|
(Edisi Saiko V5) Hafiz Hamidun vs Joy Revfa. HH failkan cerai ke atas Joy, bakal
[Copy link]
|
|
Assamualaikum, sedikit tazkirah pada pagi ini :
Islam itu indah, perkara prasangka pun telah di tetapkan dalam Islam. Suuzon atau Su’udzon yang membawa maksud berprasangka negatif, menyangka buruk atau menaruh curiga terhadap seseorang yang belum terbukti orang tersebut melakukan kesalahan.
Islam sangat melarang umatnya bersangka buruk sesama muslim kerana sangkaan negatif, buruk dan jahat akan mengundang malapetaka kepada seseorang itu. Setiap syak wasangka hendaklah berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan sekadar dengar cakap, tuduhan melulu, mengikut tuduhan orang, dan fitnah semata-mata.
Firman Allah سبحانه وتعالى :
وَٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِ بِغَيْرِ مَا ٱكْتَسَبُوا۟ فَقَدِ ٱحْتَمَلُوا۟ بُهْتَٰنًۭا وَإِثْمًۭا مُّبِينًۭا
“Dan orang-orang yang mengganggu dan menyakiti orang-orang mukmin lelaki dan perempuan yang beriman, dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat atau sesuatu kesalahan yang tidak dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.”
(Surah Al-Ahzab, 33; Ayat 58)
.
Sebahagian dari prasangka adalah dosa. Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristiqfar kepada Allah سبحانه وتعالى. Orang yang berburuk sangka adalah melakukan perbuatan jahat dan berdosa besar; Dan setiap perbuatan jahat, Allah سبحانه وتعالى akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah.
sambungan artikel ~ https://shafiqolbu.wordpress.com ... zon-bersangka-buruk
|
|
|
|
|
|
|
|
hh
jgn serik kawen lg ya
cr yg elok elok |
|
|
|
|
|
|
|
@koliba tlg post kt ig repah skli ya . kt smua benang bod gossip |
|
|
|
|
|
|
|
_19788 replied at 16-9-2017 07:30 AM
Kalau kau yakin sah ... Kenapa kau duk buruk2 kan "suami" yg kau kata tu kat media sosial... Apa yg ...
Dia memang x jaga aib suami sbb dia siap bagi kawan2 die baca mesej suami die pada die....masih lagi nak acah2 suci....... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku cadangkann
HH kawen ngan Farah Lee
Repah ratus kawen ngan boss nedd...
Eh salah2. Wak doyok/ ahmad maslan/ ayahanda Rani Kulop
Tapi kakak dia dyana mcm layak je ngan Rani Kulop...
Biar Rani Kulopkan mulut dyana...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-9-2017 10:09 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
“Dia Tergesa-Gesa Nak Menikah Kerana Sesuatu” - Joy Revfa
Diterbitkan: Sabtu, 16 September 2017 6:20 AM
Oleh: NUR ASYIKIN MAYUDIN
[email protected]
Joy memohon Hafiz untuk berhenti manipulasinya dan masyarakat.
AGAKNYA bilakah masalah rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa ini akan selesai selepas mereka masing-masing mempunyai pendapat sendiri berhubung kemelut yang berlaku.
Hafiz, 33, telah memberi amaran kepada Joy atau Siti Arifah Mohd Amin agar mengambil serius terhadap permohonan faraq nikah difailkan Joy di mahkamah selain tidak ambil mudah hal berkenaan.
Bagaimanapun, Joy berharap penyanyi tersebut berhenti memanipulasikan namanya dan masyarakat terhadap kenyataan diberi.
"Saya harap Hafiz tak perlu manipulasi masyarakat dan saya dah puas dimanipulasi oleh dia di media terus menerus, untuk kata saya tidak serius.
"Fokus pada kes? Tuntutan saya jelas... pernikahan ini sah atau tidak, biarlah mahkamah yang menentukannya.
"Ini adalah cara yang terbaik untuk selesaikan. Bukan dengan cara licik yang lain. Dari awal, dia yang tergesa-gesa ingin bernikah dengan saya sebab ada sesuatu yang mungkin dia harapkan namun tak tercapai," kata Joy.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Khamis menangguhkan permohonan faraq nikah difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu.
Kata Joy lagi, dia memahami mengapa pihak Hafiz beremosi dan menjauhkan diri daripadanya sejak awal dan membuat pengakuan penikahan mereka tidak sah.
Menurut Joy, status hubungan mereka mula dihidu apabila Hafiz mula berkongsi masalah yang dihadapi mereka kepada pihak luar.
"Saya faham kenapa pihak sana beremosi dan menjauhkan diri daripada saya sejak awal dan membuat pengakuan sendiri nikah tidak sah walaupun belum disahkan di mahkamah lagi.
Anak Joy, Arryan Firdaus adalahlah jiwanya untuk meneruskan dugaan yang bertubi-tubi.
"Malah dia juga buat saya seolah-olah musuh dia pula dan mengeruhkan lagi keadaan bila ada blog dan media bongkarkan isu ini yang sepatutnya dirahsiakan.
"Netizen dapat hidu setelah saya difitnah disekat laman sosial oleh dia, foto dihapuskan dan surat yang sepatutnya dirahsiakan tersebar menerusi kenalan rapatnya ," ujar Joy.
Dalam pada itu, Joy memberitahu jika Hafiz seorang lelaki berilmu agama, dia seharusnya datang berbincang secara baik dengannya bukan berdiam diri dan menjauhkan diri.
