CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

/Presidential Suite II/SHAHIR Lambert FC/most marketable-klubkidd/

   Close [Copy link]
Post time 15-5-2010 01:24 PM | Show all posts
Hostess:miszela,sekati

name aii pn korg taruk..t'harunyee...

hoi..hoi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2010 01:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 01:27 PM | Show all posts
Hostess:miszela,sekati

name aii pn korg taruk..t'harunyee...

hoi..hoi...
sekati Post at 15-5-2010 12:24 PM

hoi hoi hoi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 01:37 PM | Show all posts
Latest Wallpaper



















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 01:38 PM | Show all posts
Latest Wallpaper



















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 01:38 PM | Show all posts
Latest Wallpaper



















Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-5-2010 01:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by seribulan at 15-5-2010 12:44

Latest Wallpaper

http://shahirfc.weebly.com/gallery.html












Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 01:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by seribulan at 15-5-2010 12:55

http://shahirfc.weebly.com/in-the-news.html


                                                        BREAKING NEWS!: Talian AFUNDI SHAHIR dihidupkan semula![url=][/url]
[size=90%]Sudah Rezeki...


Sudahrezeki Ahmad Shahir Zawawi apabila diumumkan sebagai pelajar yangmemperoleh undian tertinggi melalui talian undian AFMASUK yang bermulasemalam selepas konsert mingguan kelapan Akademi Fantasia berakhir.Shahir, 22, diumumkan sebagai pelajar yang memperoleh AFMASUK tertinggiyang diumumkan pada Debaran Akademi Fantasia oleh hos Sarimah Ibrahimkurang sejam tadi sekaligus talian AFUNDI SHAHIR dihidupkan semula.

Untukmelangkah semula ke dalam Akademi, Shahir memintas saingan terdekatnyaAnum yang turut dicanang akan memperoleh undi yang banyak. Ternyata,keputusan peminat sebagai juri pada malam ini menyebelahi Shahir yangsememangnya cukup berbakat dan mempunyai pakej yang lengkap untukbergelar bintang, jadi kepada peminat-peminat Shahir semula, ayuhteruskan usaha kita untuk gempur mengundi bagi Shahir dan sasaran kitapada kali ini pula sudah semestinya untuk mengekalkan Shahir ke pentasakhir AF sekaligus menjadikannya juara musim ini! Che Mat Hoi Hoi Hoi,hidup SHAHIR!!!



AFMASUK Tertinggi: Shahir Kembali ke AF8Dari Murai.com.my[url=][/url]

[size=90%]Shahir Kembali ke AF8


KUALA LUMPUR, 9 MEI 2010: Sepertiyang dijangka, pelajar 'favourite' AF8, Shahir kembali semula keakademi selepas menerima undian AFMASUK tertinggi dalam Debaran AFsebentar tadi.

Pengumuman dibuat oleh hos, Sarimah Ibrahim dalamDebaran AF yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, BukitJalil dan dipancarkan melalui Astro Ria (Saluran 104).

Shahiratau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 21 sebelum ini tersingkir diminggu ketujuh, satu keputusan yang mengejutkan ramai pihak keranaShahir dikatakan sebagai pelajar yang memenuhi piawaian AF8 dan jugasalah satu pelajar pilihan utama pengetua, Norman Abdul Halim untuk keperingkat akhir.

Dengan meraih undian SMS tertinggi, Shahirmenewaskan pelajar-pelajar lain termasuk Alif dan Anum yang sebelum initurut menjadi pilihan ramai peminat AF8 untuk dimasukkan semula.

DebaranAF dimulakan dengan semua pelajar yang tersingkir sebelum ini bergabungmenyanyikan lagu Menggegar Dunia nyanyian asal Adam dan Stacy.

Limapelajar yang masih kekal juga turut mempersembahkan lagu bonus mingguanmereka, Andai Kau Pergi dari Indigo serta lagu rasmi Akademi Fantasia,Menuju Puncak.

Dengan kemasukkan Shahir, maka persaingan kembali sengit kepada 6 orang untuk merebut gelaran juara AF8.

Teruskan mengundi pelajar kegemaran anda dengan menaip AFUNDI <3/5/10> NAMA SINGKATAN PELAJAR & HANTAR ke 32999.



PELUANG AFMASUK[url=][/url]

[size=90%]Shahir (Paling Kanan sebelah Jimmy Shanley)


SelapasFarina tersingkir pada malam konsert mingguan kelapan semalam (Sabtu, 8Mei 2010) dan sejurus konsert berakhir, talian untuk AFMASUKdiaktifkan! Ini bermakna 7 pelajar yang telah tersingkir sebelum iniiaitu Shahir, Alif, Shah, Anum, Ema, Nad dan Farina berpeluang untukdiserap masuk semula ke Akademi. Jadi fans2 Shahir semua tunggu apalagi, inilah peluang keemasan yang kita ada! AFMASUK10 SHAHIR ke 32999sekarang sehingga malam Debaran AF untuk terus memastikan Shahir akanmasuk semula ke Akademi. Dengar kata Shahir bersaing sengit denganAnum. Ayuh, gempur mengundi AFMASUK10 SHAHIR sekarang! Keputusan ditangan kita, jangan disiakan peluang kedua ini!



