|
Reply 1320# jeeja07
thanks, mesti cuba ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1322# sitipayung
sedap nyerrrr garlic bread... leh ajar camana nk buat? |
|
|
|
|
|
|
|
Kat sini tak jumpa lg lah tpg high protein ni..
Takat ni guna tpg gandum je, tu pun berani ikut 1 resepi je..rasa jemu dah..
Nak tanya kekawan kat group ni lah, camana nak tukar resepi yg guna tpg high protein kpd tpg gandum? Contoh: 500gm tpg high protein, so kalau guna tpg gandum shj brp gm diperlukan ye..500gm jg atau perlu lebih atau perlu kurang? |
|
|
|
|
|
|
|
wokehh..kompiden dah kak siti..la ni tgh tunggu roti kembang setaman utk bekfas esok..tq2.. |
|
|
|
|
|
|
|
HOME MADE CHICKEN FOLDOVER
|
|
|
|
|
|
|
|
CHICKEN TORTILLA ,FRIES SWEET CORN |
|
|
|
|
|
|
|
saya nak ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada otai2 roti di sini kerna dgn tips2 dari anda semua, akhirnya roti saya menjadi.
first time buat roti haritu, tak meropa roti, jadi ropa scones.
lepas dah khatam benang ni, macam2 ilmu dapat. akhirnya, mlm tadi try lagi.. wallaaaa memang menjadi!!! nanti saya paste gambar nye ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1327# sitipayung
boleh share resepi flour tortilla ni tak? |
|
|
|
|
|
|
|
lady cactus
Resepi Home made Tortilla
3 cawan tpg gandum
2 tsp b.powder
1 tsp garam
4-5 sd besar lemak sayuran
1 1/4 cawan air suam (lebih kurang)
Cara
Masukan tepung, garam, baking powder dalam mangkuk. Gaul rata rata.
Masukan lemak sayuran dan gaul dengan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
Kemudian masukkan air suam sedikit sedikit dan uli beberapa minit hingga jadi doh yang lembut.
Tutup doh dengan tuala bersih dan rehatkan 20 minit.
Bahagikan doh kepada 10-12 ketulan .
Sementara itu panaskan kuali leper.
Canaikan doh tersebut menjadi bulatan yang nipis.
Letakkan tortilla atas kuali tersebut.
Masakkan beberapa saat setiap belah sehingga tortilla menjadi perang dan mengelembung .
Tutup tortilla dengan tuala bersih untuk elakkan ia menjadi keras.
Tortilla boleh disimpan dalam tupperware/plastik beg. Apa bila hendak makan panaskan semula atas kuali leper dengan api kecil. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih banyak2 sitipayung |
|
|
|
|
|
|
|
Roti Putih Madu Harum Vanila
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
- kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwish dan 1 acuan petak 18cm.
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
500gram tepung roti
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
3 sudu besar shortening@lemak sayuran
220ml air suam
6gram yis ( ros guna jenama mauripan)
4 sudu besar water roux
1 sudu kecil garam
beberapa titik esen vanila
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukakan dalam acuan sandwish loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, gliss permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lady cactus
Resepi Home made Tortilla
3 cawan tpg gandum
2 tsp b.powder
1 tsp garam
4-5 sd ...
sitipayung Post at 22-6-2012 10:08
tumpang tanya, lemak sayuran tu dijual kat bhg ape ye di pasaraya? kalau ganti dgn bahan lain eg. minyak masak boley ke? tq! |
|
|
|
|
|
|
|
cee merah
boleh beli kat kedai menjual alatan kuih atau pasaraya giant,tesco, ianya bewarna putih seperti majerin/butter
takpasti boleh ganti dengan minyak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1338# sitipayung
ic, trimakasih. saya gooogle td, ade juga yg ganti lemakk sayuran dgn minyak sayuran eg. olive oil. trimakasih again! |
|
|
|
|
|
|
| |
|