|
RUMAH 2 : LESTARY : ASMARA [ REVIEW ASMARA 1 DAN NANTIKAN ASMARA 2 ]
[Copy link]
|
|
Reply 1297# zerra24
aku pun x pandai sgt ...apa yang aku buat
1. upload gambar kat imageshack sbb kat situ xyah bukak akaun..cepat la sikit kan
2. amik url gamba kat bahagian forum (copy semua tau)
3. paste url tu kat thread nih ...
4. pastu taraa ..ada aaa gamba tu...
5.cubalah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1302# mrs.bean
mana ada syok sendiri bean, syok reramai nii..aku yg baca pun nek syok...dok tetungu2 je bila ko nak update.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1302# mrs.bean
aku tak rasa ko syok sendiri...aku rasa kita semua syok secara berjemaah laaa....imaginasi dah terlebih...siap mamak kedai pun dah terbayang....kalo ko jadi penulis satu hari nnt...kena mintak autograf laa kat ko, sellie ngan zammy...hahaha...sbbnya dok menanti setiap hari speku korang tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Speku sepetang dikala hujan....
Sudah sebulan Julia menjalani hidup sebagai pelajar & pekerja. Julia bijak mengatur masa agar apa yg dilakukan berjln lancar & teratur. Sekali-sekala Julia menoleh ke arah bilik Asmara. Pintu berkunci.
Julia: Haiza, mana boss kita tuh tak sampai lagi ke?
Haiza: Ha’ah dia call tadi katanya masuk lambat sikit ada meeting dgn client pagi ni.
Julia mengangguk tanda mengerti.
Julia: Err… Haiza nak tanya sikit boleh?
Haiza: Boleh, kenapa?
Julia: En. Asmara tuh suka marah2 ke?
Haiza: Takda la dia baik cakap pun lembut je tak pernah marah2. Kalau kami buat silap pun dia cakap ok tak pernah melenting.
Julia berkerut: Kenapa dengan aku asyik marah2 je? Berkata dalam hati.
Julia: Haiza, dia dah kahwin ke?
Haiza: Rasanya belum, tapi… belum sempat haiza habiskan kata2 seorang lagi rakan sekerja Aisha menyampuk.
Aisha: Dia baru bertunang. Dengar khabar dia duda anak sorang.
Kesemua rakan2 setugas mula berminat dengan cerita daripada Aisha. Masing2 buat meeting mesyuarat tingkap di tempat Haiza… Mentang2 boss takda…
Haiza: Pandai jek kau nih Sha, mana tau citer nih?
Aisha: Ada lah, akukan ada member bekerja kat tempat Pn. Marini dari sana dah tersebar citer. Dengar lagi dulu En. Asmara kena paksa kahwin dengan arwah isteri dia pastu biasalah bila isteri dah takda terus tunang dengan kekasih lama dia.
Mereka mula bergosip. Julia pun tumpang semangkuk berminat mendengar gossip hangat nih.
Julia: Lelaki memang macam tu mana ada yang betul2 baik & setia. Kalaupun pernah kena paksa tak boleh ke tunggu kubur arwah isteri kering dulu.
Asmara memasuki ruang pejabatnya, sudah terdengar sok sek sok sek. Amboi diorang bila aku takda buat macam pejabat sendiri. Sekali-sekala terdengar namanya disebut2. Apabila Asmara muncul mereka perasan lalu beransur2 berundur ke tempat masing2. Cuma Julia yang masih tidak menyedari kehadiran Asmara terus berceloteh. Seronok tak ingat.
Julia: Isteri baru meninggal semalam, kubur pun merah lagi. Tup tup besok tu dah pi nikah yang lain. Ada ke patut?
Hai berdesing2 telinga Asmara. Haa…rasakan baru tau Cik Julia punya celoteh. (Babak kat kubur masih terpahat luka di dalam hati).
Haiza cuba memberi isyarat supaya Julia berhenti berceloteh. Namun Julia tidak perasan akan isyarat tersebut. Sehingga Asmara berdehem2 dari belakang sambil berpeluk tubuh.
Julia: Oh gosh… en. Asmaradana dah datang. (Desus dalam hati). Perlahan2 Julia menoleh, kecut.
Julia: Eh, en. Asmara bila sampai? Julia tersengih kerang.
Asmara: Cik Julia Bt Abdullah, sila ke bilik saya sekejap.
Julia: Ya… saya… Julia mula gelabah. Perlahan2 mengekori langkah Asmara sambil menoleh ke arah rakan2 setugasnya. Mula berbisik tetapi jelas: Kenapa korang tak bagi tau En. Asmara kat belakang. Mereka hanya mengangkat bahu.
Di bilik Asmara.
Julia tunduk berdiri sambil kedua2 tangannya digenggam2 menghilangkan gemuruh melanda dihati. Apa la hukuman yang bakal aku terima.
Asmara bertawaf keliling Julia. Matanya tak lepas2 memandang Julia atas bawah. Hmm… tau takut. Pandai buat gossip (getus hati Asmara).
