|
Aspirasi: Dunia muzik tidak ada 'kasta'
Oleh Ramli MS
[email protected]
Lazimnya apabila menyebut muzik dangdut, orang akan kata itu muzik kampung, tapi sebenarnya tidak ada istilah muzik kampung. Muzik dangdut banyak membantu saya
"ASSALAMUALAIKUM.
Belum terlambat lagi rasanya saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Hani Mohsin yang pulang ke rahmatullah 25 Julai lalu. Al-fatihah ....
Baiklah, minggu ini saya ingin bercakap mengenai emel yang saya terima, banyak bertanyakan kepada saya mengenai kasta dalam genre muzik kita.
Dari golongan yang saya sendiri tak tahu, sedia mengkategorikan diri mereka sendiri yang kasta yang muzik ini ada rendah, ada tinggi, umpamanya dari dangdut hinggalah jazz.
Muzik tidak ada kasta! Semuanya terpulang kepada pendirian dan empunya pencipta muzik itu sendiri.Genre muzik yang bagaimana diminati. Lazimnya apabila menyebut muzik dangdut, orang akan kata itu muzik kampung, tapi sebenarnya tidak ada istilah muzik kampung.
Dah saya katakan, golongan yang mengkategorikan muzik, umpamanya danqdut muzik kampung, sebenarnya db yang berpendirian kampung! Mereka yang berfikiran seperti ini perlu melihat lebih luas dan mendalam. Apa itu dangdut, seni muzik dangdut? Sama halnya dengan seni muzik Latin, cha-cha, pop, R & B, orkestra dan jazz.
Seperti yang saya katakan tadi, muzik tidak ada kasta. la sebenarnya terpulang kepada diri masingmasing yang gemar mengkastakan muzik itu.
Kalau anda bertanyakan hal ini kepada guru muzikyang berpengalaman, dia tidak akan memberikan komen yang negatif. Sebabnya dia tahu berapa luas dunia muzik ini, tiada penghujung.
Kalau seorang pemuzik yang mengkastakan muzik orang lain, dia ibarat seorang yang bongkak, sombong dan lupa diri! Bagi saya, pemuzik seperti itu belum cukup masak lagi.
Pengalaman saya secara peribadi, cuba kita bandingkan kampung-kampung di lndonesia dengan kampung-kampung di Amerika terutama di New Orleans, kawasan yang miskin. Muzik apa yang mereka mainkan, muzik jazz! Kampung-kampung kita pula memainkan muzik Dondang Sayang. Di lndonesia pula mereka bermain muzik dangdut.
Apabila kita melihat keadaan seperti ini, alat-alat muzik di lndonesia seperti seruling dan tabla, tidak ada di Amerika.
Di kampung lndonesia pula tidak ada trumpet, saksofon dan sebagainya. Jadi, genre muzik adalah berlainan. Saya sendiri pernah bergelumang dengan muzik dangdut dan muzik itulah yang membuatkan saya mengecapi kejayaan seperti hari ini.
Kalau saya menceritakan muzik dangdut secara teknikal, apabila anda membaca muziknya, anda tidak terkejar dengan kelajuan membaca muzik dangdut! Saya pernah menghasilkan album dangdut Salih Yaacob di lndonesia menggunakan khidmat pemuzik undangan negara itu.
Bayangkan saya berjumpa dengan pemain seruling yang sudah berusia 60 tahun. Muka dia pun dah jadi macam seruling! Betapa merdunya tiupan seruling beliau.
Ada kalanya saya pergi ke konsert seperti One Night Jazz di kelab sekitar ibu kota, saya perhatikan ramai pengunjungnya yang angguk kepala, tapi saya yakin kebanyakan daripada mereka angguk kepala sekadar terikut-ikut saja. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia angguk! Konon-kononnya muzik elit, jazz!
Muzik jazz untuk orang bandar, bagi saya tidak ada istilah itu kerana mak cik saya yang berumur 60 tahun, duduk di kampung, pun meminati Sheila Majid. Dah saya katakan, terpulang kepada individu. Tak dinafikan, ada sesetengah stesen radio tidak mahu memainkan irama dangdut, tapi itu hanyalah kedegilan penerimaan individu.
Mereka rasa muzik dangdut muzik lowclass, sebaliknya tidak! Cuma manusia yang mengklasifikasikan muzik mengikut cita rasanya. Saya tak malu mengaku saya meminati irama dangdut dan saya bangga kerana saya boleh memainkan muzik seperti itu.
Terus-terang saya katakan, muzik dangdut banyak membantu saya melancarkan lagi bacaan nota muzik saya. Bayangkan muzik dangdut, kelajuan maksimum 220 beat per minute (bpm), sedangkan irama lain cuma 120, 130 bpm.
Di negara kita sendiri, kita ada ramai penyanyi dangdut yang berbakat. Dari dulu kita ada Zaleha Hamid, Mas Idayu, Amelina, lwan dan sekarang Ifa Raziah. Jangan melabel mereka sebagai penyanyi low class. Adakah seorang penyanyi R&B itu high class? Bagi saya, tidak, sama saja taraf dan kedudukan mereka. Hanya genre muzik saja yang berbeza.
Bagi muzik rock pula, kita lazimnya mengaitkan penyanyi berkenaan terbabit dengan gejala dadah.
Saya dah berkecimpung dalam industri ini selama 32 tahun, apa saja genre muzik sudah saya ceburi, saya melihat semua benda-benda negatif dalam genre muzik masing-masing. Terpulang kepada kekuatan individu masing-masing.
Mereka yang berkecimpung dalam genre muzik masing-masing harus melihat benda ini dalam keadaan sihat. Kita tidak boleh melabelkan sesuatu muzik tanpa kita tahu apa asal usul inti pati genre muzik itu. Wassalam." |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Cerminlah diri sebelum kritik orang
Bersama Ramli MS
[email protected]
ASSALAMUALAIKUM. Minggu ini saya ingin bercakap mengenai tugas pengkritik jemputan dalam program realiti TV selain sikap penonton apabila mendengar komen pengkritik.
Saya sendiri pernah berada lama dalam program realiti TV iaitu Akademi Fantasia (AF), selepas diundang menjadi pengkritik jemputan dalam konsert akhir AF pertama.
Terus-terang saya katakan, sewaktu pertama kali diundang menjadi pengkritik untuk konsert akhir AF pertama, saya memang tidak pernah tahu adanya program seperti AF di TV tempatan. Ini disebabkan saya lebih sibuk bekerja sepanjang masa di dalam studio. Mungkin dalam sebulan, hanya dua jam saja saya sempat menonton TV.
Lalu apabila saya dijemput pada malam itu, saya terus mengkritik apa yang saya dengar daripada peserta berkenaan. Saya pun tidak tahu apa sebenarnya konsep AF ketika itu.
Kalau anda masih ingat, pada malam itu, saya sungguh brutal.
Setiap kritikan yang saya beri memang lepas yakni tidak ada selindung-selindung. Saya cakap saja apa yang saya fikirkan betul. Sebab itulah selepas saya mendengar komen daripada pengkritik tetap, Kudsia Kahar dan seorang lagi pengkritik undangan, Erra Fazira, saya jadi terkejut. Kenapa komen mereka begitu tertib? Apabila tiba giliran saya, saya tidak tahu kenapa semua yang berada di dalam dewan itu, terdiam seketika padahal, apa yang saya kritik itu adalah jujur dari hati saya selepas melihat `bunyi? yang disampaikan pelajar AF berkenaan.
