|
anything to share,your thoughts,feelings anything under the sun....
[Copy link]
|
|
Singapura : 29 Disember 2007
MAJLIS MUHASABAH TAHUN BARU
MASJID Mujahidin akan mengadakan sebuah program muhasabah diri untuk keluarga sempena sambutan Tahun Baru 2008.
Majlis Gema tasbih, istighfar dan taubat itu diadakan lusa, dari 9.30 malam hingga 12.30 pagi. Ia bertujuan menggalak jemaah muhasabah diri mengenang 2007 dan melahirkan azam untuk tahun baru.
Dalam satu kenyataan, jurucakap masjid itu menyatakan majlis tersebut julung-julung kali diadakan dan diharap dapat menarik penyertaan keluarga dan para belia.
'Matlamat kami mengadakan majlis ini ialah untuk kita menghidupkan sifat rasa rendah diri dan menguatkan lagi azam serta mengukuh dan mengutuhkan sifat kerohanian kita bagi menghadapi cabaran akan datang,' kata beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 18 Januari 2008
PUSAT SEHENTI KERJAYA RUNCIT DI HDB HUB
INDIVIDU yang berminat menceburi kerjaya dalam industri runcit kini boleh melakukannya dengan lebih mudah.
Ini kerana sebuah pusat sehenti kerjaya telah dibuka oleh Institut Pengajian Runcit Singapura (Sirs) di pejabatnya di HDB Hub.
Khidmat utama Pusat Kaunseling Kerjaya itu ialah memberi bimbingan kerjaya dan pemadanan kerja. Ia dikendalikan kaunselor dan kakitangan terlatih.
Pembukaan pusat itu diumumkan Menteri Negara Kanan (Pendidikan dan Tenaga Manusia), Encik Gan Kim Yong, semasa beliau berucap di majlis penyampaian sijil dan diploma Sirs di Politeknik Nanyang (NYP) kelmarin.
Pusat itu juga bekerjasama rapat dengan Majlis Pembangunan Masyarakat untuk membantu penganggur mendapatkan kerja dalam industri runcit.
Pengarah Sirs, Encik V. Seshamani, berkata:
'Pusat itu merupakan perkara yang membezakan Sirs kerana kami menyediakan khidmat tambahan kepada pelatih kami. Dalam 2007, kami mengendalikan lebih 4,000 permintaan awam dan mendapatkan pekerjaan bagi 50 individu.'
Dalam ucapannya, Encik Gan berkata institut Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) nasional seperti Sirs memainkan peranan penting dalam membangun tenaga kerja negara.
Sejak ditubuhkan NYP dan Agensi Pembangunan Tenaga Kerja (WDA) dalam 2006, Sirs telah menyediakan 18,000 peluang latihan. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 19 Januari 2008
'SAYA TAK SANGGUP LIHAT DIA MENDERITA LAGI'
Ayah dan ibu rela alat bantuan pernafasan anak yang cedera dicabut
Oleh
Nazri Hadi Saparin
NYAWA seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terhenti setelah doktor mencabut alat bantuan pernafasannya tengah hari semalam.
Bapa kanak-kanak itu, Encik Amat (bukan nama sebenar) memberitahu Berita Harian (BH), doktor di Unit Jagaan Rapi (ICU), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK mengambil tindakan itu setelah mendapat persetujuan beliau dan isterinya.
Mereka kini dalam proses perceraian.
'Memang berat hati saya, tapi doktor kata anak saya sudah tiada harapan untuk hidup.
'Saya tak sanggup lihat dia menderita lagi,' kata beliau.
Allahyarham telah dirawat di hospital sejak Isnin lalu, yang kebetulan merupakan tarikh lahirnya.
Menurut Encik Amat, anaknya itu mengalami kecederaan otak yang serius selain luka di muka dan tanda-tanda gigitan di tubuhnya.
Punca kecederaan bayi itu belum dapat dipastikan.
Namun, dalam laporan sebelum ini, ibu kanak-kanak itu mendakwa anaknya cedera akibat terjatuh.
Bagaimanapun, polis mengesahkan seorang lelaki telah diberkas berhubung kes itu dan telah dihadapkan ke mahkamah.
Lelaki itu dipercayai teman ibu Allahyarham.
BH cuba menghubungi wanita itu di rumah ibu bapanya semalam.
Namun, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai bapa wanita itu berkata beliau tiada di rumah.
Menurut Encik Amat, 29 tahun, kali terakhir beliau melihat anaknya ialah pada 9 Januari lalu di Mahkamah Keluarga.
'Ketika itu saya perasan mata anak saya merah. Bila saya tanya isteri saya, dia jawab sakit mata biasa.
'Dia kata anak kami telah dibawa berjumpa doktor. Dan saya percaya isteri saya akan jaga anak kami dengan baik,' kata beliau.
Encik Amat menyifatkan hubungannya dengan isterinya itu sebagai tegang. Malah, pasangan itu tidak berbual semasa di hospital.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga kira-kira lima tahun lalu.
Hubungan mereka mula keruh tahun lalu.
Allahyarham ialah anak tunggal mereka.
Ditemui di flat ibu bapanya di Hougang semalam, Encik Amat berkata meskipun sedih, marah dan kecewa, beliau enggan menuding jari kepada sesiapa.
