ya, kondo2 yg area desa pandan tu start dari M Suites, kondo depan raintree, seri ampang hilir, G Residence, yg asalnya nampak classy high class, terus hilang prestij, dah takde makna dah kalau kondo tu exclusive, tapi bukak je tingkap ada highway..... mmg drop value habis kawasan tu... mana ada org sanggup beli rumah hadap highway...
connection dkt MEX tu paling horrible, dgn projek TRX, MRT Line 2, Projek flyover by Naza dpn zouk, dah tak nampak pun cam bulatan dah roundabout kg pandan tu
Post time 23-3-2021 09:22 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau masa tgh construction pun dah start ade problem..asik ade kes je. Apetah lg bila da siap. Lg 5 6 thn. Seram la. Mintak2 kita dijauhkan dr malapetaka
Post time 23-3-2021 09:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
animcute replied at 22-3-2021 02:57 PM
pemaju diarah henti serta merta? yeah right. itu standard biasa. jika berlaku kejadian kematian mm ...
Memang itu le yg biasa jadi.. Tambah kalau bos pun jenis over right procedure atau MO. Tapi dapat SO yg kental, memang gaduh jadinya. Dpt boss yg lagi kental, mau jatuh merundum merit SO tu bila cukup haul.. Huhuhu..
Anyway, sejak kes pertama, terus senyap aje.. Kawasan awam dan orang awam yg terlibat kot.. Kalau pekerja sendiri yg terlibat, mungkin mudah je vacuum dan simpan semua dlm vacuum dust bag tu.. Ni org awam kot..
Post time 23-3-2021 10:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
AKAZ85 replied at 23-3-2021 04:07 AM
Laki kakyung pon terlibat projek dekat pavi dulu.. Company china ni mana nak amik warga tempatan s ...
Kan.. Tp mmg cina Malaysia pun x suka ke China sana.. Ingat lg dl member cina siap ckp lg ape ingat saya ni PRC ke.. Choiii syni org Malaysia..Malaysia tau..
iols rasa kalo setakat satu dua incident over the course few years construction, mungkin lah kita boleh anggap tak sengaja, human errorr.... tp kalo dah bertimpa2 incident melibatkan nyawa orang selang gap sebulan dua, ini dah nama failure in project management, pengabaian dalam safety standard....
i hari-hari lalu MRR2 bawah constructions SUKE ni.. Ampang to Melawati.. habis pusing segala jalan nak pergi balik Ampang-Melawati konon-konon tak nak lalu area constructions ni tapi tetap lah 2x5 jugak jalan yang ada tu.. otak pulak fikir meraban.. macam mana kalau tiba-tiba besi jatuh, bimp runtuh, kalau itu ini, segala kalau lah fikir..
last 2 years kot crane buat kerja SUKE ni runtuh/patah/jatuh kat depan condo Liberty kat MRR2 tu.. dari 6pm stucked duduk melangok dalam kereta contractor tutup jalan.. 10pm baru kerja cleaning habis.. rasa macam nak bertukar jadi hijau je time tu..
Post time 23-3-2021 01:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
MP DAP gesa projek Suke dihenti bagi siasatan bebas
Diterbitkan 23 Mar 2021, 12:01 pm
Ahli parlimen DAP hari ini mendesak kerajaan segera menghentikan keseluruhan projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke), susulan insiden satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan lebuh raya itu di Puncak Bayan, Persiaran Alam Damai, Cheras, semalam.
Selain daripada menghentikan pembinaan projek tersebut, mereka juga mahu satu siasatan bebas dibuat berhubung insiden yang berlaku dalam tempoh enam bulan yang telah menyebabkan lima kematian.
Mereka juga mempersoalkan apakah Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof "melindungi" kontraktor projek dengan mengatakan bahawa mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebelum siasatan lengkap selesai.
Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dalam sidang medianya selepas bertemu dengan wakil Prolintas Sdn Bhd di lokasi kejadian berkata pihaknya dimaklumkan bahawa kawasan kemalangan terbabit telah dihentikan kerja-kerja pembinaan.
"Kami mahu menteri (Fadillah) segera mengeluarkan arahan kerja-kerja pembinaan dihentikan di sepanjang lebuh raya itu bagi memastikan keselamatan orang ramai. Kerana keselamatan awam adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromikan,” katanya.
Tan juga mendesak Putrajaya untuk mengikut langkah kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mengadakan suruhanjaya siasatan mengenai kemalangan pembinaan.
"Siasatan dalaman mesti dilakukan oleh panel bebas. Tidak berat sebelah,” tambahnya.
Turut berada di lokasi kejadian Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming.
Menurut Ong, dia curiga dengan kenyataan yang dibuat Fadillah, semalam.
"Saya tahu, mungkin Fadillah adalah seorang yang sangat cekap, tetapi saya ada sedikit keraguan. Bagaimana siasatan awal boleh dibuat dengan begitu cepat dan mendapati kontraktor projek tidak bersalah?
"Mungkin nanti ada penemuan yang akan diubah.
"Tetapi mengapa dia begitu bersemangat atau yakin untuk melindungi kontraktor terbabit? Ini adalah satu perkara yang saya tidak faham," katanya.
Fadillah semalam dilaporkan berkata "siasatan awal" mendapati kontraktor projek Suke "telah mematuhi SOP yang ditetapkan".
Siasatan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang dijalankan.
Dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi semalam, tiga pekerja warga asing maut sementara seorang pemandu kenderaan cedera apabila satu daripada komponen kren gantri terjatuh serta menghempap sebuah kenderaan di kawasan pembinaan tersebut.
Awal bulan ini, pada 3 Mac, seorang pemandu treler merempuh tapak pembinaan lebuh raya Suke yang menyebabkan ia runtuh dan mengakibatkan dua kematian. Pemandu itu kemudiannya didapati positif metamfetamin.
Kejadian itu berlaku di hadapan pangsapuri Desa Tasik, berhampiran terminal bas Bandar Tasik Selatan dan di sepanjang Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke arah Pandan Indah menuju ke Ampang.