Polis terima laporan hina Agong, Permaisuri di TwitterBernama -
September 13, 2019 6:44 AM
Media tempatan melaporkan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah telah menyahaktif akaun Twitter rasmi milik baginda.KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima satu laporan berhubung kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial Twitter semalam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed berkata malam tadi, susulan itu, PDRM telah membuka siasatan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948, oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, JSJ Bukit Aman. Semalam, media tempatan melaporkan ekoran kejadian itu Tunku Azizah telah menyahaktif akaun Twitter rasmi milik baginda, sehingga ia menjadi tular di media sosial.
|