Asmara bersandar dimeja sambil berpeluk tubuh: Cik Julia Bt Abdullah. Awak tau apa kesalahan awak?
Julia:Err…hmmm… (Julia mengangguk perlahan-lahan).
Asmara: Lain kali kalau boss takda di pejabat jangan awak pula berlagak sebagai boss. Faham.
Julia: Err… faham. (masih lagi menunduk).
Asmara: Sebagai hukuman saya nak awak ikut saya pergi jumpa client petang ni di De Palma Hotel kat Ampang.
Julia tersentak: Haa… tapi en. Asmara bukan ke sepatutnya Cik Haiza yang…
Terus sahaja Asmara memotong kata2 Julia: Siapa boss? Awak atau saya?
Julia: Err… En. Asmara.
Asmara: Jadi awak kena ikut cakap saya. Dah, awak boleh keluar tapi sebelum tu…
Asmara mengambil fail putih di atas mejanya & di serahkan kepada Julia. Julia menyambut fail tersebut.
Asmara: Saya nak awak buat copy 6 set semua dokumen2 dalam fail tu untuk meeting client petang nih nanti.
Julia: Baik En. Asmara, saya menurut perintah.
Julia keluar dari biliknya. Asmara hanya tersenyum.
Pada petang itu mereka pergi ke Hotel De Palma, Ampang untuk mesyuarat dengan client. Berbunga2 hati Asmara apabila gadis pujaan berada di sebelahnya. Asmara drive, Julia disebelahnya. Kadang2 mata nakal Asmara mencuri2 pandang wajah ayu Julia di sebelah. Julia seperti tidak selesa dengan pandangan nakal Asmara.
Julia: En. Asmara, elok rasanya kalau pandangan encik tertumpu ke arah lalu lintas. Bukan apa, nanti tak pasal2 masuk paper kita berdua nih. (Julia tersenyum sinis)
Asmara: Bagus nasihat awak tu. Saya menurut perintah.
Agak lama mereka berdua membisu dalam kereta Asmara.
Asmara: Err… Cik Julia, sebenarnya saya dah lama nak minta maaf fasal hal gambar tu…
Julia cepat memintas: Hal tu dah lama encik, saya dah pun lupakan tak ambil hati pun.
Asmara: Jadi awak dah maafkan saya?
Julia tersenyum manis & hanya mengangguk. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1305# sellie003
alolo comelnye...tersenyum-senyum aku...keje susah tapi duk snyum mau org ingat aku gile nie sat g...hahaha sellie nice speku .........hehehe btul2 terbyng aku tym gosip tu...hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
criter bionik dulu Kamal adli jd hero, SJ jd kwn dia..now..SJ dh makin naik..bnyk kali gak ...
marchie Post at 8-12-2010 15:26
satu lagi fakta yg xleh tinggal...dua2 ni ex si shira ayub..pengacara tv3 tu..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
korang...utk minum petang hari ni...jamu la mata....
manggis Post at 8-12-2010 15:30
korang dah vote ke for APBH top 5 for FE & SJ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1311# zerra24
zerra ... bila u copy url dari imageshack ... tak perlu tambah apa apa cth ..
kat imageshack bahagian forum tu should start dgn .......... |
|
|
|
|
|
|
|
umm ..dah boleh nampak gamba dah ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1305# sellie003
"En. Asmara kena paksa kahwin dengan arwah isteri dia pastu biasalah bila isteri dah takda terus tunang dengan kekasih lama dia.
Mereka mula bergosip. Julia pun tumpang semangkuk berminat mendengar gossip hangat nih.
Julia: Lelaki memang macam tu mana ada yang betul2 baik & setia. Kalaupun pernah kena paksa tak boleh ke tunggu kubur arwah isteri kering dulu."
Sellie003: lepas geram nampak....ni kalu si Pah terbc speku ko mesti gelak tergolek.... |
|
|
|
|
|
|
|
laa dah 53 pg dah, Asmara baru last week final... sementara nak tunggu Mac2011 mau dah jadi beratus pg ni.
gagah jugak aku tengok lestary smalam tp tak melekat di hati pun,, tak lalu nak tengok sampai habih.. tak sePower Asmara la.. dan aku kembali normal |
|
|
|
|
|
|
|
umm ..dah boleh nampak gamba dah ...
oddxx Post at 8-12-2010 17:11 thnks oddxx................. |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi fakta yg xleh tinggal...dua2 ni ex si shira ayub..pengacara tv3 tu..huhu
fahima80 Post at 8-12-2010 16:49
yezzz...betul tu fatima..! |
|
|
|
|
|
|
|
bravo zerra..!!! well done..!! mintak tolong paste article dia lak blh...? maklumlh magazine x de kan..nk gak tau apa yg ditulis..boleh..?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1308# fahima80
yer ke???...hahahah mmg ada banyak persamaan diorg dua nie...hehehe... |
|
|
|
|
|
|
| |
|