|
[Tempatan]
PRK Kajang. Update : Khalid akan kekal MB melainkan Azmin lepaskan jawatan ADUN
[Copy link]
|
|
Muntz posted on 7-2-2014 12:34 AM
Sbb tu UMNO awal2 dah disekat daripada masuk Sarawak. We need brilliant minds only.
bukan ajer pengkhianat melayu, malah perosak negara lagi.... sapa ganti taib nanti muntz, jaga2 nanti jadi hantu UMNO dibagi masuk UMNO kat sarawak.. hancus jadi sabah...
|
|
|
|
|
|
|
|
NURMIMIE posted on 6-2-2014 10:57 PM
aku tak ada masalah nuar nak main politik mcm mana..
lantak dia lah kalau mmg bertanding kat kaja ...
Memang bajingan pun kak. Bajingan tua anal brahi. |
|
|
|
|
|
|
|
silencekiller posted on 7-2-2014 12:39 AM
Apa buleh buat Uncle.. diorang sudah terminom "air ANUgerah" Bung Nuar
orang laeenn cakap ...
apa nak hairan dgn macai2 tu semua..Nik Aziz dan Hadi sendiri pun dah terminum air anugerah tuhan tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 6-2-2014 11:45 PM
kalau bukan Anwar nak gantikan Khalid...apa justifikasinya Anwar minta DUN Kajang tu dikosongkan s ...
Untuk menyelamatkan Selangor dari UMNO. |
|
|
|
|
|
|
|
diri sendiri minum air rosmah buat2 tak perasan lak... lagik haukkk minum aira rosmah sampai terbeban hidup semua jadi mahal... |
|
|
|
|
|
|
|
Macai ckp nuar menipu x rugi duit rakyat
Kalau sebelum pgg duit pun dah asik menipu
Bila jadi kerajaan nanti terus jadi suci x tipu duit rakyat ke
Masa nuar jadi menteri kewangan die yg naik kan interest credit card pastu pendekkan time pembayaran loan sampai ramai org x ley bayar
Tu baru pgg menteri kewangan je, x jadi pm lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Masa tuh nuar jadi pm malaysia yer.... kuasa total bawah dia...yg sekarang nih naik segala jadah pada rakyat, hutang negara makin membuak2...bini dan para menteri gigih usung bini shooping keliling dunia.... jilat laa sampai licin selagi boleh... tunggu tukar org lain, baru kutuk yg sekarang....janji sujud ....hamdalah..... Last edited by slippergombak on 7-2-2014 02:59 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Anwar vs Khalid: PR hutang penjelasan
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
6 Februari 2014
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services0
Ambiga Ambiga
< 1 / 1 >
SUBANG JAYA - Bekas Pengerusi bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenavasan berkata, PR perlu memberitahu rakyat jika benar ia berhasrat melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya Ketua Umum PKR itu menang dalam PRK Dun Kajang.
Menurut Ambiga, perkara tersebut perlu diperjelaskan kerana ramai yang datang mengadu kepadanya bahawa mereka tidak suka mengenai misteri berhubung isu jawatan menteri besar ini.
"Berhubung isu MB, mungkin Anwar akan jadi, mungkin tidak. Saya dapati isu itu tergantung dan perlu diberikan penjelasan.
"... bagi saya adalah tidak adil sekiranya PR terus membiarkan rakyat berteka teki mengenai perkara ini," katanya dalam Forum Serampang Kajang di Empire Hotel Subang Jaya, semalam.
Anwar dicalonkan sebagai calon PR di Kajang selepas peletakkan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.
Langkah Chin Cheh itu telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak, termasuk rakan komponen dalam PR terutama Pas, yang mengatakan bahawa tindakan tersebut sebagai tindakan 'pengkhianat kepada rakyat'.
Peletakan jawatan Chin Cheh juga telah menimbulkan spekulasi bahawa PR sengaja berbuat demikian bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Selangor.
|
|
|
|
|
|
|
|
Masalah jika Anwar dilantik MB
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
6 Februari 2014
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services3
Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
< 1 / 1 >
SHAH ALAM - Walaupun menguasai PKR, Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan pemimpin yang sesuai untuk diangkat menjadi menteri besar Selangor.
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, ini kerana kontroversi yang melibatkan Anwar terlalu banyak dan boleh menjadi liabiliti bagi kerajaan negeri jika beliau dilantik sebagai menteri besar.