AF8: Shahir Nafi Berpacaran Dengan Adira[url=][/url]

PELAJARAkademi Fantasia (AF8) bersuara jantan, Ahmad Shahir Zawawi atauShahir, 22, yang tersingkir pada minggu ketujuh menafikan diaberpacaran dengan Siti Adira Suhaimi (Adira), rakan seperjuangannyasebelum ini.

"Tak adalah... itu cuma gurauan sesetengah pihak. Kami hanya merupakan kawan aje.

"Kes 'cinta' saya dengan Adira sama seperti Maulana dikaitkan bercinta dengan Ain dan Iwan dengan Nad," katanya sambil tergelak.

Dia diminta mengesahkan kesahihan desas-desus yang mengaitkan Adira dengan dirinya sedang dilamun cinta.

Ketika dihubungi mStar Online semalam, Shahir sedang sibuk membuat penggambaran Chat Selebriti di Kampar dan akan kembali ke Kuala Lumpur hari ini.

Akui Shahir, Adira, 19 memang lawa dan berperwatakan baik namun menganggapnya sebagai adik.

"Namun, biarlah saya fokus kepada kerjaya seni saya terlebih dahulu," katanya dengan jujur.

Shahirmenambah, dia akan memberikan sokongan padu bukan sahaja kepada Adirabahkan Ain, Farina, Daus, Iwan dan Maulana yang masih berjuang dalamAF8.

Sejak penyingkirannya, pemuda berasal dari Ipoh ini mengakui berasa kekok menjalani kehidupan di luar akademi.

Maklumlahdia pernah ketawa, menangis, makan dan minum selama tiga bulan bersamarakan AF8 yang lain semasa masih belajar di akademi.

Bagaimanapunkatanya, dia berpeluang bertemu semula dengan Nadia Emilia Roselan(Nadia), Muhammad Alid Kadim (Alif), Dayang Nor Anum Arjuna Aharun(Anum), Erma Suhaimi (Ema) dan Muhammed Shahril Mohd Salleh Hussein(Shah) yang tersingkir lebih awal daripadanya.

Perjumpaan itu sekurang-kurangnya dapat membantu mereka mengenangkan masa yang dihabiskan bersama.

Mengenai kemungkinan saluran AFundi Masuk diketengahkan, Shahir mengiya-iyakannya.

"Siapa yang tak nak? Ia satu-satunya peluang untuk diundi kembali ke pertandingan," katanya.



Dari Laman Rasmi Akademi Fantasia[url=][/url]

Shahir Tersingkir

Kejutanberlaku minggu ini apabila Ahmad Shahir B. Zawani, 22 menjadi pelajarkeenam tersingkir dari program Akademi Fantasia 8. Pengumuman dilakukanoleh Sarimah Ibrahim dalam Debaran Akademi Fantasia yang disiarkansecara langsung di Astro Ria (saluran 104)dari Dewan Sri Putra, BukitJalil sebentar tadi

Walaupun menjadi antara pelajar pilihanterutama Aznil yang mengatakan Shahir antara pelajar yang terbaikkerana telah diuji dengan pelbagai genre lagu. Adlin yang banyakmengkritiknya juga mengatakan persembahan pelajar ini masihmenghiburkan tetapi berpotensi untuk memberi yang lebih baikberbekalkan suara ‘jantannya’

Shahir atau lebih dikenali denganpanggilan Ustaz dikalangan pelajar, tenaga pengajar mahupun produksiAF8 pastinya akan dirindui. Baru saja mendapat kejutan dengan kehadiranibunya di Akademi, pelajar yang berasal dari Perak ini terpaksa berpuashati dengan kuasa peminat menerusi undian SMS

Kini, tinggalenam peserta yang akan meneruskan perjuangan mereka dalam AF 8 padaminggu ketujuh ini. Setelah undian ditutup malam tadi, Adira sekalilagi menduduki tangga pertama dengan 15.46 peratus, Daus (14.39), Iwan(14.36), Ain (14.07), Maulana (13.94), Farina (13.90) dan Shahir ditanggah terbawah dengan 13.89



             Norman Kecewa Shahir Tersingkir[url=][/url]

[size=90%]SARIMAH ketika mengumumkan penyingkiran Shahir di Debaran AF yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam Ahad lalu.


TINGGAL beberapa minggu sahaja lagi, Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) bakal menutup tirainya untuk mencari juaranya.

Di minggu-minggu yang penuh penantian ini, ada sahaja wajah-wajah yang tersingkir.

Terbaru, pada konsert minggu ketujuh, Shahir menjadi pelajar keenamterkeluar daripada perjuangan merebut apa yang diimpikan selama ini.

Keputusan ini cukup mengejutkan bagi sesetengah pihak namun itulah hakikatnya yang perlu diterima semua.

Begitu juga dengan Pengetua AF8, Norman Abdul Halim yang terkilan dan kecewanya terhadap keputusan tersebut.

Meletakkan Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi,22, sebagai pelajar kegemaran, Norman menjelaskan jejaka berusia 22tahun itu sepatutnya layak diberikan laluan untuk beraksi di pentasakhir.

"Hati saya sangat terluka. Minggu ketujuh boleh dianggap badi bagi Akademi Fantasia (AF) apabila memperlihatkan pelajar terbaik terkeluar.

"Kalau dinilai persembahan di minggu ketujuh, sepatutnya bukan Shahir yang harus disingkirkan.

