada rancang untuk memberitahu hubungan ini selepas tamatnya kontrak Wawa dengan MIG pada 2015. Tetapi ia dibongkar terlebih dahulu oleh pihak media. Sekarang ini saya rasa seperti dalam peperangan ketika menghadapi situasi ini.

WAWA: Macam ini, kami meminta maaf kepada semua kerana penafian ini. Apa yang dilakukan semuanya bersebab.


Aeril menyarungkan cincin ke jari Wawa semasa majlis pernikahan mereka.

DIKUARANTIN PIHAK MIG

Kenapa nak takut dengan David Teo (Ketua Pegawai Eksekutif MIG) pula?

WAWA: Kamu semua tidak tahu bagaimana cara pengurusan MIG. Memang saya takut dimarahi David. Mereka pernah kuarantin saya selama sebulan semata-mata mahu menghalang saya berjumpa dengan Aeril. Dan bukan senang untuk saya keluar daripada MIG.

Jadi kontrak sekarang macam mana?

WAWA: Saya masih mahu meneruskan karier lakonan, tetapi tentang kontrak saya tak pasti.

Sebelum ini Wawa kata kena sihir dan pada masa sama Wawa mengandung. Macam mana pula ceritanya itu?

WAWA: Saya terkena sihir ketika bulan Mac (2013) dan masa itu memang sedang mengandung. Alhamdulillah penyakit saya itu sudah sembuh sebelum melahirkan anak lagi.

Menyesal kerana tidak mendedahkan perkara ini lebih awal?

AERIL: Ya saya menyesal kerana tidak mendedahkan status perhubungan ini lebih awal dan pada masa sama tertanya-tanya apakah tujuan wartawan itu mendedahkan hal kami? Mengaku atau tidak, itu hak kami untuk memberitahu.

Saya sedih apabila banyak tohmahan dilemparkan kononnya anak saya tidak sah taraf. Apabila tengok anak sedang tidur, saya menangis sedih kerana anak itu dianggap anak haram. Saya tak kisah diri ini dihina, tetapi disebabkan pihak itu mendedahkan anak saya tanpa kebenaran, buatkan saya sedih.


                   David Teo

DAVID TEO NAFI HALANG CINTA AERIL & WAWA

Sementara David Teo yang dihubungi pula menafikan dakwaan pihaknya  tidak memberi kelonggaran kepada artis naungan mereka berkahwin.
Katanya, walaupun dalam kontrak menjelaskan seseorang artis di bawah jagaan MIG dilarang bercinta, tetapi mereka tetap memberi kelonggaran sekiranya artis tersebut mengesahkan status masing-masing.

Adakah benar David menghalang cinta Aeril dan Wawa?

DAVID: Saya menafikan sekeras-kerasnya. Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta. Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin.

Kami membuat perkara ini bagi menjaga maruah artis itu dan untuk  mengelak perkara yang tidak diingini seperti ditangkap khalwat selain menjaga nama baik syarikat, itu sahaja. Cuba lihat artis-artis sebelum ini seperti Lisa Surihani, Farid Kamil dan terbaharu, Diana Amir, mereka semua membuat pengesahan dengan pihak syarikat mengenai status diri masing-masing.

Adakah benar MIG sendiri pernah mengkuarantin Wawa?

DAVID: Tidak mungkin! Itu tuduhan mengarut. Jika benar di kuarantin, macam mana Wawa boleh menyelinap keluar daripada kediaman yang pihak MIG sediakan untuk berjumpa dengan Aeril? Dan jika di kuarantin, maka mereka tidak mungkin boleh ada anak, bukan?

Dalam situasi sekarang ini, adakah David masih menerima Wawa sebagai artis MIG?

DAVID: Setakat ini dia tidak melanggar kontrak. Cuma dia tidak membuat pengesahan mengenai statusnya sebagai isteri dan ibu. Ya, saya masih menerimanya kerana kejelitaannya yang dilihat boleh pergi jauh dalam industri seni tempatan.



Credits: mstar.com.my
Last edited by achik2009 on 11-10-2013 11:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 12:15 AM | Show all posts
achik2009 posted on 11-10-2013 11:56 PM
Sabtu Oktober 12, 2013

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mohon Maaf Tipu Kahwin


iolllss sampai xtaw nak komen ape psl kes propa dorang nih .....memang rase nak tumbuk dua2

tetibe bace ayat david teoh ni......tergelak iolllss

Ya, saya masih menerimanya kerana kejelitaannya yang dilihat boleh pergi jauh dalam industri seni tempatan.


tetibe je kluar ayat nih....haiyyyaaaaa ......seeee wawa & aeril ....buat penat korang propa bagai

meluat aku dgn retis malaysia nih


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.066372 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list