|
All about Nora Danish 18 - Dynamic Duo..Nora & Qal cover GLAM Junior
[Copy link]
|
|
Trobek
SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya menginginkan cahaya mata yang mampu menyerikan kehidupan seharian bagi insan yang bergelar suami isteri.
Bukan itu sahaja, anak juga merupakan anugerah terindah yang dikurniakan Allah S.W.T yang dibaratkan sehelai kain putih dan adalah menjadi tanggungjawab ibu dan bapa untuk mencorakkan kain itu agar ia menjadi sesuatu yang cukup molek untuk dipandang.
Tetapi, apabila sebuah ikatan suci yang terbina atas dasar cinta itu musnah serta tidak mampu diselamatkan lagi, anak yang tidak berdosa itu tidak seharusnya dijadikan mangsa.
Sebaliknya, kasih sayang dan belaian mesra kepada anak sepatutnya terus diberikan oleh ibu dan bapa meskipun sudah tidak lagi bersama
Mungkin bagi sesetengah pasangan yang sudah bercerai, mereka tidak mahu lagi mempunyai sebarang ikatan dengan keluarga mertua masing-masing atas alasan apa yang berlaku semuanya adalah sejarah yang tidak perlu dikenang lagi.
Tetapi, berbeza dengan pelakon popular, Nora Danish yang sememangnya beruntung apabila keluarga mertuanya masih lagi menganggapnya sebagai menantu walaupun umum mengetahui kisah perceraian Nora dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli.
Sekadar menyingkap sejarah, Nora dan Rizal mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006, namun ikatan yang termeterai itu tidak kekal lama apabila pelakon drama bersiri Puteri itu disahkan bercerai dengan talak dua ketika hamil tiga bulan.
Tetapi, dengan kelahiran anak sulung mereka, Putera Rayqal Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Rayqal pada 7 Januari lalu, ia mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan dan ukhwah di antara Nora dan bekas keluarga mentuanya.
Bukan sengaja mahu mengada-adakan cerita tetapi mata ini memerhati dan melihat dengan jelas bagaimana Nora dan anaknya itu ditatang dengan penuh kasih sayang oleh bekas keluarga mentuanya pada majlis cukur jambul Rayqal yang diadakan di kediaman bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib di TAR Villas, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Majlis yang diadakan itu berlangsung dalam suasana yang cukup sederhana tetapi meriah dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah pihak.
Apa yang membanggakan, segala dekorasi dan perancangan telah diatur dan dirancang sendiri oleh bekas keluarga mentua Nora lantas membuktikan bahawa mereka benar-benar menyambut kelahiran Rayqal dengan penuh rasa kecintaan.
Kelihatan juga teman-teman artis seperti Lisa Surihani yang hadir bersama ibunya serta pelakon dan pemilik butik Belicious Boutique, Betty Rahmad.
Jelas terpancar di wajah masing-masing betapa bahagianya mereka dengan kelahiran Rayqal yang membawa seribu makna dalam kehidupan mereka walaupun berdepan dengan kemelut dan kisah pahit yang sukar untuk ditelan.
Apatah lagi Rayqal juga merupakan cucu pertama dalam keluarga Ramli dan isterinya, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah dan pastinya anak kecil itu cukup disayangi, dimanja dan dibelai dengan penuh mesra oleh mereka.
Ketika ditemui seusai majlis berkenaan, Nora melahirkan rasa gembira dan bertuahnya apabila melihat puteranya itu mendapat kasih sayang yang secukupnya oleh kedua-dua belah pihak.
Malah, katanya, dia tidak mahu anaknya itu menjadi mangsa walaupun dia dan Rizal tidak lagi hidup bersama kerana sudah menjadi tanggungjawab mereka sebagai ibu dan bapa untuk mendidik anak mereka menjadi insan yang berguna di masa hadapan.
Bukan itu sahaja, empunya nama penuh Nora Mohd. Danish Hanif ini juga menjelaskan kehidupannya kini lebih bahagia dan terisi dengan kehadiran Rayqal.
"Saya menganggap Rayqal adalah pengikat kasih antara saya dan bekas keluarga mentua saya. Apa pun yang terjadi, saya masih lagi menganggap mereka sebagai sebahagian daripada keluarga saya dan kerana itu juga, majlis telah diadakan di rumah mereka hari ini.
"Kami bertemu hampir setiap hari dan dalam masa yang sama juga, Rayqal akan bersama mereka. Saya gembira dengan situasi ini dan apa yang boleh saya katakan, hari-hari yang saya lalui sekarang begitu bermakna," kata pelakon comel ini yang anggun berkebaya coklat pada majlis itu.