"Dia sebenarnya layak ke peringkat akhir,'' kata Norman yang ditemui sebaik berakhirnya pengumuman penyingkiran menerusi Debaran AF di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam Ahad lalu.

Di konsert minggu ketujuh, Shahir, anak jati Perak mendendangkan lagu berjudul Tiara, nyanyian asal kumpulan Kris.

Sayangnya, Shahir hanya mampu memungut 13.89 peratus undian khidmatpesanan ringkas (SMS) untuk berada di tangga tercorot berbanding enampelajar lain.

Siti Adira Suhaimi, 19, atau Adira mengungguli di tangga pertama dengan15.46 peratus diikuti Muhd. Shahril Firdaus Eli, 22, (14.39 peratus);Emirza Azwan Zulazrin Chew, 20, (14.36 peratus); Nadiawaty Ainul Basir,24, (14.07 peratus); Muhd. Firdaus Maulana Mohamed, 22, (13.94 peratus)dan Zafarina Jamhari, 28, (13.90 peratus).

Konsert minggu ketujuh menyaksikan Lah V.E diundang sebagai pengkritikundangan di samping pengkritik tetap iaitu Adlin Aman Ramli dan AznilHaji Nawawi.

Menyambung bicara, ujar Norman, meskipun tersingkir pihaknya sudah punmemikirkan sesuatu buat Shahir apabila terhidang peluang untuknyamuncul dengan sebuah single.

Telah pun merakamkan single berkenaan, Edry KRU berperanan dalam mencipta lirik dan lagu berkenaan yang berjudul Kebahagiaan Dalam Perpisahan.

Tambah mengembirakan Shahir, klip video untuk lagu itu juga telahdirakamkan dan ia sebagai hadiah buatnya melangkah maju di luar akademinanti.

"Bukan sahaja Shahir, semua pelajar yang telah tersingkir sebelum ini pun memperoleh peluang yang sama.

"Lagu-lagu yang telah mereka rakam akan ke udara di radio sedikit masa lagi.

"Untuk Shahir, lagu tersebut amat menepati dengan vokalnya. Ia lebih kepada pop dan ada elemen rock,'' ujarnya.

Ditanya mengapa Shahir menjadi pelajar kegemarannya, Norman berkata,Shahir memiliki karakter yang jarang ada pada muda-mudi masa kini.

Shahir, jelasnya, sepanjang mengikuti pembelajaran di akademi telahmenunjukkan sikap yang baik dan seorang yang berbudi bahasa.

"Dia juga ada pakej tersendiri. Vokalnya cukup 'jantan' dan jelas serta lantang.

"Oleh sebab itulah saya kecewa Shahir tersingkir. Dia pelajar yang sangat baik,'' ujar Norman.

Sementara itu, bagi Penerbit Eksekutif AF8, Norazian Mohd. Zahir, saat diketengahkan persoalan tentang kemungkinan diadakan undi masuk atau AFMASUK berkata, semuanya bergantung kepada keadaan.

"AF selalu mencipta kejutan. Apa-apa boleh terjadi. Jadi, tunggulah nanti,'' jelasnya.

AFMASUK pernah diperkenalkan dalam beberapa siri penganjuran AF sebelum ini bagi memberi peluang pelajar tersingkir memasuki semula ke dalam akademi untuk berentap di konsert akhir.

"Ini rezeki saya"

Dalam pada itu, bagi Shahir pula, penyingkiran akan membuatkan siapa saja terkilan.

Namun, bagi dirinya, ia bukanlah satu kegagalan yang berterusan keranadunia luar daripada akademi adalah medan perjuangan total.

"Apa pun, saya bersyukur kerana mendapat 'hadiah' yang amat berharga iaitu muncul dengan single pertama.

"Ini adalah rezeki buat saya. Untuk sampai ke tahap ini bukanlahsesuatu yang mudah. Terima kasih kepada semua yang telah banyak memberisaya tunjuk ajar sepanjang berada di akademi,'' katanya.

Memberi maklum balas terhadap soalan media berkisar tentang statusnyasebelum ini yang merupakan anggota kumpulan nasyid, Shahir menjelaskanbahawa kemasukannya ke dalam akademi bukanlah untuk beralih arah.

Bagi Shahir, berada di akademi memberi peluang untuk mengorek pelbagaiilmu yang ada yang sukar dan mahal untuk dipelajari di luar.

"Peluang yang ada, inilah yang saya gunakan. Lagipun, sepanjang bersamakumpulan nasyid Saujana, saya bukanlah penyanyi tetap kumpulan itu.

"Saya hanyalah sebagai penyanyi gantian,'' tambahnya.



Norman Terkilan Shahir Tersingkir
[url=][/url]KUALA LUMPUR: Perjuangan peserta Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir dalam Akademi Fantasia 8 (AF8) berakhir pada minggu ketujuh, malam tadi.


Diamendapat undian terendah khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu 13.89peratus. Ini diikuti oleh Farina (13.90), Maulana (13.94), Ain (14.07),Iwan (14.36), Daus (14.39) dan Adira 15.46.

Pengetua AF8, Norman KRU berasa kecewa dan terkilan dengan penyingkiran Shahir.

"Perbezaanperatusan undian SMS cuma 0.01 peratus. Secara peribadi mahupun fakultijuga, Shahir sekurang-kurangnya layak sehingga ke peringkat akhir,"katanya pada sidang akhbar sejurus Debaran AF8 minggu ketujuh berakhir.

