|
✿ KPH - VILLA 96TH ~ BANZAIIIIII ABPBH JOM ✿
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by delima at 26-1-2012 11:35
Siapakah Awan Nano?
Sebelum saya kongsikan pandangan(Abang saya sebenarnya) tentang Awan Nano ini, saya petik dulu kata-kata rakan blogger yang juga cuba merungkai maksud Awan Nano ini:
"Kata seorang teman kepada Buddhi di tansrikudu.blogspot, Awan Nano bukan sekadar lagu, ia adalah sejarah. Buddhi Hekayat pula kata awan nano kalau diceritakan, takutnya akan berkolah air mata." - OrangLipis.Blogspot.
Kalau boleh saya juga mahu menambah kupasan tentang Awan Nano. Kalau boleh dikaitkan kupasan ini dengan komen Orang Lipis, ada kaitan juga barangkali kerana kupasan ini turut terkait dengan sejarah dan sejarah ini bila dihayati sungguh-sungguh boleh menitiskan air mata.
Ramai yang tertanya-tanya makna Awan Nano. Ada yang cuba mencari maknanya. Dan ada yang bersungguh mencari. Persoalannya mengapa ada yang bersungguh mencari makna Awan Nano ini? Siapakah Awan Nano sebenarnya?
Yang mencari makna Awan Nano, rata-rata mentafsirkannya secara tersirat. Mungkin perlambangan jasa seorang Ayah yang melindungi anaknya barangkali, seperti yang digambarkan klip video Hafiz AF. Cumanya, mengapa tidak cuba ditafsirkan secara tersurat saja?
Saya menghormati hajat tuan penulis lirik agar tafsiran tentang Awan Nano dibebaskan mengikut pendengar. Yang akan saya kongsikan bukan kata-kata penulis, tapi yang saya akan kongsikan adalah pandangan Abang, yang saya juga turut terima. Bagi saya, apalah gunanya saya menulis kalau tidak boleh saya berikan sesuatu yang baik, supaya kita sama-sama terjana, berkolah air mata mengambil iktibar, akan ketinggian kasih dan kesetiaan sebentuk Awan, ke atas Kekasih Kita S.A.W.
Kasihnya,
Kasih tiada banding,
Setia tiada tara,
Bagaimanapun jua...
Credits: http://yasirtamizi.blogspot.com/2012/01/siapakah-awan-nano.html |
|
|
|
|
|
|
|
salam, good morning semua! hai along,damia dan delima! langkah bendul memang best. lebih2 lagi watak ...
yukiafiq Post at 26-1-2012 11:14 
salam afiq.....morning! x pernah kenal or tgk zahira berlakon......nampak no jrg tgk citer melayu.....hehehehe  |
|
|
|
|
|
|
|
TQ delima...AWAN NANO  |
|
|
|
|
|
|
|
Credits:
delima Post at 26-1-2012 11:33 
Awan Nano = pelindung.....tu je....apa susah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Credits:
delima Post at 26-1-2012 11:44 
af 2010???
{:4_241:} {:4_241:} {:4_241:} apa2 jer la .. |
|
|
|
|
|
|
|

Hafiz AF Azam Pertahan Vokal Terbaik AJL26
January 26, 2012
KUALA LUMPUR – Bekas Bintang Akademi Fantasia (AF), Hafiz berazam mahu mengekalkan kategori Vokal Terbaik menerusi lagu Noktah Cinta yang dimenanginya pada Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) tahun lalu pada AJL26 Ahad ini.
Bagaimanapun, penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak itu tidak menafikan tahun ini dia bakal melalui laluan getir kerana saingan untuk kategori itu sangat sengit terutamanya melalui lagu Beribu Sesalan nyanyian Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah.
“Tahun ini saya akan mempertaruhkan lagu Awan Nano ciptaan Datuk M. Nasir di mana saya tidak berharap lagu itu akan memenangi kategori Lagu Terbaik atau AJL. Tetapi kalau boleh saya mahu menang kategori Vokal terbaik.
“Cuma laluan saya tahun ini agak sukar kerana lagu Beribu Sesalan menampilkan tiga vokalis yang hebat. Apa pun saya akan melakukan yang terbaik untuk lagu Awan Nano. Lagu ini pun agak sukar dibawakan kerana ia menampilkan melodi yang tersendiri,” katanya.
Justeru, bagi menghadapi AJL26 yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 29 Januari ini pukul 9 malam, Hafiz sedang melakukan pelbagai persiapan rapi termasuklah daripada segi latihan vokal.
“Buat masa ini saya sedang mengikuti latihan vokal yang dibimbing oleh bekas guru vokal AF iaitu Cikgu Shafi. Saya juga akan melakukan kejutan tetapi biarlah saya rahsiakan dulu dan persembahkannya pada malam AJL26 nanti,” ujarnya. – mynewshub.my |
|
|
|
|
|
|
|
OR sekali lagi di Hotfm skrg uolsssssssssssssssssssssssssssssssssss!!   |
|
|
|
|
|
|
|
along....damia....cuba korg jawab sikit komen dauswq kat thraed MV Watak tu?....cemano nak kluarkan album baru kalo bernaung di bawah kompeni yg kedekut dan tau nak untung je?...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
along....damia....cuba korg jawab sikit komen dauswq kat thraed MV Watak tu?....cemano nak kluarkan ...
delima Post at 26-1-2012 12:55 
dah......x reti nak tuleh apa.....hehe {:4_192:} |
|
|
|
|
|
|
| |
|