Majlis itu juga menyaksikan Rayqal diperkenalkan buat pertama kali kepada media setelah Nora mengambil keputusan untuk menyepikan diri seketika dari limpahan cahaya glamor.
Bukan kerana masalah rumah tangganya yang menjadi tumpuan ramai, tetapi Nora mahu mengambil masa untuk menenangkan diri dan melahirkan anaknya tanpa sebarang masalah mahupun tekanan.
"Hari ini, saya sudah bersedia untuk menampilkan anak saya kepada anda (media) dan selepas ini, saya tidak mempunyai sebarang masalah lagi untuk tampil dengan anak saya memandangkan dia pun sudah besar sedikit," katanya yang masih lagi bercuti sebelum kembali ke lokasi pada bulan April atau Mei nanti.
Jika dilihat daripada penampilannya di layar kaca mahupun di layar perak, pasti ramai yang menganggap personaliti Nora yang manja dan keanak-anakan itu adalah dirinya sendiri.
Jangan cepat membuat telahan itu kerana di luar, Nora merupakan seorang yang tabah dan kuat dan kenyataan ini diperkuatkan lagi menerusi butir-butir kata yang terpacul dari bibir mungilnya.
Rasa kagum mula terbit di hati melihat Nora memberikan hujahnya tentang kehidupan yang dilaluinya kini sebagai seorang ibu tunggal.
Menjadi ibu tunggal
"Saya tidak mempunyai masalah menjadi ibu tunggal kerana ibu saya, Salimah Talib mampu membela kami sendirian setelah menjadi balu.
"Ketabahannya mengharungi hidup selepas ayah meninggal dunia pada tahun 1994 dalam membesarkan kami empat beradik menjadikan saya lebih kuat serta memberikan inspirasi untuk saya mendidik Rayqal dengan sempurna.
"Bukan itu sahaja, mungkin juga saya beruntung kerana sehingga kini, saya tidak mempunyai masalah menjaga Rayqal kerana dia memang tidak banyak ragam. Ia memudahkan kerja saya sedikit," ujar Nora tersenyum yang menyerlahkan lagi wajah comelnya itu.
Besar harapan dan impian anak bongsu daripada empat adik-beradik ini untuk melihat Rayqal menjadi seorang yang mampu menjadi kebanggaan ibu dan ayahnya serta ahli keluarga yang lain.
"Saya percaya Rayqal akan diberi didikan yang sempurna oleh saya dan ahli keluarga yang lain. Saya mahu melihat Rayqal menjadi seorang tahfiz pada usia empat tahun. Itu adalah azam dan cita-cita saya terhadap Rayqal," jelasnya yang baru sahaja menyambut ulang tahunnya ke-27 pada 7 Mac lalu.
Berbicara tentang Nora, Noora Ashikin meluahkan kekagumannya terhadap bekas menantunya yang disifatkannya sebagai seorang wanita yang cukup kuat serta memiliki ketabahan yang melangkaui segalanya dalam berdepan dengan masalah yang dihadapinya.
"Apa pun, saya masih lagi menganggap dia sebagai menantu saya dan saya masih lagi menyayangi dirinya serta menganggap dia sebagai anak sendiri.
"Apa yang berlaku antara Nora dan anak saya semua adalah takdir tetapi saya bangga kerana mereka masih lagi berhubungan dan berkawan. Kelahiran Rayqal juga telah menguatkan lagi ikatan kami sekeluarga," katanya penuh rendah diri.
Sementara itu, bagi Rizal pula, dia tidak mampu untuk meluahkan perasaannya bercampur gembira dan bangga apabila melihat anak lelakinya itu diraikan oleh orang-orang yang cukup menyayangi anaknya itu.
Tanggungjawab
"Walau apa yang berlaku, ia bukan satu halangan untuk saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa. Melihat, mendukung dan bercakap dengan Rayqal selepas pulang dari kerja, sudah cukup membuatkan saya melupakan segala masalah yang saya alami.
"Bukan itu sahaja, Rayqal juga menguatkan lagi ikatan persahabatan saya dengan Nora kerana kami mahu anak kami mendapat kasih sayang dan didikan yang secukupnya," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... =2009#ixzz3E7bEG3UN
© Utusan Melayu (M) Bhd
Last edited by ira_229 on 23-9-2014 04:24 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mane satu gmbr cover glam nye uols? letak page mane. malas nk browse page satu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Trobek lagi...