'Saya tak tahu apa yang telah berlaku dan saya pun tak mahu salahkan sesiapa.'Biarlah polis menyiasat,' kata Encik Amat, yang bertugas sebagai noja masjid.
Jenazah Allahyarham dijadualkan disemadi hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
World thinnest notebook
Apple introduces MacBook AirDuring his Macworld Expo keynote address on Tuesday morning, Apple CEO Steve Jobs introduced the MacBook Air, a computer that the company billed as theworld's thinnest notebook -- small enough to fit inside an interoffice mailing envelope. It's priced starting at $1,799and will be available within two weeks.
Sporting a silvery finish, the MacBook Air featuresa 13.3-inch LED-backlit widescreen display that has a 1280 x 800 pixel resolution. The backlighting saves power and provides "instant on" response from the moment you turn it on, according to Jobs. The device has a slightly wedge-shaped profile.It weighs about 3 pounds, and sports a thickness of 0.16-0.76 inches. It's 12.8 inches wide and 8.95 inches deep.
The MacBook Air also features a built-in iSight webcam and a full sized MacBook-style. black keyboard. The keyboard is backlit, similar to MacBook Pros, and has an ambient light sensor that automatically adjusts brightness. The trackpad is also capable of recognizing multi-touch gestures, similar to using an iPhone or iPod touch. As a result, the MacBook Air's trackpad is disproportionately large, compared to the size of trackpads found on the MacBook or MacBook Pro.
The MacBook Air features a1.8-inch hard disk drive with 80GB of storage capacity standard. A 64GB solid-state disk (SSD) drive is an option. The hard drive is a Parallel ATA (PATA) model that operates at 4200 RPM.
The laptop is powered by an Intel Core 2 Duo chip running at 1.6GHz, with 1.8GHz available as an option. Jobs noted that Intel was willing to engineer a new version of the Core 2 Duo specifically to Apple's specifications -- it's 60 percent smaller than others. The chip operates with 4MB of on-chip shared L2 cache running at full processor speed, and uses an 800MHz frontside bus. 2GB of 667MH DDR2 SDRAM is also included.
Like the MacBook and the MacBook Pro, the MacBook Air features a slimmed down MagSafe connector for power. It comes with a 45 watt power adapter. A flip-down door on one side reveals USB 2.0, Micro-DVI (to connect an external display) and a headphone jack. The MacBook Air also includes 802.11n-based wireless networking support and Bluetooth 2.1 + EDR.
Apple estimates that with wireless networking turned on,the MacBook Air can get about 5 hours of battery life.
No internal optical drive is included, but Apple will offer a $99 USB 2.0-based add-on SuperDrive for users who need it. For users that opt not to get the optical drive, Apple is offering a new software feature on this machine called Remote Disk; it enables you to "borrow" the optical drive of another Mac or PC on the same network as the MacBook Air, to use for installing software, for example.
Apple's frequently been in the crosshairs of environmental group Greenpeace in recent years. Jobs offered information about the environmental goals behind the MacBook Air -- it has a fully recyclable aluminum case, and is "the first" to have a mercury-free display with arsenic-free glass. All the circuit boards are BFR-free and PVC-free, and the retail packaging uses 56 percent less material than the MacBook packaging. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 21 Januari 2008
IBADAH LANCAR HASIL PERSIAPAN RAPI
Menguruskan 2,786 jemaah setempat yang berbeza jangkaan banyak cabarannya. Tiga badan yang menguruskan jemaah - Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), misi haji Muis dan Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) - terbukti berupaya memenuhi jangkaan sebilangan besar jemaah pada setiap musim haji, termasuk yang baru berlalu. Apakah cabaran yang mereka hadapi, rungutan jemaah dan reaksi Muis dan Amtas terhadapnya? ([email protected]), yang mengerjakan haji baru-baru ini atas undangan Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Arab Saudi menerusi kedutaannya di sini, melaporkan.
PERJALANAN haji yang lancar pada musim haji lalu merupakan hasil persiapan rapi dan gandingan rapat antara badan-badan yang terlibat dalam jentera pengurusannya.
Ini di sebalik banyaknya cabaran yang dihadapi 2,786 jemaah setempat di tengah-tengah lautan tiga juta manusia di sana.
Namun, kecekapan dan sikap proaktif pihak berkuasa Arab Saudi, sebagai tuan rumah kepada kesemua tetamu Allah itu, adalah punca utama kelancaran haji dan ketiadaan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.
Ini dirumuskan Naib Konsul Haji, yang juga Ketua Unit Strategik Perkhidmatan Haji Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Abdul Halim Mohamed Amin, ketika ditemui sejurus pulang dari Makkah baru-baru ini.
'Persiapan setahun sebelum haji dan gandingan antara Muis dengan misi haji, Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), ejen penjual pakej haji (GSA) dan Muassasah Jemaah Haji Asia Tenggara dan Maktab menjadikan jemaah rata-rata selesa dan tenang mengerjakan haji.
'Memang menjadi matlamat kami untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah setiap musim haji,' tambah beliau.
Daripada 2,768 jemaah itu, 2,090 orang atau 75 peratus memilih khidmat VIP dan selebihnya memilih pakej asas.