Semenjak isu mereka diperkatakan, Joy berkata dia sahaja yang mengambil langkah untuk bertemu dan memuat naik gambar bersama supaya netizen tidak dapat menghidu masalah mereka.
"Kalau benar dia lelaki berilmu agama, dia harus datang secara baik untuk berbincang bukan mendiamkan diri. Jumpa di rumah keluarga saya baik-baik jika ingin melepaskan tetapi dia tidak buat begitu.
"Selama ini hanya saya saja yang ingin berjumpa dia dan muat naik foto bersama di Instagram supaya netizen tak hidu yang kami tidak tinggal sebumbung.
"Betapa saya sebagai isteri ingin MENJAGA NAMA BAIKNYA sebagai USTAZ walaupun hati saya sakit diabaikan dan dibiarkan begitu saja," kata Joy.
Namun kata Joy dia yakin dugaan yang diterima untuk menyedarkan dirinya kepada Allah dan jalan penyelesaianya.
Hafiz sebelum ini pernah mendakwa masalah rumah tangga mereka mula diperkatakan apabila Joy kerap kali berkongsi status di laman sosial dengan kapsyen yang membuatkan orang ramai ragu status mereka itu.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/09/16/joy-revfa-manipulasi/#44PRFyyecbs6IQ2t.99 |
|
|
|
|
|
|
|
Elok tok hakim sblm bagi keputusan esok2 lempang sorang2 dua tiga das, pastu azankan kat telinga. |
|
|
|
|
|
|
|
repah ni ckp kt depan cermin ke? |
|
|
|
|
|
|
|
"Dari awal, dia yang tergesa-gesa ingin bernikah dengan saya sebab ada sesuatu yang mungkin dia harapkan namun tak tercapai," kata Joy.
Wawww Joy! "Mungkin"
Adakah itu satu assumption Joy??? Takutnye die ni |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah sesuatu itewwwww |
|
|
|
|
|
|
|
I btl xfhm...definasi tergesa tu sehari dua ke hafiz ajk nikah...knpa dlm tempoh tunang xp settle..slah hafiz ke.? ko bengang sbb hafiz n rayos tu bersembang crta hal ko je kn...loyer ko sruh diam kn.. skrg ko lg kuat bunyi kt press |
|
|
|
|
|
|
|
bini_fl replied at 16-9-2017 10:09 AM
“Dia Tergesa-Gesa Nak Menikah Kerana Sesuatu” - Joy Revfa
Diterbitkan: Sabtu, 16 September 20 ...
Ini la kan sejenis suu zon yg dicopy pastekan oleh kalibo.. aku harap HH tak respond pun sebab aku rasa ada tujuan tersirat kenapa Repah yg sepatutnya mengonci mulut masih berkokok sebegini. Nak hadap dua bulan lagi Repah melondehkan diri sendiri .. adehh excitingnyaaaaaa!! |
|
|
|
|
|
|
|
black_handbag replied at 16-9-2017 08:03 AM
yup.. aku igt lagi ade sekali tu repah dgn radz ada buat live kat fb..nak promote produk dia merff ...
I x nmpk dia cantik too walau ada yg ckp dia cantik. Pendapat masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
YuiNekoTan replied at 16-9-2017 09:41 AM
Dia memang x jaga aib suami sbb dia siap bagi kawan2 die baca mesej suami die pada die....masih la ...
Ntah2 mesej2 tu pun dia create sendiri.. Kan ke ada fake whatsapp apps... Knowing rempah.. Dia ni pakar mereka cerita |
|
|
|
|
|
|
|
dhanishdhania replied at 16-9-2017 09:59 AM
Aku cadangkann
HH kawen ngan Farah Lee
Rempah dgn boy iman. Dua dua kaki propa. Lagi pun rempah kepingan nk berdatin sekali lagj |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 16-9-2017 08:34 AM
hh
jgn serik kawen lg ya
cr yg elok elok
hh mungkin la tak serik. yg nak kawin dgn hh tu yg akan seriau. terpalit segala mak nenek kisah hh yg nih |
|
|
|
|
|
|
|
repah saiko x tenang duduk diam rupanya....giler insercure...baru ni dgn lawyer kata happy la seolah2 menang kes...skrg masih byk bunyi...ada je repah nak up kat media...x tenang ke..? oii repah..p la atur gigi anak ko tu..drpd fkir pasal ni je...bongok tul |
|
|
|
|
|
|
|
dhanishdhania replied at 16-9-2017 09:59 AM
Aku cadangkann
HH kawen ngan Farah Lee
hh dgn farah lee mcm sesuai pulak |
|
|
|
|
|
|
|
bini_fl replied at 16-9-2017 10:09 AM
“Dia Tergesa-Gesa Nak Menikah Kerana Sesuatu” - Joy Revfa
Diterbitkan: Sabtu, 16 September 20 ...
Vah vah vah...bila Joy Revfa bercerita tentang nasibnya yang teraniya,betapa dia cuba pertahankan,betapa dia cuba menyembunyikn dri dibau netizen ,betapa hebatnya seorang wanita ingin membela nasib wanita lain yang teraniya,betapa pastinya keputusan yg dibuat di mahkamah.....vah vahhhhh SYABAS!!!rasa nak peluk n gtau "ANDALAH WANITA HEBAT!TAHNIAH ANDA SEMEMANGNYA DI PIHAK BENAR"....Vahh vahh vahh.. ..betapa "hebatnya" anda!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|