“Banyak kontroversi yang melibatkan peribadi beliau disentuh sebelum ini, selain itu, beliau juga bakal dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi. Ini berisiko tinggi jika beliau dilantik jadi menteri besar Selangor.
“Ini juga boleh jadi bola tanggung untuk BN serang kerajaan negeri," katanya.
Azmi berkata, itu mungkin antara faktor Pas seakan-akan tidak bersetuju apabila nama Anwar disebut menggantikan kerusi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
“Selain itu, jika Anwar memegang kerusi menteri besar, masalah dalaman parti akan terpalit dalam pentadbiran negeri. Itu yang mahu dielak oleh Pas," katanya.
Menurut Azmi, dari segi pengamalan Anwar memang layak untuk menggantikan Abdul Khalid, bagaimanapun akibat liabiliti yang ada, rakan PR berhati-hati dalam membuat keputusan mengenai perkara itu.
Pendapat sama turut diutarakan oleh pensyarah dari Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian bahawa Pas tidak mahu terpaut bersama dengan masalah dalaman PKR.
“Pas juga merasakan yang calon mereka lebih layak mengisi kerusi menteri besar jika Abdul Khalid berundur,” katanya.
Sivamurugan turut berpandangan bahawa peranan Anwar lebih kepada menjadi penyatu antara Pas, PKR dan DAP dalam PR.
Menurut Sivamurugan, kemenangan Anwar di Dun Kajang, tidak bermakna kemelut yang berlaku dalam PKR akan berakhir.
Kelmarin, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, sayap Pas itu akan menyokong Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) di Dun Kajang.
Bagaimanapun, tidak sesekali menyokong jika Ketua Pembangkang itu berhasrat mahu menjadi menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Kenyataan dua ahli akademik itu seakan berbeza dengan percaturan yang dibuat oleh PKR yang dilihat mahu meletakkan Anwar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika Anwar kalah di Kajang, lupakanlah PRU14
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
5 Februari 2014
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services7
Tony Pua Tony Pua
< 1 / 1 >
SUBANG JAYA - Pengerusi DAP Selangor Tony Pua hari ini menyifatkan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang adalah penyambung hayat kepada PR menjelang PRU14.
Menurut Tony, medan PRK Dun Kajang adalah lonjatan untuk PR 'merampas' Putrajaya, namun jika Datuk Seri Anwar kalah di Dun tersebut, PR 'terpaksa' melupakan hasrat mereka untuk menakluk Putrajaya.
"PRK Dun Kajang adalah batu lonjatan untuk PR.
"Risikonya sangat tinggi, oleh itu kita perlu berwaspada.
"...kerana kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah, kita 'terpaksa' lupakan PRU14, Ubah dan sebagainya," katanya ketika Forum Serampang Kajang di Empire Hotel Subang Jaya hari ini.
Kerusi Dun Kajang dikosongkan oleh bekas penyandangnya, Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan 27 Januari lalu.
Chin Cheh memenangi kerusi itu pada PRU Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Susulan daripada itu, PKR menerusi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon baru di Dun tersebut.
p/s;- macam sesetengah penganalisa politik cakap lak...PR menang di Kajang...tak menjadi kudis krn dah memang kerusi tu dimenangi oleh PKR dlm PRU yg lepas..tapi kalau BN dapat kurangkan majoriti PR pun..sudah menjadi kemenangan pada BN..apa lagi kalau Anwar kalah...lagi besarlah modal BN...sebab tu ada yg berpendapat...Anwar sendiri yg mengali kubur PR ni dgn strategi bonggoknya ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 6-2-2014 11:56 PM
saya kenal Anwar ni mimi..sejak berpuluh2 tahun dulu lagi masa dia lawan Ghafar Baba...bukan baru ...
kalau pasal lawan melawan neh, ai tak heran.. itu dah memang nature kerja orang politik.. dalam perebutan takhta kerusi tertentu, masing2 boleh bersaing dan siapa yang kuat, dia boleh duduk situ..
sama macam time nuwar lawan Ghafar Baba laa.. time tuh seat tak confirm lagi cuma seniority dan signifikan jasa2 Ghafar Baba di amik kira..
tun det tak payah banyak cakap pasal perkara ini.. time tun hussien no.1, tun det pun sama juga time fight ngan Razaligh dulu2
tun det tak back up pun Ghafar Baba time Nuar nak lawan dulu.. infact dia bagi laluan mudah saja pada Nuar.. so 2 x 5
but this time, khalid masih dok kerusi tuh.. kalau nuwar berhasrat nak duduk situ hanya dengan PRK, itu bukan rebut namanya.. itu RAMPAS namanya!!..
