CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: HAPPY NEW YEAR 2025

 Close [Copy link]
Post time 1-1-2025 01:19 AM | Show all posts
Kompius....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2025 01:20 AM | Show all posts
Kenapa waktu kat forum cari ni...
Masih 31 disember
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 01:20 AM | Show all posts
Forum Cari ni ikut waktu mana
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 01:41 AM | Show all posts
........
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 02:15 AM | Show all posts
tertido
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 02:17 AM | Show all posts
telracs replied at 1-1-2025 12:18 AM
Tak tahu nak rasa apa ..

why momod?

iolss rasa tahun 2024 paling laju

tiba2 dah akhir tahun


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2025 02:17 AM | Show all posts
2020-2023 tak selaju mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 02:17 AM | Show all posts
maybe 2020- 22 masih covid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2025 02:18 AM | Show all posts
2023 lepas covid baru slow2 nak naik balik
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 02:18 AM | Show all posts
betul ke timeline covid iolss ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 02:19 AM | Show all posts
telracs replied at 1-1-2025 01:20 AM
Forum Cari ni ikut waktu mana

kalau tak pelik bukan forum cari lah namanya

selalu ada system glitch
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 02:25 AM | Show all posts
Lori terbabit nahas di Melaka tercabut tayar akibat kerosakan pada hujung gandar hadapan - PUSPAKOM




[size=14.399999618530273px]Foto hiasan.

[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]

KUALA LUMPUR: Lori yang terbabit nahas mengorbankan tujuh nyawa di Ayer Keroh, Melaka pada 23 Disember lalu kemungkinan tercabut tayar akibat kerosakan pada hujung 'stub axle' yang terputus di gandar hadapan.
Perkara itu dimaklumkan PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) berdasarkan pemeriksaan dilakukan terhadap lori berjenama Foton yang terbabit kemalangan itu.


Kenderaan itu diperbuat pada 2023 dan telah melakukan Pemeriksaan Awalan di PUSPAKOM pada 28 Mac lalu, dengan pemeriksaan akan datang dijadual dijalankan pada 28 Mac 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman, berkata penemuan ini sebagai peringatan penting kepada pemilik kenderaan perdagangan untuk memastikan kenderaan mereka diselenggara dengan baik dan mengikut jadual ditetapkan.

"Penyelenggaraan secara berkala bukan sahaja penting untuk keselamatan pemandu tetapi juga bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.
"PUSPAKOM komited untuk meneliti dan memperketatkan tatacara operasi kami bagi memastikan setiap kenderaan diperiksa memenuhi piawaian keselamatan yang lebih tinggi," katanya melalui kenyataan hari ini.
Pada 23 Disember lalu, tujuh maut, manakala 33 yang lain cedera dalam nahas membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.
Mereka yang maut termasuk lima sekeluarga terdiri pemandu MPV, Khairul Ikhwan Mazupi, 32, bersama penumpang Fadzlenna Ramli, 32; Ramli Ab Wahab, 66, Fauziah Jaafar, 69, dan Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2.

Dua lagi yang turut terkorban adalah pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid, 56, dan penumpang warga Singapura yang juga pemandu pelancong, Lamrah Asid Ali, 66.
Dalam pada itu, Mahmood Razak berkata PUSPAKOM menyokong langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan Kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memeriksa dan memantau bengkel berdaftar serta tidak berlesen yang disyaki menyediakan perkhidmatan penyewaan komponen kenderaan bagi tujuan pemeriksaan di pusat pemeriksaan kenderaan.
"Operasi ini wajar disokong semua rakyat Malaysia, termasuk pemilik kenderaan perdagangan bagi memastikan keselamatan bersama di jalan raya.
"Kami berharap tindakan JPJ dan KPDN dapat menghapuskan bengkel-bengkel yang menjalankan perniagaan tidak bertanggungjawab ini," katanya.


