|
Kien Keat-Eei Hui akhir kemarau emas beregu campuran
SEJURUS selepas beregu campuran negara, Koo Kien Keat-Chin Eei Hui memenangi pingat emas dalam final semalam, gambaran memungut tiga emas dalam acara individu pada hari terakhir temasya sudah terbayang - mengulangi pencapaian Melbourne 2006 dengan jumlah empat, termasuk daripada acara berpasukan campuran.
Kemenangan Kien-Keat-Eeu Hui juga menamatkan kemarau tanpa gelaran dalam Sukan Komanwel selepas mereka menewaskan pasangan England, Nathan Robertson-Jenny Wallwark 22-20, 21-12 dalam tempoh 43 minit.
“Kami melakukan kesilapan awal tetapi apabila menemui rentak, kami berjaya mengawal permainan. Ini sesuatu yang istimewa untuk kami,” kata Kien Keat di Arena Siri Forth, semalam.
Ia juga detik gembira berganda buat Kien Keat apabila kembali ke gelanggang untuk berpasangan dengan Tan Boon Heong dan memenangi emas beregu lelaki, menewaskan Anthony Clark-Nathan dari England 21-19, 21-14.
Jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky berkata, keputusan ini adalah baik untuk Malaysia selaku antara negara besar dalam dunia badminton.
“Akhirnya kita boleh bergembira dapat memenangi beregu campuran. Sebagai kuasa besar, sepatutnya kita mencatat rekod baru. Kejayaan ini harus memberi kita semangat tambahan untuk bersiap sedia bagi temasya berikut.
“Kejayaan ini juga membuktikan kita harus memberi tumpuan kepada acara beregu campuran di pentas antarabangsa,” katanya.
Bagi Kien Keat-Boon Heong, ini adalah kemenangan paling mudah dan harus menyuntik semangat baru menghadapi Sukan Asia di Guangzhou, bulan depan.
Mereka akan mempertahankan emas yang dimenangi di Doha, empat tahun lalu tetapi cabaran kali ini pasti lebih perit.
“Pasangan terbaik dunia akan hadir dan sasaran kami adalah layak ke separuh akhir,” kata Boon Heong.
|
|
|
|
|
|
|
|
hish budak kecik ni... target la lebih2 sikit... takkan satu gold aje...
wawaKKK Post at 15-10-2010 10:57
tak... 7 gold..harus la BAM wat kenduri besar-besaran |
|
|
|
|
|
|
|
pastu kenduri tu kene jemput semua fans badminton kan....
oiitttt... takde kelas k ...
wawaKKK Post at 15-10-2010 11:38
hari ni hari apa ek |
|
|
|
|
|
|
|
Reply kayla
wakaka ak x dpt tgk la...keje......ingatkn live mlm
shareena88 Post at 14-10-2010 22:42
mlm smlm kan banyak kali repeat .. kat channel 801 ada 82+ tu pun ada gak ....
mlm ni entah2 ada lagi .... |
|
|
|
|
|
|
|
Asian games amik satu emas pon jadilah..
miyoma Post at 15-10-2010 01:06
badminton nak dapat satu gold pun payah kat asian games nanti ...main lak kat 'rumah' li yongbo ...
kena harapkan sukan lain .. squash, bowling, judo, cycling, wushu ... |
|
|
|
|
|
|
|
anything for KKK.... chewahhhhh.....
bercakap pasal asian games... smlm kat nadi arena ade ...
wawaKKK Post at 15-10-2010 11:01
ya ..setuju ngan KKK ... tak payah la dia main XD tuk asian games ...buat penat dia je ....
sian tau aku tengok dia berlari seluruh court tuk cover for eei hui ....
kat komenwel boleh la sbb MD tak taxing sgt ... XD pun ala2 je ...
kat asian games nak kena lawan china, korea & indon .... aku rasa tak yah jumpa 3 negara tu, jumpa thailand sudket tu pun dah kalah dah kot XD ....
baik dia concentrate MD je .... at least ada prospect dpt medal .... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1377# kayla
aku pun nak tolong ko kira kay
datuk lcw paling mewah....olimpik perak dapat 300k, komanwel gold dapat 80k...super series around 50-60k....tahun ni dah berapa super series dia menang....plus bonus ranking no 1 dunia....
p/s : kayo lcw....tambah lagi dia anak emas yonex sekarang....mesti bayaran tinggi punya...siap ada raket limited editon lee chong wei |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ambok at 16-10-2010 00:16
semalam aku tengok nota kaki astro awani.... ~ hafiz idam pingat di sukan asia....
aku kata biar betul....pingat komanwel pun tak dapat...inikan pulak sukan asia yg ada indon, china
mampu ker hafiz berhadapan chen long, simon santoso, lin dan, chen jin, bao chun lai, taufik hidayat? |
|
|
|
|
|
|
| |
|