CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Kanak-Kanak 12 Tahun Dari Kuching Tersadai 9 Jam Di KLIA2 Kerana Polis Bantuan H

[Copy link]
Post time 3-1-2018 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut budi bicara, maybe polis bantuan tu taknak jeopardize kan sumber cari mkn dia. Kalau pape jadi dia yg kena.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2018 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
mjla replied at 2-1-2018 05:28 PM
Keja private la lg byk rasuah
Nak dpt projek
Skema tul ko ni

I kerja private, any gift i.e. angpow, hamper segala kalau dapat dari sub con wajib declare kat management.

Mana2 company yang nak kena bagi rasuah baru dapat projek tu biasanya company tak berapa ada pun performance... sebab tu payah nak lepas evaluation.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
alya_daniela replied at 2-1-2018 06:11 PM
masalahnya akak, tiket flight ke sarawak tu bukan murah

si ayah sekarang kena spend tiket ke kl ...

Kecuaian sendiri kenapa nak mintak orang faham masalah dia?
Dah buat anak ramai2 sampai 7, sebelum nak berjalan tu check la semua dokumen cukup ke tak.
I kalau berjalan anak beranak tak kisah la ke mana pun, satu fail yang simpan surat beranak, surat nikah, mykid anak semua I bawa sekali tau.. ni, boleh pulak jalan ke semenanjung passport pergi tinggal kat rumah (sarawak).

Cuai..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 08:46 AM | Show all posts
Ikut rules memang tk boleh la kan. Dah nama  pun budi bicara. Orang bagi nasib la..orang tak bagi nak  kata apa. Dia cakap takde orang jaga anak dia. Tapi sebenarnya ada je kenalan diorang dari kl yg temankan budak tu. Even boleh je tinggalkan isteri dia tolong temankan anak dia. Tapi nak tau jugak, kalau orang sabah/sarawak hilang  ic di semenanjung atau org semenanjung hilang ic di sabah/sarawak, memang tak lepas imigresen ke? Kena tunggu ic siap baru boleh balik ke camna?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 08:51 AM | Show all posts
EncikRhoma replied at 3-1-2018 08:46 AM
Ikut rules memang tk boleh la kan. Dah nama  pun budi bicara. Orang bagi nasib la..orang tak bagi na ...

kalau ikut post no.75 tak bole. tp skrg kan ada UTC..JPN bole siapkan IC dlm masa sejam dah kan? takde mcm dedulu lg...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 08:53 AM | Show all posts
Vokuro replied at 3-1-2018 01:15 AM
harap2 anak sister kena culik di bawa lari naik pesawat dengan penculik kasi alasan hilang mykid.
...

tu la kan sis vok, dah strict pun komplin....bila tak strict, timbul prob, semua tunding jari kat authorities.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2018 08:54 AM | Show all posts
slavehunter replied at 2-1-2018 06:42 AM
Budak tu dibiarkan berlegar ker atau ditempatkan kat office? Sepatutnye di tempatkan kat office grou ...

ada je kenalan diorang yg temankan. drama je bapak dia ni. dia pun datang dengan isteri n mak pak mertua. Boleh je tinggal isteri kalau xnak kenalan jaga
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
yelahkan....pasca 9/11 dulu penumpang blh je masuk kokpit inflight....post 9/11 dah tak blh, itu namanya upgrade SOP, takkan nak guna alasan pasca 9/11 dulu semata2 nak masuk kokpit inflight sekarang...dah tentu tak blh kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2018 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya la kene budak ni pengganas Islamiyyah ISIS
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
EncikRhoma replied at 3-1-2018 08:54 AM
ada je kenalan diorang yg temankan. drama je bapak dia ni. dia pun datang dengan isteri n mak pak  ...

Dalam impression akak heshe travel dengan anak heshe jah dan takde choice lain selain kena tinggal anak heshe sementara heshe pergi balik ambil passport, kalau travel dengan bini mertua bagai and still decide tinggal anak sorang memang bapak perangai hanjeng iya
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh ada polis report bagi je la lepas. Katakan dorg sekeluarga kena rompak, semua xda ic.. Camna nak balik? Katakan la kan... Haa camna
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 3-1-2018 08:43 AM
I kerja private, any gift i.e. angpow, hamper segala kalau dapat dari sub con wajib declare kat ma ...

Yang tak ada policy rasuah itu co2 kecik pprt mungkin. Co akak memang ada talian khas untuk report rasuah. Tiap kali perayaaan pun ada hantar email untuk remind pasal regulation terima hamper bagai berapa nilai boleh terima gift etc selain kena ambil training cegah rasuah every year.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 09:24 AM | Show all posts
Vokuro replied at 3-1-2018 01:14 AM
Dalam impression akak heshe travel dengan anak heshe jah dan takde choice lain selain kena tinggal ...

isteri, parents isteri semua ada sistur. Baca di mstaronline. Yang jaga budak tu pun kenalan mertua. Propa je cakap budak tu ditinggalkan sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 3-1-2018 09:19 AM
Dh ada polis report bagi je la lepas. Katakan dorg sekeluarga kena rompak, semua xda ic.. Camna nak  ...

