Originally posted by masarju at 4-8-2007 06:55 PM
waktu petang makan buah kana
beli buah nona kat Tmn Tun
apa khabar semua di sana ?
tak der ke yang sudi nak berpantun!
http://memeart.tripod.com/birdfly1.gif
Membeli beras satu guni
Kalau terhempap memang bahaya
Alhamdullilah kami disini
Kalau sudi jual kat saya
Originally posted by masarju at 5-8-2007 12:08 AM
dalam mesyuarat ada lain2 hal
selesai mesyuarat,lapang dada
kalaulah saya nak jual mahal
cukup tak wang dari anda??
Di India ada Taj Mahal
Dari Shah Jehan buat Mumtaz
Kalau bera ni nak jual mahal
V cantas kang kredit mas
Originally posted by masarju at 5-8-2007 12:24 AM
pakai baju memang nampak kemas
pakai pulak kasut nak ke tadika
V nak cantik cantas kredit mas
V~buatlah apa yang anda suka!!
Kanak-kanak berhari raya
Berbaju kurung, capal tiada
Kalau cantas x boleh kaya
Biarkan saja apa yang ada
Originally posted by masarju at 5-8-2007 12:26 AM
hujung bulan pakat shopping sakan
pergi bersama dengan Cik Mona
Selamat Malam Mas nak ucapkan
semoga anda di sana tidur lena! :hug:
Bergurau senda mereka bertiga
Hingga tak sedar hari dah pagi
Selamat malam buat mas juga
Panjang umur berjumpa lagi
Originally posted by masarju at 10-8-2007 11:56 PM
nanti cuti nak ke pekan
seberang kampung ada titi
terima kasih Mas nak ucapkan
pada Mod V yang baik hati :flower:
Didalam peti ais begitulah lama
Sejuk mengeletar tidak mengapa
Kasih masarju V terima
Bila agaknya kita kan berjumpa?
Originally posted by masarju at 11-8-2007 12:34 AM
Anak-anak,semua panggil papa
Suka pula makan biskut lenga
Kalau Mod V hendak berjumpa
Pukul lima,nanti kat taman bunga
Tidak sabar ingin berjumpa
Takut nanti mas lesap
Bila berjumpa jangan lupa
Berlagalah pipi sampai berasap