Khidmat VIP berbeza daripada khidmat asas dari segi jarak khemah penginapan bagi melontar jamrah di Mina.
Khemah penginapan jemaah khidmat asas ialah sekitar tiga kilometer dari tempat melontar jamrah di Mina.
Selain itu, jemaah khidmat asas tidak disediakan tilam dan bantal serta diberi makanan bungkus sewaktu di Arafah, berbanding makanan bufet dan khemah berhawa dingin bagi khidmat VIP.
Khemah jemaah khidmat VIP pula terletak hanya 150 meter dari jamrah.
Bersetuju dengan pendapatnya, Presiden Amtas, Ustaz Tengku Mohd Fouzy Mahit Jumat, berkata: 'Tidak seperti jemaah dari negara-negara lain, jemaah kita beruntung kerana pihak muassasah memberi lokasi khemah penginapan yang dekat dengan jamrah.
'Ini memudahkan mereka melontar dan tidak perlu jenuh berjalan jauh ke jambatan jamrah.'
Pada musim haji tahun lalu, sebilangan besar jemaah setempat memilih khidmat asas.
'Dua kumpulan jemaah, yang VIP dan asas, menimbulkan cabaran dari segi pengurusan, logistik, kesihatan, keselamatan dan kebajikan kepada kami kerana mereka tinggal di khemah penginapan yang berbeza di Arafah dan Mina.
'Namun, semua cabaran itu dapat diatasi hasil perancangan rapi dan kerjasama semua pihak,' tambah beliau.
Menurut Haji Abdul Halim lagi, memandangkan kedudukan dua khemah yang berbeza, Muis telah menambah bilangan doktor daripada empat kepada lima orang bagi memenuhi keperluan dalam tempoh kritikal - di Arafah dan Mina.
Ustaz Tengku Mohd Fouzy mencelah bahawa Amtas, misi haji dan Muis juga memastikan jemaah setempat, yang bersedia mempunyai disiplin yang tinggi, patuh kepada jadual melontar untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Amtas juga menugaskan dua pegawai bagi memastikan ketibaan dan kepulangan jemaah di lapangan terbang berjalan lancar.
Beliau berpendapat bahawa kesemua itu menjadikan perjalanan haji jemaah setempat sesuatu yang bermakna dan moga-moga mendapat keredaan Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 21 Januari 2008
PRESIDEN AMTAS: LAYANAN SETIMPAL
JEMAAH yang mendapatkan perkhidmatan VIP umumnya menikmati layanan dan kemudahan setimpal dengan apa yang mereka harapkan sama ada di Makkah, Arafah dan Madinah.
Malah di Mina, mereka beruntung kerana pihak Muassasah Jemaah Haji Asia Tenggara telah mengotakan janji dengan memberikan khemah penginapan bagi jemaah VIP setempat yang terletak hanya 150 meter dari tempat melontar jamrah.
Jika ada kekurangan pun di Mina, khususnya, seperti kesempitan di kem penginapan dan ketidakselesaan akibat tilam terlalu besar dan tebal yang ditindih antara satu sama lain, ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan.
Ini dinyatakan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), Ustaz Tengku Mohd Fouzy Mahit Jumat, ketika diminta mengulas tentang aduan segelintir jemaah VIP setempat mengenai masalah tersebut.
'Mereka cuba memberikan yang terbaik seperti tilam besar dan tebal tetapi menimbulkan masalah kesempitan ruang.
'Masalah juga berlaku kepada jemaah VIP dari sebuah negara jiran yang diberi tilam terlalu kecil dan tidak selesa untuk tidur,' tambah beliau, yang pulang ke tanah air sekitar seminggu lalu.
Naib Konsul Haji, yang juga Ketua Unit Strategik Perkhidmatan Haji Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Abdul Halim Mohamed Amin, berkata bahawa pihaknya telah menerima beberapa maklum balas awal daripada jemaah, ejen penjual pakej haji (GSA) dan Amtas.
'Muis telah meneliti dan menyalurkan maklum balas serta beberapa saranan melalui surat kepada Pengerusi Muassasah Asia Tenggara, Sheikh Zuhair Abdul Hamid Sedayo, untuk dipertimbangkan supaya mutu khidmat dapat dipertingkatkan dan diperbaiki pada musim haji akan datang,' tambahnya.
Menurutnya, masalah kesempitan di Mina ada kaitan dengan keadaan kawasan Mina yang sememangnya sempit akibat kerja perluasan jamrah dan projek pembinaan semula.
Ustaz Tengku Mohd Fouzy menarik perhatian bahawa jemaah VIP juga harus mengubah minda mereka dan perlu bersyukur - tidak harus menjangkakan serba-serbi sempurna ketika tiga juta menusia mengerjakan haji dalam sesuatu masa dan di tempat yang sama.
Beliau berkata bahawa di Arafah, Makkah dan Madinah, jemaah VIP setempat menikmati perkhidmatan dan kemudahan yang baik seperti kem penginapan, hotel yang selesa dan makanan yang banyak.
Menurut Encik Abdul Halim pula, pihaknya akan menjalankan tinjauan kepuasan pelanggan yang lebih terperinci bagi semua jemaah haji yang baru pulang tidak lama lagi.