Selepas saya memberikan komen, saya terus kena boo oleh penonton! Saya pun tidak faham kenapa saya kena diboo. Tapi saya tidak ambil pusing sikap penonton. Saya terus memberikan kritikan lagi. Bagi saya, sikap boo begitu adalah pemikiran biasa orang kita.
Jadi, selepas tamat AF, ada teman mengatakan mulut saya celupar dan tidak bertimbang rasa. Pulang ke Singapura, saya menonton program American Idol saya mendapati komen pengkritiknya lebih teruk dan brutal daripada saya. Ketika itu, barulah saya sedar mengenai program realiti TV tempatan seperti AF.?
Pengkritik mesti bersikap telus
SETERUSNYA saya ingin bercakap mengenai kriteria pengkritik undangan bagi program realiti TV. Kita seharusnya jujur dan tahu apa yang kita hendak cakap.
"Pengkritik tidak boleh menjadikan peserta program realiti TV itu sebagai mangsa mereka. Ada sesetengah pengkritik, apabila mereka berdepan dengan kamera, mereka sudah hilang keberanian dan pengetahuannya disebabkan takut kena boo!
Sebenarnya pengkritik tidak boleh ada perasaan begitu. Mereka harus telus dan berani.
Tapi, ada pula pengkritik jemputan yang tidak layak diundang kerana mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka cakap! Hendak cakap orang nyanyi tidak betul, dia sendiri pun tidak tahu menyanyi! Patutnya dia kena cermin diri sendiri dulu.
Hakikat yang sebenar-benarnya, kita ketandusan orang berkelayakan memikul tugas sebagai pengkritik seni khususnya muzik. Tugas pengkritik bukan satu kerja mudah.
Setiap patah kata anda, ia bukanlah untuk menghentam, tetapi anda harus menyedarkan peserta dan memberikan kritikan membina.
Sementara itu, kita turut berdepan dengan masalah penonton yang tidak sporting.
Penonton lazimnya hendak dengar kata-kata pujian daripada pengkritik, sebab itulah kita gagal melahirkan peserta yang benar-benar berkaliber kalau hendak dibandingkan dengan pertandingan nyanyian yang diadili juri profesional.
Penonton harus belajar dan menghormati kritikan yang diberikan walaupun tidak selesa pada pendengaran mereka. Penonton yang meminati seseorang peserta realiti TV, seharusnya `menghalalkan? apa saja kritikan yang diberikan terhadap peserta kegemaran mereka.
Sepatutnya penonton harus belajar, kalau kritikan membina diberikan kepada peserta yang diminati, ada kebaikan kepada dirinya juga.
Mereka sebenarnya belajar sesuatu yang dia sendiri tidak tahu. Sebaliknya kalau pengkritik memberikan komen negatif kepada peserta yang mereka minati, penonton terus tidak suka.
Jadi, mereka `menghalalkan? apa saja persembahan hambar yang disajikan. Keadaan ini tidak betul kerana tidak membantu peserta.?
Jangan fobia dengan kamera
PROGRAM realiti TV bertujuan melahirkan penyanyi, bukan personaliti. Berbalik kepada tugas mengkritik tadi, pengkritik harus bercakap mengenai bidang kepakaran mereka ke atas peserta berkenaan dan bukannya memberikan komen di luar daripada bidangnya.
Bagi saya, kalau saya diminta mengkritik dari segi persembahan, saya tidak akan berbuat begitu sebab persembahan bukan bidang saya. Kalau saya diminta melihat bunyi atau muzik, saya akan bersedia duduk di kerusi pengkritik.
Seperkara lagi, secara peribadi, ada pengkritik fobia dengan kamera. Apabila diri mereka difokus oleh kamera, mereka terlalu menjaga pertuturan, sekali gus gementar untuk bercakap mengenai perkara yang sebenar. Untuk bercakap mengenai perkara yang betul, memang pahit. Tapi, itulah harga seni, suatu kejujuran.
Antara pengkritik hebat yang pernah saya lihat ialah Hetty Koes Endang. Dia seorang yang sangat mahir dalam bidang seni suara. Pengetahuan seninya sungguh luas.
Seorang lagi ialah Paul Moss. Walaupun dia seorang pemuzik, tapi apabila bercakap mengenai vokal, dia tidak berselindung yakni telus.
Ada sesetengah pengkritik pula mengada-ngada, terlalu mendabik dada. Kita tidak boleh menjadikan peserta itu sebagai mangsa hentaman kita supaya kita dilihat sebagai hero. Kita cuma boleh mengkritik hal mengenai nyanyian, bukan paras rupa, fizikal orang itu. Pengkritik juga tidak boleh menyentuh hal peribadi peserta. Yang boleh kita kritik ialah bab-bab seni saja.
Penerbit rancangan realiti TV juga harus menyelidik kepada kemampuan pengkritik itu dan bukan pada namanya.
Seseorang itu mungkin memiliki nama besar, namun dia tidak semestinya mempunyai pengetahuan luas untuk mengkritik orang lain.
Pengkritik harus mengkritik untuk diri peserta - bukannya untuk dirinya sendiri atau mencari publisiti tersirat.
Sudah menjadi tugas kita untuk mengkritik, bukannya memuji. Pengkritik juga harus berani menanggung segala bebanan yang bakal diterima.
Sekian saja, insya-Allah kita bertemu lagi minggu hadapan, wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Belum ada penyanyi rock wanita sehebat Ella
Oleh Ramli MS
Saya mengenali El sejak dia menyanyi pada zaman Lord lagi. Ketika itu zaman Ella & The Boys. Dia satu-satunya rocker wanita yang bertahan
?SSALAMUALAIKUM. Minggu ini saya ingin bercakap mengenai penyanyi yang seorang ini. Usianya sudah mencecah 40 tahun, namun dia masih gah di barisan hadapan penyanyi tanah air.
Nurzila Aminuddin atau yang saya kenali sebagai El atau Ella! Dia sungguh gedik dan manja apabila berbicara. Tapi, gediknya itu bukan dibuat-buat, memang semula jadi. Namun, perwatakannya itu tiada niat negatif. El yang kenali, dia seorang yang kelakar.
Kalau disalah erti cara dia berbual, anda mungkin melihatnya sebagai seorang penggoda. Tapi, semua anggapan itu tidak benar. Saya mengenali El sejak dia menyanyi pada zaman Lord lagi. Ketika itu zaman Ella & The Boys. Dia satu-satunya penyanyi rock yang masih bertahan hingga hari ini. Saya amat senang mendengar lagu-lagunya. Lebih-lebih lagi album El yang pernah diterbitkan oleh Man Kidal.
El adalah satu-satunya penyanyi rock wanita yang masih bertahan. Saya tidak nampak lagi siapa yang boleh menghampiri kehebatan El, terutama yang masih aktif menyanyi sekalipun usia sudah mencecah 40 tahun! Syabas!
Dari kaca mata saya, kejayaan El dari dulu hingga kini, dia sering mendapat lagu hit di dalam albumnya. Seperkara lagi, El tidak berdepan dengan saingan yang hebat. Tidak ramai penyanyi s eperti dirinya. El juga terus kekal bersama kakak kesayangannya, Jojie, sebagai pengurus peribadinya. Dari mula El muncul di persada seni hinggalah sekarang, Jojie tidak pernah jemu menemaninya.
Ini adalah satu perniagaan keluarga yang berjaya apabila El yang diuruskan oleh kakak sendiri, dia membuktikan kejayaannya.
