|
Ok, aku nak berkongsi pengalaman aku berada di Gold Coast, AU selama 5 hari (17hb - 21jb Feb 2009) yang lepas. Pertama sekali terima kasih kepada segala forumer yang berkongsi info di forum ini. Ini adalah dikira community service aku kepada forum ini.
Persiapan
---------
1. Ticket
Carilah yang mana memurah. Aku dapat tiket dari Air Asia (April 2008), ada promo RM1500 untuk seorang pergi dan balik (pada
aku kira murah la time tu)
2. Visa
Untuk ke Australia, diingatkan bahawa anda perlu apply Visa. Untuk tidak memeningkan kepada, suruh sahaja travel agency yang
buatkan kerana
2.1 ianya murah
2.2 diorang dah selalu buat, so takde masalah
Dalam kes aku, aku apply visa secara online. Pergi ke http://eta.immi.gov.au , setiap visa akan dikenakan charge sebanyak
AUD$20 seorang. Check betul2 dan banyak kali check nama yang ditulis mestilah sama dengan nama di passport. Selalunya visa
akan approved dalam masa yang sama kecuali ada nama Ahmad, Mohd, Mohammad, Mohammed. Ia akan confirm dalam masa 12 jam
berikutnya. Mak aku yang umur 54 dan baby aku umur 10 bulan lepas senang sahaja. Aku, adik aku dua orang dan wife aku kene
tunggu 12 jam reconfirmation.
Kalau dah confirm, simpan nombor rujukan untuk buat checking. DIINGATKAN, TAK PERLU PRINT VISA INI KERANA IANYA VISA
ELEKTRONIK.
3. Duit
Masa sekarang adalah masa yang sesuai untuk menukar duit anda kerana ianya berkadar rendah. Masa kami tukar duit purata kami
dapat AUD$1 = RM 2.40 , so kalau dalam RM1000, dapat dalam lebih kuran RM 450. Tukar jek la banyak, aku pasti ianya tak
cukup.
Maklumkan kepada pihak bank yang anda nak ke AU, aku sempat call Citibank ketika tengah beratur nak boarding kat LCCT.
Maybank tak sempat call.
4. Hotel
Ini bergantung kepada size members yang nak kesana. Aku sefamily memilih untuk duduk di Surfers Paradise (sempat beli baju
Hard Rock Surfers Paradise). Ianya semacam center di Gold Coast tu. Hotel aku duduk ialah Hotel Ipanema Surfers Holiday
Resorts. Owner dia James sangatlah membantu, jangan takut untuk call dia. Kitorang duduk 4 malam, rate AUD150 semalam. Hotel
dia amatlah bagus, semua ada, kitchen, hall, 2 x bedroom, 2 x bathroom, washing machine + dryer. Sila booked sebulan sebelum
hari sebenar, dia cuma mintak upfront AUD$200 jek.
5. Makanan + Pakaian
Ini mungkin paling penting. Makanan, ikutlah apa saja forumer yang katakan kat sini. Memang tepat dan bernas, kami sekeluarga
bawak 1 beg yang penuh dengan makanan. Senang untuk di declare. Diingatkan untuk mempercepatkan proses checking di
immegresen, masa di flight , nanti diorang edarkan entry form dan pilih salah seorang daripada family members yang declare
makanan sahaja. Kami bawak susu budak yang belum dibuka, sambal tumis ikan bilis, maggi perisa ayam dan mee hoon pama, rice
cooker kecil dan beras. Tak sampai 30 saat, pegawai tu bukak beg, tgk itu-ini dia kata "OK, welcome to Gold Coast".
Masa Bercuti
------------
Tempat untuk melancong bergantung pada masa yang ada, kami ada cuma 3 hari untuk berjimba + shopping, kami gunakan dengan
sebaiknya! ANTARA YANG PENTING, TEKSI UNTUK KE HOTEL. Banyak forumer kata Airport Transport mahal so kitaorang avoid la,
kitorang amik TAXI, nego berlembut dengan driver tu kitorang dapat AUD$60. Kira murah tu. Kalau dia pakai meter, pengsan
korang. Diorang punya meter formula
DUIT KORANG KENE BAYAR = Jarak Perjalanan + Berapa Orang + Luggage
so dinasihatkan jangala naik teksi kecuali terdesak sangat. Ada satu kes kami bershopping sakan kat kedai cenderahati
malaysian punya tu sampai kol 7 lebih, bas dah takde, padahal jalan kaki 5 minit jek sampai hotel, tapi sebab dah letih
sangat, naik teksi kene AUD$18.
Hari Pertama
------------
Kami sampai pagi daaa. sampai James yang owner Hotel Ipanema tu cakap "you're too early.." kat sana Hotel check-in 11 pagi,
kami sampai hotel 9 lebey. Nasib baik dia okay, dia carik room yang kosong dia terus kasi kitorang, fuuhh, tingkat 12 dapat
tengok laut...
So kol 1 lebey jek kitorang pun mulakan journey. Naik bas. Bas dia sangat bagus, waktu tepat semua, driver friendly dan
membantu. Dalam forum ada kata amik daily pass, tapi setelah tanya ngan bus driver dan kita pun tak tahu nak kemana dalam
masa beberapa hari berikutnya so kitorang amik single ticket la. Murah la jugak. First stop kitorang pergi Pacific Fair
Shopping center(PCSC), dah driver taxi tu kata Pacific Fair lagi best dari Harbour Town. Kat PCSC, kitorang beli supply untuk
makan malam, telur, sayur, minyak dan memacam lagi, adik aku beli flip-flop AUD$9 . Kira best la jugak layan kat PCSC ni, aku
beli Krispy Kreme (donut popular disana), gatal pergi beli baju Canterb AUD$40. Cari jugak tiket utk ke theme park, tapi
kaunter dah tutup. Kol 5 memang mati la bandar Gold Coast, melainkan ko nak layan poker ngan strip club.
