|
UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Reply 1318# Pr|nCeSS^M|cKeY
Awak pergi pertama kali adalah umrah wajib. Tidak mengapa kalau pergi tanpa mahram tapi kenalah pergi bersama 2 orang wanita thiqah (yg boleh dipercayai). Tapi lebih elok kalau pergi bersama mahram untuk keselamatan atau sekira ada apa2 musibah berlaku.
Contohnya sekiranya berlaku kematian. Allahyarhamah ibu mertua saya meninggal dunia ketika kami pulang dari umrah, maka saya kena uruskan segalanya. Kak Aziefa juga mempunyai pengalaman sedih di sana. Jadinya pergi dengan mahram lelaki adalah penting sebenarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya musim haji pada tahun ni telah berakhir dan ramai jemaah mula berangkat pulang sedikit demi sedikit meninggalkan bumi haram Mekah AlMukarramah. Tak sabar menantikan kepulangan sanak saudara dan sahabat handai... tak sabar menantikan kisah2 pengalaman haji mereka... semoga segala kisah2 mereka kita jadikan pengajaran dan pedoman buat kita yang masih belum menunaikan ibadah rukun Islan kelima ini... semoga mereka semua mendapat haji mabrur. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Mari kita mulakan tawaf kita... Bismillahi Allahu Akbar Wa Lilla Hil Hamd...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hussain... mari kita spiderman kejap...
|
|
|
|
|
|
|
|
Puncak Jabal Noor... Hussain & Ayahjoe pernah panjat waktu malam dulu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Menara jam yang gah... menampakkan Masjidilharam begitu kecil sekali.
Sebenarnya secara peribadinya saya kurang setuju dengan pembinaan bangunan begitu mewah dan gah yang sangat hampir dengan Masjidilharam. Ianya membuatkan kita fikir tentang keduniaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena lebih berhati2 kalau kita bawak anak2 kecil...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tatkala orang lain nyenyak dibuai mimpi...
Pakcik ini duduk termenung mengenangkan kehidupannya...
Mengenangkan adakah dosa2 telah diampunkan...
Mengenangkan adakah segala amalan diterima olehNya...
Mengenangkan sudah cukupkah bekalan akhirat nanti...
Mengenangkan sudah bersediakah untuk dia menemui Penciptanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Haji kecil...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketibaan para jemaah pulang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Air Asia juga telah disewakan ke Bahrain Air untuk mengangkut jemaah Haji Iraq.
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang Indon yang mana kaya, kaya terlampau amat... tukar duit sampai berikat2...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketibaan para jemaah pulang...
ustaz Post at 29-11-2010 08:49
Menyambut kepulangan jemaah haji
Muslimin yang dirahmati Allah,
Agama Islam telah mengajarkan adab-adab yang digalakkan untuk melakukannya ketika menyambut kepulangan jemaah haji, antaranya kita disunatkan untuk bersalaman dan berjabat tangan serta berpelukan sambil mengucapkan yang maksudnya :
‘Semoga Allah menerima ibadat haji engkau dan mengampunkan dosa engkau serta menggantikannya perbelanjaan yang telah engkau keluarkan’.
Dalam perkara bersalaman dan berpelukan itu, perlulah diingat bahawa hendaklah di antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan sahaja atau sama muhrimnya sahaja. Selain dari itu, adalah elok juga bagi mereka yang menyambut ketibaan orang haji itu meminta doakan kepada orang-orang yang baru balik haji kerana doa mereka adalah mustajab, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :
“Dari Ibnu Umar Radiallahuanhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Apabila engkau bertemu orang haji (yang baru balik haji) maka bersalamlah dengannya dan berjabat tanganlah dengannya dan suruhlah dia berdoa memohon keampunan untuk dirimu sebelum dia masuk ke rumahnya, maka sesungguhnya dia itu telah mendapat keampunan Allah Ta’ala (doanya adalah dimakbulkan)” – Riwayat Al-Imam Ahmad
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga ada mengajarkan supaya orang-orang haji itu sendiri apabila ia hendak sampai ke rumah, sunat baginya untuk singgah ke masjid terlebih dahulu dan melakukan sembahyang sunat dua rakaat. Dan apabila sampai ke rumahnya pula, dia bersembahyang lagi dua rakaat dan berdoa serta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala di atas selamatnya dia kembali ke pangkuan kaum keluarganya.
Demikianlah wahai kaum Muslimin di antara beberapa amalan dan adab bagi orang yang balik dari menunaikan ibadat haji dan orang yang menyambut kedatangan mereka, maka ikutlah panduan tersebut dan janganlah melakukan amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam semata-mata hanya untuk mengikut kebiasaan dan adat resam.
Janganlah sampai kita melakukan perkara-perkara yang dianggap bidaah sayyiah atau bidaah dhalalah, yang boleh menyebabkan kita masuk neraka, Na’uzubilllahi min zalik.
Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga jemaah haji mendapat haji yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air.
Amin Ya Rabbal’alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 31 tafsirnya :
“Katakanlah wahai Muhammad, jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan ingatlah Allah Maha Pengampun .
Sesiapa yg ada Rakan Terdekat saudara keluarga yg pergi mengerjakan Haji..
Ambillah peluang keberkatan ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1331# ustaz
Gambar yang memberi seribu Pengertian...
Wahai Anak Adam..
Sesungguhnya Engkau bagaikan kumpulan hari hari..
Apabila telah pergi satu hari..
Maka hilanglah pula sebahagian darimu..
DAN...
Hampir sahaja telah pergi sebahagiannya..
Maka akan pergi keseluruhannya..
DAN..
Engkau telah Menhetahui hal itu
Maka BERINGATLAH..
Siang dan malam adalah dua gelombang kuat yang bergelut dalam diri anda..
MAKA...
Gunakanlah waktu yang ada sebaik baiknya... |
|
|
|
|
|
|
|
Tatkala orang lain nyenyak dibuai mimpi...
Pakcik ini duduk termenung mengenangkan kehidupannya...
...
ustaz Post at 29-11-2010 08:40
Suka tengok gambar ini. Menginsafkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Haji kecil...
ustaz Post at 29-11-2010 08:43
Comelnya. Masa saya pergi umrah suka tengok anak2 kecil yg dibawa oleh ib bapanya. Pernah tolong kelek anak orang Pakistan yg bawak sampai dua tiga orang anak. Bawak sehingga sampai ke Raudhah. |
|
|
|
|
|
|
|
Salah satu dari Jenazah itu adalah Jenazah Jemaah dari Malaysia (Subang Jaya)..
Saya tertanya tanya ..
Apa ye bezanya warna kain yang menutupi Jenazah tu ?
Ada Hijau..putih..coklat..biru....siapa tahu??
Gambar dari ustaz Rahman..Almakki..Jazakallah Ustaz. |
|
|
|
|
|
|
| |
|