|
♥ HoMe oF MiLaNiaNS ♥ Taip HITS1 FIKIRAN hantar ke 32776
[Copy link]
|
|
www.astro.com.my
Penghias Skrin
Taip GET <jarak> 189044333 & hantar ke 32323 |
|
|
|
|
|
|
|
Muat turun Menanti (Mila)
Caller Ringtone(Utk pelanggan Maxis Shj): Dail *131*145283# & hantar
Truetone : GET<jarak> 176909345 & hantar ke 32323
Video : GET<jarak> 109800159 & hantar ke 32323 |
|
|
|
|
|
|
|
Mana org ni? Kan siang lagi ni...........uhu |
|
|
|
|
|
|
|
T.kasih Teera, memang lawak pun diorang sampai Akim terbaring dan selalu terhantuk kepala.
jadi tiga VC diorang, memang best sangat2. Antara banyak penyanyi dan VC lagu tersebut,
VC dan lagu Mil ...
taurus-71 Post at 29-10-2009 13:15 
Biasa le kak Tores..cemburu,iri hati kan lumrah manusia tapi jgn le kutuk mengutuk.
Macam kita semua kan, mana ada main kutuk2 ni..sporting je memanjang |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk tatapan mlm Jumaat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hai Serai dah sihat ke?jaga kesihatan dan jangan lupa makan ubat..
Akak dulu kena apendik juga dan berpantang selama tiga bulan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok lah nak out dulu....dah dekat tgh malm ni,lagi pon kita sorang2 je kat ni
Jumpa esok lagi...insyaallah |
|
|
|
|
|
|
|
welkem bek serai dah ok ke skrg? get well soon yer :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
morninggggg  |
|
|
|
|
|
|
|
Taken from Kosmo Online!
Kombinasi RTM dan Pengasih - Terbitkan program Kekasih Awal...Akhir
SENTIASA mempunyai inisiatif untuk menyalurkan mesej bermoral kepada penonton, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menerusi dua saluran televisyennya, TV1 dan TV2 sebenarnya sudah banyak menyiarkan program-program bercorak sedemikian.
Menggalas tanggungjawab sosial, RTM baru-baru ini juga telah bekerjasama dengan Pengasih Malaysia untuk menerbitkan sebuah program khas, Kekasih Awal...Akhir yang akan disiarkan di TV2, pada 1 November ini bermula pukul 8.30 malam sehingga 10 malam
Program itu merupakan sebahagian daripada kempen Pengasih, Kenali Anak Kita yang sudah bermula sejak Mei lalu. Kempen itu bertujuan untuk menyedarkan ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap anak-anak mereka supaya anak muda tidak terjebak dalam najis dadah.
"Pelancaran akan dilakukan oleh penaung kempen, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan akan dihadiri bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Auditorium Perdana, Angkasapuri RTM.
"Ini merupakan kali pertama aktiviti kempen Kenali Anak Kita akan disiarkan secara langsung kepada penonton di rumah," kata Presiden Pengasih Malaysia, Mohd. Yunus Pathi ketika ditemui pada sidang media mengumumkan kerjasama itu.
Selain daripada segmen pelancaran, program selama satu jam setengah itu juga akan diisi dengan sketsa dan persembahan artis seperti Jamal Abdillah, Misha Omar, Mila, Bob dan Ernie. Selain daripada itu, satu konsert untuk golongan remaja, Gegar Generasiku akan diadakan di Padang Semarak.
"Sketsa yang bakal dipersembahkan sarat dengan informasi bagaimana untuk lebih mengenali dan memahami anak masing-masing. Namun, persembahan sedemikian mungkin kurang diminati golongan remaja. Maka, kami ada menyediakan konsert di Padang Semarak untuk mereka.
"Dalam program itu, kami turut membuat liputan langsung dari sana. Pendekatan program itu akan dilakukan secara santai kerana kami tidak mahu penonton berasa bosan. Jadi segmen bual bicara juga akan dipendekkan," kata Pengarah Penerbitan TV RTM, Rokiah Norma Ramli.
Sudah melawat Selangor, Perak, Kelantan dan Terengganu untuk menyebarkan kewujudan kempen itu, ia menerima sambutan baik daripada ibu bapa. Namun, jumlah 5,000 orang datang ke kempen itu masih belum mencukupi untuk menangani masalah dadah
"Dengan adanya majlis pelancaran yang ditayangkan TV, ia akan mampu mendekati lebih ramai orang. Kami amat berterima kasih kepada RTM kerana memberikan ruang itu kepada kami. Ramai ibu bapa yang tidak sedar anak-anak mereka sebenarnya menggunakan dadah.