btw, orang nak cakap apa pun pasal polis, anjing ka, apa ka, tak ada nya ai nak rimas2 bagai..
anjing pun releks2 aje
|
|
|
|
|
|
|
|
RM1.6 juta harga 'wayang' politik PKR
6 Februari 2014
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services3
Prof Datuk Dr Zainal Kling Penganalisis Politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling
< 1 / 1 >
MELAKA - RM1.6 juta anggaran wang rakyat yang perlu dibelanjakan bagi mengadakan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang di Selangor pada 23 Mac ini.
Persoalannya patutkah wang rakyat ini dibelanjakan, yang dilihat ramai sebagai permainan politik PKR apabila wakil rakyatnya Lee Chin Cheh sengaja mengosongkan kerusi Dun Kajang pada 27 Januari lepas semata-mata mahu memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling, wang rakyat itu sepatutnya dibelanjakan untuk membantu rakyat tetapi malangnya RM1.6 juta itu terpaksa dibayar oleh rakyat untuk wayang politik Anwar di Selangor.
Secara perbandingan, jumlah itu mampu menampung Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM650 masing-masing kepada lebih 2,400 keluarga ataupun RM300 masing-masing kepada lebih 5,300 individu bujang di negara ini.
RM1.6 juta itu juga mampu menampung pemberian lebih 50 buah rumah percuma masing-masing berharga RM30,000 di bawah program perumahan rakyat kepada mereka yang kurang berkemampuan ataupun menampung pemberian percuma 16 buah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia berharga RM100,000 sebuah.
"PKR secara jelas mempermainkan proses demokrasi di Selangor dengan kosnya ditanggung oleh wang rakyat sendiri, malah bukan setakat demokrasi itu dipermainkan malah rakyat sendiri dipermainkan mereka," kata Zainal yang juga Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba Universiti Pendidikan Sultan Idris ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata sekiranya benar sekalipun PKR mempunyai masalah dalaman di Selangor, Anwar dan pemimpin PKR lain perlu menyelesaikannya di meja rundingan tanpa melibatkan penganjuran sebuah pilihan raya kecil membazirkan jutaan ringgit wang rakyat.
Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata PRK Dun Kajang bakal melibatkan 673 petugas serta 39,278 pemilih berdaftar dan penamaan calon ditetapkan 11 Mac manakala pengundian 23 Mac.
Abdul Aziz menjelaskan terdapat banyak faktor mempengaruhi kos PRK Kajang antaranya bilangan pengundi, keluasan kawasan pengundian, lokasinya di bandar atau di luar bandar dan jumlah petugas SPR, turut menegaskan suruhanjaya itu akan sedaya upaya meminimumkan kos PRK tersebut.
Bagaimanapun, di media sosial ada penyokong pembangkang mempersoal kos RM1.6 juta itu terlalu mahal untuk menganjurkan satu pilihan raya kecil, tetapi menurut Zainal mahal atau tidak, kos itu tidak sepatutnya dikeluarkan sekiranya tiada permainan politik daripada PKR sendiri.
Kerajaan Barisan Nasional, yang sering dikritik pembangkang kerana didakwa melakukan pembaziran dalam mentadbir negara, kini jelas nyata melaksanakan pelbagai usaha penjimatan pentadbiran serta langkah membantu rakyat dalam mengatasi kenaikan kos sara hidup.
"Tetapi ironinya sekarang dalam konteks ini, pembangkang yang dahulu mendakwa kerajaan membazir wang rakyat, sekarang melakukan pembaziran wang rakyat untuk permainan politik mereka pada PRK Kajang...ini wayang politik yang jelas tidak disenangi rakyat," kata Zainal.
Menarik perhatian, Anwar dilaporkan mengakui kos untuk menganjurkan PRK Kajang adalah suatu pembaziran sehingga mengarahkan jenteranya mengguna kembali poster pada pilihan raya lepas untuk berkempen.
Pembaziran itu juga tidak disenangi bekas Ketua Pemuda Pas pusat Nasarudin Hassan yang menyifatkan tindakan Lee mengosongkan kerusi itu sebagai tidak sah dan pencalonan Anwar seolah-olah memperjudikan wang rakyat.
