|
Izzah Aina dah siap akikah & brcukur & tindik masa umur 10 ari...mkcik yg urut brep yg buatkan..tgh kat kg senang sket..dh balik KL leceh plak nak rancang2 kan..xtau nak carik org pun 1 hal... |
|
|
|
|
|
|
|
haah my baby 3 month tak sunat g....asyik bertangguh jekkk.......actually i takut nak bw dia g sunat....mcm tak smpai hati...kekekekek..sakit ker t..????
tokez009 Post at 28-9-2009 14:56t
sakit tu ofcos kot..tp tengah kecik tu, sket je yg kene rasenye..baby brep sunat & cukur pagi..pas settle mkcik tu siap mandi kan..x nanges pon dia |
|
|
|
|
|
|
|
122# brep
sakit tu ofcos kot..tp tengah kecik tu, sket je yg kene rasenye..
...anda telah mengakui bahawa ia adalah suatu yang menyakitkan. Dan persoalannya, mengapakah dia perlu merasainya? Apakah yang membuatkan dia perlu merasainya?
Bagi saya, dia tidak perlu merasainya. Sebab anda tidak perlu merasai kesakitan yang tidak diperlukan. |
|
|
|
|
|
|
|
122# brep
...anda telah mengakui bahawa ia adalah suatu yang menyakitkan. Dan persoalannya, mengapakah dia perlu merasainya? Apakah yang membuatkan dia perlu merasainya?
Bagi saya, dia tidak p ...
manzilla Post at 19-11-2009 09:53
bagi saya perlu..anda bole cari sndri kebaikkan bersunat yg islam galakkan..terpulang pd individu..
kalo nk kira sakit, injection utk imunisasi pun sakit...itu lglah, 5,6x dlm ms 2 thn |
|
|
|
|
|
|
|
124# brep
kalo nk kira sakit, injection utk imunisasi pun sakit...itu lglah, 5,6x dlm ms 2 thn
Suntikan imunisasi tu cerita lain. Walaupun sakit tapi ia diperlukan untuk mencegah penyakit berbahaya. Itu pun, sesetengah mak bapak yang menganggap ia tidak diperlukan, mereka tidak mendapatkannya untuk anak-anak mereka. Bagi mereka, ia menyakitkan, dan tidak diperlukan. Perbuatan mereka betul atau salah itu cerita lain. Siapa berani cakap perempuan yang tidak bersunat bakal menghidapi 'penyakit berbahaya'?
bagi saya perlu..anda bole cari sndri kebaikkan bersunat yg islam galakkan..
Saya sudah cari selama bertahun-tahun, sejak kali pertama menjejakkan kaki di CARI ini lagi, dan hasilnya saya dapati Islam hanya menggalakkan lelaki sahaja berkhatan. Islam tidak pernah menggalakkan wanita berkhatan. Sekiranya anda adalah seorang yang mendakwa bahawa Islam menggalakkan wanita berkhatan, saya mencabar anda berdebat dengan saya, di sini juga, sekarang juga, sila buktikan dakwaan anda. Ada berani? |
|
|
|
|
|
|
|
bb wekz bru je minggu lepas sunatkan die...time tuh ag 3ari nak masuk 3months....ok je bb x nangis pon kene sunat...die mengamuk pasal pegang kaki die...bb wekz nih pantang betul org pgg kaki die kompom mengamuk...nurse tuh pgg kaki die abis die ronta2 kuat plak tuh siap tertanggal ag butang baju nurse tuh bb rentap...hihihi
bb girl sunat x susah nak jaga ag pon skit je die potong juz wat syarat...doc kate klu darah pon skit sgt tp bb wekz xde darah pon...steady je die...doc tuh ckp klu nk sunat bb girl better time die masih kecik x meronta kuat sgt klu dah besar kompom mengamuk time tuh dah pndai melawan meronta2 so susah doc nak sunatkan bb asik gerak2 je... |
|
|
|
|
|
|
|
ada teori yg kata...kalau sunat pompuan..
nanti xleh squirt bila besar...
