CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pink_nadia

/ Presidential Suite 7 / CHE AHMAD SHAHIR hoi hoi hoi / JUARA AF8 /

   Close [Copy link]
Post time 8-6-2010 10:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by Rorine at 8-6-2010 10:37

artikel lama ...... saja tepek

EPISOD 17: Hafiz Tergugat Dengan kemenangan Shahir?





Sungguhpun Shahir sudah 2 minggu melayari kehidupan seharian sebagai juara Akademi Fantasia 8 (AF8), namun masih lagi ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kemenangannya itu. Malah, pertikaian tentang kejuaraan Shahir telah mula diperkatakan sebaik saja namanya diumumkan sebagai pemenang.

Apa yang pasti, Apa Kata M? sempat bertanyakan beberapa bintang AF yang sudah semestinya senior kepada Shahir tentang kepuasan kemenangannya itu. Selain itu, setiap bintang AF yang diwawancara dalam program ini turut menobatkan pelajar yang menampilkan persembahan yang paling mantap dan gah.

Siapakah finalis tersebut? Adakah pendapat mereka sama seperti pendapat peminat AF8?

Sementara itu, juara AF7 iaitu Hafiz Suip yang juga mengadakan persembahan pada malam kemuncak AF8 bersama Akim dan Hao-Ren dikatakan tercabar dan rasa tergugat apabila Shahir menjadi juara baru. Kenapa Hafiz rasa begitu? Bukankah dia sekarang sudah stabil dalam bidang seni muzik tempatan?

Lebih menarik, Hafiz turut dikhabarkan sangat meminati naib johan AF8 iaitu Adira dari mula lagi Adira bergelar pelajar AF8. Apakah yang membuatkan Hafiz suka Adira? Adakah Hafiz mahu menjadikan Adira sebagai kekasih hatinya?

Apapun, Apa Kata M sempat mengambil pesanan dan harapan dari keluarga setiap finalis AF8. Jadi, jangan lupa menonton pelbagai isu menarik di samping sekitar yang berlaku ketika berlangsungnya kemuncak AF8.



Klik di sini untuk menonton EP 17 - Harapan famili untuk Shahir & Iwan

Klik di sini untuk menonton EP 17 - Siapa tak puas hati dengan kemenangan Shahir?

Klik di sini untuk menonton EP 17 - Pesanan rakan artis untuk Shahir

Klik di sini untuk menonton EP 17 - Hafiz AF7 tergugat dengan Shahir?

Klik di sini untuk menonton EP 17 - Bertuahnya jadi peminat Shahir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 10:33 AM | Show all posts
shahirians sekalian.........please take note .....kalau ada kat tempat2x berikut .....at those dates ...
hironakamura76 Post at 7-6-2010 17:52


hiro time agak2 kul berapa ek? ...kang dtg dah le kena angkut anak yg msh setahun jgung....haru kalau menunggu seharian di situ....alamaknya mak pengsan  nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 10:34 AM | Show all posts
Morning smua warga SHA...
     

Jom Breakfast!!!
Shayana Post at 8-6-2010 10:17


moning shayana...... cam sdp je


   
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 10:38 AM | Show all posts
Kami terpaksa mengawal Shahir demi menjaga kelancaran sesuatu program yang disertai Shahir kerana Shahir perlu mengikut aturan masa bagi setiap program yang disertainya. Tiada agenda tersembunyi lain dari pihak Shahir FC.


  jdkn pengajaran dimasa akn dtg, cume nasihat aku yg bkn advance ni, jaga perilaku dn jgn over do
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:19 AM | Show all posts
hoi hoi hoi! ada orang tak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:26 AM | Show all posts
hai....salam semua......akak SHAmelia dtg ngadappp........

pagi2 yg syahdu ni, tgk gambar2 sayang shahir, rasa kembang je hati, kekejap cam sesak napas pun ada, rindu dendam sesgtla.....ohh adinda shahirrr.....suka sgtlah akak kt kauu...takpernah  hati akak ini mcm.....gilakah akak?....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2010 11:29 AM | Show all posts
ai....salam semua......akak SHAmelia dtg ngadappp........