El banyak bekerja dengan pemuzik dan penerbit yang hebat. Justeru, dia mampu mencekup pengalaman dari dalam dan luar negara, sekali gus mengekalkan kedudukannya sampai hari ini. Namun, saya jarang bekerja dengan El, menerbitkan albumnya ataupun menjadi pemuzik undangan.
Sekalipun kami jarang bertemu di dalam studio, namun saya kerap bertemu El di majlis besar seperti Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Era dan banyak lagi.
El kalau di atas pentas, dia memiliki aura yang ceria. Dia juga 'kameragenik'! Kalau dia menyanyi di atas pentas, orang suka tengok persembahannya. Mengenai jodoh, saya tak tahu El nak pilih orang yang macam mana.
Kadang-kadang saya terfikir juga, mungkin jodohnya belum tiba.
Bagi saya secara peribadi, El perlu terus berkarya walaupun umurnya sudah mencecah 40-an. Pengganti El, saya tak jumpa lagi. Namun, di Barat situasi begini biasa, Tina Tunner terus menyanyi sekalipun umurnya sudah 53 tahun!
Selain itu, El perlu menyanyikan lagu yang tidak terpesong dengan imejnya, rock. Saya tahu, El bersama Jojie tahu menguruskan hal ini untuk kepentingan masa depannya. Saya melihat El bekerja sungguh keras. Memperbaharui memang digalakkan, tapi tidak menukar terus konsep yang diperjuangkannya selama ini.
Lagu El sekalipun berirama rock, tapi banyak nilai komersial. Itulah resipi kejayaan El yang sebenarnya. Berkarya selagi berdaya dan diterima peminat.
Berdirinya El di persada seni memang dialu-alukan dari dulu hingga kini. Sehingga kita bertemu lagi minggu hadapan, wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Jangan biar diri dijajah sifat malas
Oleh Ramli MS
[email protected]
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-49 anak seni patut meningkatkan iltizam, ubah paradigma untuk hadapi cabaran globalisasi
"ASSALAMUALAIKUM. Pejam celik, pejam celik, sudah masuk tahun kedua saya mencoretkan aspirasi saya ini. Sekejap saja rasanya. Kita akan menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan negara yang ke-49 hanya beberapa hari saja lagi. Bercakap mengenai kemerdekaan, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-49 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Menyentuh mengenai Hari Kebangsaan, saya pernah menulis tahun lalu mengenai erti kemerdekaan, bukan saja kepada negara, tetapi melihat kepada individu, yakni cara mereka berfikiran harus merdeka dan cara berkarya kita juga harus merdeka.
Namun, sampai ke hari ini saya masih tidak nampak lagi perubahan yang positif dari tahun ke tahun. Cuma segelintir saja menampakkan perubahan dalam diri mereka. Maksud saya perubahan yang diperoleh selepas kerja keras untuk memajukan diri sendiri. Contohnya dari segi berkarya.
Penciptaan karya terbaru, artis baru yang muncul, apa saja dari segala cabang seni yang memperkenalkan bakat baru, tidak banyak beza dari segi kualiti. Dalam erti kemerdekaan seni, saya tidak melihat banyak pe ningkatan. Kita harus melihat ke adaan ini untuk masa depan industri kita.
Kita sudah 49 tahun merdeka, tetapi rata-rata orang seni kita masih dijajah sikap malas diri mereka sendiri. Sikap yang tidak mahu berubah supaya mereka lebih layak dan bagus daripada hari semalam. Sikap yang murni bagi hari esok untuk memperkemaskan diri dalam menempuh masa depan yang lebih cerah, cemerlang, tidak ada dalam kebanyakan diri kita. Hanya segelintir saja pencinta seni yang saya lihat ingin berubah selepas bekerja keras.
Sementara itu, pengertian merdeka dan hiburan adalah salah satu dari acara kemuncak yang sering disyorkan pihak penganjur yang berniaga serta syarikat yang menguruskan acara yakni event company. Jadi mereka akan menganjurkan acara meriah lazimnya konsert.
Sekiranya syarikat gergasi yang menaja, mencari penganjur yang berfikiran ketimuran, maka tidak adalah konsert merdeka. Ia akan jadilah Hari Keluarga!
Jadi, terpulanglah kepada penaja berkenaan untuk mengesyorkan kepada syarikat acara. Mereka pun mencari peluang perniagaan. Mereka bertemu dengan penganjur yang berfikiran kebaratan, maka bolehlah buat duit!
Ini berkait soal berniaga dan terpulang kepada hak masing-masing. Kalau anda melihat secara global, Malaysia sudah merdeka tapi jika kita melihat apa itu erti kemerdekaan, individu itu harus merdeka dulu sebelum Malaysia merdeka. Tak guna kalau Malaysia merdeka, tapi individu itu masih dijajah oleh sifat negatif.
Sama ada konsert atau sebarang acara hiburan yang dikhususkan untuk menyambut Hari Kebangsaan perlu diteruskan atau sebaliknya, ia terpulang kepada hak masing-masing. Saya tidak kata bagus ada konsert atau sebaliknya. Semuanya berbalik kepada aliran perniagaan masa kini.
Sebagai seorang pencinta seni, saya berpendapat, acara hiburan yang sering dianjurkan untuk me nyambut ulang tahun kemerdekaan negara lebih mendatangkan nilai positif atau negatif, sebenarnya ia terpulang kepada penerimaan penonton itu sendiri.
Kalau individu berkenaan tidak dapat mengawal dirinya semasa konsert berlangsung, maka akan wujudlah benda-benda yang negatif. Sama juga kalau anda makan, kalau anda makan terlalu banyak, bukan saja kenyang, tapi akan ada kesan sampingan yang tidak sihat.
Sebaliknya kalau anda tahu mengawal batasan atau had untuk berhibur, apa yang boleh dilakukan dan mana yang dilarang, maka kawalan mutlak akan ada dalam diri anda. Satu dunia, kalau menyambut hari kemerdekaan, lazimnya akan disertai dengan acara hiburan atau konsert. Terpulang kepada penaja mencari keuntungan berasaskan hiburan.
Saya cakap begini tidak bermakna saya menghalalkan hiburan ketika sambutan kemerdekaan, tetapi memandangkan saya berada dalam bidang yang sama, hiburan, jadi batasan itu harus ada dalam diri setiap individu.
Pendapat saya secara peribadi, artis yang paling top masa kini, dialah yang menjadi rebutan penganjur untuk menjayakan konsert Hari Kebangsaan.
Nama-nama popular seperti Mawi Akademi Fantasia 3 (AF3) Amy Search dan M Nasir pasti menjadi rebutan. Jadi, merdekakan diri kita untuk masa depan yang lebih sempurna.
Kalau nak berhibur sekalipun, patut-patutlah. Kalau anda tidak ada batasan dalam diri, anda tanggunglah sendiri.
Sehingga di sini saja dulu, kita bertemu lagi di aspirasi akan datang, insya-Allah. Wassalam." |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 27-8-2006 05:48 PM
Nama-nama popular seperti Mawi Akademi Fantasia 3 (AF3) Amy Search dan M Nasir pasti menjadi rebutan. Jadi, merdekakan diri kita untuk masa depan yang lebih sempurna.