mcm tu...dh hilang satu nikmat woo.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada teori yg kata...kalau sunat pompuan..
nanti xleh squirt bila besar...
mcm tu...dh hilang satu nikmat woo..
bezita60 Post at 12-12-2009 11:34
Maksud anda 'female ejaculation'... mungkin juga. Berdoalah semoga teori itu tidak benar. Kerana jika ia benar, ia adalah satu berita buruk. Maaf, aku tersilap, 'sangat' buruk. |
|
|
|
|
|
|
|
ambik dari web ni...
http://baheis.islam.gov.my/web/m ... 1caf58?OpenDocument
Tarikh Hantar Soalan : 29/11/2007 01:13 PM
Soalan : TERANGKAN HUKUM BERSUNAT/KHATAN BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN SERTA UMUR YANG SESUAI UNTUK DILAKSANAKAN.
Jawapan :
Hukum bersunat bagi lelaki dan perempuan adalah wajib.Umur yang sesuai bagi perempuan sebelum baligh atau ketika berumur setahun.Sementara bagi lelaki ialah sebelum atau ketika berumur 6 tahun dan sebagainya. Ini terpulang kepada kesesuaian masing-masing ibubapa.Yang pentingnya ialah sebelum anak tersebut baligh. .
. Nombor Rujukan : Panel(fs)301107
Tarikh Selesai : 30/11/2007 01:17 PM |
|
|
|
|
|
|
|
lagi soal jawab agama ...
http://baheis.islam.gov.my/web/m ... 32d3d8?OpenDocument
Tarikh Hantar Soalan : 16/12/2008 05:15 PM
Soalan : Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya ttg hukum bersunat bg kaun wanita yang baru dan hendak memeluk agama islam. Soalan saya ialah :-
1. adakah ia wajib ataupun sunat
2. Adakah ia merupakan perkara yang kejam kerana mengurangkan nafsu wanita tersebut?.
Jawapan : Wa Alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1. Hukum bersunat kepada kaum wanita adalah sunat sahaja. Bagi yang hendak melakukannya, dia boleh melakukannya dan dia akan mendapat ganjaran Pahala daripada Allah SWT. Tapi bagi yang tidak melakukannya, dia tidak berdosa.
Para ulama’ Islam berbeza pendapat mengenai hukum berkhatan bagi kaum wanita. ada di antara mereka yang menggalakkannya dan ada yang menentangnya. Ini adalah kesan daripada nas atau dalil yang memerintahkannya adalah dikategorikan sebagai dalil yang tidak kuat, justeru, ia bukanlah satu amalan yang penting. Perkara yang lebih penting dan perlu diutamakan ialah penjagaan hak-hak wanita, pendidikan dan pemeliharaan kehormatan mereka.
Yusuf al-Qardawi ada menegaskan bahawa “Semuanya terpulang kepada ibu bapa kanak-kanak perempuan tersebut. Jika mereka hendak mengkhatankan anak mereka, ia diharuskan, dan sebaliknya jika mereka enggan melakukannya, ia tidaklah menjadi suatu kesalahan. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang cenderung untuk mengkhatan anak-anak perempuan mereka, beliau menasihatkan agar dikhatankan sedikit sahaja daripada kulit, berdasarkan sebuah hadis Nabi s.a.w.: "Potonglah sedikit sahaja dan jangan sampai ke akarnya kerana ia mengelokkan wajah dan menyenangkan hati suami".
(Maksud Hadith)
2. berkhatan bagi orang perempuan bukan satu perbuatan yang kejam. Dengan melakukannya dengan cara yang betul, ia tidak sekali-kali akan mengurangkan nafsu wanita tersebut, malah ia merupakan salah satu cara untuk menjaga kehormatannya. Ini adalah kerana jika tidak berkhatan, seseorang anak gadis itu akan lebih mudah teransang apabila clitorisnya bergeser dengan seluar dalam atau seluar yang dipakainya.
Ringkasnya, Setiap ajaran Islam itu ada hikmahnya dan mungkin kita tak dapat lihat dari mata kasar.
Wallahu ‘alam.
.