Apapun tujuan sebenar Anwar selaku Penasihat PKR, mengatasi pertelingkahan antara Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ataupun meletakkan dirinya sebagai bakal Menteri Besar Selangor, PRK Dun Kajang bukanlah kali pertama beliau membazirkan jutaan ringgit wang rakyat demi keperluan politiknya.
Pada 2008 sebanyak RM1.5 juta wang rakyat terpaksa dibelanjakan bagi mengadakan PRK Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang setelah isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bergelar anggota Parlimen kawasan tersebut. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
NURMIMIE posted on 7-2-2014 03:39 AM
kalau pasal lawan melawan neh, ai tak heran.. itu dah memang nature kerja orang politik.. dalam pe ...
isunya mimi...sebelum time anwar lawan ghafar baba tu bukan pasal lawan melawan ni..tapi janji Anwar tidak akan melawan Ghafar Baba didalam pemilihan Tim Presiden UMNO krn dia kata...dia hormat pada Ghafar Baba yg banyak menyumbang dan org lama didalam UMNO..tuptup bila hampir, dia mengistiharkan dirinya bertanding jawatan tersebut...so..isunya disini bukan pasal lawan kat melawan ka...isunya dia berbohong, dia menipu, dia main drama king...dia munafik....sebab tu saya tidak percaya pada manusia bernama Anwar Ibrahim ni sejak berpuluh2 tahun dulu lagi.
So..apa yg keluar dari mulutnya...kalau tak tipu, dia bohong, kalau tak bohong, dia main drama..cuma yg tak kenal dia je yg percaya pada Anwar anak Ibrahim ni....
moralnya plak...ya Allah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 7-2-2014 03:43 AM
RM1.6 juta harga 'wayang' politik PKR
6 Februari 2014
Share on facebook Share on twitter Share on ...
Bazir RM25 juta untuk 2 panda, kerajaan patut naik taraf zoo(Mohd Martin Kahar) KUALA LUMPUR 17 Julai: Kerajaan tidak perlu membazir puluhan juta ringgit semata-mata membawa masuk dua ekor panda dari China sebaliknya menggunakan dana itu untuk menaik taraf zoo. Presiden Persatuan Kebajikan Haiwan Malaysia, Shenaaz Khan berkata, zoo di Malaysia masih banyak kekurangan akibat peruntukan terhad dan kebanyakan beroperasi mengguna dana sendiri. “Kita lihat saja di Zoo Negara dan Zoo Melaka. Keadaannya begitu kritikal disebabkan kerajaan tidak memberi perhatian serius. Sepatutnya zoo-zoo inilah yang perlu diberi peruntukan bukan untuk panda,” katanya ketika dihubungi. Bulan lalu, Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China menandatangani memorandum Persefahaman (Mou) untuk meminjam sepasang panda dari republik itu selama 10 tahun. 16 Julai lalu, akhbar melaporkan Perbadanan Putrajaya (PPj) yakin kos lebih RM25 juta bagi menyediakan prasarana pasangan panda itu, akan membawa pulangan. Mengulas lanjut, Shenaaz turut menempelak kerajaan kononnya mahu mengatasi kepupusan panda sedangkan tujuan sebaliknya mengaut keuntungan yang belum pasti. Beliau berkata, jika kerajaan serius mewujudkan program konservasi, ia boleh dilakukan terhadap haiwan di negara ini yang semakin diancam kepupusan. “Kita ada banyak haiwan-haiwan yang diancam kepupusan. Sebagai contoh beruang dan harimau. Mengapa kerajaan tidak memberi dana untuk program-program sedemikian sedangkan haiwan ini berasal daripada negara kita,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
slippergombak posted on 7-2-2014 08:48 AM
Bazir RM25 juta untuk 2 panda, kerajaan patut naik taraf zoo(Mohd Martin Kahar)KUAL ...
hahaha...
praya baru sejuta lebih dah dikata membazir la hapa
sewa panda 25 juta takpa...
biol..
|
|
|
|
|
|
|
|
Muntz posted on 7-2-2014 08:30 AM
99.9% rakyat Sarawak akan bantah kemasukan UMNO ke Sarawak. Yg remaining 0.1% tu terdiri dari peng ...
1% tuh musti baiduri othman kan... setia betul bangga betul ngan UMNO..
|
|
|
|
|
|
|
|
anwar makin maju ke depan??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|