Originally posted by NBI86 at 23-8-2007 10:50 AM
Matz, kak B, chicsee, guvnor dan ian
dilah, GV, SC, SQ, ros dan ramai lagi
Kami di sini merindui kalian
Ke manakah gerangan semuanya pergi
Pergi pekan nak beli sugi
singgah sebentar diwarung cik ani..
kenapa dirindu orang2 yang pergi..
kan kita disini sedia menemani...
Originally posted by masarju at 24-8-2007 01:39 PM
ada tempat yg nama Ijuk
selalu pula tak ikut tajuk
pengantin ni memang merajuk
tapi dah ada yg nak pujuk!!;)
hari hujan cuaca pun sejuk
jangan tidur di lantai batu
mas merajuk ada yang pujuk
dah cukup bagus kalau begitu....
Originally posted by fatz at 26-8-2007 12:17 AM
ikan haruan si ikan patin
mari ditangkap oleh cik masdur
kata budak dah jadi pengantin
kenapa sekarang masih tak tidur?....
banyak peristiwa dah jadi kenangan
semuanya berlaku di pekan Bidor
jadi pengantin tu hanya angan-angan
sebab tu susah sangat nak tidur