. Nombor Rujukan : PANEL SJAI 180509
Tarikh Selesai : 18/05/2009 10:07 AM |
|
|
|
|
|
|
|
130# speedial
malah ia merupakan salah satu cara untuk menjaga kehormatannya. Ini adalah kerana jika tidak berkhatan, seseorang anak gadis itu akan lebih mudah teransang apabila clitorisnya bergeser dengan seluar dalam atau seluar yang dipakainya.
Dari manakah punca kenyataan ini dibuat dan apakah hujah orang kata macam ni? Saya tak peduli ustaz ke sapa yang kata macam ni, saya nak tahu pasal apa dia kata macam ni.
Inilah yang saya persoalkan sekarang. Mengapakah orang perempuan dianggap sebagai Succubus yang bernafsu kuat dan berpotensi membinasakan? Salahkah perempuan memiliki clitoris yang sensitif pada ransangan? Munasabahkah hujah ustaz suruh orang kurangkan sensitiviti benda tu pasal takut terkena seluar? Ustaz tak fikir ke akibatnya sensitiviti benda tu dikurangkan?
Untuk pengetahuan ustaz, clitoris yang sensitif boleh memberikan kepuasan yang cepat kepada perempuan dalam hubungan seks, dan ia adalah satu perkara yang penting kerana orang lelaki selalu bersungut bini mereka payah puas atau lambat puas. Jadi ustaz jangan ngengada nak suruh orang kurangkan pulak sensitiviti benda tuh. Karang bini payah puas ustaz jugak yang susah bila masalah rumahtangga yang dah sedia banyak bertambah banyak. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by manzilla at 23-12-2009 09:52
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf
Dot gov dot my. Hebat. Satu kopipes yang aku sudah lihat beratus kali. Mungkin dah beribu kali.
Jawapan :
Hukum bersunat bagi lelaki dan perempuan adalah wajib.
... dan soalan cepu emas saya untuk ustaz, kalau wajib, kenapa Nabi tak buat kat anak-anak perempuannya atau suruh mana-mana isterinya melakukannya? Ustaz boleh jawab?
Bagi yang hendak melakukannya, dia boleh melakukannya dan dia akan mendapat ganjaran Pahala daripada Allah SWT.
... dan soalan cepu emas saya untuk ustaz pula, mengapa Nabi dan isteri-isterinya tidak mahu 'pahala' tersebut dan tidak pernah pula mempedulikannya? Malang sungguh nasib 'pahala' yang ini. Nabi dan isteri-isterinya tidak pedulikannya.
Seorang yang mengaku dirinya paling sukakan kebaikan telah mengabaikan 'kebaikan' yang ini. Pelik bin ajaib.
malah ia merupakan salah satu cara untuk menjaga kehormatannya.
Saya tahu dari mana ustaz ambil hujah 'menjaga kehormatan' tersebut. Daripada hadis dhaif. Lepas tu ustaz cuba tafsirkannya pula dengan ini: Ini adalah kerana jika tidak berkhatan, seseorang anak gadis itu akan lebih mudah teransang apabila clitorisnya bergeser dengan seluar dalam atau seluar yang dipakainya.
Tafsiran ustaz tu datangnya dari mana pulak ya? Dari Malaysia sampai Mesir, atau dari Mesir sampai Malaysia, tapi tak ada sapa berani tanya dari mana ia datang... semata-mata sebab yang cakap tu ustaz. Orang kampung cakap, ustaz yang kata tuu... dia ada laa hujah dia... kita yang tak reti apa-apa ni, dengar jelah cakap dia. Ya... kita tak reti apa-apa. Tapi sampai bila? |
|
|
|
|
|
|
|
adik baru je sunatkan baby.. baby adik 5 bulan.. buat aqiqah dan sunat.. masa dalam pantang bidan suggest tuk tak sunat lagi sbb belum betul2 nampak.. biar besar sikit.. dan dia cakap syarat sunat mesti berdarah.. kalu tak buat betul2 takut budak jadi gedik lak bila besar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 133# adiktet
.. kalu tak buat betul2 takut budak jadi gedik lak bila besar..