Mengenai kelebihan Shahir, Norman berkata, peserta dari Ipoh itu mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi seorang penyanyi.

"Seperti banyak kali Adlin (Aman Ramlie) cakap, dia ada suara jantan. Memang jarang suara lelaki adalah jelas, kuat dan lantang.

"Pada masa yang sama, Shahir ada rupa, handsome.Dia adalah pelajar yang paling kacak dalam AF8 ini. Dia juga mempunyaisifat dan keperibadian yang jarang diperolehi oleh generasi mudasekarang.

"Budi bahasa dan perwatakannya mudah diterima oleh masyarakat Melayu secara keseluruhannya," katanya.

Sambil berseloroh, Norman memberitahu, dia ingin menjadikan Shahir sebagai menantunya sekiranya dia mempunyai anak perempuan.

Redha dengan keputusan penonton AF8, katanya, pihaknya akan mengeluarkan single pertama Shahir iaitu Kebahagian Dalam Perpisahan.

Lagu tersebut dicipta oleh Edrie Hashim dan disesuaikan dengan genre muzik Shahir iaitu pop Melayu yang berelemenkan rock.

Tambahnya, klip video lagu itu turut dirakam dan akan keluarkannya tidak lama lagi.

"Sayaberharap dengan adanya klip video dan lagu ini dapat memberikan peluangkedua kepada Shahir dalam industri hiburan kita," jelasnya.

Sementara itu, Shahir bersyukur dia berpeluang mendapat bantuan serta tunjuk ajar barisan pengajar sepanjang terlibat dalam AF8.

Dia tidak menganggap keputusan penyingkiran itu sebagai kegagalan atau penghujung bagi kariernya.

"Mungkinapa yang tertulis hari ini adalah rezeki saya... Apa yang penting ialahusaha peserta AF8 tidak disia-siakan. Setidak-tidaknya saya telahmerakamkan single terbaru dan klip video," katanya.

functionremoteLocation( loc ) { remote =window.open('','TheRemote','width=480,height=500,resizable=0,scrollbars=0');if (remote != null) { if (remote.opener == null) { remote.opener =self; } remote.location.href = loc; } else { self.close(); } }



Shahir Nak Jumpa Rianti Cartwright[url=][/url]

10 Jawapan Nakal Shahir


1. Jikaanda menjadi juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Siapakah orang pertamayang anda akan peluk dan apakah perkataan yang bakal diluahkan kepadaorang tersebut? Mengapa?

Ayah dan ibu, saya amatmerindui mereka dan saya berjaya kotakan janji saya terhadap merekauntuk menjadi juara AF8 kerana ini cita-cita dan matlamat saya sebelummenyertai ujibakat AF8.

2. Sekirannya anda diberipilihan memilih pasangan hidup dikalangan bintang Akademi Fantasia,siapakah calon yang paling anda mahu jadikan dia isteri atau suami?Mengapa?

Heliza kerana dia mempunyai perwatakan yang sesuai untuk jadi seorang teman hidup yang baik kot.

3. Andaikatasuatu hari anda terdampar di sebuah pulau dan ada hanya mempunyai satuorang saja untuk dihubungi. Siapakah orang tersebut? Mengapa?

Ibu,kerana ibu orang terpenting dalam penting saya dan sekurang-kurangnyajika saya tidak lagi berpeluang untuk bertemu keluarga saya dapatmenyampaikan salam terakhir buat mereka.

4. Jika anda mahu mimpi yang indah, apakah mimpi yang anda mahukan setiap hari? Mengapa?

Mimpibercinta dan menjalani hidup bersama Rianti Cartwright kerana saya amatmeminati watak dan kecantikan beliau dalam filem Ayat-Ayat Cinta.

5. Apa yang akan anda lakukan dalam masa sehari sekiranya anda menerima wang tunai sebanyak RM100,000. Mengapa?

Belimotor atau kereta impian kerana saya pernah kehilangan motor kesayangandan saya pasti akan berusha untuk memperolehinya semula.

6. Jikaanda diberi peluang untuk temujanji dengan orang yang paling kacak ataupun cantik, apakah konsep kejutan yang anda akan lakukan? Mengapa?

Sayaakan bawa beliau ke rumah kanak-kanak spastik dan di situ beliau bolehmelihat dan bermuhasabah diri supaya timbul rasa insaf dan syukurbahawa Allah telah mengurniakan kepada beliau kelebihan dan keindahanrupa berbanding orang lain dan semoga beliau tidak lupa diri.

7. Andaikata anda diculik dan penculik tersebut meminta anda memiliah sama adaracun atau pun asid. Apa yang anda akan pilih? Mengapa?

Racun kerana saya lebih rela mati serta merta daripada mati diseksa scara perlahan-lahan.

8. Sekiranya ada nampak seorang lelaki memakai pakaian perempuan, apakah pandangan anda terhadap lelaki tersebut? Mengapa?

Jelik tetapi tidak menghukum kerana dia tidak meminta untuk dilahirkan sebegitu rupa. Mendoakan agar dia diberi petunjuk.

9. Jikaseorang artis datang kepada anda dan mengatakan dia menghadapi masalahcinta. Sebagai doktor cinta, apakah nasihat anda sekiranya dia mahuanda menjadi pengganti kekasihnya?

