CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI VOL. 14, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

[Copy link]
Post time 21-4-2014 01:32 PM | Show all posts
copy paste dri sinarharian

15 jemaah umrah negatif jangkitan MERS-CoV
19 April 2014


KUALA LUMPUR - Pemeriksaan ke atas 15 jemaah umrah yang pulang dari Tanah Suci bersama-sama seorang lelaki yang disahkan meninggal dunia akibat 'Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona' (MERS-CoV), menunjukkan mereka negatif daripada jangkitan wabak itu.

"Tidak ada kes lain. Semua yang diperiksa adalah negatif," kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam kepada pemberita selepas merasmikan program kesihatan masyarakat MySihat India 1Malaysia 2014 di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata kementerian akan terus memantau rapi kesemua jemaah terbabit bagi tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi.

Pada 13 April lepas, seorang lelaki berusia 54 tahun dari Batu Pahat, Johor meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail akibat pneumonia teruk susulan jangkitan MERS-CoV.

Mangsa pulang ke tanah air pada 29 Mac dan mengadu mengalami demam, batuk serta kesukaran bernafas selepas kira-kira 10 hari kemduain dan dimasukkan ke hospital berkenaan pada 10 April.

Sementara itu, mengulas program hari ini, Subramaniam berkata terdapat keperluan yang tinggi untuk mempertingkat kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat India di Malaysia. - Bernama



Last edited by kamar22 on 21-4-2014 01:36 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 01:41 PM | Show all posts
MERS-CoV: Tahap kebersihan perlu tinggi

20 April 2014

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan termasuk aktiviti pengesanan kontak dan pemantauan di setiap peringkat KKM. Sehingga 20 April 2014, tiada kes baru dikesan dan tiada kluster jangkitan MERS-CoV dilaporkan dari seluruh negara menjadikan jumlah kumulatif kekal sebagai satu (1) kes kematian.
Tiada sampel yang positif jangkitan MERS-CoV daripada 79 sampel yang telah diambil dari kontak rapat (close contact) yang bergejala dan tidak bergejala. Dimaklumkan juga, dari jumlah tersebut kesemua 17 ahli kumpulan dalam pakej umrah yang sama didapati sihat tidak menunjukkan gejala dan disahkan negatif jangkitan MERS-CoV.


Orang awam yang ingin mengadakan lawatan ke negara-negara di rantau Timur Tengah yang kini melaporkan kejadian jangkitan MERS-CoV, dinasihati supaya:

i) Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman.

ii) Semasa dalam tempoh lawatan;

a. sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu;

b. elakkan dari mendekati dan menyentuh orang yang sakit.

c. elakkan dari melawat ladang haiwan, khususnya ladang unta dan menyentuh sebarang jenis haiwan.

d. elakkan dari menjamah makanan mentah/tidak dimasak, menjamah buah-buahan/sayuran yang tidak dibasuh terlebih dahulu atau meminum minuman yang menggunakan bekalan air tidak terawat.

iii) Mereka yang pulang dari lawatan ke negara-negara yang terlibat dengan gejala jangkitan respiratori (seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak) adalah dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (mask), menjaga adab batuk serta mengamalkan kebersihan diri. Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya tidak sihat serta maklumkan sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat.

Kerjasama pihak agensi pelancongan khususnya yang menguruskan jemaah umrah/haji dipohon untuk memperkukuhkan kesedaran para jemaah umrah/haji mengenai jangkitan MERS-CoV melalui hebahan maklumat secara berterusan dengan merujuk kepada nasihat kesihatan seperti di atas.

KKM akan terus memantau situasi kejadian penyakit ini dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Maklumat terkini berkaitan jangkitan MERS-CoV boleh diperolehi dari laman sesawang http://www.moh.gov.my./

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia


SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

NAMA : NOR SUZAMAN BIN ABDUL RAHMAN

Pegawai Perhubungan Awam
Unit komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia

TEL  : 03-8883 2782
EMEL : [email protected]

- Bernama


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:03 PM | Show all posts
msaadhamid posted on 21-4-2014 11:25 AM
Harap pakai mask dan tak payah melawat ladang unta di Hudaibiyah.

Terima kasih Tuan Haji..ingat mengingati..

Semiga kami sekeluarga didlm lindungan Nya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tehbunga posted on 21-4-2014 02:03 PM
Terima kasih Tuan Haji..ingat mengingati..

Semiga kami sekeluarga didlm lindungan Nya..

Sama-sama. Kucing dan burung merpati banyak di makkah dan madinah. So elakkan dari menyentuh atau menghampiri mereka sbb mers dibawa oleh haiwan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 05:19 PM | Show all posts
Peterpan17 posted on 19-4-2014 11:20 PM
Kain ihram yg sy maksudkan tu kualiti bagus bukan yg china made mcm jual di mydin. Serap peluh & ...

betul3... sya masih ade lg yg arwah ayah sya pakai mse thn 1989..
sya buat selimut..hehehe..



Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 05:46 PM | Show all posts
Salam semua...

sy akan pergi menunaikan umrah sabtu ni 26/4

doakan sy dpt umrah maqbullah..

sy pergi bersama dgn Tabung Haji Travel

Ya Allah..... walaupun ni pertama kali sy nak ke sana..rindu dah tak terkata dah..

walaupun tak jejak lagi di bumi suci itu, bila teringat saat2 akan meninggalkan Mekah satu hari nanti..dah cukup buat air mata ini mengalir..

ini belum jejak lagi, forumer y dah penah g sana pasti bertambah2 lagi rindu kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2014 05:50 PM | Show all posts
dek kerana MERS, pihak agensi ckp lawatan ke ladang unta dibatalkan..

last month masa mamber sy baru balik umrah kena SARS..alhamdulillah beliau dah sihat..

mak ckp penyakit MERS ni dah ada dari last year..

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamu'alaikum wbt

Sebuah kisah yg diceritakan oleh jemaah yg baru balik umrah.

Seorang jemaah tidak dpt balik ke Malaysia dan terpaksa tinggal 1 minggu lagi di saudi sbb international passportnya diletakkan dlm bagasi. Bag sudah ditimbang dan masuk ke perut kapal. So tak lps imigresen. Terpaksa TA uruskan utk tinggal di Saudi sementara tunggu passportnya dihantar semula dari Malaysia oleh keluarga jemaah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 09:15 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 23-4-2014 08:24 AM
Assalamu'alaikum wbt

Sebuah kisah yg diceritakan oleh jemaah yg baru balik umrah.

Mcm ni punya org pun ada. Passport masuk dlm bagasi sedangkan dah tau passport perlu dipegang/handcarry.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 11:07 AM | Show all posts
ada TA yg dah buka umrah utk Dec ni tak?
Rayhar website down lagik
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
lipsofanangel posted on 23-4-2014 11:07 AM
ada TA yg dah buka umrah utk Dec ni tak?
Rayhar website down lagik

Masuk facebook Rayhar. Web site dia belum siap lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 01:06 PM | Show all posts
msaadhamid posted on 23-4-2014 08:24 AM
Assalamu'alaikum wbt

Sebuah kisah yg diceritakan oleh jemaah yg baru balik umrah.

ohh kesiannya jemaah tu..mungkin dia x biasa travel oversea..dan xde org yg mengingatkan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 01:08 PM | Show all posts
salam, sy nak tanya cara/tips untuk tawaf bersama anak..psl kena pegang tangan dia kan. anak sy ni girl 9yo.

terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 02:41 PM | Show all posts
bintangchomel posted on 21-4-2014 09:47 AM
sy berckp berdasarkan pengalaman. ive nvr take transit flight. slalu sy amik direct flight. sbb we ...

ye betul..12/4 ari tu flight umrah via Saudi Airlines delay dari sabtu hinggalah hari awal pagi selasa baru berlepas...alahai kesian warga tua dan mereka yang pertama kali nak keluar negara, diorang tak tau benda macam ni nak jadi, jadi sehelai sepingganglah mereka.

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 03:17 PM | Show all posts
lipsofanangel posted on 23-4-2014 11:07 AM
ada TA yg dah buka umrah utk Dec ni tak?
Rayhar website down lagik

umrah setakat ni baru sampai ramadhan / aidilfitri
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 05:08 PM | Show all posts
nak minta pandangan sikit...

kawan2 y dah tau sy nak g umrah..pakat2 kirim doa.. wajib ke kita kena sampaikan doa tu..?
coz ramai sgt sampai naik lupa dorg minta apa

satu lagi ada y pesan barang2, sy ckp baik2 kata tak berani nak ambik order coz takut tak terbeli.. niat nak g sana utk beribadat bukan shoping.. tp rasa bersalah jugak la coz tak ambik order.. mmm.. betul ka tindakan sy ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 05:14 PM | Show all posts
Syik_Gojet posted on 23-4-2014 05:08 PM
nak minta pandangan sikit...

kawan2 y dah tau sy nak g umrah..pakat2 kirim doa.. wajib ke kita ke ...

ari tu kursus umrah ada ustaz sebut pasal ni.. nnt sampai kat sana doa je kat Allah.. Engkau Maha mengetahui apa yg ada lam kepala n hati kita sbb nak doa satu2 mmg tak termampu la..

kalau ada yg kirim salam kat Rasulullah kena catit nama satu persatu sbb wajib sampaikan salam.. betulkan sy kalau sy salah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 09:18 AM | Show all posts
pilates posted on 23-4-2014 01:08 PM
salam, sy nak tanya cara/tips untuk tawaf bersama anak..psl kena pegang tangan dia kan. anak sy ni g ...

My personal opinion...kita dok belakang dia nk pegang dua2 bahu dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 09:20 AM | Show all posts
Alhamdulilah...selamat sampai dgn SV832 dari Jeddah pukul 1.00pm. Cuaca kat Makkah agak panas n masjid agak sesak sbb separuh kawasan masjid ditutup.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ayahjoe posted on 24-4-2014 09:20 AM
Alhamdulilah...selamat sampai dgn SV832 dari Jeddah pukul 1.00pm. Cuaca kat Makkah agak panas n masj ...

Alhamdulillah. Selamat kembali ke forum.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.348823 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list