|
Originally posted by baby102 at 22-3-2006 03:54 PM
oooo mcm jus ya. ingat kut mcm pil jamu tu. k.da sampai terbabas tidur tu, penangan bidadari terlebih aktiviti mlm ya. hahahahha. jgn marah.
baby, kalau sbb aktiviti tu... diwajibkan mandi yer!! :gila: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by riss_1688 at 22-3-2006 03:44 PM
tak pe la si...nnt bebila free gi le bank in..tak de la urgent sgt...
kalau ada sesapa yg berminat nk cuba bidadari..boleh order dgn saya. pm saya ye...senang nk citer...citer kat ...
hhmmm...betul kata riss tu.......
kita kena beriktiarkan.......
kalau sesapa yg dok kat area S.jaya, P.jaya,Putrajaya, Shah Alam
adikpun leh supply....tipon no?...kena PM le...takut MOD marah lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai yg leh supply bidadari yek...berduyun yg pm iezie.bila iezie nak beli iezie akan pm sesiapa yg berkenaan nanti yer.....sabarrrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
Aisyatul This user has been deleted
|
Originally posted by ayangiezie at 23-3-2006 08:35 AM
ramai yg leh supply bidadari yek...berduyun yg pm iezie.bila iezie nak beli iezie akan pm sesiapa yg berkenaan nanti yer.....sabarrrrrrrr
Cite pasal iktiar ni, Aisya jumpa kawan lama. dah 10 thn tak jumpa, so bila jumpa tanya berapa anak masing2. Dia pun dah 3 thn kahwin tapi baru lekat. so dia bagi petua suruh guna nona manja. tak sempat habis dua botol dia dah lekat. Aisya nak try yg ni dulu kot. tengok mcm mana?
Skrg ni tak de masa nak pergi bank nak bank in kan duit kat supplier tu.
Cik P tak habis lagi ni. mcm ada darah yg berlendir. seram jugak sebab dah lama tak period banyak darah. Tunggu dan lihat je lah. Hb dok tanya dah habis ke belum ni???/ dah lah mlm ni mlm JUMAAT........:cak::cak::cak::cak:
dapat ke tidak????:gila::gila::gila: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Aisyatul at 23-3-2006 09:28 AM
Cite pasal iktiar ni, Aisya jumpa kawan lama. dah 10 thn tak jumpa, so bila jumpa tanya berapa anak masing2. Dia pun dah 3 thn kahwin tapi baru lekat. so dia bagi petua suruh guna nona manja. ...
cuba jgn tak cuba...kkekekekkekek :cak::cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amirdaa at 22-3-2006 10:40 PM
heheheheheee tu lah..sib baik kat opis tu cam dok lam freezer.. heheheheehee... tapi kekadang tu..b4 tido..k.daa mandi.. betul2 mandi...cuci rambut..scrub...esok bgn pagi..k.daa x mandi dah :2l ...
kak da.. si kalo x mandi min 2x sehari.. mmg boleh demam.. badan hangat dan mulot pecah2.. :hmm: mcmana kak da boleh tahan.. hikhikhik.. ade spesis tok janggut ka?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mrsaafifi at 23-3-2006 10:06 AM
kak da.. si kalo x mandi min 2x sehari.. mmg boleh demam.. badan hangat dan mulot pecah2.. :hmm: mcmana kak da boleh tahan.. hikhikhik.. ade spesis tok janggut ka??
si bukan hang sorang lin kalau sehari mmg minimum dua kali mandi kalau tak mandi pagi mesti kepala ku satu hari berpinar jer :gila: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mrsaafifi at 23-3-2006 10:06 AM
kak da.. si kalo x mandi min 2x sehari.. mmg boleh demam.. badan hangat dan mulot pecah2.. :hmm: mcmana kak da boleh tahan.. hikhikhik.. ade spesis tok janggut ka??
si.... species k daa boleh jon Survivor :lol, berhari-hari tak mandi pon tak ape... :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
INFO HARI INI.....