Borang tinjauan akan dihantarkan kepada setiap jemaah melalui pos tidak lama lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 21 Januari 2008
MASIH ADA INDIVIDU MERUNGUT KURANG PUAS HATI
DI sebalik kelancaran ibadah haji yang baru berlalu, masih ada rungutan daripada segelintir jemaah.
Jemaah yang memilih khidmat VIP antara lain merungut tilam di khemah penginapan mereka bersaiz besar dan terlalu tebal sehingga menjejas keselesaan.
Ini kerana tilam tersebut bertindih antara satu sama lain dan sekali gus menjadikan ruang sempit dan menyukarkan jemaah melelapkan mata dengan selesa.
Mereka juga mendakwa sekitaran khemah mereka tidak begitu sihat kerana terletak dekat dengan kontena membuang sampah.
'Sudahlah tidur tidak selesa, kami terpaksa menghidu bau busuk sepanjang berada di Mina.:re:
'Disebabkan masalah tersebut, ada jemaah yang tidur di luar khemah,' kata seorang wanita yang mendakwa kumpulan jemaahnya membayar kos tambahan $600 bagi menikmati khidmat VIP itu.
Harga pakej haji terendah ialah $3,125 seorang dan paling tinggi ialah $7,820 seorang.
Harga pakej tersebut tidak termasuk kos tiket kapal terbang sekitar $2,310 seorang.
Ditemui secara kebetulan di sebuah hotel di Jeddah sebelum berlepas pulang, jemaah seramai empat orang itu juga tidak berpuas hati dengan kebersihan tandas yang tidak dijaga dengan baik.
Mereka meminta tidak disebutkan nama ejen penjual pakej haji (GSA) berkenaan untuk mengelak salah faham.:kant:
'Kami bukan apa... mengetengahkan kesemua masalah ini agar ia tidak diulangi pada musim haji akan datang,' tambah seorang jemaah lelaki berusia 50-an tahun.
Mereka adalah antara 2,090 jemaah atau 75 peratus daripada jemaah keseluruhan yang memilih khidmat VIP bagi musim haji yang baru lalu.
Selebihnya memilih pakej asas.
Namun, bagi jemaah yang mendapatkan khidmat asas, seperti Haji Mohd Suhud Ismail, 62 tahun, perjalanan hajinya yang ketiga kali ini adalah yang terbaik.
'Saya bersyukur kerana penginapan, layanan dan makanan di Arafah dan Mina semuanya baik. Ini adalah hasil penyelarasan yang dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan haji.
'Masalah memang ada seperti jemaah terpaksa berjalan kaki dari Mudzalifah ke Mina tetapi bukan kita saja. Jemaah dari negara-negara lain juga terpaksa membetis kerana kesesakan teruk... di luar kuasa kita,' tambah ayah tiga anak dan mantan inspektor pos itu, yang mengerjakan haji dengan ditemani isterinya.
Seorang lagi jemaah, Haji Noordin Ahmad, 55 tahun, mantan pegawai Cisco, yang pergi bersendirian, berkata: 'Matlamat pertama saya ke tanah suci semata-mata untuk mengerjakan haji dan mendapat keredaan Allah. Itu lebih penting daripada yang lain.:2cool:
'Bagi saya, kalau ada kesukaran sekalipun, saya anggap sebagai ujian dan bahagian masing-masing.' |
|
|
|
|
|
|
|
Ekstra! : 23 Januari 2008
KEBERSIHAN KANTA LEKAP
PANDUAN JAGA KESELAMATAN
BELUM pasti lagi bagaimana untuk menjaga keselamatan kanta lekap anda?
Berikut diberikan panduannya.
# Pastikan tangan anda bersih dan kering sebelum memegang kanta lekap.
# Gosok dan bilas kanta sebelum disimpan dan semasa hendak digunakan.
# Jika kanta disimpan selama lebih tujuh hari, tidak kira sama ada anda menggunakan atau tidak larutan peroksida atau 'multi purpose', kanta itu harus dibersihkan dahulu daripada pencemaran sebelum digunakan.
# Pastikan kotak kanta bersih. Ini penting.
# Kanta lekap harus dibersihkan dan dikeringkan setiap kali selepas menggunakannya.
# Usah tambah larutan kepada larutan yang sudah digunakan dalam kotak.
# Jangan sekali-kali menggunakan air paip untuk menyimpan, membersihkan dan membilas kanta lekap kerana air adalah sumber organisme mikro yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit.
# Elak menyimbah air langsung ke mata anda atau ke kanta lekap dan kotaknya.
# Usah gunakan semula larutan di dalam kotak kanta lekap.
# Bersihkan tangan setiap kali memegang kanta lekap atau kotaknya de- ngan menggunakan sabun yang sesuai atau bahan pembasmi kuman, dan ke- ringkan tangan dengan tisu atau kain.
# Pastikan anda membawa perkakas yang sesuai untuk menyimpan kanta lekap semasa pergi melancong.
# Elakkan kanta lekap daripada terkena pencemaran di kolam renang atau air spa. Gunakan cermin mata 'goggle' semasa berenang.
