CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tapibukanaku

Zamani Slam dibebaskan dgn jaminan polis. #doauntukzamani #tekaduntukberubah

 Close [Copy link]
Post time 24-1-2015 03:36 PM | Show all posts
ellynorman replied at 24-1-2015 02:36 PM
setiap kali bukak benang zamani ni...mesti sebak...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2015 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Esk reramai tengok melodi. PA zamani ada post gambar dkt Fb beliau. Welcome back Abg adik.ramai yg menyokong. Tolong...tinggalkan najis dadah yang merosakkan diri itew...
Sesi throwback:
1996-masa pelancaran biography slam dekat selayang mall. Bukunya besar yang amat kot. Iolls pergi bersama my cousin. Kami memang biggest fan Slam. Iolls orang pertama yg beli & dipanggil kepentas untuk zamani interview iolls.. Berpeluh2 iolls tgk abg adik depan mata. Hahaha...happy giler masa tu..Biography slam itu..masih tersimpan baik. Sayang kot...siap ada t/tgn semua ahli kumpulan Slam.

Ini antara kenangan iolls bersama Slam..gitew hendaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2015 03:40 PM | Show all posts
Tahap heroin dah

Memang salah sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2015 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiknya hati zamani ek...


Baca kenyataan dia psl video tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2015 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ucapan dari zamani melalui fan page dia.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2015 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
chentadearhati replied at 24-1-2015 03:39 PM
Esk reramai tengok melodi. PA zamani ada post gambar dkt Fb beliau. Welcome back Abg adik.ramai yg m ...

Bestnya uols jumpa dia time dia gemilang dulu.

Iols yg jumpa time heols dah kertu ni pun boleh jatuh chenta dengan peribadi dia,berdegup jugak hati dapat jumpa penyanyi faveret depan mata.

Iols harap dia kembali semangat bila tau ramai gila sayangkan dia kot. Yg malu2 nak mengaku minat pun bagi sokongan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2015 05:02 PM | Show all posts
terus masuk rehab laa...neh bukan setakat ganja neh....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2015 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi meran, sifu sekali kau,muhehe

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2015 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamani pun dah kata dia akan pulih dari dadah. Hikmah penangkapan ni bila dia tak kena sembunyi2 lagi utk ke pusat pemulihan.

Iols doakan kehidupan yg lebih baik dan sihat tanpa dadah utk chuols abg adek (zamani). Chuols berhak bahagia seperti insan lain.

Abg chuols tu sihat sejahtera jah cukup daging. Mohon chuols berubah puhlisssssssss.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2015 05:34 PM | Show all posts

best la masing2 penyanyi. Bole luah perasaan melalui lagu. Sedihnyerrrrrr...Kak sepit..sedihnya tgk kisah cinta x kesampaian ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2015 05:37 PM | Show all posts
Kalaulah aku billionaire , aku Akan sponsor Zamani, gi rehab centre yg terbaik di dunia, tapi apa kan daya..aku pun kais pagi makan pagi,hanya doa yg mampu ku beri.....hopefully he tak putus harapan... Dia punya hearing kat court 27 hari bulan kan??
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2015 05:47 PM | Show all posts

Amran Fans
1 hr ·

Amran punya Sifu sudah keluar . Kenapa lu keluar tak bagi tau Amran Bro ? Kalau tak boleh Amran jemput naik LC Demak Amran .

Sepanjang lu dekat dalam, Amran membanting tulang mempertahan kan lu . Harap-harap lepas ni lu berubah dan tak buat hal lagi . Yang lepas biarkan lepas . Kami seluruh warga Amran Fans sentiasa mengingati karya seni lu selama ini .


Unlike ·  · Share · 6,79820819
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2015 05:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2015 06:16 PM | Show all posts
biskut_milo replied at 24-1-2015 05:37 PM
Kalaulah aku billionaire , aku Akan sponsor Zamani, gi rehab centre yg terbaik di dunia, tapi apa ka ...

rehab terbaik pun tak guna kalau willpower tak kuat

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2015 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 24-1-2015 05:14 PM
Amboi meran, sifu sekali kau,muhehe

Sebak aku baca coretan Zamani tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2015 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Diharap zamani tekadkan diri utk tggalkan najis dadah ni
Dah sejauh ini, agak payah utk bebaskan diri kalo diri sendiri tak kuat
Perkara pertama tolong jauhkan diri dari kawan2 yg terlibat dgn dadah ni
Kebarangkalian utk dipujuk rayu dek kawan2 ni amat tinggi

Terbace kt bh online tadi, zamani ckap die jadi begini bukan sbab siti...die taknak org kaitkan siti dlm kes die ni. Pastu die mintak maaf sebab berkasar ngan photographer mase die ditahan. Sebab die tgh high mase tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2015 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sbnrnye mmg btl ke ct bercinta dgn zamani...dgr gosip ni dlu tp x pecaye pon sbb masing2 x ckp pape kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2015 07:25 PM | Show all posts
aku harap zamani cepat2 sembuh dari ketagihan dadah. harap2 lepas ni badan dia gemok balik. baru hensem.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2015 07:35 PM | Show all posts

@tapibukanaku update pliss baik nya zamani
Zamani Akui Tak Dipaksa Nyanyi Cuma Layan Polis Peminat Tegar Slam
Diterbitkan: Sabtu, 24 Januari 2015 3:00 PM


@Tapibukanaku Zamani ketika ditemui selepas dibebaskan dari tahanan reman pada pagi Sabtu.

