CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TuntungReturn

[Tempatan] kecoh di utara!mati makan laksa?update #96 kedai hari tu tak buka katanya!

[Copy link]
Post time 12-10-2018 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu i kata telur ayam bila beli kena terus basuh. Bila i beli telur i mesti ambil plastik putih sayur tu i terbalikkan pegang kotak telur beralaskan plastik. Memastikan tangan i tak sentuh kotak telur. Ni juga mengasingkan telur dari produk lain. Balik i terus basuh.

Bila korang sentuh telur kemuadian sentuh sayur, sayur tu dah kena cross contaminate dengan bakteria yg ada pada telur. Sebab tu bila kita kat food industries, setiap produk kena tukar gloves or cuci tangan.

Please fellow friends. Please wash your telurs ya sebelum simpan di peti ais. Kalau yg tak nak basuh tu simpan di luar peti ais jangan campur. Tapi di kotak telur yg kami mmg pesan suruh simpan peti ais. Kalau korang tengok ada eggs yg dah dipasteurkan. Sudah tentu telur pasteurized ni sudah dibasuh..

Masa beli tu kadang ada nampak hairline crack halus je. Sebab tu bila you all basuh bakteria masuk lalu jadi busuk. Tapi kalau eggs tu takde crack, takkan busuk punya telur tu.

Satu lagi sepatutnya peniaga ada color coded chopping board utk elakkan cross contamination.

Kami di rumah kami pakai chopping board color coded. Jangan campur campur.

Yellow chopping board - chicken poutlry
Green - vege / fruits
Red - meat / daging
Blue - seeafood
Papan kayu - cooked food

Saya sekadar share. Minta maaf kalau nampak over. Ni semua utk preventive measure
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2018 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts






@want2bhappy

Ni yang saya makan. Tak boleh reply and share pic.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
want2bhappy replied at 12-10-2018 01:13 PM
apa tu.. boleh share pic?

Saya dah share di post lain. Tak boleh reply and share pic.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 03:20 PM | Show all posts
moonbug replied at 11-10-2018 02:22 PM
Macam mana u bagi charcoal kat si bulus? Dissolve dalam air dulu ke

bagi la yakult...
sedap sikit...
yg tu pun bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2018 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 11-10-2018 02:22 PM
Macam mana u bagi charcoal kat si bulus? Dissolve dalam air dulu ke

Ha ah..tp hancurkn kt luar dlu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2018 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 8-10-2018 10:56 PM
Bukan aku nak kata apa. Tapi aku kata jugak.

Beri ubat cirit birit?????? Are you kidding??????

Sometimes layman org kampung ni kena paham juga...bila diorg cirit all ubat yg dibagi doc yg diorg faham Ialah ubat cirit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2018 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 10-10-2018 03:46 PM
ada orang perut dia tahan lasak sebab masa sekolah duduk asrama, terdedah kepada makanan yang peli ...

Aku la tu kut salah sorangnya lol
Aku ni dua kemungkinan jer kalu bab2 ni
Sama ada aku kena paling awal dr orang lain, kalu org lain 2-3 jam baru rasa loya pening muntah segala bagai, aku 15-20 minit dah start mariiiiii dah segala simptom2nya
Atau aku x kena langsung
Kadang sampai kena marah, sbb org lain semua kena, aku jah terkecuali, perut kebal supo perut lembu katanya...i have no idea whether it was a compliment or an insult lol
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2018 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dpt info.. beli laksa pas tuu simpan ke peti ais.. beli dr kedah nak buat kenduri skit kat selangorr.. sbb tuu ramai yg kena
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2018 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 14-10-2018 12:29 AM
Dpt info.. beli laksa pas tuu simpan ke peti ais.. beli dr kedah nak buat kenduri skit kat selangorr ...

gigihnye...macam la kat selangor takde yg pandai masak laksa..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2018 09:25 AM | Show all posts
najib888 replied at 9-10-2018 12:54 PM
Maahad tahfiz ada kes liwat, propose utk haramkan skolah tahfiz..
Tapi bila minum arak sampai berpu ...

kau ok?                     

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2018 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
sapeka replied at 14-10-2018 09:14 AM
gigihnye...macam la kat selangor takde yg pandai masak laksa..

Sebab nak laksa kebok.. laksa kebok selangor tak de.. telor mana laa tahan kalo dah seharian angkut dr kedah.. ujung ujung pckik niaga yg kena cashhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Keracunan laksa: KKM sahkan bakteria sebagai punca

Bernama | Oktober 22, 2018 05:16 MYT

KUALA LUMPUR: : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan agen penyebab keracunan makanan laksa baru-baru ini berpunca daripada bakteria 'salmonella enterica serovar weltevreden'.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ujian 'Pulse Field Gel Electrophoresis' (PFGE) yang dijalankan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Makmal Keselamatan Kualiti Makanan Pulau Pinang pada Ahad mendapati bakteria tersebut dikesan dalam sampel klinikal pesakit serta sampel mi laksa.

"Bakteria tersebut dikesan daripada mi laksa yang dibeli pada 4 Okt dari gerai terbabit. Mi laksa tersebut dihasilkan di premis pemprosesan milik pengusaha yang juga tuan punya gerai.

"Faktor risiko yang menyumbang kepada kejadian keracunan makanan ini berkemungkinan berpunca dari proses penyediaan dan penyimpanan mi laksa yang tidak bersih serta suhu penyediaan semasa pemprosesan selain suhu pemanasan semula mi laksa sebelum dimakan tidak mencukupi untuk menyahkuman," katanya dalam kenyataan di sini.