# Jika anda buka kanta lekap semasa berenang, pastikan ia dibersihkan dengan sebaiknya - gosok dan bilas sebelum digunakan lagi.
# Usah simpan kanta lekap di bilik mandi kerana ruang ini mengandungi banyak pencemaran yang berterbangan di udara.
# Bertanyalah kepada pakar kanta lekap anda jika anda mempunyai perta- nyaan mengenai kanta anda.
Senarai panduan ini dipersetujui dalam Persidangan Asia Pasifik me- ngenai Kanta Lekap baru-baru ini. Ia dihadiri oleh pakar-pakar mata dari Singapura, Malaysia, Australia dan beberapa lagi negara di rantau ini dan dianjurkan melalui geran pendidikan daripada Advanced Medical Optics (AMO). |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1369 holmes's post
insaf aku
ni lum solat zuhur lagi ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1370 LoLiPoP's post
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian, Ekstra! : 24 Januari 2008
LUAHAN PERASAAN
HIDUP TERSEKSA DARI DULU HINGGA KINI
KETIKA saya menulis ini, saya sebenarnya juga menjadi mangsa penganiayaan suami yang bertindak kasar, memukul dan kemudian menceraikan saya melalui SMS tanpa sebab.
Daripada kecil sampai ke usia setengah abad ini, laluan hidup saya penuh dengan tekanan. Pukul bantai menjadi pakaian saya sejak kecil. Zaman remaja saya juga tiada bezanya.
Apabila sudah berkahwin, perkara yang serupa juga berlaku. Tetapi di dalam hati, saya telah menanam azam untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Meskipun dikasari, saya tetap bersabar. Tetapi setelah bertahun-tahun kerap dipukul suami ibarat tiada penghujungnya, daya ketahanan saya punah.
Semangat untuk hidup berkecai sudah. Pernah saya dipukul sehingga saya pengsan dan tidak sedarkan diri sehingga esok pagi. Di kala keadaan saya parah begini, tiada seorang pun anggota keluarga yang datang menolong atau memberi sokongan moral apatah lagi untuk membela nasib saya.
Hanya arwah ibu saya yang memberi nasihat supaya bersabar. Pada ketika itu saya amat bodoh dan tidak tahu untuk membuat laporan polis dan tidak tahu langsung tentang hak perlindungan terhadap wanita yang teraniaya.
Kekasaran suami saya tidak hanya membabitkan saya. Dengan anak-anak pun bukan kepalang kasar dan bengisnya. Kepala diketuk, mereka disepak, ditendang, ditendang dan dimaki-hamun.
Akhirnya, saya dan suami berpisah setelah 17 tahun bersama. Satu lagi kebodohan saya ialah saya tidak tahu hak kaum wanita dalam soal tuntutan idah dan mutaah. Perkahwinan selama 17 tahun hangus begitu sahaja dan suami pula terlalu berkira.
Bukan senang membangunkan semangat hidup yang berkecai apatah lagi tanpa pertolongan dan simpati sesiapa pun. Saya juga bukan seorang yang berpelajaran tinggi. Setakat sekolah Melayu sampai ke menengah empat. Itu pun cuma separuh jalan. Apa yang saya alami semua ini terlalu menyeksakan.
Anak bongsu saya masih punya cita-cita menyambung pelajaran tetapi nafkah untuk anak-anak daripada bekas suami selalu menjadi masalah besar. Halangan demi halangan dibuat isteri barunya.
Pernah suatu ketika bekas suami dan isteri barunya menyuruh anak saya tunggu di tepi jalan raya pada 8 malam untuk mereka menyerahkan duit nafkah. Ketika itu anak saya dalam darjah 5. Ekoran tidak tahan melihat anak saya diperlakukan sebegini umpama orang meminta sedekah pada malam hari, saya ikut anak saya daripada jauh.
Saya ingin mencari peluang bertemu dengan bekas suami mempersoalkan tentang nafkah anak-anak dan perbuatannya yang tidak wajar itu.
Tetapi bekas suami yang panas baran itu meradang dan isterinya tergesa-gesa turun daripada kenderaan dan campur tangan lalu ikut menyerang saya.
Maka berlaku aksi serang-menyerang dan memukul. Bayangkan, bekas suami saya mengambil tangan kanan saya lalu memulas sesuka hatinya.
Kasihan anak saya... dialah yang membantu meleraikan keadaan dengan memukul mak tirinya dengan menggunakan ranting kayu di tepi jalan.
Banyak bahagian badan saya lebam dan tercalar luka tetapi yang lebih parah, kejutan daripada kejadian itu membuat semangat hidup saya jatuh semula. Akibat kejadian setahun lalu itu, saya tidak dapat menggunakan ibu jari tangan kanan dengan baik.
Beginilah nasib diri...
YANG TERTEKAN |
|
|
|
|
|
|
|
Ekstra! : 24 Januari 2008
[CARI JODOH
MUSLIM DIALU-ALU
Penganjur cadang bentuk kumpulan berdasarkan agama agar mudah padankan peserta dan pupuk jalinan perkenalan
HENDAK mengumumkan yang dirinya sedang mencari, rasa segan pun ada. Hendak terus membisu, terasa tiada usaha bagi pihaknya.