Apa la ketinggalan zaman betoi Ramli MS. Yg popular sekarang Juara AF4 la. Mawi mana popular dah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #125 DTECCONAN's post
saya tak pernah dengar pun pasal faizal ni...
apa dia buat sekarang...
maaf la - first saya dengar suara dia - masa nyayi di FFM tu
biasa saje... tak ada different pun...
sameeeeeeeeeeeeeeeeee saje..
rasanya dia tak popular sangat la... |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Muzik akrabkan sesama manusia
Oleh Ramli MS
"ASSALAMUALAIKUM. Minggu ini masa harian saya amatlah terhad. Tidak ada masa langsung untuk saya menjadi pelancong, walhal saya sememangnya saya sedang melancong ke negara orang. Tugasan yang digalas perlu disiapkan terlebih dulu kerana itu adalah misi utama saya.
Namun kalau dilihat jadual waktu saya, sememangnya mustahil untuk saya meluangkan diri untuk bercuti atau bersantai. Mana tidaknya, masa rehat hanyalah di hotel mahupun di dalam penerbangan hanyalah untuk tidur dan selebihnya yang paling penting, tugasan harus disiapkan.
Baiklah apa yang nak saya berkongsi pengalaman sepanjang berada di tiga negara di Timur Jauh adalah dalam masa yang begitu singkat, banyak perkara sudah berubah dengan pesat sejajar dengan kemajuan teknologi mereka.
Dari dulu lagi saya memang kagum dengan sifat etika kerja mereka yang begitu taksub dengan kesempurnaan, canggih, teratur dan yang paling penting kejujuran berkerja. Walaupun saya bukan berasal dari negara itu, layanan yang diberi, seolah-olah saya rakyat mereka juga.
Itulah pengaruh besar muzik yang mengakrabkan manusia walau dari mana pun asal usul kita. Saya mengatakan kita patut menghargai, sebagai rakyat Malaysia, beruntungnya kita berada di Malaysia kerana tidak ada seorang pun orang asing yang saya jumpa, mengatakan Malaysia negara yang tidak elok!
Semua mengakui negara kita adalah yang paling murah serba-serbi hinggalah kepada senyuman! Saya rasa anda tahu betapa mahalnya taraf kehidupan di luar negara bukan? Di sinilah saya ingin berkongsi pendapat yang kita patut merebut peluang berniaga dalam masa tiga hingga lima tahun dari sekarang!
Kita harus meningkatkan taraf etika kerja kita yang lebih gigih dan paling penting, kredibiliti dan kreativiti harus melangkah ke peringkat global untuk kita menjadi pesaing kepada negara luar. Kalau kita ada semua itu, saya percaya peluang perniagaan ini akan berpihak kepada kita dan bukan orang lain.
Tahukah anda bahawa saya harus membayar harga sewaan studio sembilan hingga 10 kali ganda berbanding di Malaysia? Tidak dinafikan, taraf kehidupan mereka jauh lebih tinggi dan begitu juga kredibiliti mereka.
Namun, itu tidak bermakna kita tidak boleh menjadi seperti mereka kerana mereka juga manusia biasa seperti kita - cuma sifat dan persaingan sesama sendiri saja yang berbeza.
Saya tidak rasa harga sewaan studio di negara kita akan mendadak naik sehingga 10 kali ganda untuk tiga hingga lima tahun akan datang.
Saya juga berbangga dengan pemuzik kita seperti Mac Chew yang khidmatnya sering digunakan untuk mengiringi persembahan artis mereka.
Boleh dikira dengan jari orang-orang kita yang berkebolehan seperti Mac Chew.
Saya bercakap mengenai pemuzik, belum lagi studio, adunan, mastering dan lain-lain yang membabitkan suntingan dalam perfileman. Kalau kita ada kepakaran, sudah tentu perniagaan itu akan beralih terus ke tangan kita dan ini akan mempertingkatkan taraf ekonomi karyawan kita.
Mungkin ada berpendapat, saya bercakap mengikut hati saya, senang bercakap daripada melakukan tetapi sekurang-kurangnya saya sedia berkongsi pengetahuan daripada menyimpannya untuk diri sendiri. Justeru, kita haruslah mengubah persepsi diri kita ke arah yang lebih agresif dan positif mulai dari sekarang.
Sehingga kita bertemu lagi minggu hadapan, wassalam." |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Jangan pandang remeh terhadap kualiti bunyi
Oleh Ramli MS
"ASSALAMUALAIKUM. Sebelum saya menulis aspirasi saya minggu ini, sebenarnya saya baru saja pulang dari latihan Anugerah Era Keenam (AE06) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Terus-terang saya katakan, saya sudah tidak ada kegelojohan untuk bekerja, kegelojohan itu semakin berkurangan.
Memandangkan sudah lebih tiga dekad saya berkecimpung dalam bidang muzik dan sudah lama saya lakukan tugas sebagai pengarah muzik, saya memikirkan semula industri kita, kenapa kegelojohan bekerja saya semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.
Saya pasti, pembaharuan dalam industri kita dari penganjur, tidak pernah berubah. Apa yang ingin saya perkatakan minggu ini ialah masalah bajet di dalam kelengkapan bunyi untuk sesuatu acara. Penganjur seharusnya tidak memandang remeh dan mengambil ringan mengenai kelengkapan bunyi.
Sedarkah mereka, kelengkapan bunyi adalah separuh dari kejayaan acara berkenaan. Baik apa saja, dari filem atau yang berkaitan mengenai bunyi. Penganjur kita selalunya tidak meletakkan kelengkapan bunyi setaraf dengan pentingnya artis yang beraksi di pentas mahupun layar perak.
Setahu saya, bajet untuk kelengkapan bunyi diletakkan pada kasta paling bawah! Keseluruhan bajet untuk sistem bunyi, saya kira tidak lebih dari lapan peratus saja. Mereka tidak sedar, macam mana bagus pun acara itu, kalau bunyi tidak bagus, di situlah kecacatan yang menyebabkan keseluruhan acara itu kurang memberi impak yang hebat.
Cuba bayangkan, seorang penyanyi itu bagus, apabila dia menyanyi, bunyi muzik tidak seiringan. Di dalam `pentadbiran' bunyi, ia merangkumi jurutera bunyi, juru adun, pemuzik, peralatan muzik dan banyak lagi tetapi bajet yang diperuntukkan begitu terhad.
Mereka biasanya boleh bayar artis dengan bayaran mahal tetapi apabila bunyi tidak setara dengan kredibiliti penyanyi, ia tidak juga membantu. Jadi, dengan automatik ia mencacatkan acara penyanyi itu sendiri. Kalau anda menonton American Idol, apabila satu minggu itu mereka ada genre muzik orkestra atau big band mahupun jazz, mereka akan mengeluarkan belanja yang besar kerana orkestra yang membuat persembahan. Tidak ada muzik sampler.
Jadi di sini, kalau saya bercakap lebih mendalam mengenai teknikal bunyi, anda mungkin tidak akan faham, betapa besar kualiti bunyi mereka kalau hendak dibandingkan dengan kita. Orang yang mentadbir bunyi itu, kredibiliti mereka sungguh besar dan mereka seharusnya dibayar dengan harga yang besar juga.
Di sini saya mengesyorkan supaya penganjur cuba memberi lebih fokus dan memandang serius kepada `pentadbiran dan pengurusan' bunyi. Kalau tidak ada bajet, mereka harus berubah, carilah pihak penaja. Cuba anda lihat di Indonesia, mereka mengeluarkan perbelanjaan bunyi setaraf dengan penataan cahaya atau setaraf dengan penyanyi berkenaan.