Pegi la buat ic baharu ngok
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 09:41 AM | Show all posts
Vokuro replied at 2-1-2018 03:17 PM
so sister expect polis bantuan itu pergi JPN, heret budak itu untuk check thumbprint bagai??
lepa ...

online je...
wat per nak heret...
can send verification via email or fax..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 09:50 AM | Show all posts
EncikRhoma replied at 3-1-2018 09:24 AM
isteri, parents isteri semua ada sistur. Baca di mstaronline. Yang jaga budak tu pun kenalan mertu ...

iols speku bapaknya rs diri hebat..ketua bahagian blabla bla kat pejabat pendidikan negeri kan?maybe nak tunjuk power

dalam berita mula2 dulu pun heols kata polis bantuan tu biadap tak bagi dia masuk even dia dah kol kwn baik dia, ketua imegresen swk..see my point? dia nk kata dia kenal org..apalah sangat dgn polis bantuan tu..

tapiiiii...

dia lupa, dgn niat nak burukkan org yg buat keja ikut SOP, secara tak langsung si bapak nie dah menunjukkan kebodohan dan kecuaian diri sendiri. mykid anak sorang pun tak dapat nak jaga...ingat blh lepas la kut sbb kenal ramai org...

anak pun bderet 7 org.. selalunya anak ramai2 nie minda kekampungan sikit... berlagak jer lebih..

i dont know heols org jati swk.. 2-2 keja PTD kan? i wonder how both dapat keja PTD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2018 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Vokuro replied at 3-1-2018 01:15 AM
harap2 anak sister kena culik di bawa lari naik pesawat dengan penculik kasi alasan hilang mykid.
...

dalam kes ini, ini bukan kes penculikan

cuma hilang ic

bapanya pun ada passport sebenar cuma tinggal di sarawak

bapanya pun ada gambar ic dalam phone dan salinan surat beranak

sudah cukup membuktikan ini kes kehilangan ic dengan ada laporan polis


hilang produktif apabila terpaksa ulang alik semenanjung kl
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Terkandas 9 Jam: “Bukan Polis Bantuan, Orang Luar Yang Bantu”
Diterbitkan: Selasa, 2 Januari 2018 7:40 PM

image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2015/01/23/19/55/iwan.ashx?w=50&h=50Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
[email protected]
image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/01/02/19/58/wanfadillahanak1.ashx?w=620&h=413&crop=1&/


Wan Fadillah (kanan) bersama Batrisyia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada awal pagi Isnin.

   (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Seorang bapa kesal pihak yang diharap dapat membantu anaknya yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hanya membiarkan sahaja kanak-kanak berusia 12 tahun itu dibantu oleh orang luar yang tiada pertalian darah.

Bercakap kepada mStar Online, Wan Fadillah Wan Ahmad, 37, mendakwa pegawai polis bantuan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) langsung tidak menawarkan bantuan atau perlindungan kepada anak perempuannya sementara dia pulang ke Kuching, Sarawak untuk mendapatkan pasport anaknya sebagai pengesahan.

Dalam insiden pada 31 Disember lalu, dia dan isterinya bersama tujuh anak termasuk anak perempuan berumur 12 tahun, Syarifah Nur Batrisyia yang tercicir MyKid serta ibu bapa mertuanya mahu pulang ke Kuching selepas bercuti di Kuala Lumpur sejak 27 Disember.

“Kalau polis bantuan MAHB di KLIA2 menawarkan bantuan untuk menempatkan anak saya buat sementara sehingga saya mendapatkan pasport, sudah tentu saya akan tinggalkan anak saya dengan mereka.

“Saya akur dengan prosedur keselamatan yang dilaksanakan, tetapi mereka seharusnya membuat pertimbangan dari segi kemanusiaan, ke mana anak saya perlu ditempatkan ketika itu.

“Dalam keadaan yang panik dan tidak mahu terlepas penerbangan, polis bantuan seharusnya memberi kerjasama bagi memudahkan cara untuk saya menyelesaikan masalah,” katanya dengan nada kesal, Selasa.

MAHB pada Isnin menjelaskan bahawa kanak-kanak 12 tahun itu tidak ditinggalkan keseorangan di KLIA2 seperti yang dilaporkan dalam artikel sebuah portal.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 12 Tahun Tak Keseorangan Di KLIA2 - MAHB

Sebaliknya, MAHB dalam kenyataannya berkata, berdasarkan rakaman kamera pengawasannya, kanak-kanak itu ditemani oleh satu pasangan dewasa dan meninggalkan lapangan terbang dengan menaiki kereta.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/01/02/bapa-kesal/~/media/214563e323d340a8a5b261a5746d1954.ashx?la=en


Laporan berhubung kejadian membabitkan polis bantuan di KLIA2, yang tersebar di media sosial dan WhatsApp.
Bagaimanapun laporan pegawai bertugas kepada pengurusan MAHB yang kini tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp mendakwa anak pengadu bersama dua ahli keluarganya telah meninggalkan KLIA2.