PUSPAKOM turut menyarankan bengkel terbabit perkhidmatan sedemikian untuk menghentikan aktiviti mereka serta merta, demi melindungi nyawa orang ramai.
Beliau berkata, ini kerana bengkel yang menawarkan perkhidmatan sedemikian perlu sedar bahawa mereka mempertaruhkan nyawa demi keuntungan.
Dalam pada itu, Mahmood Razak menegaskan pihaknya sedia bekerjasama dengan JPJ dan KPDN bagi memastikan integriti lebih terjamin dan masalah berkenaan dapat diatasi semula, selain menegaskan PUSPAKOM tidak sesekali akan berkompromi dalam isu pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Sebagai contoh, jelasnya nama syarikat yang dicetak pada badan kenderaan perdagangan mesti menggunakan nama penuh yang didaftarkan dalam sistem dan tidak membenarkan lagi penggunaan nama singkatan.
"Selain itu, pemilik kenderaan perdagangan perlu memastikan ketinggian pelindung lumpur (mudguard) mematuhi syarat ketinggian minimum, pedal-pedal kenderaan dilengkapi dengan pelapik getah dan nombor plat kenderaan ditimbulkan (embossed) untuk mendapat kelulusan pemeriksaan PUSPAKOM," katanya.






https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1343352/lori-terbabit-nahas-di-melaka-tercabut-tayar-akibat-kerosakan-pada


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 02:26 AM | Show all posts
Edited by nona84 at 1-1-2025 02:27 AM

Kedutaan Besar Malaysia beri bantuan konsulat kepada pelawak ditahan di Arab Saudi


[size=14.399999618530273px]Foto hiasan.


KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi.
Sejak penahanannya, pihak Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memberikan bantuan konsular kepada warga Malaysia terbabit yang dipercayai adalah seorang pelawak popular.


Pihak Kedutaan Malaysia di Riyadh ketika dihubungi BH mengesahkan penahanan terbabit, namun tidak memberikan butiran terperinci identiti individu yang ditahan.
"Atas pelbagai faktor, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, kesal kerana tidak dapat memberikan butiran lain perkara itu," katanya.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak popular ditahan di Jeddah kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah, baru-baru ini.
Pelawak itu dipercayai ditahan dua bulan lalu di Lapangan Terbang Jeddah dan masih berada dalam tahanan bagi tujuan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Difahamkan, pelawak berkenaan menunaikan umrah bersama rakan-rakannya, namun ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.
Bagaimanapun, pelawak berkenaan dilihat masih aktif dalam media sosial dengan beberapa hantaran baharu dimuat naik, namun kandungan itu dipercayai diuruskan oleh pasukan pengurusannya.
Malah, pelawak berkenaan dikatakan bakal muncul dalam satu program televisyen yang dirakam lebih awal sebelum insiden penahanan berlaku.






https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1343354/kedutaan-besar-malaysia-beri-bantuan-konsulat-kepada-pelawak-ditahan



Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 02:29 AM | Show all posts
Umat Islam wajib pertahan, sokong Palestin - MKI


[size=14.399999618530273px]Umat Islam juga perlu menyokong pengiktirafan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan hak asasi manusia. - REUTERS

[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]


KUALA LUMPUR: Umat Islam wajib membela serta mempertahankan Palestin dan rakyatnya daripada segala bentuk kezaliman, pencerobohan dan penjajahan rejim Zionis Israel.
Perkara itu diputuskan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang bagi membincangkan mengenai kewajipan membela dan mempertahankan Palestin dan rakyatnya daripada pencerobohan Israel pada 24 hingga 26 September lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Datuk Dr Nooh Gadot dalam kenyataan hari ini berkata umat Islam juga perlu menyokong pengiktirafan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan hak asasi manusia.
Beliau berkata, umat Islam juga hendaklah bersatu dalam mempertahankan dan membebaskan Masjid al-Aqsa.

"Boikot adalah disyariatkan dalam Islam terutama untuk mempertahankan dan memelihara maqasid syariah. Perbuatan boikot selari dengan tuntutan jihad terutama dari segi harta," katanya.
Nooh berkata tindakan memboikot syarikat atau entiti perniagaan yang mempunyai kepentingan dan terlibat dengan rejim Zionis hendaklah berpandukan beberapa parameter yang digariskan.

Antaranya, katanya matlamat boikot untuk menekan syarikat menukar polisi, visi, misi dan strategi mereka berkenaan Palestin dan menghentikan kezaliman Israel.
Selain itu, tindakan boikot hendaklah dilaksanakan berdasarkan beberapa kriteria antaranya syarikat terlibat dalam aktiviti penjajahan dan membantu rejim Zionis seperti membekalkan perkakas komputer, membekalkan jentera atau peralatan bagi memusnahkan harta benda dan nyawa rakyat Palestin serta memberi pembiayaan kewangan.