Misalnya Indonesian Idol, mereka menggunakan orkestra yang besar untuk final tetapi, kita di sini menggunakan enam hingga tujuh orang. Jadi bagaimana kreativiti kita hendak berkembang kalau bunyi terus diletakkan pada kasta paling bawah.
Bagi saya, Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Anugerah Juara Lagu (AJL) TV3, `pentadbiran' bunyi mereka mengatasi sedikit acara lain. Saya meminta AIM menyediakan ensemble, mereka dapat berikan. Walaupun saya hanya beraksi selama tujuh minit tetapi mereka sanggup mengeluarkan bajet lebih.
Seperkara lagi, kalau kita tengok filem kita, lagi sedih. Kadang-kadang mereka mengambil muzik runut bunyi dari Barat yang tidak setanding dengan konsep cerita kita di sini. Cerita drama, mereka ambil muzik wayang. Drama kita bersaiz S, tapi muziknya bersaiz XXL!
Di sini kita harus sedar, perubahan harus dibuat, kalau tidak industri kita tidak akan berubah sehingga 100 tahun lagi! Semoga bertemu lagi minggu hadapan, wassalam." |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Apabila Ustaz Asri 'marah'
Oleh Ramli MS
Cara teguran 'kasar' buat anak didik ketawa apabila nadanya seperti memujuk seorang kekasih
"ASSALAMUALAIKUM... Sudah tiba masanya saya bercakap mengenai genre muzik nasyid. Bermulanya genre nasyid di sini daripada teman saya sendiri, Nassier Abu Kassim yang menerbitkan album Raihan pertama. Sekarang Nasir dah jadi orang kuat Datuk Tony Fernandes di AirAsia Sdn Bhd, dulunya dia bersama Warner Music.
Apabila terhasilnya album Raihan, ia berjaya menampilkan angka jualan yang begitu besar, 600,000 unit! Genre muzik nasyid ini semuanya baik, tidak ada cacat cela walaupun urusan muzik ini lebih kepada perniagaan, namun akidah mereka tidak terpesong daripada genre muzik yang diperkenalkan di pasaran ini.
Saya sungguh tertarik dengan seseorang ini, Ustaz Asri dari Rabbani.
Baru-baru ini saya bersamanya pada Anugerah Era Keenam (AE06), sebelum saya menulis artikel ini. Ketika Asri menyanyi, saya ada di bawah pentas untuk menunggu giliran saya memainkan lagu Ning (Baizura) selepas dia.
Sudah lama saya mendengar keunikan suara Asri. Mungkin pada malam AE06, disebabkan saya bosan menunggu, tumpuan saya pula 100 peratus ke arah nyanyiannya, saya berasakan Asri sungguh beruntung kerana dia dianugerahi suara yang begitu merdu apabila dia mengalunkan nyanyian ke arah seperti orang mengaji al-Quran.
Sekalipun Asri menyanyi dalam bahasa Melayu, tajwidnya banyak ke arah mengaji. Saya terpegun dengan kelunakan suara Asri, macam suara turun dari langit! Anugerah Tuhan yang begitu berharga buat Asri.
Saya mengenali Asri sudah lama. Dia seorang yang sungguh kelakar dan sopan apabila berbicara. Tidak pernah saya mendengar dia bercakap sesuatu yang tak elok pada pendengaran kita. Walaupun dipaksa oleh saya, beliau enggan!
Saya ingin bercerita di sini, ketika saya menerbitkan album seorang penyanyi popular suatu ketika dulu, penyanyi berkenaan ada menyanyikan sebuah lagu Arab. Bahasa Arab itu saya memanglah tidak fasih. Jadi, saya memanggil Asri sebagai juru bahasa.
Ketika artis berkenaan menyanyi dengan kurang penghayatan, saya suruh Asri memarahi penyanyi itu! Cara dia marah, 慗anganlah nyanyi macam tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #128 dexa's post
sound system AE memang dari dulu teruk!! paling teruk AE tahun lepas (tahun ni aku tak perasan sangat sbb aku tengok skali lalu jek)....tahun lepas paling ketara masa mawi nyanyi lagu aduh saliha, bunyik gitar sham kamikaze yg paling kuat skali, tenggelam bunyik violin, bunyik akordian yg ramli m.s main tak dengar langsung....aku dengar dari awal sampai abis memang takde bunyik akordian padahal ramli m.s duk gerak2 akordian tu, aku perasan muka dia dissatisfied & asik pandang2 depan je sebab mic akordian dia takde bunyik..
[ Last edited by adik_nazgul at 2-3-2007 09:12 AM ] |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Rahmat di sebalik membayar zakat
Oleh Ramli MS
"ASSALAMUALAIKUM... Selamat Menyambut Ramadan yang mulia kepada semua umat Islam. Untuk tahun kedua juga saya terus menulis pada Ramadan, alhamdulillah. Lazimnya aktiviti seni di bulan puasa, saya akan kurangkan sebanyak mungkin demi menghormati kedatangannya.
Harus diingat, Ramadan bukanlah bulan pesta makanan. Jangankan kita berhabis-habisan dan membazir ketika berbuka puasa. Ramadan mendidik kita mengamalkan sikap kesederhanaan dalam semua perkara. Kalau kita orang seni memahami apa itu puasa, bagi saya ia ada kena mengena dengan aktiviti seni kita juga.
Ramadan mendidik kita erti kesabaran. Kesabaran bererti mengawal diri dan perasaan marah kita, selain menahan lapar dan dahaga. Itulah erti puasa yang ada sangkut paut dengan kerjaya seni kita.
Ramadan sebenarnya mengajar sesuatu yang sangat elok buat diri kita. Janganlah pada Ramadan saja kita mengawal diri tetapi bulan lain tidak. Ramadan bulan yang sangat istimewa di antara 12 bulan. Ia datang setahun sekali. Menghormati Ramadan bererti menghormati diri kita sendiri.
Contohnya seperti seorang sahabat saya, orang seni juga. Dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya membayar zakat. Sepatutnya dia membayar zakat untuk empat orang, namun dia akan membayar zakat untuk 40 orang. Apabila rezekinya terus bertambah dan pada tahun berikutnya, dia menggandakan zakatnya apa bila membayar untuk 400 orang pula.
Pendapatan sahabat saya itu nyata terus berganda. Seterusnya dia menggandakan zakatnya kepada ribuan orang! Rezekinya terus bertambah dan bertambah! Itulah mulianya orang yang tak lupa tanggungjawab sebagai seorang Islam, ada rezeki lebih, jangan lupa kepada mereka yang susah.
Orang seni kalau ada rezeki lebih, jangan lupa tanggungjawab anda. Tuhan kalau mahu mengambil semula rezeki manusia, sekelip mata saja ia boleh hilang. Sebelum perkara itu terjadi, lebih baik kita beringat, bantulah umat Islam lain yang di dalam keadaan amat memerlukan. Kesimpulannya, jangan lupa bayar zakat.
Tapi, kalau anda berzakat kerana mengharapkan rezeki semata-mata, anda tidak akan dapat. Berzakatlah dengan ikhlas. Apa saja yang kita lakukan di muka bumi Allah SWT ini, biarlah dengan hati yang suci dan ikhlas. Bukan sekadar zakat saja, dengan senyuman juga ia satu bentuk sedekah. Membaca al-fatihah kepada mereka yang sudah tiada, juga menjadi satu sedekah.