"Jadi mereka memilih untuk biarkan anak-anak mereka. Dengan adanya kempen seperti itu, ia akan sentiasa memberi peringatan kepada ibu bapa supaya tidak leka. Mencegah lebih baik daripada mengubat kerana ibu bapa adalah faktor yang paling berpengaruh dalam pembentukan nilai, sikap dan tingkah laku anak-anak," jelas Mohd. Yunus.
Kempen itu yang dilancarkan di Sekolah Menengah Wangsa Maju 2 akan berjalan selama dua tahun turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Dalam perancangan untuk menerbitkan 13 episod bagi menampung keperluan kempen itu pada tahun depan, mereka yang berminat untuk menyertai pelancaran itu boleh mengisi ruang Dewan Auditorium Perdana, Angkasapuri RTM pada 1 November nanti.
"Dewan itu hanya boleh mengisi 650 orang dan kami mengalu-alukan kedatangan ibu bapa. Ahli-ahli Pengasih juga akan turut serta. Namun, bagi mereka yang berada di tempat jauh, anda boleh menyaksikan program itu menerusi TV," tambah Rokiah Norma Ramli. |
|
|
|
|
|
|
|
Taken from Utusan Malaysia Online
Konsert, sketsa hiasi Kekasih Awal... Akhir di TV2
BUAT pertama kalinya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal membawakan program yang menekankan aspek pencegahan tingkahlaku, penyelewengan serta penyalahgunaan dadah dalam Kekasih Awal…Akhir, Kenali Anak Kita.
Bakal dirasmikan oleh Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, program yang dijadualkan berlangsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 1 November ini (Ahad) juga bakal berlintas langsung dari Padang Semarak, Kuala Lumpur menerusi konsert, Gegar Generasiku.
Program kerjasama RTM dan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), itu turut disiarkan secara langsung di TV2 pada pukul 8.30 malam.
Presiden Pengasih, Mohd. Yunus Pathi pada sesi temu bual yang diadakan di Wisma TV, Angkasapuri baru-baru ini berkata, program tersebut adalah antara 20 siri penganjuran yang dilakukan selama dua tahun bermula Mei lalu.
"Setakat ini kita baru jalankan sebanyak lima siri di sekitar ibu kota yang merangkumi forum dan bual bicara. Ternyata apabila didedahkan kepada umum, maklum balas yang diterima daripada golongan ibu bapa begitu memberangsangkan.
"Selain Wilayah Persekutuan, kita juga bakal ke Perak, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang dan sebagainya untuk menjalankan program ini sepanjang dua tahun.
"Apa yang kita lihat, isu dadah ini telah diperkatakan sejak berdekad lamanya. Dan apa yang membimbangkan kebanyakannya melibatkan anak-anak dan generasi muda.
"Lebih malang lagi, kebanyakan ibu bapa tidak perasan yang anak mereka terpengaruh dengan najis dadah sehinggalah keadaan menjadi bertambah teruk.
"Jadi program sebegini membantu memberi kesedaran kepada ibu bapa khususnya menilai serta membuat andaian setiap gerak geri anak-anak mereka yang dilihat berpotensi terjerumus kearah itu," katanya.
Selain bual bicara, antara pengisian yang bakal melatari program itu pada malam tersebut di Auditorium Perdana ialah, sketsa berkaitan isu penyalahgunaan dadah dari para pelajar Akademi Seni Warisan Kebangsaan (Aswara), serta persembahan barisan artis terkenal seperti Jamal Abdillah, Misha Omar, Mila, Bob dan Ernie.
Di Padang Semarak pula, penonton bakal dihiburkan oleh Aizat dan Estranged secara terbuka.
Sementara itu, Pengarah Penerbitan TV, Rokiah Norma Ramli pada sesi temu bual yang sama memberitahu, penyelitan sketsa dan hiburan seperti nyanyian secara kreatif dari segi penerbitan mampu menarik minat penonton untuk mendengar dan menonton program tersebut.
"Untuk sketsa pula, kita akan paparkan kisah kehidupan beberapa remaja yang menceritakan tentang masalah mereka sehingga terjerumus dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah," katanya.
Kata Rokiah, konsert yang bakal dipaparkan menerusi lintas langsung dari Padang Semarak adalah bertujuan memberi peluang kepada generasi muda khususnya golongan remaja untuk berhibur dalam keadaan terkawal sambil menyokong memerangi dadah |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk makluman semua....
lagu Kau dan Aku ada diputarkan di radio Era.
Jom request K&A dan masuk carta Era. Lagu K&A pasti meletop....
taurus-71 Post at 29-10-2009 15:58 
Banyaknye lagu Mila diputar kat ERA
Jom2 request! :pompom: |
|
|
|
|
|
|
| |
|