Oleh keadaan sebeginilah, 'Cik Ira' (bukan nama sebenar) menyifatkan dirinya kerap berasa tersepit.
Dalam usia yang sudah menjangkau 40-an, memasuki gerbang perkahwinan ibarat impian yang seakan-akan tidak mungkin menjadi kenyataan.
Seperti ramai yang masih solo sepertinya, mereka berasa laluan menemui jodoh yang sesuai dengan agama agak terhad di Singapura.
Kini, mereka yang sedang mencari pasangan semasa sambutan acara Romantika Singapura bakal dipadankan mengikut agama, ujar Ejen Pengurusan, Romantika Singapura, Encik Andrew Chow.
'Sebelum ini, apabila kami mengatur acara Dating@Sea, kami hanya menyatukan para peserta untuk membentuk kumpulan mengikut usia masing-masing.
'Tetapi kini kami sedar pentingnya soal agama dalam pemilihan pasangan hidup seseorang. Apabila dipadankan dengan mereka yang berbeza pandangan, pasti mereka tidak akan berasa selesa.
'Berdasarkan lapor balik itulah, kami berasa perlu untuk membentuk kumpulan berdasarkan agama masing-masing,' jelas Encik Chow.
Dengan langkah itu, Encik Chow berharap akan lebih ramai uda dan dara yang beragama Islam tampil untuk membuka peluang menjalin kenalan.
'Tahun lalu apabila kami mengadakan acara di kapal pelesiran, jumlah peserta Melayu amat sedikit. Seingat saya hanya ada dua peserta wanita.
'Jadi bayangkan jika hanya ada dua wanita, maka agak payah untuk pihak kami memadankan mereka dengan lelaki Melayu sekiranya mereka tidak ikut serta,' tambahnya mengenai peserta Melayu yang berusia dalam lingkungan 40-an dan 20-an itu.
Usaha untuk menghubungi kedua-dua wanita itu bagi mendapatkan maklum balas tidak berhasil kerana yang seorang sudah menukar nombor telefon dan yang seorang tidak menjawabnya.
Apabila ditanya mungkinkah ketiadaan peserta Melayu ekoran kebimbangan mereka soal pemakanan di atas kapal pelesiran, Encik Chow akur ia juga mungkin antara sebabnya.
'Tetapi kali ini, seandainya terdapat permintaan awal daripada para peserta beragama Islam, kami akan berusaha mengatur makanan halal untuk mereka.
'Bagaimanapun, permintaan itu harus dibuat lebih awal semasa mereka membuat pendaftaran,' ujar Encik Chow mengenai acara Dating@Sea yang akan diadakan dari 17 hingga 20 Februari ini.
Jika tahun lalu kumpulan itu telah belayar ke Redang, kali ini pula ia akan ke Phuket dan Pulau Pinang. Pelbagai acara diatur sepanjang pelayaran.
'Menyusuli kejayaan Dating@Sea 2007 ke Redang, inilah kali pertama kami menganjurkan Dating@Sea untuk dua kumpulan yang berbeza dengan program yang sama.
'Kami berhasrat untuk menjadikan pengalaman di atas kapal pelesiran ini sebagai sesuatu yang unik dan tidak mudah dilupakan.
'Pemandangan indah di atas kapal Superstar Virgo ini menyediakan persekitaran yang sesuai untuk bertemu teman-teman baru dan untuk cinta berbunga,' tambah Encik Chow.
Encik Chow, yang juga Pengurus Ideas & Concepts, dan kerap menganjurkan acara besar-besaran untuk mereka yang masih solo, telah juga menguruskan acara Romantika Singapura sejak 2005.
Romantika Singapura bermula sebagai kempen pemerintah untuk mempertemukan mereka yang masih bersendiri tetapi kini, tugas itu diambil alih oleh syarikat swasta.
Syarikat Ideas & Concepts itu mempunyai profil 2,100 anggota dalam pangkalan datanya dan disifatkan sebagai antara jenama popular dalam industri mencari jodoh.
Sebuah lagi syarikat yang turut bersatu tenaga dalam sambutan Romantika Singapura tahun ini ialah WowHer.Com dan Clique Wise LLP.
Pengasas Wow-Her.Com, Cik Lydia Gan, berkata:
'Salah satu kesilapan yang kerap dibuat si bujang semasa ingin memulakan langkah pertama mengajak seseorang wanita itu keluar ialah rasa putus asa semasa ajakan pertama ditolak.
'Apabila mereka mengajak seseorang gadis yang mereka minati itu keluar tanpa menjalin hubungan baik terlebih dahulu, kemungkinan gadis itu menolaknya memang amat tinggi.
'Ini kerana gadis itu belum selesa dengan si bujang.
'Jadi, dia belum bersedia untuk keluar dengannya. Maka itu, penting untuk si bujang tidak berputus asa pada peringkat ini.
'Berikan diri anda peluang sekali lagi untuk mendekati dirinya terlebih dahulu.'
Untuk anda yang ingin membuka peluang berkenalan dan menjalin hubungan, lungsurilah laman web www.romancingsingapore.com |
|
|
|
|
|
|
|
Something to share here....(got this from Cyberita- Singapura)
PANDUAN
UNTUK mengelakkan tepung daripada berkutu, terus simpan tepung yang anda beli ke dalam peti sejuk selama beberapa hari.