Hari Kedua
----------
Kitorang pergi ke Currumbin Wildlife Sanctuary (CWS). Best! Patut return balik kalau ada rezeki nak kesana lagi. Kitorang
bangun pagi (6 pagi) untuk kejar ke CWS untuk dapat kasi makan Loreekat (burung kakak tua), habis lengan aku kene cakar ngan
burung tu, ada lagi ni. Kemudian, kami naik train untuk tengok Koala dan kangaroo. Kitorang duduk sana sampai kol 3 petang,
lapar jugak la, so kitorang nak head to Harbour Town Shopping Center (HTSC) dengan tujuan nak makan Nandos sebab halal kan.
Sekali rambang mata la, banyak sales.... Canterb Jersey AUD$50 jek, terus angkat, adik aku angkat Levis, Nike, Polo Jeans
yang harga dia RM600 kat Malaysia hanya AUD$45 jek.Bini aku, aku belikan beg Guess dalam AUD$140 dan utk anak aku, aku
belikan kasut Adidas utnuk dia pakai bila dah besar. Baru rambang mata, tapi disebabkan masa suntuk dapat shopping ala kadar
jek. So 5.30 kitorang gerak naik bas berenti kat kawasan Cavil Ave. shopping souvenir plak. fuuhhh, murah la, takyah pi
Carrara Market or Nerang Market ke. Dan dan jek owner dia tahu kita Malaysian, dia pasang CD Siti Nurhaliza. Emak aku best ls
shopping. Aku abis almost AUD$150 untuk souvenir jek. Kat situ jumpa la Restoren Maharani tu (tak pergi pon), adik aku pi
Hard Rock beli barang member dia pesan. Kitorang abis 2 jam kat sana.Tu yang kene ngan teksi sana tu, AUD$18.
Sebelah kedai souvenir tu ada kedai Ticket untuk Theme Park. Murah.... Kitorang budget pergi Sea World dan Movie World. Satu
tiket AUD$56 dollar je. Kalau beli kat kaunter, mau AUD$69.
Hari Ketiga
----------
Kitorang pergi Sea WOrld, so bangun pepagi, kitorang buat sandwich sardin untuk bekalan kot2 lapar. Memang lapar, so kitorang
memang satu hari habiskan kat Sea World ni. Panas, lupa pakai sun block, semua dah jadi lobster dah. Actually another advice
is kalau korang pi theme park ni, sebenarnya satu hari tak cukup. Mak aku pulak tak sihat time kat situ, so dia banyak
berehat jek. Kitorang memula tgk Sesame Street Show, kemudian tengok Under Water Shark ngan Polar Bear. Best nasib baik Polar
Bear tengah aktif, banyak jugak gambar diamik. Dah nak petang2, kitorang main Bermuda Triangle dan finale dia adalah Dolphin
Show, sangat mantop. Kat sini la kitorang jumpa Media Prima nye grup, DS Farid pun ada. Lepak satu hari layan Sea World. Adik
aku nak pergi lagi Harbour Town nak return dan beli Nandos kalau bukak, sekali diorang tutup awal jugak tak seperti yang di
war-warkan hari Khamis bukak sampai 7.30malam. So, aku ngan mak aku, wife dan anak aku balik hotel untuk masak malam.
Kitorang tido awal.
Hari Keempat
------------
Jumpa lagi ngan Media Prima nya grup di Movie World. Best2 jugak la tapi ada karakter yang sombong terutama Batman cilaka tu.
Tak tahula in-character mode ke, selamba kodok dia tolak chinese tu sebab kete dia nak lalu.
Selingan : Australia ni masih ada darah racist lagi. Kitorang jumpe depan mata kitorang masa transit kat Australia Fair,
budak2 kecik ni kacau setiap Asians (kalau asians tu merujuk kepada muka chinese dan jepun la). Diorang kacau mamat cina ni
nak jalan, diorang naik basikal lepas tu lepaskan basikal tu langgar minah2 cina tu.
Kat movie world aku seronok sikit la, banyak rides dan karakter2 dewasa. Memula ada cartoon karakter buat show, tak layan
sangat kitorang terus beratur tgk Stunt Show. Sangat best. Pastu kitorang ronda tengah town, shopping lagi, beli topi koboi,
pastu jalan2 sampai sesat ke Ride Lethal Weapon eh? aku tak naik dengan mak aku. nampak cam mengerikan jek. Kemudian naik
Batman Wing, pergh, gila tinggi, mule cuak jugak la, superman nye ride close for maintenance. Kitorang lapo kedauk makan kat
Halal Rest Rick apa tah, ok la makanan dia untuk alas perut jek. Kol 3 lebih jek dah ujan, so kitorang decide utk keluar.
Kitorang budget nak ke Harbour Town lagi, nak return shopping. Aku pegi beli 2 lagi baju Canterb, belanja adik aku satu dan
satu utk pakcik aku. Bini aku perfume kat Perfume Store, belikan mak mertua beg dan macam2 lagi la. Kol 6 kitorang keluar
dari HTSC, balik hotel packing terus barang sebab esoknya dah nak balik Malaysia.
Summary
------
Gold Coast memang tempat pelancingan yang sesuai utk semua usia la. Rakyat dia peramah dan membantu. Insya-Allah ada rezeki
nak kesana lagi dan amik cuti panjang sikit maybe dalam 2 atau 3 minggu
Diharapkan guide diatas dapat membantu, dan jika ada persoalan boleh tanya dan insya-Allah aku akan balas segala persoalan. |
|