Artis nasyid yang membuat persembahan ketika waktu hendak berbuka puasa adalah sesuatu yang mulia. Ia sebenarnya mengingatkan orang yang datang menyaksikan persembahan itu supaya mendekati agama dengan menghayati lagu nasyid, ia satu kesedaran juga.
Ada juga artis yang mengambil kesempatan pada bulan puasa untuk memperkenalkan atau mempromosi album baru mereka. Bagi saya terserahlah, itu hak masing-masing. Namun, bagi kumpulan nasyid seperti Raihan, Rabbani, Brothers, Hijjaz dan ramai lagi, membuat persembahan pada Ramadan, sudah menjadi satu kelaziman buat mereka, tiap-tiap tahun pasti muka mereka, baguslah.
Kalau ada artis lain dengan genre muzik yang berbeza ingin membawakan lagu nasyid, lagi bagus. Sempena Ramadan ini, mereka tunjuk bakat. Kalau boleh, artis kita mengaji setiap malam di kaca TV, bertambahlah bagus. Stesen TV beri lah peluang kepada artis untuk mengaji.
Pastinya masyarakat tidak akan memandang rendah kepada golongan artis yang selama ini mereka anggap artis yang hanya pandai menyanyi atau berlakon saja. Tiba-tiba mereka tengok artis boleh mengaji. Masyarakat akan faham, menyanyi, berlakon adalah kerjaya. Kalau boleh mengaji, itu adalah asas sebagai seorang Islam.
Bukannya artis hendak menunjuk-nunjuk mereka boleh mengaji, sebaliknya untuk membuktikan kepada masyarakat, mereka juga ada asas agama. Jadi, peranan stesen TV amatlah dialu-alukan. Saya yakin Amy Search boleh mengaji! Awie, Nash, Mawi AF3, pasti boleh mengaji. Jadi, kerjaya jangan dicampur adukkan dengan personaliti seseorang itu.
Mudah-mudahan sepanjang Ramadan ini kita mendapat puasa yang diberkati dan dirahmati. Kesederhanaan harus diberi keutamaan. Baiklah, sehingga kita bertemu lagi minggu depan, insya-Allah.
Selamat berbuka puasa." |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: SMS bunuh bakat penyanyi profesional!
Oleh Ramli MS
"ASSALAMUALAIKUM... SMS, SMS, SMS. Sesuatu yang menguntungkan dari segi perniagaan. Tapi, kalau dilihat dari sudut lain, SMS adalah sesuatu yang tidak menguntungkan peserta yang mengambil bahagian dalam program realiti TV itu sendiri, lebih-lebih lagi peserta yang ingin mencuba nasib menerusi program seumpamanya.
Anda tidak akan dijuri dengan adil menerusi SMS. Terus-terang saya memberitahu, ketika ini saya akan mengelak pelawaan stesen TV untuk mengundang saya sebagai pengkritik menerusi program realiti TV mereka.
Terusterang saya katakan, bayaran yang diterima tak setimpal dengan keadaan diri saya yang akan dilabel sebagai seorang yang cakap lepas.
Kebanyakan peserta yang memasuki pertandingan realiti TV ini, mereka adalah pada tahap amatur. Sedangkan pengkritik berada pada tahap profesional, jadi tidak adil. Tapi, itulah yang stesen TV inginkan, mahu pengkritik menggunakan bahasa yang agak kasar, membina, menjatuhkan semangat pun ada.
Suasana seperti itu yang dikehendaki perniagaan realiti TV. Tapi, apabila dilihat dari segi positif, akan memihak kepada stesen TV.
Contohnya seperti pengkritik tetap American Idol (AI), Simon Cowell, dia meneruskan kerjayanya sebab dia menerima bayaran jutaan ringgit. Saya pun kalau dapat bayaran begitu, saya nak buat.
Kalau tidak dilihat dari segi wang ringgit sekalipun, namun kebaikan tidak menuju ke arah peserta berkenaan. Pengkritik boleh kritik apa saja, tapi yang menentukan kedudukan peserta realiti TV itu adalah orang yang mengirimkan SMS, bukan juri! Budak kecil yang tak faham apa itu seni, tidak menilai kredibiliti, cuma meminati peserta itu saja, pasti undian akan menjurus ke arah peserta yang diminati, bukan bakat!
Bayangkan andainya penyanyi yang bertaraf profesional memasuki program realiti TV dan dia kecundang di tangan penyanyi amatur, di manakah harga bakatnya yang sebenar? Kalau nak dibandingkan bakat penyanyi profesional dan amatur, jauh lebih baik yang profesional tu.
Tapi disebabkan SMS, ia membunuh bakat profesional itu. Secara peribadi, saya berpendapat, tidak wajar penyanyi bertaraf profesional menyertai program realiti TV. SMS tidak menghormati bakat penyanyi profesional. Senario seperti ini sebenarnya membunuh industri kita!
Walau bagaimanapun, saya tidak mempertikaikan kredibiliti juara realiti TV sebelum ini seperti Mawi dari Akademi Fantasia 3 (AF3), Jaclyn Victor (Malaysian Idol) dan beberapa nama lagi. Tapi, kita nak mencari penyanyi, bukan personaliti.
Sudah saya jelaskan sebelum ini, kata-kata pengkritik memang tidak diambil kira, sekali gus tidak mempengaruhi kedudukan peserta di dalam program realiti TV berkenaan. Pengkritik sekadar menyemarakkan suasana realiti TV itu dan keuntungan lebih kepada stesen TV.
Pun begitu, saya tidak menyalahkan stesen TV kerana SMS, pengkritik adalah urusan perniagaan baru. Cuma, bagi saya secara peribadi, ia tidak adil kalau saya mengkritik seseorang yang baru saja menyanyi dan membandingkan dia dengan penyanyi yang dah menyanyi lebih 20 tahun!
Tapi, kalau saya dibayar lumayan, saya akan buat dan bekerja secara profesional. Apa fungsi pengkritik sekiranya SMS masih berkuasa menentukan siapa juara? SMS hanya membunuh bakat yang bagus.
Kita memang kekurangan bakat baru untuk menerajui industri seni kita, melainkan di Amerika Syarikat, bakatnya berlambak! Di Malaysia, industri belum kukuh lagi. Kebanyakan bakat yang baru hendak dididik, yang ada bakat dalam realiti TV, tapi disebabkan SMS, bakat mereka mati begitu saja disebabkan pemilihan dibuat oleh orang ramai.
Saya berdiri di tengah-tengah. Saya tidak mengatakan jangan masuk realiti TV. Tapi, buatlah sesuatu yang anda fikir elok. Saya hanya berkongsi pendapat saja. Seperkara lagi, saya tak nampak di mana kelebihan apabila penyanyi profesional menyertai program realiti TV.
Sekalipun penyanyi itu menjuarai pertandingan realiti TV berkenaan, orang akan bercakap juga, "Dia tu artis rakaman, dah ada album, dah pernah menang anugerah! Mestilah dia menang!" Itu pandangan orang kita. Kalau dia kalah pun, maruah bakatnya tidak dihormati.
Baiklah setakat ini saja buat minggu ini, mudah-mudahan kita bertemu lagi minggu depan, insya-Allah. Selamat berbuka puasa kepada semua umat Islam, wassalam." |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Lagu raya evergreen lebih menusuk kalbu
Oleh Ramli MS
"ASSALAMUALAIKUM... Puasa, puasa, puasa, dah jadi pesta makan! Apabila bercakap mengenai berpuasa, dah dua minggu lebih kita menjalani kehidupan dalam kesederhanaan, tak lama lagi nak raya, jadi pastinya stesen radio berlumba-lumba menyajikan kita dengan macam-macam lagu raya.