Rayqal bawa sinar baru dalam hidup Nora
Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2009 12:00 AM
WAHIDA ASRANI
Oleh: WAHIDA ASRANI
[email protected]
Rayqal membawa cahaya baru dalam hidup ibu muda dan jelita ini.
Rayqal membawa cahaya baru dalam hidup ibu muda dan jelita ini.
HATI ibu mana yang tidak gembira tatkala anak yang dikandung selama sembilan bulan akhirnya selamat dilahirkan dan tubuh kecil si comel itu berada utuh di dakapannya.
Begitulah yang dirasai oleh aktres jelita Nora Danish dengan kelahiran cahaya mata sulungnya, Putera Rayqal Ramli pada tanggal 7 Januari lalu di Hospital Gleneagles, Ampang.
Biarpun terpaksa menanggung kesakitan selama tujuh jam, semuanya hilang begitu saja apabila melihat wajah bayi seberat 3.05kg itu yang dilahirkan kira-kira jam 11.50 malam.
"Alhamdulillah, sekarang keadaan saya baik dan sedang di dalam pantang. Malah, Rayqal juga sihat. Hidup saya kini juga lebih bahagia dengan kehadiran Rayqal.
"Seronok sebenarnya mempunyai anak sendiri. Pada awalnya, agak kekok juga untuk menguruskan Rayqal, maklumlah pertama kali dapat 'baby'. Macam-macam nak kena jaga, terutamanya bila dia meragam di tengah malam.
"Tapi ini satu pengalaman baru buat saya. Baru terasa hidup saya sudah lengkap. Dengan bantuan ibu, Salimah, lama-kelamaan saya sudah mampu uruskan segalanya sendiri," ujar Nora yang kini semakin ceria.
Pelakon berusia 26 tahun ini turut menjelaskan dia terpaksa mengambil keputusan untuk 'mendiamkan' diri dan enggan mendedahkan kisah kelahiran bayi lelaki itu pada awalnya kerana disebabkan keadaan kesihatannya yang tidak begitu baik.
"Sebenarnya, ketika itu saya masih 'trauma' sejak melahirkan Rayqal. Saya bersalin secara normal, tetapi hampir tujuh jam juga saya bertarung nyawa sebelum bersalin.
"Saya masuk ke hospital tersebut sekitar jam 11 pagi, hanya pada pukul 4.30 petang barulah proses kontraksi berlaku sehinggalah saya selamat melahirkan Rayqal.
"Itu yang membuatkan saya 'diam' dulu selepas itu. Bukan sengaja untuk berahsia, tetapi saya ingin berehat dulu ketika ini," kata pelakon yang melonjak namanya menerusi sitkom Puteri.
Suami jalankan tanggungjawab sebagai bapa
Nama Nora pernah menjadi bualan 'hangat' tahun lalu gara-gara perceraiannya dengan Rizal Ashram Ramli sewaktu usia kandungannya telah mencecah empat bulan ketika itu.
Nora dan Rizal bernikah pada Jun 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pasangan ini bagaimanapun bercerai dengan talak dua pada tahun lalu setelah mahkamah memutuskan lafaz cerai yang dibuat oleh Rizal pada Februari dan Jun lalu adalah sah.
Enggan berbicara tentang 'episod' lama itu, kata Nora, dia ingin menjalani hidup baru sambil 'ditemani' Rayqal. Malah, tutur pelakon berasal dari Kajang, Selangor ini, hubungannya bersama bekas suami juga masih baik.
"Rizal sendiri ada bersama dengan saya ketika di dalam bilik bersalin dan bersama-sama menyambut kelahiran Rayqal. Malah, nama bayi ini juga kami yang pilih bersama.
"Dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai bapa. Kerap juga dia datang melawat. Malah, ibu mertua saya juga hampir setiap hari akan datang melawat saya dan 'baby'.
"Bagi saya, perkara yang lepas biarlah ia berlalu pergi. Apa yang penting, saya tidak mahu bermusuh dengan dia dan akan bersama-sama menjaga Rayqal," kata Nora.
Ditanya sama ada mereka mungkin akan merujuk semula dengan kehadiran Rayqal itu, sambil ketawa, Nora menjawab:
"Tak mahulah cakap tentang perkara itu. Bagi saya, sekarang ini saya hanya mahu fokus pada anak saya dan karier lakonan," ujarnya ringkas.
Kata Nora lagi, dia juga akan kembali aktif dalam bidang lakonan setelah tamat pantang nanti. Projek pertamanya ialah sitkom Puteri yang akan memasuki musim ke-11.