Saya akan menasihatibeliau agar tidak terburu-buru dalam memilih pasangan.  Cuba mengenalpasti dahulu latar belakang seseorang itu dan pastikan dia seorang yangbaik dan sesuai untuk menjadi pasangan hidup beliau. Jika saya rasa diaseorang yang baik mungkin saya akan cuba menerima beliau sebagaisahabat sebagai permulaan.

10. Mungkinkah anda akanmengundur diri sekiranya anda tahu kerjaya sebagai artis tidakmendatangkan kebahagian selamanya buat diri anda? Mengapa?

Ya,kerana wang atau kemewahan tidak menjanjikan kebhagian duniawi danukhrawi. Yang penting kita gembira dan puas dalam mnejalani kehidupanseharian.



Ema Bongkar Rahsia Adira-Shahir[url=][/url]

Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Baung.com
Juru solek: Emy
Dandanan: C-Cut Salon Team (
              019-3939797         019-3939797)


SemasaErma Suhaima, 21 atau Ema masih lagi menjadi pelajar Akademi Fantasia 8(AF8), peminat program realiti hiburan popular begitu sibuk sekalimembicarakan tentang perihal adiknya, Siti Adira Suhaimi, 19 atau Adirayang dikatakan sedang hangat bercinta dengan Alif.

Pun begitu,peminat lebih menyokong sekiranya Adira berpasangan dengan Iwan. Namun,sebaik saja mendengar tentang gosip berkenaan, Ema hanya mamputersenyum dan tergelak besar. Malah, dia telah menjelaskan keadaansebenar tentang gosip tersebut.

"Sebenarnya, hubungan Adiradengan Alif mahu pun Iwan tidak lebih sekadar seorang kawan biasa.Tidaklah sampai ke arah menjadi pasangan bercinta. Sebagai kakak, Ematengok Adira nampaknya lebih suka kepada pelajar lelaki yang lain.
"Ematahu Adira punya pilihan lelaki sendiri. Adira lebih gemar mendampingilelaki seperti Shahir. Ema pun suka juga lelaki macam Shahir. Lelakijenis ini boleh membimbing kami berdua.

"Terus-terang, Ema takberani nak cakap sama ada Adira dan Shahir bercinta. Namun, apa yangboleh Ema katakan, Adira senang bersama Shahir kerana Shahir adalahpendengar dan penyampai yang baik," jelas Ema.

Selain itu,penyingkiran Ema pada konsert kedua seolah-olah memberitahu orang ramaibahawa peminat AF8 lebih menerima Adira berbanding  Ema. Pandangan Emasendiri?

Jelas Ema, sukar sebenarnya bagi dia untuk menjawabpersoalan ini. Namun, dia sama sekali tidak pernah terfikirpenyingkirannya itu disebabkan peminat lebih mahukan Adira berbandingdirinya.

"Kami berdua ada bakat yang berbeza dan tersendiri.Sekarang ni, tak kiralah samada sebagai kakak atau pun orang luar, Ematetap akan menyokong Adira sehabis mungkin. Ema mahu Adira buktikanbakatnya selama ini yang terpendam," kata Ema.

Dalam pada itu,memandangkan Ema dan Adira tidak pernah mendapat kasih sayang daripadaseorang bapa semenjak kecil lagi, ada segelintir pihak beranggapan niatasal kedua beradik ini mengikuti AF8 adalah untuk berjumpa dengan bapakandung mereka.

Pun begitu, Ema telah menafikan hal itu.Katanya, hasrat dia dan Adira untuk menyertai AF bukanlah untukberjumpa bapa kandung mereka. Malah, tidak pernah terdetik pun bagimereka untuk  memasang niat sedemikian.

"Hati Ema memanglahterbuka untuk berjumpa ayah. Tapi kami tak pernah pun nak masuk AFsebab nak mencarinya. Ema bukannya benci dengan ayah. Namun, Ema dahterbiasa dengan ketiadaan dia.

"Ema dah berpisah dengan ayahsejak kecil lagi. Sebenarnya, kami pernah berjumpa dengan ayah sekalisaja. Waktu itu Ema darjah 6 dan Adira pula darjah 4. Kami berdua tahuayah sudah kahwin lain. Tapi kami langsung tak pernah dengar apa-apakhabar daripadanya.

"Agak sukar untuk Ema jelaskan tentang halini. Yang pasti, tiada benci di hati Ema dan sayang pula bukan tiadatapi lebih kepada rasa hormat dari anak kepada ayah. Ada juga Ematerfikir bila kahwin nanti mahu ayah sendiri jadi wali," katanyapanjang lebar.



Pyan: Shahir Bekas Ahli Nasyid Saujana[url=][/url]

Teks oleh Razif Rosdi


KUALA LUMPUR, 12 MAC 2010:
Penyertaan Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21 sebagai pelajar AkademiFantasia 8 (AF8) menimbulkan kejutan bagi peminat muzik nasyid tempatankerana pelajar kelahiran Perak itu didakwa pernah menganggotai kumpulannasyid Saujana yang popular dengan lagu Keluarga Bahagia.

Bagimendapatkan kepastian tersebut, murai.com.my terus menghubungi ketuakumpulan Saujana iaitu Suffian Amrin atau Pyan, 29 untuk mendapatkankesahihan tentang persoalan tersebut.