Saya sering mendengar lagu raya yang asli berkumandang dan menjadi pilihan utama stesen radio. Tapi, setahu saya, ramai artis sejak era 80-an dan 90-an lagi, sering merakamkan semula lagu raya. Lagu raya yang asal, namun diberi nafas baru dan dinyanyikan dengan cara artis itu sendiri.
Pun begitu, 99 peratus, saya tetap mendengar lagu raya versi asal, terus menjadi pilihan stesen radio. Kenapa senario seperti ini berlaku? Jadi, di sini saya ingin berkongsi pendapat, kenapa lagu raya versi asli tetap menjadi pilihan stesen radio berbanding lagu raya yang dirakam semula dan diberi nafas baru.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya memang tidak mahu lagi menghasilkan lagu raya yang dirakam semula. Kalau dibuat sekalipun, ia tidak menjadi pilihan penyampai radio. Tidak dinafikan, kalau saya sendiri menjadi penyampai radio, saya juga akan memutarkan lagu raya versi asal.
Bagi saya secara peribadi, lagu raya versi asli atau yang lama lebih menusuk kalbu. Budaya muzik dan nyanyiannya, memang budaya Melayu 100 peratus. Penyanyi yang memberi nafas baru kepada lagu raya asli, lebih menjana ke arah kebaratan yang langsung tidak ada jiwa Melayu.
Seperkara lagi, peralatan muzik yang digunakan tidak asli, bunyinya seolah-olah palsu. Mutunya tidak sama dengan peralatan muzik zaman dulu. Dulu peralatan muzik semuanya asli, tidak ada sampler dan sintesis. Di situ saja sudah hilang keaslian muzik berkenaan sebanyak 60 peratus, ditambah dengan nyanyian yang tidak ke arah kemelayuan, peratusan terlalu banyak kebaratan.
Keaslian jiwa lagu raya itu sudah berkurangan. Lagu satu, lagu raya yang diberi nafas baru ini, keynya terlalu tinggi. Bagi saya, cara nyanyian penyanyi dulu, mereka tidak menggunakan suara alto hingga sampai ke D atau E flat. Mereka hanya menggunakan suara semi falsetto. Kelembutan suara ada di situ, mereka mencuri nafas di situ.
Jadi, terpaparlah keaslian lagu berkenaan. Lihat saja sebutan daripada penyanyi seperti Datuk Sharifah Aini. Sekalipun beliau mendendangkan lagu raya versi baru, tetapi lagu barunya masih boleh diterima halwa telinga, sekali gus menjadi pilihan penyampai stesen radio. Lagu raya yang baru daripada Sharifah Aini terlalu kaya dengan budaya Melayu kita.
Apabila kita orang Melayu, jiwa kita apabila Hari Raya, mesti hendak balik kampung, kita ibarat balik ke asal, back to basic, pulangnya ke kampung berhari raya, budaya Melayunya terlalu tebal. Bersama iringan muzik yang tebal jiwanya dengan budaya Melayu, di situlah keutamaan lagu raya yang asli senang di terima, budaya Melayu harus kekal 100 peratus, bermula dari alat muzik hinggalah nyanyian penyanyi berkenaan.
Nyanyian lagu raya versi asli dendangan Saloma dan Fazidah Joned terus mendapat tempat di hati saya. Lagu raya alaf baru seperti Sesuci Lebaran karya Pak Ngah adalah satu lagu raya moden, ibarat kita berhari raya di rumah batu. Tapi, lagu berkenaan masih kaya dengan budaya Melayu.
Kepada komposer yang ingin menghasilkan lagu raya moden, jiwa lagu itu harus menuju kemelayuan 100 peratus. Jiwa Melayu kita tidak boleh dimodenkan. Budaya Melayu tidak boleh dibunuh dalam jiwa lagu raya itu. Cita rasa saya secara peribadi, saya menerima saja lagu raya versi lama mahupun baru asalkan ia berteraskan keadaan dan budaya hari raya.
Kita menyambut Aidilfitri, bukan raya lain, justeru, jiwa lagu raya mestilah mencerminkan budaya hari raya kita. Pada kesempatan ini, saya ingin membuka minda sesiapa saja termasuk komposer, kenapa lagu raya yang dah berusia lebih 60 tahun, masih diterima setahun sekali, padahal kita ada lagu baru? Di sinilah anda harus melihat senario berkenaan. Tiada sesiapa pun boleh membunuh apa saja budaya.
Rumusannya, janganlah buang duit buat lagu raya yang diberi nafas baru. Kalau nak buat lagu raya, terus buat 100 peratus lagu baru, tapi yang kaya dengan jiwa Melayu. Janganlah menghasilkan lagu saduran kerana mutunya tidak sama dengan versi asal.
Kepada syarikat rakaman, dari menghasilkan album raya kompilasi dari penyanyi mereka yang mendendangkan lagu raya yang disadur, apa salahnya buat lagu baru? Pastinya kos lebih mahal sedikit, tapi jika lagu raya yang baru itu boleh jadi hit, mereka boleh menggunakannya untuk jangka masa 70 tahun ke depan.
Baiklah setakat di sini saja dulu, sehingga kita bertemu lagi minggu depan, wassalam." |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Kenapa kubu Mawi kebal?
Bersama Ramli MS
[email protected]
Faizal AF4 masih takut-takut dan lebih senang dengan identiti kampungnya
"ASSALAMUALAIKUM. Tidak lama lagi kita akan menyambut Aidilfitri tetapi sebelum kita menyambut hari yang mulia itu, minggu ini saya tertarik untuk mengulas beberapa kiriman e-mel, terutamanya dua bulan lalu sebaik berakhirnya Akademi Fantasia 4 (AF4) yang rata-ratanya bertanyakan mengenai juara AF4, Faizal.
Sebenarnya saya tidak mempunyai hak dan agak keberatan menceritakan mengenai topik ini, apatah lagi pertanyaan ini diajukan pihak media seperti anda sendiri, apabila persoalan kenapa populariti Faizal tidak sehebat Mawi AF3 mahupun juara-juara yang lalu, terus diajukan kepada saya.
Pandangan saya secara peribadi, saya melihat dari atas kertas, maksudnya dari segi kredibiliti seseorang itu. Kredibiliti Faizal jika dibandingkan dengan juara AF yang lepas-lepas, cara nyanyian beliau tidak ketara perbezaannya, lebih kurang sama saja.
Tapi, apabila kita melihat secara personaliti ataupun aura, ia membabitkan hal keperibadian seseorang itu dari segi penampilan, cara percakapan dan keyakinan diri. Orang ramai melihat ke arah itu, tapi bagi saya, Faizal masih takut-takut.
Terus-terang saya katakan, Faizal lebih senang dengan identiti kampungnya, slogan 'Senyum Sokmo' yang secara tidak langsung membataskan pergerakan beliau dari segi pergaulan yang membabitkan kerjayanya bukan peribadi.
Itu adalah salah satu sebabnya. Keduanya, fenomena Mawi masih terlalu kebal. Jadi, untuk Faizal mengatasi atau sekurang-kurangnya menyamai kehebatan Mawi, saya rasa ia sukar dilakukan disebabkan aura Mawi terlalu kuat.