"Banyak tawaran yang terpaksa saya tolak ketika mengandung dulu. Insya-Allah selepas ini, saya akan kembali aktif. Mana-mana tawaran berlakon yang tidak memerlukan saya berjauhan begitu lama dengan anak, saya akan pertimbangkan.
"Ada juga sebuah tawaran filem dari Singapura yang saya terima. Ia sebuah filem cinta dan dijadualkan menjalani penggambaran di sana pada bulan Mac ini.
"Tetapi saya belum beri kata putus lagi. Macam-macam benda kena saya fikirkan. Lagipun Rayqal masih kecil. Saya tidak mahu harapkan ibu saya saja yang jaga.
"Kalau boleh, biarlah saya sendiri sebagai ibunya memberikan perhatian yang lebih kepadanya," kata Nora yang kini menetap bersama ibunya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ira_229 posted on 23-9-2014 03:31 PM
Trobek
saje nk highlight yg neh plak..
Sementara itu, bagi Rizal pula, dia tidak mampu untuk meluahkan perasaannya bercampur gembira dan bangga apabila melihat anak lelakinya itu diraikan oleh orang-orang yang cukup menyayangi anaknya itu.
Tanggungjawab
"Walau apa yang berlaku, ia bukan satu halangan untuk saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa. Melihat, mendukung dan bercakap dengan Rayqal selepas pulang dari kerja, sudah cukup membuatkan saya melupakan segala masalah yang saya alami.
"Bukan itu sahaja, Rayqal juga menguatkan lagi ikatan persahabatan saya dengan Nora kerana kami mahu anak kami mendapat kasih sayang dan didikan yang secukupnya," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ira_229 posted on 23-9-2014 03:31 PM
Trobek "Saya percaya Rayqal akan diberi didikan yang sempurna oleh saya dan ahli keluarga yang lain. Saya mahu melihat Rayqal menjadi seorang tahfiz pada usia empat tahun. Itu adalah azam dan cita-cita saya terhadap Rayqal," jelasnya yang baru sahaja menyambut ulang tahunnya ke-27 pada 7 Mac lalu.
Berbicara tentang Nora, Noora Ashikin meluahkan kekagumannya terhadap bekas menantunya yang disifatkannya sebagai seorang wanita yang cukup kuat serta memiliki ketabahan yang melangkaui segalanya dalam berdepan dengan masalah yang dihadapinya.
"Apa pun, saya masih lagi menganggap dia sebagai menantu saya dan saya masih lagi menyayangi dirinya serta menganggap dia sebagai anak sendiri.
"Apa yang berlaku antara Nora dan anak saya semua adalah takdir tetapi saya bangga kerana mereka masih lagi berhubungan dan berkawan. Kelahiran Rayqal juga telah menguatkan lagi ikatan kami sekeluarga," katanya penuh rendah diri.
Sementara itu, bagi Rizal pula, dia tidak mampu untuk meluahkan perasaannya bercampur gembira dan bangga apabila melihat anak lelakinya itu diraikan oleh orang-orang yang cukup menyayangi anaknya itu.
Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
[email protected]
Ketika acara cukur jambul juga, Rizal dan Nora bergilir-gilir mendukung Rayqal dan paling menyentuh perasaan, dua jiwa yang tidak lagi bersatu atas nama suami isteri itu berada di kiri dan kanan buaian mengulik anakanda yang sedang beradu.
Bersulam marhaban dan selawat bacaan Kumpulan Al-Firdaus yang diketuai Hajah Maimunah Ali, majlis meraikan Putera Rayqal ini meriah dalam suasana penuh kesederhanaan.
Senyuman di bibir bekas mentua Nora, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan isteri Raja Puan Sri Datuk Noorasyikin Raja Abdullah dan ibunya sendiri, Puan Sally Talib tidak pernah lekang di bibir. Masing-masing bahagia dan gembira melihat cucu sulung, pewaris dua keluarga itu sihat tanpa cela. kalau kaka pasu sebut..
bukan main korang naik hangen eh..
tapi,
bila artikel..
gegeh korang tepek sendiri...
korang baca habis tak artikel essay yang panjang-panjang ni,
siap bold...
|
|
|
|
|
|
|
|
pasuoren posted on 23-9-2014 03:46 PM
kalau kaka pasu sebut..
bukan main korang naik hangen eh..
sila skip klu tak larat nak baca...takde siapa yg letak pisau kat leher paksa baca sampai habis...btw yg tulis artikel tu reporter tapi pada hakikatnya dlm islam ayah mertua tak boleh kawini menantu perempuan yg telah bercerai dgn anak lelakinya n mereka mereka boleh bersentuhan walaupun ada air sembahyang...so apa masalaahnya disini?