"Ya, Shahir pernahmenjadi ahli kumpulan Saujana. Tapi sekarang ni tidak lagi. Senangcakap, dia adalah bekas ahli Saujana saja. Sebenarnya, kami dah setahuntak menghubungi Shahir dan agak terkejut juga bila mendapat tahupenyertaan Shahir sebagai pelajar AF8," ujar Pyan.

Meneruskanperbualan, Pyan menyatakan bahawa Shahir hanya sempat menjadi ahliSaujana selama 2 tahun saja iaitu pada 2007 dan 2008. Namun, pada awal2009, Shahir meminta izin untuk dilepaskan kerana mahu menyelesaikanmasalah pengajian.

"Sewaktu Shahir ada, dia memang banyakmembantu. Lagipun, Shahir seorang yang pandai bertarranum. Malah,Shahir ni juga sangat gila bola.

"Seperti yang saya katakantadi, Shahir keluar Saujana sebab ada masalah dengan pengajian. Tentangmasalah pengajian Shahir pun pada awalnya tidak diketahui keluarganyasendiri. Jadi, tidak timbulah isu kami bergaduh atau tidak sebulu.Sebenarnya, saya sendiri yang mengajak Shahir join kumpulan kami.

"Waktuitu, kami memang memerlukan ahli baru setelah beberapa ahli lamabekerja secara profesional sebagai  doktor dan jurueta. Oleh itu, sayapun cuba dapatkan maklumat  siapakah pelajar UIA yang pakar dan pandaimenyanyikan lagu nasyid. Jadi, adik saya yang kebetulan belajar di sanatelah mencadangkan nama Shahir," jelasnya.

Dalam pada itu, Pyanakui pernah memujuk Shahir untuk kembali bersama Saujana. Namun,pujukan itu tiada jawapan sehinggalah mereka dapat tahu dia sudahmenyertai AF8.

"Kalau boleh kami memang mahu Shahir terlibatdalam album terbaru Saujana bertajuk Nota Cinta. Tapi, apa boleh buat.Memang sudah tidak ada rezeki kami bersama dia lagi agaknya, Walaupunkami terkejut dengan penyertaan Shahir namun kami menganggap ia sebagaisatu penyertaan yang cukup positif.

"Apa yang dipilih Shahiradalah kehendak peribadi. Kami tak halang dan kami doakan yang terbaikbuat Shahir. Kami harap Shahir jangan lupakan Saujana. Ini kerana,dengan Saujana...Shahir kenal industri muzik tempatan. Paling utama,janganlah Shahir lupa daratan," kata Pyan mengakhiri perbualan.



Adira Dan Shahir Dipuji, Alif Dikeji[url=][/url]

KUALA LUMPUR, 20 MAC 2010: Konsertpertama Akademi Fantasia Musim ke-8 (AF8) yang berlangsung di Dewan SriPutra, Bukit Jalil, malam tadi menyaksikan rata-rata pelajar gagalmenyerlah dan masih terlalu takut untuk mempamerkan potensi penuh yangada dalam diri masing-masing.

  

  

Apatahlagi, ia jelas sekali sebaik saja mendengar komen pedas dari pengkritikmalam ini iaitu Aznil Hj Nawawi, Adlin Aman Ramlie dan Edry AbdulHalim yang disimpulkan kebanyakan komen ke arah penghayatan lagu danseni persembahan di atas pentas.

  

Konsert pertama ini dipancarkan secara langsung melalui saluran104 Astro Ria yang menampilkan Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanleysebagai pasangan hos.

  

  

Pun begitu, hanya Adira saja yang berjaya menerima pujian dariketiga-tiga pengkritik dengan nyanyian lagu Bertamu Di Kalbudendangan asal Jaclyn Victor. Adlin yang sebelum ini mengkritik terukpersembahan Adira pada konsert tirai memuji gadis genit ini danmenyatakan bahawa persembahan Adira sangat bagus.

  

  

Adlin mendapat sokongan Edry yang menyifatkan Adira penyanyi yang baikdan Aznil memuji penghayatan Adira dari permulaan lagu sehingga tamat.

  

  

Konsert dimulakan dengan Maulana yang membawakan lagu Extravaganzanyanyian asal Bunkface. Adlin dan Aznil menyifatkan Maulana masihterlalu 'control' di pentas. Shahir mengambil alih persembahan selepasAdira  menerusi Khatimah Cinta (6ixth Sense) dan ternyata penghayatanShahir untuk lagu ini mendapat pujian cuma 'energi' beliau tidakkesampaian menurut Adlin.

  

  

Nad seterusnya muncul dengan lagu ERT (Farah Asyikin) tetapi bernasibmalang kerana persembahan beliau agak mengecewakan sehingga Edrymenyifatkan persembahan Nad terlalu mendatar dan mengharapkan sesuatuyang 'lebih' dari Nad.

  

  

Daus pula meneruskan konsert dengan lagu popular masa kini, Cari Jodohnyanyian Wali Band. Namun, kesempatan yang diberikan kepadanya gagaldimanfaatkan Daus sehingga anak muda dari Kuching Sarawak ini tenggelamdengan lagu 'catchy' tersebut. Malah, Aznil menasihatkan agarDaus mengkaji dan bangkit di minggu depan.

  

  

Giliran Farina tampil dengan lagu Paparazi dari Lady Gagadisifatkan Aznil dan Adlin bahawa Farina nampak terlalu 'baik' untuklagu ini sedangkan ia memerlukan penyanyi bersifat aggresif dan'nakal'. Suara unik Alif kemudian berjaya menarik perhatian Edry denganlagunya Kau Aku (Aizat) walaupun dinasihatkan agar berpenampilan lebih'macho'.