Melainkan jika anda hendak menggunakannya segera, elakkan daripada menyimpan tepung yang anda baru beli itu ke dalam bekas tepung lama; lebih-lebih lagi tepung jenis gandum wholemeal atau penuh bijirin.
Ini kerana tepung jenis ini mengandungi minyak semula jadi dan mudah tengik. Oleh itu, cuci dahulu bekas itu dan keringkan sebelum memasukkan tepung yang baru.
TAHUKAH anda bahawa anda boleh bekukan tomato segar dalam peti sejuk?
Caranya ialah dengan mencuci tomato bersih-bersih dan kemudian lap hingga kering. Simpan tomato dalam beg plastik dan bekukan.
Anda perlu tuliskan tarikh ia mula dibekukan. Dan apabila tiba masa untuk digunakan, keluarkan tomato dan nyahbeku sepenuhnya atau sebahagian saja.
Kulit tomato yang sudah dibekukan mudah terkupas. Buang kulitnya dan tomato anda sudah boleh dimasukkan langsung ke dalam masakan kaserol, sup atau stu.
BAU kubis yang kurang disukai sesetengah orang tidak mudah dihilangkan.
Bagaimanapun, anda boleh bubuhkan beberapa keping roti yang sudah hampir mencapai tarikh pupusnya di atas kubis yang sedang dimasak. Roti ini akan menyerap baunya.
Jika anda mempunyai ketuhar gelombang mikro, masukkan kubis ke dalam beg plastik dan bubuh sedikit mentega kemudian ikat hujung beg longgar-longgar sebelum dimasak.
Selepas masak, goncang beg agar menteganya merata. Cubalah rasanya. Tentu anda akan terpikat pada kubis. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Count the ticks before buying air-conditioners, refrigerators
The Mandatory Energy Labelling Scheme (above), will help consumers make informed choices when buying appliances. -- PHOTO: COURTS
CONSUMERS can make more informed choices when purchasing energy-efficient air-conditioners and refrigerators by simply referring to how many ticks it has received.
The National Environment Agency's (NEA) Mandatory Energy Labelling Scheme (MELS) - which started January this year - has over 312 air-conditioner models and 235 refrigerator registered and labeled under MELS.
Under MELS, labels containing energy efficiency information are affixed to air-conditioner and refrigerator models. The more ticks a label has, the more energy efficient the appliance is.
Of the registered appliances, close to one-third of air-conditioner models and almost half of refrigerator models have been given energy efficiency ratings of 3 and 4 ticks.
For example, a 3-tick refrigerator can help you save about $80 worth of electricity per year as compared to a 1-tick model. And, a 3-tick air-conditioner saves you about $400 over a 1-tick model.
'With MELS, consumers would be able to make informed choices when buying appliances, and allow Singapore residents to play a direct role in fighting climate change by cutting their carbon emissions. By selecting energy efficient appliances, households can also save electricity and reduce their utility bills', said Mr Lee Yuen Hee, CEO of NEA.
Air-conditioners and refrigerators are the first two appliances covered under MELS as their usage can account for about 50 per cent of the total electricity bill of a typical household. |
|
|
|
|
|
|
|
hom cilok dari Bod Mod only
for those yg blom upgrade ACCOUNT CARI...
QUOTE:
Originally posted by ctredzuan at 5-12-2007 06:37 PM
abis tu, kalau tak upgrade apa jadi admin?
-----------------------------------------------------------
Ini jawapan latest daripada Cari Support Team..
Selepas membuat pertimbangan, kami bersetuju untuk membuka 2 cara login
ini buat sementara. Ini boleh memberi lebih masa kepada member yang
mempunyai masalah dalam upgrade.
Apabila keadaan sudah stable, baru system login yang baru akan
dilancarkan 100%.
CARI Support Team. |
|
|
|
|
|
|
|
What Baby Are You...?
January Baby
Pretty/handsome. Loves to dress up. Easily bored.
Fussy. Seldom shows emotions. Takes time to
recover when hurt. Sensitive. Down-to-Earth.
Stubborn.
February
Abstract thoughts. Loves reality and abstract.
Intelligent and clever. Changing personality.
Attractive. S#*iest out of everyone.
Temperamental. Quiet, shy and humble. Honest
and loyal. Determined to reach goals. Loves
freedom. Rebellious when restricted. Loves
aggressiveness. Too sensitive and easily hurt.
Gets angry really easily but does not show it.
Dislikes unnecessary things. Loves making friends
but rarely shows it. Ho ?ny. Daring and stubborn.
Ambitious. Realizing dreams and hopes. Sharp.
Loves entertainment and leisure. Romantic on the
inside not outside. Superstitious and ludicrous.
Spendthrift. Tries to learn to show emotions.
March
Attractive personality. S #xy. Affectionate Shy and
reserved. Secretive. Naturally honest, generous
and sympathetic. Loves peace and serenity.
Sensitive to others. Great kisser. Easily angered.
Trustworthy. Appreciative and returns kindness.
Hardly shows emotions. Tends to bottle up
feelings. Observant and assesses others.
April
Suave and compromising. Funny and humorous.