Ovari bengkak, hormon rendah sebab belum hamil
SAYA berusia 26 tahun dan berkahwin selama tiga tahun. Hingga kini belum mempunyai anak. Saya sudah membuat pemeriksaan ultrabunyi dan ujian darah pada hari ke-21.
Doktor memaklumkan ovari saya bengkak dan rahim saya terbalik di samping tahap hormon yang rendah. Saya juga mengalami senggugut setiap tiga kali pusingan haid.
Doktor memberikan ubat yang perlu dimakan pada hari pertama haid untuk membetulkan hormon saya selama dua pusingan.
Bagaimanapun, selepas mengikut arahan doktor, kitaran haid saya tidak menentu selama dua pusingan iaitu sebulan haid saya menjadi 15 hari dan berlarutan hingga tujuh hari.
Keluarga kami tidak pernah mengalami perkara ini. Adakah saya berpeluang hamil?
Bagaimana kaedah rawatan penyakit saya ini? Adakah saya perlu melakukan pemeriksaan secara tebuk perut untuk melihat keadaan rahim saya?
YANA | Pulau Pinang.
LAZIMNYA doktor melakukan pemeriksaan fizikal terlebih dahulu, ada kemungkinan masalah kesuburan berkaitan penyakit sistemik lain. Selain itu, pemeriksaan ultrabunyi dilakukan melalui faraj bagi mendapatkan gambaran lebih jelas terutama pada ovari.
Melalui pemeriksaan ultrabunyi, beberapa perkara berkait kesuburan boleh dilihat termasuk:
- Rahim (saiz, kedudukan, kewujudan fibroid, ukuran lapisan endometrium dan kelainan bentuk seperti bicornuate atau didelphi);
- Ovari (kedudukan, saiz, kehadiran folikel matang pada hari tertentu, kewujudan cyst serta penyakit ovari polisistik)
- Penyakit pada saluran falopian (hydrosalpinx). Pada keadaan biasa, saluran falopian lazimnya tidak dapat dilihat melalui ultrabunyi.
Ujian darah (paras hormon progesteron) yang dilakukan pada hari ke-21 berdasarkan anggapan seseorang wanita mempunyai kitaran haid selama 28 hingga 30 hari.
Bagi mendapatkan gambaran lebih tepat, seeloknya ia dilakukan kira-kira seminggu sebelum jangkaan haid akan datang kerana pada masa ini paras hormon progesteron meningkat bagi wanita yang sudah mengalami ovulasi (pengeluaran telur) beberapa hari sebelumnya pada kitaran itu. Ini sukar bagi wanita yang tidak mempunyai kitaran tetap.
Status saluran falopian belum diperiksa dalam keadaan anda. Memandangkan ada kemungkinan penyakit berkaitan (melalui pemeriksaan doktor dan ultrabunyi), pemeriksaan lanjut melalui pembedahan kecil laparoskopi (tebuk perut) mungkin lebih sesuai.
Ia dapat melihat kewujudan penyakit yang berkaitan (seperti endometriosis dan penyakit radang pelvik atau pelvic inflammatory disease), keadaan saluran falopian serta pemeriksaan sama ada ia tersumbat atau sebaliknya, keadaan ovari dan struktur berhampiran anggota peranakan. Jika ada, rawatan dapat dilakukan pada masa sama.
Lazimnya pemberian ubat kesuburan (pil atau suntikan) dilakukan bagi meningkatkan bilangan telur pada sesuatu kitaran. Ini akan dipantau melalui pemeriksaan ultrabunyi, dari segi keberkesanan jenis serta dos ubat yang sesuai, serta waktu anda dijangka subur (tidak semestinya hari ke-14 sahaja untuk semua orang).
Beberapa perkara lazimnya dilakukan bagi meningkatkan peluang kehamilan:
- Pemberian ubat kesuburan. Jenis (sama ada pil atau suntikan) dan dos berbeza mengikut individu, kebiasaannya doktor akan memberi ubat pil yang murah dan sedikit dosnya terlebih dahulu.