... and how many times do i have to tell you people? Thirty times? No, forty? THIS kind of bidan will always be there, i repeat, ALWAYS. It's up to you, 'believe it or not'... and don't say "Yes, I believe, because they are 'bidans' or 'ustazes', and we ARE just some stupid common folks who don't know a friggin' thing about THIS" in front of my demonic face unless you want to see some kind of mayhem in this thread.
So use your common sense. In other word, use your brain, THIS is the time to use it if you never did it before.
Dulu dah ada sorang minah bukak satu thread di ATW semata-mata nak menegakkan benang basah bidan tuh, dan penyudahnya dia kena fire sama saya dan gentlemen kat situ.
Dan sebelum seseorang datang ke sini dan paste segala link bagai tempatan punya dan indon punya semata-mata nak buktikan tradisi ni adalah 'agama', sila ke sini dan dipersilakan menjawab posting no. 178 hingga 182 saya. Sebulan lebih dah saya duk tunggu mana dia puak pendakwa 'benda ni agama' yang berani jawab hujah saya.
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=307724&extra=page%3D3&page=8 |
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku mmg plan tak disunatkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
sape yg ada pengalaman sunatkan baby boy? minta tolong yer... saya ingat nak sunatkan baby selepas dilahirkan.... terima kasih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply miswhite
Oo... itu bebiboi ka? You suda salah rumah la... kat sini you punya rumah...
...
manzilla Post at 16-12-2010 14:22
manzila
kat sini bukan tempat u nak hentam2 org dan menunjukkan u sorang je yg betul
bg la peluang utk dorang mengeluarkan pendapat masing2...
klu u nak pertikaikan lebih2 psl ni bkn kat sini tempatnya
kdg2 i tgk u ni terlalu emosional apabila isu ini di bangkitkan |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by manzilla at 16-12-2010 11:20
Reply 138# mek_ja
manzila
kat sini bukan tempat u nak hentam2 org
Itu bergantung kepada tafsiran awak untuk perkataan 'hantam' saya. Kalau awak nak tafsirkannya dengan 'bergaduh', itu masalah awak, bukan saya.
dan menunjukkan u sorang je yg betul
Golongan pro-tradisi ini yang mula berhujah dan membuat dakwaan. Saya cuma membalas hujah mereka; mereka guna akal, saya guna akal, mereka keluarkan kitab, saya keluarkan kitab jugak. Bila mereka mula menjadikan title 'ustaz' atau 'bidan' sebagai hujah, tugas saya dalam 'berhujah' sudah selesai. Kalau awak memahaminya sebagai 'aku nak tunjuk aku je yang betul' itu masalah awak.
bg la peluang utk dorang mengeluarkan pendapat masing2...
Saya hanya seorang pengkritik tradisi ini. Kalau awak berpegang dengan prinsip yang awak sebutkan di atas, saya pun termasuk juga dalam kalangan orang yang perlu diberikan peluang untuk mengeluarkan pendapat.
klu u nak pertikaikan lebih2 psl ni bkn kat sini tempatnya
Takdak apa yang lebih. Hanya ulangan perkara yang sama saja. Sentiasa ada orang yang cuba mengembalikan page 8 ke page 2. Saya pun banyak kerja jugak. Mungkin saya kelihatan 'lebih2' pasal saya sorang saja di sebelah penentang, belah penyokong ramai jadi tak nampak la lebih, sikit-sikit sorang. Ni sepuluh lawan satu. Kalau sepuluh orang tumbangkan satu orang itu biasa saja, tapi kalau satu orang tumbangkan sepuluh orang, itu memang nampak lebih, sebab tu orang kata filem tamil ni 'lebih2'.
So kat mana? M&M? TNSE? ATW? dll? Semua saya dah pergi. Bukan saya yang nak bincangkan isu ini di sini. Saya hanya 'menjejaki'nya sampai ke sini. |
|
|
|
|
|
|
|
La relaxla.. jgn la gaduh2.... i masuk sini pun sebb mamahusna yg locked i punya tajuk suh tgk kt sini.... sian kt i tau..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|