"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai badan penyelaras telah menyembah maklum pandangan hukum kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah selaku Pengerusi MKI dan seterusnya Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267 pada 23 dan 24 Oktober.
"Dalam hal ini, Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengambil maklum mengenai pandangan hukum yang telah dipersetujui dan pihak berkuasa agama negeri-negeri boleh mempertimbangkan keputusan ini bagi tujuan pewartaan fatwa di negeri masing-masing," katanya.





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1343356/umat-islam-wajib-pertahan-sokong-palestin-mki


Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 02:32 AM | Show all posts
2 suspek termasuk wanita Singapura nekad rempuh polis elak kereta ditahan bersama dadah


[size=14.399999618530273px]Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Dua anggota polis cedera selepas terjatuh akibat dirempuh sebuah kereta dipandu wanita warga Singapura di kawasan Jalan Persiaran Alif Harmoni di sini tengah malam semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata kejadian berlaku ketika sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Johor Bahru Selatan membuat pemantauan penugasan Ops Tapis di kawasan Jalan Tampoi, Taman Seri Bahagia, di sini.


Ketika itu, katanya polis mengesan sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna kelabu dipandu dalam keadaan mencurigakan dan mengekori rapat kenderaan itu sehingga ke kawasan Jalan Persiaran Alif Harmoni di sini.
Beliau berkata, ketika cuba menghampiri kenderaan suspek untuk pemeriksaan, kereta terbabit tiba-tiba dipandu secara merbahaya sehingga merempuh dua anggota polis menyebabkan kedua-duanya terjatuh dan cedera.

"Meskipun diarah berhenti, kenderaan terbabit terus dipandu laju menghala lebuh raya Pasir Gudang, sambil dikejar anggota sehingga ke Lebuhraya Pesisir Pantai Iskandar dan Lebuhraya Link Kedua.
"Ketika dikejar, suspek turut merempuh palang tol di kawasan plaza tol Senai Utara sebelum memasuki Lebuhraya Utara Selatan menghala utara untuk mengelak ditangkap," katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, kereta peronda polis (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai dan Kluang digerakkan untuk membantu sebelum kenderaan suspek akhirnya ditahan di kawasan Simpang Renggam di Kluang.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati kenreta itu dipandu wanita dipercayai warga Singapura berusia 38 tahun, dengan seorang penumpang lelaki warga tempatan berusia 49 tahun ditahan.
"Pemeriksaan menemukan beberapa bungkusan plastik berisi bahan disyaki dadah berbahaya dalam kenderaan.
"Bertindak atas maklumat tangkapan, dua serbuan berasingan dilakukan di kawasan Johor Bahru dengan polis merampas pelbagai jenis bahan disyaki dadah.
"Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua tangkapan positif dadah jenis methamphetamine dan semakan rekod mendapati lelaki warga tempatan mempunyai pelbagai rekod dadah dan jenayah serta satu rekod dikehendaki.
"Hasil operasi ini, polis merampas dadah dengan anggaran nilai keseluruhan RM54,831 termasuk ganja, syabu, serbuk ekstasi, heroin dan pil nitrazepam," katanya mengesahkan kedua-dua suspek direman enam hari sehingga 5 Januari depan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain Seksyen 307 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.










https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1343362/2-suspek-termasuk-wanita-singapura-nekad-rempuh-polis-elak-kereta-ditahan
[size=14.399999618530273px]




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 02:34 AM | Show all posts
Mayat dengan tatu 'SOMIT HAPA' pada lengan, polis kesan waris


[size=14.399999618530273px]Foto hiasan.

[size=14.399999618530273px]

PORT DICKSON: Polis sedang mengesan waris susulan penemuan mayat lelaki yang terdampar di tepi laut di Batu 9 Pantai Teluk Kemang, di sini, dua hari lalu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin, berkata mayat yang tidak diketahui bangsa itu ditemui tanpa sebarang pengenalan diri, namun terdapat tatu perkataan 'SOMIT HAPA' pada lengan sebelah kanan.