Stubborn. Very talkative. Calm and cool. Kind and
sympathetic. Concerned and detailed. Loyal. Does
work well with others. Very confident. Sensitive.
Positive Attitude. Thinking generous. Good
memory. Clever and knowledgeable. Loves to look
for information. Able to cheer everyone up and/or
make them laugh. Able to motivate oneself and
others. Understanding. Fun to be around.
Outgoing. Hyper. Bubbly personality. Secretive.
Boy/girl crazy. Loves sports, music, leisure and
travelling. Systematic. hot but has brains.
May
Stubborn and hard-hearted. Strong-willed and
highly motivated. Sharp thoughts. Easily angered.
Attracts others and loves attention. Deep feelings.
Beautiful physically and mentally. Firm Standpoint.
Needs no motivation. Shy towards opposite sex.
Easily consoled. Systematic (left brain). Loves to
dream. Strong clairvoyance. Understanding.
Sickness usually in the ear and neck. Good
imagination. Good physical. Weak breathing. Loves
literature and the arts. Loves travelling. Dislike
being at home. Restless. Not having many children.
Hardworking. High spirited.
June
You've got the best personality and are an
absolute pleasure to be around. You love to make
new friends and be outgoing. You are a great flirt
and more than likely have an a very attractive
partner. a wicked hottie. It is also more than likely
that you have a massive record collection. You
have a great choice in films, and may one day
become a famous actor/actress yourself - heck,
you've got the looks for it!!!
July
Fun to be with. Secretive. Difficult to fathom and to
be understood. Quiet unless excited or tensed.
Takes pride in oneself. Has reputation. Easily
consoled. Honest. Concerned about people's
feelings. Tactful. Friendly. Approachable.
Emotional temperamental and unpredictable.
Easily hurt. Witty and sparkly.
spazzy at times.
Not revengeful. Forgiving but never forgets.
dislikes nonsensical and unnecessary things.
Guides others physically and mentally. Sensitive
and forms impressions carefully. Caring and
loving. Treats others equally. Strong sense of
sympathy. Wary and sharp. Judges people
through observations. Hardworking. No difficulties
in studying. Loves to be with friends ... Always broods
about the past and the old friends. Waits for
friends. Never looks for friends. Not aggressive
unless provoked. Loves to be loved. Easily hurt
but takes long to recover.
August
outgoing personality. takes risks. feeds on
attention. no self control. kind hearted. self
confident. loud and boisterous. VERY revengeful.
easy to get along with and talk to. has an 'every
thing's peachy' attitude. likes talking and singing.
loves music. daydreamer. easily distracted. Hates
not being trusted. BIG imagination. loves to be
loved. hates studying. in need of 'that someone'.
longs for freedom. rebellious when withheld or
restricted. lives by 'no pain no gain' caring.
always a suspect. playful. mysterious. 'charming'
or 'beautiful' to everyone. stubborn. curious.
independent. strong willed. a fighter.
September
Active and dynamic. Decisive and haste but tends
to regret. Attractive and affectionate to oneself.
Strong mentality. Loves attention. Diplomatic.
Consoling, friendly and solves people's problems.
Brave and fearless. Adventurous. Loving and
caring. Suave and generous. Usually you have
many friends. Enjoys to make love. Emotional.
Stubborn. Hasty. Good memory. Moving, motivates
oneself and others. Loves to travel and explore.
Sometimes sexy in a way that only their lover can
understand.
October
Loves to chat. Loves those who love them. Loves
to takes things at the centre. Inner and physical
beauty. Lies but doesn't pretend. Gets angry
often. Treats friends importantly. Brave and
fearless. Always making friends. Easily hurt but
recovers easily. Daydreamer. Opinionated. Does
not care to control emotions. Unpredictable.
Extremely smart, but definitely the hottest AND
sexiest of them all.
November
Trustworthy and loyal. Very passionate and
dangerous. Wild at times. Knows how to have fun.
S#xy and mysterious. Everyone is drawn towards
your inner and outer beauty and independent
personality. Playful, but secretive. Very emotional
and temperamental sometimes. Meets new people
easily and very social in a group. Fearless and
independent. Can hold their own. Stands out in a
crowd. Essentially very smart. Usually, the
greatest men are born in this month. If you ever
begin a relationship with someone from this month,
hold on to them because their one of a kind.
December
This straight-up means ur the most good-looking
person possible... better than all of these other
months! Loyal and generous. Patriotic. Competitive
in everything. Active in games and interactions.
Impatient and hasty. Ambitious. Influential in
organizations. Fun to be with. Easy to talk to,
though hard to understand. Thinks far with vision,
yet complicated to know. Easily influenced by
kindness. Polite and soft-spoken. Having lots of
ideas. Sensitive. Active mind. Hesitating, tends to
delay. Choosy and always wants the best.
Temperamental. Funny and humorous. Loves to
joke. Good debating skills. Has that someone
always on his/her mind. Talkative. Daydreamer.
Friendly. Knows how to make friends. Abiding.
Able to show character. one guy/girl kind of
person. Loveable. Easily hurt. Prone to getting
colds. loves music.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku punya dgn wani punya macam terbalik
hariz punya - i agreeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1379 gadis_aries's post
great kisser???.... so jumaat try nak??? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|