Wan Fadillah menjelaskan bahawa sementara pemergiannya ke Kuching untuk mengambil pasport berkenaan pada hari yang sama, Batrisyia dijaga oleh rakan kepada ibu mertuanya yang datang ke KLIA2 untuk bertemu mereka sebelum berlepas.

Dia mengakui Batrisyia tidak dibiarkan keseorangan, sebaliknya dibawa pulang oleh pasangan suami isteri itu yang menetap di Putrajaya sepanjang tempoh tersebut.

“Kalau ikut laporan pegawai tersebut, dia mengatakan anak saya dibawa keluar oleh ahli keluarga, tapi mereka bukan ahli keluarga atau waris kami. Macam mana mereka pasti anak saya dijaga oleh ahli keluarga?,” soalnya.

Pada Ahad, sebuah portal melaporkan seorang bapa kecewa dengan polis bantuan MAHB yang menyebabkan dia terpaksa mengambil risiko meninggalkan anak perempuannya keseorangan di KLIA2 tanpa pengawasan hampir sembilan jam.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/01/02/bapa-kesal/~/media/3454d9cfcceb458d8d681a11a1b87b83.ashx?la=en


Jadual penerbangan yang lewat pada malam Ahad menyebabkan Wan Fadillah terpaksa menyambut Tahun Baharu di dalam penerbangan.
Wan Fadillah menjelaskan bahawa selain mendapat bantuan rakan ibu mertuanya untuk menjaga anaknya, dia juga tidak mahu membiarkan isterinya bersendirian mengendalikan enam lagi anaknya termasuk seorang anak berusia dua tahun serta faktor kesihatan ibu bapa mertuanya untuk terbang ke Kuching.

“Sebagai bapa, tidak tergamak untuk saya tinggalkan anak saya keseorangan. Dia baru 12 tahun dan perempuan pula tu. Tapi sebab keadaan panik dan tiada pilihan saya terpaksa lepaskan anak saya walaupun mereka hanya kenalan mertua saya. Saya terpaksa terbang ke Kuching untuk mendapatkan pasport anak saya dan tiba semula ke KLIA2 pada malam yang sama untuk membawanya pulang.

"Disebabkan kelewatan penerbangan, kami tiba di Kuching pada kira-kira 2.30 pagi Isnin. Kami sepatutnya menyambut ambang Tahun Baharu di Kuching bersama keluarga tetapi ketika itu saya dan anak dalam penerbangan. Ia merupakan sambutan Tahun Baharu yang cukup memilukan, menyedihkan, meletihkan dan menjengkelkan," katanya.

Menurut Wan Fadillah, kos penerbangan untuk membawa anaknya pulang termasuk tiket penerbangannya sendiri mencecah RM1,000.

Dilaporkan, bapa kanak-kanak itu membuat laporan polis di KLIA2 namun anaknya tidak dibenarkan melepasi pemeriksaan keselamatan walaupun sudah menunjukkan laporan polis, salinan pasport dalam telefon bimbit dan salinan sijil surat beranak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 10:04 AM | Show all posts
nama je keje ptd..tapi bodoh...baik je pencen cepat..dari jadi PTD bodoh..jabatan atau kementerian mana lah yg malang dapat PTD bodoh mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
alya_daniela replied at 3-1-2018 09:59 AM
Terkandas 9 Jam: “Bukan Polis Bantuan, Orang Luar Yang Bantu”
Diterbitkan: Selasa, 2 Januari 2018 ...

Lembam ke bini heshe sampai tak boleh stay back teman anak heshe??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
Konsert Siti-Judika bak 'hadir muktamar PAS, kerusi takde nombor' mutu penganjuran hauk!
maklukpenggodaKonsert Siti-Judika bak 'hadir mukta
Views : 4941 Replies : 26
HILANG kawan, sakit ke?
fahdramliHILANG kawan, sakit ke?
Views : 45949 Replies : 90
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 32531 Replies : 638
Aku Bukan Ustazah cetus fenomena, paling popular 2024
maklukpenggodaAku Bukan Ustazah cetus fenomena, paling
Views : 8347 Replies : 2
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282418 Replies : 8326
Harga sawit lebih RM1,000 satu tan, peneroka tidak rambang mata
AbahmungHarga sawit lebih RM1,000 satu tan, pene
Views : 54541 Replies : 11
Sindiket 'Counter Setting' masih beroperasi di KLIA, dakwa sumber
AbahmungSindiket 'Counter Setting' masih
Views : 55256 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98590 Replies : 1015

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.059280 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list