  

  

  

Persembahan Anum dengan melalui Aku Tak Percaya Cinta (Liyana Jasmay)pula dikritik Adlin dan Edry. Pun begitu, Aznil menyukainya danmengkategorikan Anum kelihatan 'cute' dengan lagu tersebut. Shah denganlagu Bengang (Akim) juga kemudian dikritik hebat dan Aznil mengatakanemosi Shah untuk lagu ini bukan lagi bengang, sebaliknya sudah putusasa.

  

Ain yang menjadi pilihan minggu lalu pada konsert tirai, gagalmenyerlah pada minggu ini dengan Hey Ladies (Rossa) kecuali vokalnyayang masih mendapat perhatian tetapi tiada titik fokus daripandangan Adlin. Manakala Aznil pula mendapati penari lebih terserlahberbanding Ain sendiri.

  

Ema dengan lagu Yang Terbaik nyanyian Marsha menurut Adlin adalah satupersembahan yang 'ok' dan tiada gangguan cuma Aznil menasihatkan Emaperlu lebih peka dengan persembahan kerana dia nampak kebudak-budakandi atas pentas.

  

Iwan menjadi pelajar terakhir membuat persembahan dengan lagu HaventMet You Yet (Micheal Buble) namun hanya kelihatan hebat pada permulaanlagu dan gagal mengekalkan tempo sehingga kelihatan mendatar. Konsertdiakhiri dengan lagu sekolah Akademi Fantasia dari 12 orang pelajariaitu Menuju Puncak.

  

Nantikan keputusan siapa pelajar bakal tersingkir malam esok dalamDebaran AF yang  dikendalikan Sarimah Ibrahim pada jam 9 malam.

  

Teruskan mengundi pelajar kegemaran anda dengan menaip AFUNDI <3/5/10> NAMA SINGKATAN PELAJAR & HANTAR ke 32999.



Shahir Terima Pinangan Jadi Menantu?

4 MEI 2010: Sebaiksaja nama pelajar Akademi Fantasia (AF8) yang bersuara jantan, AhmadShahir Zawawi atau Shahir, 22, diumumkan tersingkir dalam DebaranKonsert AF8 Minggu ke-7, macam-macam suara tidak puas hati yang MuraiBatu dengar daripada peminat.

Ada yang tdiak puas hati sebabShahir tersingkir, ada yang masih terkejut sebab Shahir jadi mangsaundian sms terendah pada kali dan ada pula yang mengugut tidak mahumenonton AF8 lagi gara-gara ketiadaan pelajar lelaki kacak kelahiranPerak ini yang sudah bikin banyak hati wanita jadi cair.Yang sedihnya, Murai Batu dapat tahu, penyokong Shahir baru saja siaptempah t-shirt Fanclub yang mempunyai logo FC Shahir. Malah, merekaberhasrat untuk memakainya pada konsert akan datang. Tetapi apakandaya...rezeki tidak memihak kepada Shahir .

Bercakap pasal Shahir, Murai Batu ramai sangat yang berkenan dengansikap pemalu jejak ini. Malah Murai Batu diberitahu, pengetua AF8,Norman Abd Halim pun berkenan sangat dengan sikap budi bahasa Shahiryang dikategorikan sebagai lelaki Melayu terakhir.

Yang syoknya, Murai Batu difahamkan Norman siap buat statement lagiyang mana sekiranya dia mempunyai anak perempuan, sudah pasti Normanakan meminang Shahir untuk dijadikan menantu.Wah gitu!

Selain memuji sikap Shahir yang sesuai dengan gelaran ustaznya itu,Murai Batu juga dengar Norman asyik memuji Shahir tahap dewa sehinggaberani keluarkan kata-kata bahawa Shahir adalah pelajar lelaki AF8 yangpaling kacak. Dengar kata-kata Norman macam sudah mengalahkan FC Shahirsendiri.

Bukan setakat itu saja, Murai Batu turut dikhabarkan, Norman sekarangini tengah berusaha seboleh-bolehnya agar lagu single Shahir bertajukKebahagian Dalam Perpisahan akan dapat diputarkan di radio bermulaminggu ini. Lagu ini telah dirakam sewaktu Shahir masih berada di dalamakademi lagi .

Lebih eksklusif, sumber Murai Batu sendiri nampak, adik Norman iaituEdry Abd Halim yang menjadi komposer untuk lagu tersebut siap datangsendiri untuk menyerahkan lagu tersebut kepada pihak radio. Kalau MuraiBatu tak silap, radio rasmi AF8, ERA FM akan menjadi radio pertama yangmemutarkan lagu ini.

Dalam pada itu, apa perkembangan cerita tentang kisah cinta Shahir danAdira. Dengarnya dah muncul l kelab peminat Shahira seperti kelabpeminat Aiskim (Aishah AF7 dan Akim AF7) dulu? Tak sabar nak tahupengakuan Shahir yang sekarang ini nampak jauh lebih muda dan machoberbandingwaktu dia mula-mula menyertai AF8 dulu.

Mungkin juga lepas ni David Teo boleh sunting Shahir jadi hero filemnyamemandangkan Shahir dikatakan mempunyai bakat besar dalam bidanglakonan. Wajahnya juga ada macam hero kegeraman David iaitu Farid Kamil.