Last edited by ira_229 on 23-9-2014 03:51 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ira_229 posted on 23-9-2014 03:48 PM
sila skip klu tak larat nak baca...takde siapa yg letak pisau kat leher paksa baca sampai habis... ...
nora pun akui:
"Saya menganggap Rayqal adalah pengikat kasih antara saya dan bekas keluarga mentua saya. Apa pun yang terjadi, saya masih lagi menganggap mereka sebagai sebahagian daripada keluarga saya dan kerana itu juga, majlis telah diadakan di rumah mereka hari ini.
"Kami bertemu hampir setiap hari dan dalam masa yang sama juga, Rayqal akan bersama mereka. Saya gembira dengan situasi ini dan apa yang boleh saya katakan, hari-hari yang saya lalui sekarang begitu bermakna," kata pelakon comel ini yang anggun berkebaya coklat pada majlis itu.
sabo...sabo..
|
|
|
|
|
|
|
|
LDP posted on 23-9-2014 03:46 PM
malas plak..babab kang...
sb gmbr nowa n qal..tepek byk kali pon ai sanggup..
malas sbb malas nk tunggu gambar loading nk baca komen pun malas
|
|
|
|
|
|
|
|
pasuoren posted on 23-9-2014 03:52 PM
nora pun akui:
apa ada pada panggilan kan....so walaupun menantu n besan tak berbekas tapi hubungan macam mana pulak..? baik? cium mulut ke klu bertemu? kehkehkeh..
|
|
|
|
|
|
|
|
'bekas menantu' or bekas mertua'.....tu kan wartawan yg tulis
ayat sebenar yg theyols gunakan hanya theyols je yg tau
wartawan...biasa la kdg2 main tulis je |
|
|
|
|
|
|
|
yinfenglee posted on 23-9-2014 03:56 PM
biarla diorg nak buat derk ke apa aker ..
at the end tu semua tetap sedara mara diorg
angan2 taik vavi tu impian korg sebenarnyer supaya nora n family kene buang dr family PS... dgn harapan puan muda & mem bellerina bleh comolot ngan ps sekeluarga.
dok gitu? puihh. . |
|
|
|
|
|
|
|
pasuoren posted on 23-9-2014 03:52 PM
nora pun akui:
[ Apa pun, saya masih lagi menganggap dia sebagai menantu saya dan saya masih lagi menyayangi dirinya serta menganggap dia sebagai anak sendiri. ]
YG NIH APSAL KO SKIP BAHLOL? |
|
|
|
|
|
|
|
ira_229 posted on 23-9-2014 03:48 PM
sila skip klu tak larat nak baca...takde siapa yg letak pisau kat leher paksa baca sampai habis... ... sila skip klu tak larat nak baca...takde siapa yg letak pisau kat leher paksa baca sampai habis...btw yg tulis artikel tu reporter tapi pada hakikatnya dlm islam ayah mertua tak boleh kawini menantu perempuan yg telah bercerai dgn anak lelakinya n mereka mereka boleh bersentuhan walaupun ada air sembahyang...so apa masalaahnya disini? apa ada pada panggilan kan....so walaupun menantu n besan tak berbekas tapi hubungan macam mana pulak..? baik? cium mulut ke klu bertemu? kehkehkeh check mate..
spin la ikut suka..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pineot posted on 23-9-2014 03:58 PM
[ Apa pun, saya masih lagi menganggap dia sebagai menantu saya dan saya masih lagi menyayangi diri ... [ Apa pun, saya masih lagi menganggap dia sebagai menantu saya dan saya masih lagi menyayangi dirinya serta menganggap dia sebagai anak sendiri. ]
YG NIH APSAL KO SKIP BAHLOL? menganggap dengan official tak sama..
ko la yang:
(pinjam perkataan ko..)
|
|
|
|
|
|
|
|
pasuoren posted on 23-9-2014 04:02 PM
menganggap dengan official tak sama..
ko la yang:
Bangga karatz dgn ikatan official yg melukut dek perangai hazab fasha n maknya..
Untung ND dianggap n ditatang2 beb.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasu, tak kira la reputz kata apa, nora kata apa..kenyataan tetap kenyataan Pasu... terimalah... kita ikut agama ye Pasu... takde istilah bekas mertua... the end.. |
|
|
|
|
|
|
|
cheida_mymee18 posted on 23-9-2014 09:51 AM
hahaha... yg terbaik become silent follower udah yak
x yah cerca lebih2
x yah muji lebih2...
Itulah mencerca menghina mengalahkan personally kenal theyols tu.. Pelik manusia mcmni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|