pagi2 yg syahdu ni, tgk gambar2 sayang shahir, rasa kembang je hati, kekejap cam sesak napas pun ada, rindu dendam sesgtla.....ohh adinda shahirrr.....suka sgtlah akak kt kauu...takpernah  hati akak ini mcm.....gilakah akak?....
melia_star Post at 8-6-2010 11:26



   akak SHAMELIA!! sesungguhnya saya juga mengalami sindrom sebegitu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:30 AM | Show all posts
hi shadax...x nmpak ker akk di sini...setia menanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 11:30 AM | Show all posts
luv shahir from shazammmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:32 AM | Show all posts
hi shadax...x nmpak ker akk di sini...setia menanti...
ariellin Post at 8-6-2010 11:30



   akak shaolin!! eh shalin! ingatkan takde orang tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by Rorine at 8-6-2010 11:37

Lepas rindu pada keluarga, rakan
Oleh Kasdi Ali
Credit: myMetro Online
2010/06/08







PERASAAN lega dan gembira jelas terpancar di wajah Ahmad Shahir Zawawi, 22, sejurus menjejakkan kaki di depan rumahnya di Taman Bandar Baru Kampar, Perak, Sabtu lalu.

Selepas hampir tiga bulan meninggalkan rumahnya kerana mengejar cita-cita menjadi bintang dengan menyertai Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) sehingga bergelar juara, Shahir mengambil sepenuhnya kesempatan itu untuk melepas rindu dan berkongsi pengalamannya bersama ahli keluarga dan rakan.

Lebih mengharukan, kenduri kesyukuran yang diadakan di rumahnya pada jam 4.30 petang, turut dihadiri sanak saudara, rakan dan peminatnya dari sekitar Kampar yang turut menjadikannya sebagai majlis menyambut kepulangan idola mereka.


"Saya terkejut dengan sambutan yang cukup meriah ini. Perkara pertama saya akan lakukan sempena kepulangan kali pertama saya ke rumah selepas tiga bulan meninggalkannya ialah meminta ibu, Mahanum Osman, 45 memasak hidangan kegemaran saya iaitu puding laici dan sambal sotong.


"Selain itu, tempoh singkat kepulangan saya ini juga akan digunakan sebaik mungkin bagi melepaskan rindu pergi ke tasik berhampiran rumah yang mana ia menjadi lokasi kegemaran saya keluar lepak bersama rakan serta mencari ilham.


"Saya sedar jadual harian saya selepas ini akan padat dengan pelbagai program," katanya ketika ditemui di rumahnya selepas majlis kenduri kesyukuran yang turut dihadiri kira-kira 200 peminatnya. Pada majlis sama, Shahir yang juga anak sulung daripada lima beradik, turut melepaskan rindu terhadap ibu, Mahanum dan bapanya, Zawawi Abdullah, 54, dengan menyuapkan mereka hidangan istimewa pulut kuning dan rendang ayam.


Majlis yang sepatutnya bermula jam 4.30 petang, bagaimanapun tertangguh selama hampir sejam akibat kelewatan Shahir tiba dari Kuala Lumpur. Namun, ia tidak mematahkan semangat peminat yang setia menunggu seawal jam 2 petang.


"Saya meminta maaf kerana lewat tiba disebabkan sedikit masalah teknikal. Apakan daya, kadangkala kita sukar menjangka apa yang berlaku walaupun ia sudah dirancang lebih awal.


"Namun, saya masih terkejut kerana tidak sangka menerima sambutan seperti ini kerana saya fikir ia hanya dihadiri ahli keluarga dan jiran terdekat.


"Saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada peminat yang setia menunggu sejak jam 2 petang. Saya berjanji akan lakukan yang terbaik untuk mereka kerana tanpa mereka, saya tidak akan berjaya muncul juara AF8," katanya.


Biarpun majlis itu sepatutnya hanya membabitkan ahli keluarga, Shahir tidak menghampakan harapan peminatnya yang mahu melihat lebih dekat anak jati Perak itu dan bergambar dengannya. Turut hadir, pengetua AF8, Norman Abdul Halim.


Lebih membanggakan, Shahir dinobatkan pula sebagai Tokoh Ikon Belia Perak 2010 sempena sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri yang diadakan di Teluk Intan, kelmarin.


Juara Qari Remaja Perak 2004 itu menerima plak anugerah berkenaan yang disampaikan sendiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.


