CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: NEVER LET THE THINGS YOU WANT, MAKE YOU FORGET THE THINGS YOU HAVE

 Close [Copy link]
Post time 7-10-2024 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
turn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
pg 66
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
22. “Kebahagiaan adalah ketika apa yang kamu pikirkan, apa yang kamu katakan, dan apa yang kamu lakukan selaras.”- Mahatma Gandhi
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
23. “Berjuang sampai napas terakhir.”- William Shakespeare
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
24. “Waktu yang kamu nikmati untuk dihabiskan meraih impian bukanlah waktu yang terbuang.”- Marthe Troly-Curtin
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
25. “Orang yang bahagia merencanakan tindakan, mereka tidak merencanakan hasil.”- Dennis Waitley
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2024 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat malam
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 02:24 AM | Show all posts
dah 66
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 02:26 AM | Show all posts
Banjir: Mangsa dipindahkan di 4 negeri kembali meningkat



Hujan lebat petang tadi menyebabkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS meningkat malam ini. - NSTP/ ZULIATY ZULKIFFLI








KUALA LUMPUR: Hujan lebat petang tadi menyebabkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor, Perak, Johor dan Kedah terus merekodkan peningkatan malam ini.
Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir yang berkurangan petang tadi kembali meningkat iaitu daripada 277 mangsa daripada 56 keluarga kepada 281 mangsa daripada 57 keluarga malam ini.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga PPS iaitu PPS Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Seri Kundang, Sekolah Kebangsaan (SK) Ijok dan SK Bukit Badong masih beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir dari dua daerah iaitu Gombak dan Kuala Selangor.
Situasi sama turut berlaku di PERAK, apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS kembali meningkat kepada 234 daripada 64 keluarga berbanding 225 daripada 61 keluarga petang tadi.





Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan empat PPS masih beroperasi di tiga daerah iaitu Kerian (108 mangsa); Matang (50 mangsa) dan Hilir Perak (76 mangsa).
Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri memaklumkan laluan FT 147 Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak dan FT 076 Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu ditutup susulan tanah runtuh dan pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif serta sentiasa berjaga-jaga.
Di JOHOR, mangsa banjir di daerah Kluang turut meningkat kepada 195 orang pada 8 malam ini berbanding 116 mangsa petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan berkata 155 mangsa daripada 44 keluarga dipindahkan ke PPS SK Dato' Onn Jaafar dan 40 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di SK Seri Kampung Renggam.
Beliau berkata, semua mangsa dipindahkan setelah kediaman masing-masing di Taman Suria, Taman Rekamas dan Kampung Seri Tengah Renggam dinaiki air.
Di KEDAH, satu lagi PPS dibuka iaitu di daerah Pendang di Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah sekali gus menjadikan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 229 orang daripada 69 keluarga ditempatkan di dua PPS, malam ini.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata 48 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke PPS baharu berkenaan, manakala satu lagi PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Kubang Pasu yang dibuka pada 2.30 pagi tadi, kini menempatkan 181 mangsa daripada 58 keluarga.












https://www.bharian.com.my/berit ... i-kembali-meningkat







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 02:29 AM | Show all posts
Sidang Kemuncak ASEAN: Lebih 2,000 delegasi, media antarabangsa siap sedia di Laos



Orang ramai bergambar di sekitar Tugu Peringatan Patuxay yang dihiasi bendera ASEAN semasa cuti hujung minggu. Laos, sebagai Pengerusi ASEAN, akan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta mesyuarat berkaitan dari 8 hingga 11 Oktober ini. - BERNAMA








VIENTIANE: Lebih 2,000 delegasi dan kira-kira 1,000 wakil media antarabangsa dijangka menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan yang akan diadakan antara 8 hingga 11 Oktober di negara Laos ini.
Persiapan giat dilakukan ketika pihak berkuasa dari pelbagai sektor berusaha memastikan sambutan lancar bagi pemimpin dan delegasi dari 10 negara anggota ASEAN.
Lebih 20 mesyuarat akan berlangsung di bawah tema "ASEAN: Meningkatkan Kesalinghubungan dan Daya Tahan."
Semua mesyuarat akan diadakan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) dan akan dihadiri ketua-ketua negara serta kerajaan dari negara anggota ASEAN, negara rakan dialog, serta negara rakan luar termasuk wakil dari organisasi serantau dan antarabangsa.





Setiausaha Kedua (Komersial) dan Naib Konsul Kedutaan Kanada, Christophe A Rouleau, yang menyelaras untuk delegasi Kanada, menyatakan bahawa Laos menunjukkan tahap persediaan tinggi dalam menyambut delegasi dan media antarabangsa.
"Saya telah memeriksa pusat media dan NCC di sini. Saya berpuas hati dengan persiapan yang dibuat," katanya ketika ditemui di pusat media hari ini.
Sementara itu, wartawan Agensi Berita Antara, Ardi Irawan, berkata pendaftaran media untuk sidang kemuncak berjalan lancar dan susunan di pusat media, termasuk bilik solat khusus dan pilihan makanan halal untuk peserta Muslim, diatur dengan baik.
"Kami berpuas hati dengan layanan dan aturan liputan media di Vientiane," katanya.
Bagaimanapun, Ardi berkata jarak antara pusat media dan NCC menimbulkan cabaran harian bagi pasukannya dalam membuat liputan sidang kemuncak.
Terdahulu, dilaporkan Kementerian Keselamatan Awam Laos menganjurkan sesi latihan dari 10 hingga 15 September untuk pegawai polis trafik bagi memastikan keselamatan yang ketat semasa mesyuarat.
Selain itu, Kementerian Pendidikan dan Sukan Laos mengumumkan pada Khamis penutupan sementara 497 sekolah di Vientiane semasa tempoh Sidang Kemuncak ASEAN bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Penutupan ini bertujuan memudahkan perjalanan delegasi antarabangsa dan pegawai-pegawai peringkat tinggi yang menghadiri sidang itu.
Langkah sementara ini sebahagian strategi lebih luas untuk memastikan keselamatan semua peserta dan melancarkan pengangkutan sepanjang tempoh sidang kemuncak itu.
Mesyuarat Menteri Luar ASEAN akan secara rasmi memulakan sidang kemuncak pada 8 Oktober, manakala majlis pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan akan berlangsung pada 9 Oktober.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan kenyataan Malaysia semasa sidang kemuncak itu.
Pada 11 Oktober, Laos akan secara rasmi menyerahkan jawatan Pengerusi ASEAN kepada Malaysia.
Selain menjadi tuan rumah sidang kemuncak ASEAN pada 2024, Laos sebelum ini pernah mempengerusikan ASEAN pada 2004 dan 2016 .




https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2024/10/1307527/sidang-kemuncak-asean-lebih-2000-delegasi-media-antarabangsa-siap-sedia









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 02:35 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 02:35 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 02:35 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 02:35 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 02:36 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 02:36 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 02:36 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 02:36 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 02:37 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 02:37 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.900006 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list