BACA: Mati akibat laksa? Jabatan Kesihatan Kedah, Perak siasat dakwaan

Jumlah keseluruhan kes kekal 83 termasuk dua kematian susulan kejadian keracunan makanan yang berpunca dari memakan laksa yang dibeli di sebuah premis di Kupang, Baling, Kedah pada 8 Okt lepas.

Mengikut pecahan, 34 kes termasuk dua kes kematian dilaporkan di Perak, 25 kes di Kedah dan 24 kes di Selangor, dengan kesemua yang dirawat telah dibenarkan pulang.

BACA: 42 kes baharu keracunan makanan akibat laksa di Baling

BACA: Keracunan laksa: KKM sahkan 19 kes baharu

'Salmonella enterica serovar weltevreden' merupakan salah satu serotaip bakteria 'salmonella spp' yang boleh menyebabkan gejala seperti demam, muntah, sakit perut dan cirit birit berpunca daripada pencemaran makanan serta air.

Menurut Dr Noor Hisham, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Baling telah memaklumkan hasil keputusan siasatan ini kepada pemilik gerai terbabit.

"Gerai yang ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit 1988 pada 8 Okt boleh dibuka semula sekiranya mematuhi sepenuhnya Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan Kesihatan Makanan 2009 dan keperluan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 08:58 AM | Show all posts
tpi gerai tu dah bukak balik..
pstu siap berlagak cakap ... nak suh KKM yang bukak tape gerai dorg tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Punca keracunan dari bakteria dalam mi laksa yang dibuat sendiri oleh pengusaha. Kesian telur dan salad kena fitnah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 10:10 AM | Show all posts
tak ada ape2 tindakan ke pada pakcik nie? dah confirm dari laksa yang dia hasilkan. pelik btl rase..
blh niaga macam biasa plak
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 05:20 PM | Show all posts
ada org pergi jgk ke kedai dia bila dh jd kes ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2019 06:33 PM | Show all posts
Edited by pintukaca at 24-4-2019 06:34 PM

Operasi seperti biasa



“SAYA bersyukur walaupun pelbagai dugaan dan persepsi daripada sesetengah pihak, namun ia berjalan dengan baik dan gerai ini beroperasi seperti biasa sejak enam bulan lalu.”

Demikian kata pemilik gerai laksa kebok di Kampung Landak, Kupang Daud Ismail, 53, yang sebelum ini diarah tutup sementara oleh Kementerian Kesihatan pada 8 Oktober tahun lalu kerana menyebabkan keracunan makanan kepada pelanggannya.

Daud berkata, dia memulakan perniagaan awal bulan November tahun lalu sehinggalah hari ini dengan menyediakan lebih 30 sehingga 50 kilogram laksa kebok setiap hari.

Menurutnya, selepas kesnya selesai dan dibenarkan beroperasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dia berniaga seperti biasa.

“Saya bersyukur semua berjalan dengan baik malah sebelum ini saya memberi kerjasama kepada semua pihak termasuk Pejabat Kesihatan Daerah Baling .

“Dengan berkat doa semua, saya dapat memulakan perniagaan seperti biasa dan akur dengan semua arahan daripada pihak yang berwajib,” katanya ketika ditemui di gerainya hari ini.
Katanya, pelanggan tetap membeli kerana mereka yakin dengan masakan yang disediakan sejak 20 tahun lalu.

“Malah, isteri dan dua anak saya sudah mengikuti kursus kesihatan yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Baling bagi mematuhi arahan pejabat itu.

“Saya juga memperkenal satu lagi menu tambahan iaitu laksa udang tertungging selain laksa kebok yang sedia ada dan akan terus meningkatkan kualiti kerana perniagaan ini menjadi punca rezeki kami sekeluarga,” katanya.

Pelanggan tetap, Alias Daie, 59, Kampung Charok Kapas, Kupang berkata, dia sudah lama membeli laksa kebok kerana laksanya sedap dan dibuat secara tradisional.

“Selepas beroperasi semula, saya datang untuk membeli laksa kebok di gerai berkenaan.

“Saya yakin laksa kebok sedap seperti dulu dan tidak takut untuk memakannya,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan dua mangsa meninggal dunia selepas dilaporkan memakan laksa yang dibeli di gerai di Kupang, Baling dengan 42 orang keracunan makanan.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2019 @ 1:51 PM
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
pintukaca replied at 24-4-2019 06:33 PM
Operasi seperti biasa



Kes yang 2 orang mati keracunan makan laksa kebok tu takde update apa-apa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 24-4-2019 06:42 PM
Kes yang 2 orang mati keracunan makan laksa kebok tu takde update apa-apa ke?

kes keracunan tu sbb dah basi.... pastu hidang jugak... lebih smlmn klau tak silap...

sbb tu dibenar bukak blk tuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 24-4-2019 06:48 PM
kes keracunan tu sbb dah basi.... pastu hidang jugak... lebih smlmn klau tak silap...

sbb tu di ...

Oo kiranya salah customer tu la. Dia beli banyak2 mee laksa tu bawak dari Kedah ke Selangor, lepas semalaman dia hidang kat tetamu pulak. By that time laksa dah basi. Betul ke pemahaman I ni? No wonder pakcik tu aman-aman je sambung buka kedai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.086707 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list