Apa sekalipun, Murai Batu hanya berharap agar Shahir lebihberhati-hati. Cinta itu datang memang mudah bila kita senang tapi nakkekal lama agak sukar kerana cinta sebegini boleh diibaratkan sepertiMee Segera yang sering dikaitkan dengan bintang realiti TV.

MURAIBATU: Ramai yang mula tangkap cintan dengan adik lelaki Iwan yangmempunyai fizikal dan rupa paras yang sama dengan Iwan. Heheh..siapdapat liputan media gitu!



Tiada Lagi Ustaz Shahir[url=][/url]

Teks oleh Razif Rosdi

KUALA LUMPUR, 2 MEI 2010:Sungguh pun Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir,21, dipilih pengkritiktetap Akademi Fantasia 8 (AF8), Aznil Hj Nawawi sebagai pelajar yangmemenuhi piawaian AF8 setakat ini, tetapi nasib tidak menyebelahipemuda ini apabila mendapat undian paling bawah pada siaran langsungDebaran minggu ke-7 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam tadi.

Keputusan yang diumumkan hos Debaran, Sarimah Ibrahim mengejutkan ramaipihak kerana Shahir sebelum ini tidak pernah berada di zon bahaya.Apatah lagi, peratus yang diperoleh Shahir sebanyak 13.89% hanyaberbeza 0.01% saja dibelakang Farina yang mendapat peratusan sebanyak13.90%.

Bagaimanapun, Shahir yang mendendangkan lagu Tiara pada konsert ke 7malam semalam bukanlah pilihan pengetua AF8, Norman Abd Halim sebagaipelajar terbawah carta fakulti. Malah, Norman mengakui terkilan dengankeputusan ini dan menyifatkan Shahir sebagai pelajar kegemarannya sertalayak ke peringkat akhir AF8.

"Saya redha dengan keputusan ini. Namun, untuk pengetahuan semua,Shahir sudah pun dihadiahkan sebuah lagu single dari KRU Studiobertajuk Kebahagian Dalam Perpisahan hasil ciptaan adik saya Edry AbdHalim.

"Secara kebetulan juga, Shahir baru saja selesai rakaman video muziksingle ini yang dibuat siang tadi. Ini merupakan peluang kedua Shahiruntuk bergelar penyanyi," ujar Norman.

Mengulas keputusan penyingkiran malam ini, Shahir yang ditemui padasidang media penyingkiran pelajar menganggap ini bukanlah kegagalanbuat dirinya.

"Shahir tak rasa gagal pun. Bagi Shahir, semuanya akan bermula di luar.Shahir terima dengan apa yang sudah tertulis untuk Shahir. Malah,Shahir berterima kasih kepada semua pihak kerana nak mencapai sampai ketahap minggu ke-7 bukanlah satu yang mudah," kata Shahir.

Dengan penyingkiran Shahir, maka tinggal 6 orang saja lagi pelajar AF8iaitu Maulana, Adira, Daus, Iwan, Ain dan Farina untuk merebut gelaranjuara AF8.

Teruskan mengundi pelajar kegemaran anda dengan menaip AFUNDI <3/5/10> NAMA SINGKATAN PELAJAR & HANTAR ke 32999.

Berikut adalah keputusan penuh undian minggu ke-7:

1. Adira-15.46%
2. Daus-14.39%
3. Iwan-14.36%
4. Ain-14.07%
5. Maulana-13.94%
6. Farina-13.90%
7. Shahir-13.89%



   
  

             News Updates

Dari Utusan Online.com.my
01 - Norman Kecewa Shahir Tersingkir

Dari MStar Online
01 - Norman Terkilan Shahir Tersingkir
02 - Shahir Nafi Berpacaran Bersama Adira

Dari Murai.com.my
01 - Shahir Nak Jumpa Rianti Cartwright
02 - Ema Bongkar Rahsia Adira & Shahir
03 - Pyan: Shahir Bekas Ahli Nasyid Saujana
04 - Adira & Shahir Dipuji, Alif Dikeji
05 - Shahir Terima Pinangan Jadi Menantu?
06 - Tiada Lagi Ustaz Shahir


     
  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2010 01:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by _19788 at 15-5-2010 13:52

   



kenangan zaman saujana........file:///C:/Users/Uyun/AppData/Local/Temp/moz-screenshot.png
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 01:51 PM | Show all posts
[url=][/url]
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 01:52 PM | Show all posts
fewitttt
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 01:53 PM | Show all posts
fewitttt
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 01:53 PM | Show all posts
NO        NAMA        UNDI (%)
1        Shahir        28
2        Adira        19
3        Ain        14
4        Iwan        14
5        Daus        14
6        Maulana        11
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 01:54 PM | Show all posts
leh x nk avvy gamabr kt kedai mamak tue
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 01:55 PM | Show all posts
AFUNDI SHAHIR 32999


jangan luper
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 01:56 PM | Show all posts
aku mula sesi undi sikit2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2010 01:59 PM | Show all posts
Reply 1274# mizsela
bukan kula ke sapa dah buat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 02:07 PM | Show all posts
aku pun dah undi..sok balun habis2..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 02:31 PM | Show all posts
Akan ku habiskan credit ku malam ni dan esok..........
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 03:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.436097 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list