"Pemeriksaan lanjut tidak menemukan sebarang unsur jenayah pada tubuh badan mayat itu," katanya melalui kenyataan media.
Mengulas lanjut, katanya, si mati mempunyai ketinggian kira-kira 165 sentimeter, bertubuh gempal dan berambut pendek.
"Pakaian si mati semasa ditemui adalah seluar panjang berwarna hitam, baju T lengan pendek berkolar warna biru bertulis BHPC lambang kuda sukan Polo.
"Si mati juga memakai tali pinggang warna coklat dan 'buckle' (kepala tali pinggang) bertulis Marlboro," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung pegawai yang mengendalikan kes iaitu Sarjan Mejar Ratnawati Hasbi Abu di talian 06-6625222 atau 012-6898542 atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1343309/mayat-dengan-tatu-somit-hapa-pada-lengan-polis-kesan-waris


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2025 02:36 AM | Show all posts
Tangani cabaran kenaikan kos sara hidup jadi keutamaan kerajaan - Anwar




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat mengimbau kembali tahun 2024 yang disifatkan sebagai tahun mukadimah dan pembuka kepada agenda pembaharuan nasional untuk negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan sudah menggerakkan usaha menjelmakan anjakan baharu sepanjang tahun ini, khususnya dalam memenuhi kerangka Ekonomi MADANI diluncurkan pada 27 Julai 2023, satu hala tuju jelas untuk membentuk semula Malaysia sebagai peneraju ekonomi rantau Asia.
Bagi mencapai hasrat itu, beliau memahami tidak semua keputusan dan kebijakan kerajaan itu popular atau lekas membuahkan hasil.

"Namun, semua ini dilaksanakan dengan tekad politik yang jelas, dengan niat ikhlas serta penilaian yang teliti untuk memastikan dasar-dasar terbabit ini memberi manfaat kepada rakyat terbanyak," katanya dalam perutusan khas sempena tahun baharu yang disiarkan secara langsung di televisyen malam ini.
Anwar berkata, antara usaha dijayakan kerajaan bagi 2024 adalah penyasaran subsidi diesel serta tarif elektrik yang digerakkan, bertujuan menutup ketirisan sekian lama disebabkan subsidi pukal yang disalurkan kepada pihak paling kaya serta tiga juta warga asing tidak layak.
Selain itu, katanya, peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi 2024 ditambah RM10 bilion, jumlah terbesar dalam sejarah.

"Pada tahun hadapan (2025), kerajaan berhasrat untuk menambah peruntukan STR dan SARA sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion keseluruhannya.
"Selain menambah jumlah bantuan saban tahun, kerajaan juga giat menangani gejala fenomena kenaikan kos, kerana kos sara hidup ditangani melalui penganjuran Program Payung Rahmah di seluruh negara.
"Pasukan pemantau digerakkan dengan aktif untuk memerhati, memantau dan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang mencatut harga dengan sewenang-wenangnya," katanya.
Anwar berkata, keadaan ekonomi semasa harus ditangani dengan bijak kerana ia juga membabitkan apa yang belum diduga, yang berlaku separah ini, iaitu seperti musibah banjir di beberapa negeri mutakhir ini.
Untuk itu, katanya, kerajaan sudah memberi jaminan segala usaha akan terus dijalankan di semua negeri bagi memastikan bantuan segera tiba, sementara kerja pemulihan dan bantuan secepat mungkin dapat diselenggara semua agensi pusat dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan atau jajahan.
"Operasi kesiapsiagaan sejak awal sudah dirangka secara mampan supaya dapat mengelak dari dampak yang buruk daripada musibah itu. Kita akan mampu mengharungi dan melindungi lebih banyak nyawa dari terkorban atau harta benda yang rosak.

"Mengenai perbelanjaan pembangunan negara, selain tumpuan diberi kepada prasarana asas seperti jalan raya, lebuh raya dan bekalan, adalah dengan meneruskan projek tebatan banjir di kawasan berisiko tinggi biarpun akan memberikan kesan dan dampak perbelanjaan tinggi," katanya.


[size=14.399999618530273px]







https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1343320/tangani-cabaran-kenaikan-kos-sara-hidup-jadi-keutamaan-kerajaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 03:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 03:58 AM | Show all posts
happy new year
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 04:02 AM | Show all posts
Semoga tahun ini dipenuhi dengan kejayaan dan kebahagiaan untuk semua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.412228 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list