  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Zamani (Slam) mengakui tiada sebarang paksaan ketika anggota polis merakamkan dia menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang  pada hari pertama ditahan di lokap pada Rabu.
Penyanyi berusia 44 tahun yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya itu berkata, dia dengan rela hati menyanyi kerana diminta berbuat demikian secara baik selepas anggota polis itu memberitahu mereka adalah peminat Slam.
"Saya tidak dipaksa untuk menyanyi atau berlaku sebarang kekerasan, saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam.
"Dia menyanyi beberapa lagu Slam dihadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali, namun dia sudah berjanji bahawa rakaman itu hanya untuk simpanan personal  sahaja," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Sabtu.



Pemilik nama sebenar Zamani Ibrahim itu ditemui di pejabat peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar di Villa Damansara, di sini, selepas dibebaskan dari tahanan reman awal pagi Sabtu.
Terdahulu media melaporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu lalu.
Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang itu telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.
Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin, manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.
Bagaimanapun, Zamani mengakui terkilan dengan penyebaran video tersebut yang dianggap mengaib dan menjatuhkan maruah dia dan keluarganya.
"Silap saya kerana tidak lihat semula rakaman video tersebut yang nampak jelas tangan saya bergari. Ketika itu saya yakin ia hanya untuk simpanan peribadi sahaja.
"Namun, saya tahu niat dia bukan untuk memalukan saya, sebaliknya video itu tersebar tanpa kawalan selepas ia terlepas ke tangan orang lain. Apabila berpeluang melihat rakaman video itu, saya sangat malu dengan masyarakat  yang menontonnya," jelasnya.
Zamani turut merayu agar masyarakat tidak lagi berkongsi video tersebut dilaman-laman sosial.
Sementara itu, ditanya tentang keengganannya mengambil sebarang tindakan kepada individu tersebut, Zamani berkata, dia tidak mahu menutup periuk nasi orang lain.
Katanya, biarlah perkara itu menjadi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat.
"erkara itu sudah berlaku dan dia juga tidak bermaksud memalukan saya. Kalau saya ambil tindakan mungkin dia akan kehilangan pekerjaannya sekarang.
"Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang pembebasannya, Zamani mengucapkan syukur dan lega apabila diberi peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan.
Jelasnya, banyak hikmah disebalik penangkapan tersebut yang membuatkan dirinya tekad untuk membersihkan diri daripada najis dadah.
"Alhamdulillah, saya lega apabila dapat keluar dan dari apa yang berlaku, baru saya tahu masih ramai yang sayangkan saya dan mahu melihat saya pulih.
"Insya-Allah saya akan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan dadah selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada dadah ini.
"Namun saya akan cuba sedaya upaya dengan bantuan keluarga," ujarnya.
Zamani berkata, sejak bergelumang dengan gejala dadah 10 tahun lalu, dia sudah dua kali secara sukarela ke pusat pemulihan dadah Agensi Dadah Kebangsaan (AADK).
Bagaimanapun, dia mengakui statusnya sebagai seorang selebriti menyukarnya dia untuk ke pusat tersebut secara sembunyi-sembunyi.
"Saya sudah dua kali pergi ke pusat pemulihan AADK iaitu pada 2010 dan 2012, namun gagal untuk pulih sepenuhnya. Lagi pula sebagai orang yang dikenali masyarakat menyukarkan saya untuk pergi ke pusat pemulihan itu tanpa diketahui ramai.
"Saya akui malu untuk ke sana dan takut dengan tangapan orang ramai. Namun sekarang orang semua sudah tahu lebih memudahkan saya untuk mendapatkan pemulihan," katanya.
Zamani akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada  27 Januari ini.
Dalam perkembangan lain, dua anggota polis yang dikenalpasti terbabit merakam dan meyebarkan video penyanyi ini telah digantung tugas.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai berkata, pihaknya mengadakan siasatan berhubung penyebaran video penyanyi, Zamani Ibrahim yang menjadi virul menerusi media sosial itu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pangkat kedua-dua anggota terbabit, tetapi memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan jika didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.



Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2015 07:45 PM | Show all posts
alhamdulillah.. semoga dengan kemuliaan hati yang dimiliki Zamani ini, dipermudahkan lagi olehNYA untuk Zamani segera pulih dan berubah... kita cuma ada doa untuknya... semoga doa dari kita semua turut diperkenankanNYA.. insyaAllah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.132719 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list