- Pemantauan bilangan dan pembesaran telur melalui ultrabunyi. Keberkesanan ubat kesuburan dalam merangsang ovari akan diperiksa pada sekitar waktu dijangka subur. Bilangan dan saiz matang juga akan direkod. Ia juga dapat menjangkakan jenis dan dos ubat yang sesuai (sama ada perlu ditukar, ditambah atau dikurangkan pada percubaan seterusnya).
- Pemberian suntikan hormon hCG untuk membantu dalam pematangan akhir telur dan masa ovulasi. Ovulasi dijangka berlaku 36 hingga 40 jam selepas suntikan ini. Prosedur rawatan (sama ada IUI atau IVF juga dilakukan sekitar selepas tempoh terbabit), pasangan juga dinasihatkan mengadakan hubungan seks sekitar sebelum waktu berkenaan.
- Prosedur IUI (Intra Uterine Insemination) bagi wanita yang mempunyai saluran falopian yang tidak tersumbat dan kelihatan normal. Walaupun dalam keadaan kedua-dua pasangan normal (tiada punca masalah dikenalpasti), IUI dapat meningkatkan peluang kehamilan kepada 50 hingga 60 peratus dalam tempoh enam bulan rawatan.
- Prosedur IVF (In Vitro Fertilization). Ini memberikan peluang terbaik untuk kebanyakan kes (kecuali jika tiada langsung sperma atau telur). Namun ia mungkin agak keterlaluan bagi anda memandangkan anda juga mungkin hamil dengan kaedah lain yang lebih mudah dan jauh lebih murah, walaupun peluangnya tidak setinggi IVF. Jika saluran falopian tersumbat atau sudah rosak, IVF adalah pilihan yang ada.
Saya harap suami juga sudah menjalani ujian air mani dan didapati normal. Kebanyakan penyakit kesuburan tidak berkaitan dengan keturunan. Tiga tahun mencuba bukanlah masa yang singkat, anda dinasihatkan tidak berputus asa dan terus mendapatkan rawatan.
Usia anda yang muda memudahkan rawatan memandangkan kualiti telur (serta janin) yang dihasilkan juga lebih tinggi. Amalkan pengambilan pil asid folik sebanyak lima miligram setiap hari untuk mengurangkan risiko kecacatan otak dan saraf tunjang bayi. |
|
|
|
|
|
|
|
Suami risau air mani tiada sperma
SAYA berusia 33 tahun dan sudah berkahwin beberapa tahun lalu. Sehingga kini saya masih belum dikurniakan anak.
Baru-baru ini saya bersama isteri menjalani pemeriksaan kesuburan. Isteri saya mempunyai tahap kesuburan normal, bagaimanapun doktor mendapati air mani saya tidak mengandungi sperma.
Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Bolehkah doktor cadangkan cara lain bagi kami untuk mendapatkan zuriat sendiri?
HAS | Terengganu.
APABILA berkahwin, perkara mendapatkan zuriat sememangnya menjadi agenda utama. Selagi isteri belum hamil, sudah tentu dua pihak rasa tertekan terutama si isteri yang menjadi tumpuan dalam penghasilan zuriat.
Sehubungan itu, daripada menunggu dengan penuh tanda tanya adalah lebih baik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.
Bagi suami, doktor akan menjalankan ujian air mani dan isteri perlu menjalani ujian kemampuan menghasilkan telur dan pengenalan mengenai kedudukan rahim serta salur telur sama ada tersumbat atau bermasalah.
Jika ujian air mani tidak menunjukkan sperma, istilah perubatan yang digunakan ialah 慉zoospermia |
|
|
|
|
|
|
Catty This user has been deleted
|
Thanks hotskirt ! |
|
|
|
|
|
|
|
:tq::tq: nessa...
diorg ni... ntah apa2... sib baik k.daa masuk jenguk.. kalau x..sampai esok gamaknyer dok mengater k.daa tuh...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1359 Amirdaa's post
tu la kak da lain kali kalau tak mandi toksah bg tau org..kan dah..he he..kasik diam ajek...kalau dah bubuh minyak wangi satu botol sure org tak tau tak mandi...janji taik mata sudah hilang, air liur dah bersih..he he |
|
|
|
|
|
|
| |
|