Shahir berkata, dia terharu menerima pengiktirafan Kerajaan Perak itu serta menyifatkan ia satu tanggungjawab berat kepadanya dalam usaha mengajak lebih ramai belia menyertai program berfaedah.


"Anugerah ini satu penghormatan bukan saja kepada saya malah kepada seluruh warga seni tanah air. Saya berjanji akan berusaha lebih gigih untuk mencapai cita-cita sebagai penghibur berprestij tanah air pada masa depan.

"Saya bersedia memberi latihan dan bimbingan kepada remaja yang berminat dalam bidang seni suara jika menerima jemputan daripada mana-mana pihak dan akan memikul tanggungjawab sebagai Ikon Belia Perak dengan sebaik mungkin.


"Saya berazam akan menjadikan bidang nyanyian sebagai saluran untuk menyatupadukan semua kaum dengan mengetepikan agenda politik," katanya.


Shahir mengakui, status Ikon Belia Perak bukan perkara remeh kerana kini segala pergerakannya akan dijadikan contoh kepada seluruh belia negerinya.


"Saya perlu menjaga disiplin dengan lebih baik tapi tidak berani memberi jaminan tidak akan melakukan kesalahan kerana saya bukan manusia sempurna.


"Namun, saya berjanji akan berusaha keras menjadi yang terbaik dan tidak akan menghampakan harapan Menteri Besar khasnya dan belia Perak amnya," katanya.


Mengenai perancangannya selepas ini, Shahir yang kini popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang dipertaruhkan di AF8 berkata, dia akan mengadakan beberapa perbincangan bersama pengurusan Astro untuk menentukan hala tuju kariernya.


"Saya akan menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada selepas ini untuk menempa nama dalam industri hiburan tanah air dan mungkin akan mengeluarkan album sendiri atau menceburkan diri dalam bidang lakonan. "Saya kini ada program sendiri, Diariku...Shahir yang disiarkan di Astro Ria setiap Ahad, jam 10 malam," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:34 AM | Show all posts
hai....salam semua......akak SHAmelia dtg ngadappp........

pagi2 yg syahdu ni, tgk gam ...
melia_star Post at 8-6-2010 10:26


welkambek bebeh...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:35 AM | Show all posts
akak shaolin!! eh shalin!  ingatkan takde orang tadi..
dax_wdw Post at 8-6-2010 10:32


perlukah akk mmbuat tendangan penjuru kpdmu shadax smpena nama shaolin iteww
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:36 AM | Show all posts
akak SHAMELIA!!  sesungguhnya saya juga mengalami sindrom sebegitu....
dax_wdw Post at 8-6-2010 11:29



rasa sungguh tertekan merasa saat2 yg begini ketika umur yg kertu....tak tertahan rasanya dek shadax.....sungguh menyiksakannnnn........tapi akak redhooo dgn ketentuan ini.....doakan akak ditetapkam iman dan tabah menghadapi dugaan ni dekkkkk.......
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:37 AM | Show all posts
Lepas rindu pada keluarga, rakan dan shallin
Oleh Kasdi Ali
Credit: myMetro Online
2010/06/08
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:38 AM | Show all posts
hi shadax...x nmpak ker akk di sini...setia menanti...
ariellin Post at 8-6-2010 11:30


hai dek SHARIELL....aksi nmpk bulu ketiak tu sungguh mengujakan....sayang dak shahirr...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 11:39 AM | Show all posts
perlukah akk mmbuat tendangan penjuru kpdmu shadax smpena nama shaolin iteww
ariellin Post at 8-6-2010 11:35



  jangan tendang2! jom kita menari!
  
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:40 AM | Show all posts
rasa sungguh tertekan merasa saat2 yg begini ketika umur yg kertu....tak tertahan rasanya dek  ...
melia_star Post at 8-6-2010 10:36


kita merasai benda yang sama...sy paham perasaan shamelia....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:41 AM | Show all posts
welkambek bebeh...
ariellin Post at 8-6-2010 11:34



hang panggey SHAlin ka SHAriel??

hai jugak...muahss...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:41 AM | Show all posts
jangan tendang2!  jom kita menari!
dax_wdw Post at 8-6-2010 10:39


demi mu shadax ....akk rela menari walu akk pemalu sebenarnya.... .

dik, namamu SHADAX itew spt iklan racun perosak...khen...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.074719 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list