irsuzie posted on 10-12-2013 12:51 PM
Aduuuuiiiiiiii
BKATC 1/2jam..hope part SA n NS slot lps 1030pm! hahahaha
sila baca artikel ni..
Kecoh minggu lalu apabila Qi Razali dan Nelydia Senrose dikatakan bergaduh kerana sekeping foto mesra antara Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose di laman Instagram. Qi dikatakan meluahkan rasa kekecewaannya di laman Twitter dan perkara tersebut mendapat perhatian peminat-peminatnya. Sedia maklum, Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad kini membintangi drama terbaru berjudul ‘Kerana Aku Tak Cinta’ yang telah mula bersiaran sejak 9 Disember yang lalu di saluran Mustika HD (134). Oleh itu, program MeleTOP episod 59 telah menjemput mereka berdua untuk mempromosikan drama ‘Kerana Aku Tak Cinta’. Pelbagai kisah menarik dan cerita panas yang bakal dikongsi bersama khas buat para penonton. Selain mereka berdua, turut sama akan memeriahkan lagi MeleTOP malam ini adalah aktres cantik Emma Maeombong yang turut sama akan mempromosikan drama bersiri berjudul ‘Projek Memikat Suami’. Sebuah drama diadaptasi novel romantik yang turut dibintangi oleh Aiman Hakim Radzi, Watie Elite, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Lebih menarik, bintang program realiti nyanyian AF iaitu Hazama turut sama menemani Nabil Ahmad dan Neelofa untuk membuat persembahan secara live menerusi lagu terbarunya berjudul ‘Penglipur Lara’. Pasti anda semua tidak sabar untuk menonton program MeleTOP kali ini bukan? Pasti akan ada cerita panas serta perkembangan terbaru selebriti-selebriti pujaan anda ini. Jadi jangan lupa untuk menonton program MeleTOP episod 59 bermula jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135) pada 10 Disember 2013. Layari www.meletop.com.my untuk kemaskini gosip, berita, video dan carta MeleTOP setiap minggu!
|