Kerana faktor itulah Faizal perlu menampilkan personalitinya sebagai seorang juara. Secara peribadi, apa yang saya perhatikan, Faizal tidak memandang berat ke arah itu bahawa dia adalah seorang juara AF4.
Dari segi tingkah laku, cara percakapannya, beliau harus ada kualiti seorang juara. Jadi, barulah peminat akan menumpukan permulaan minat mereka terhadap Faizal dari situ. Apa yang saya tahu, juara berdasarkan SMS ini tidak dijuri dari segi bakat, ia lebih memihak kepada personaliti seseorang itu, bakat hadir hanya pada kemudian hari.
Justeru, Faizal harus meningkatkan tahap pergaulan atas dasar kerjayanya, selain membentuk keyakinan dirinya sebagai seorang juara AF4. Seperkara lagi, pastinya dia harus bekerja lebih keras untuk membuktikan kemampuan dirinya.
Faktor lain ialah peranan pihak media seperti anda. Adakalanya wartawan bersikap tidak adil dari segi publisiti apabila tidak memberikan Faizal ruang secukupnya. .
Sewajarnya wartawan memberikan kerjasama yang positif kepada Faizal. Kenyataan dan soalan wartawan seperti 'Kenapa Bintang Faizal Malap? Kenapa Faizal Kurang Menyerlah? Faizal Kurang Publisiti'. Bagi saya, persoalan seumpama itu adalah sesuatu yang negatif.
Padahal jawapannya ada pada pihak wartawan sendiri! Apabila media menulis sesuatu yang negatif seperti itu, secara automatik Faizal berada di kedudukan yang negatif. Itu yang saya maksudkan. Kalau media terus menulis perkara yang saya nyatakan tadi, ia akan terus memalapkan lagi keadaan.
Jadi, pihak wartawan perlu berlaku adil. Kalau media berasakan Faizal tidak sepopular juara sebelum ini, lebih baik perkara itu tidak ditulis. Sekiranya bintang Faizal dirasakan kurang menyerlah, adalah menjadi tanggungjawab majikannya memberikan pendedahan kepada beliau ke arah kerjaya yang sibuk bersama wartawan, jadi lebih banyak publisiti diberikan kepadanya.
Wartawan perlu memberikan penulisan yang adil kepada semua artis. Kalau Faizal kurang menyerlah, janganlah media asyik menyalahkan dirinya semata-mata, sebaliknya wartawan juga harus memainkan peranan mereka.
Wartawan harus memberi bantuan kepada Faizal kerana dia masih hijau dalam industri ini. Saya dengar cerita, Faizal seolah-olah panik apabila artis secantik Fasha Sandha cuba berbual mesra dan bergambar dengannya, dia jadi terkejut!
Jadi, keadaan seperti itu kita harus faham, Faizal mengalami kejutan budaya yang memang tidak sama dengan kehidupannya yang sebenar. Bagi saya, Faizal harus menyesuaikan dirinya untuk menjadi seorang penyanyi dan berdepan dengan perkara seumpama ini.
Bukan bermaksud memaksa Faizal bercampur gaul dengan perempuan, tetapi atas dasar kerjaya. Janganlah salah gunakan pergaulan itu. Sebenarnya tidak ada perkara yang negatif dalam penulisan saya kali ini, cuma kesedaran harus kita ambil kira dari pelbagai sudut.
Faizal harus menyesuaikan dirinya untuk menjadi seorang bintang. Faizal bukan penyanyi dalam kumpulan nasyid, sekelompok semua lelaki tidak ada wanita. Sebaliknya Faizal seorang penyanyi pop.
Apabila bergelar penyanyi pop, anda sebenarnya terdedah dengan keadaan yang boleh membinasakan diri anda, tapi anda harus bijak memelihara batasan diri. Tidak salah bergambar dengan artis wanita asal saja ia dilakukan atas dasar kerjaya.
Bagi saya, adalah satu kerugian ke atas Faizal jika dia tidak merebut peluang yang sudah ada di dalam tangannya apabila dia bergelar juara AF4, jadi dia harus menggunakan peluang itu secara maksimum.
Secara peribadi, saya perhatikan Faizal, sejuk mata memandangnya. Dia mempunyai personaliti tersendiri dan terus terang saya katakan, beliau mempunyai tempat sebagai seorang penyanyi.
Dengan penjelasan ini saya harap dapat menjawab segala persoalan yang diajukan kepada saya menerusi e-mel selama ini. Setakat ini saja dulu untuk minggu ini. Insya-Allah kita bertemu lagi minggu depan. Selamat Berpuasa, wassalam." |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Nak rap pun, biarlah kena waktunya
Oleh Ramli MS
揂SSALAMUALAIKUM. Satu dua hari lagi, kita dah nak raya. Selamat hari raya saya ucapkan kepada semua pembaca Bintang Popular. Selepas sebulan melawan hawa nafsu, menahan lapar dan dahaga berpuasa, kita akan meraikan Aidilfitri pula.
Namun apa pandangan anda mengenai puasa anda tahun ini? Adakah kita berpuasa kerana memenuhi tuntutan agama atau sekadar menunjuk-nunjuk atau ingin menghadiri majlis berbuka di hotel lima bintang?
Maaf cakap, saya melihat kebanyakan daripada kita menyalahgunakan erti berbuka puasa terutama di kalangan penggiat seni. Ada artis yang mempromosikan lagu rap dan alternatif ketika hadirin sedang menjamah juadah berbuka. Apabila berdepan dengan keadaan seperti itu, sebaik masuk waktu berbuka, saya hanya minum air, kemudian, terus balik!
Bukannya bosan dengan majlis itu tetapi menyampah! Ini satu keadaan yang harus dihentikan. Artis, diri kita sendiri harus berhenti dari terus mempromosi lagu seumpama itu bagi menghormati Ramadan.
Apa yang berlaku sebelum ini, saya kadang kala tidak nampak di mana erti Ramadan itu, sebaliknya ia macam Disember, bulan yang penuh dengan keramaian, menyambut tahun baru. Sepatutnya Ramadan disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.
Kita harus segera hentikan budaya 'mengambil kesempatan' ini. Jangan kita menyalahkan penganjur. Tapi, jika kita ada nawaitu menghormati Ramadan, penganjur tidak boleh memaksa.
Seandainya artis membawakan lagu bergenre rap, hip hop, alternatif mahupun pop dari album mereka dan enggan menyanyikan lagu hari raya pada majlis berbuka puasa, lebih baiklah dia jangan hadir.
Jika anda hadir ke majlis itu dengan nawaitu mempromosikan album baru, tidak menyanyikan lagu yang berkonsepkan puasa atau hari raya, anda sekadar merosakkan nama sendiri saja. Hadirin di bawah pentas mengharapkan anda menyanyi lagu keinsafan, sebaliknya anda begitu taksub dengan muzik anda sendiri!
Sekalipun muzik yang anda perjuangkan berkonsepkan pop atau hip hop, apa salahnya anda mendendangkan lagu yang mencerminkan keislaman mahupun ketuhanan sepanjang Ramadan ini. Hadirin pastinya menghargai kerana anda menghormati diri anda sendiri, lebih-lebih lagi pada bulan puasa. Janganlah kita menyanyikan lagu yang tidak secocok sepanjang Ramadan. Jadi, hentikan serta merta jika anda ada nawaitu mempromosikan album mahupun diri anda.
Kita boleh ambil contoh Papa Rock, Ramli Sarip. Sekalipun dia memperjuangkan lagu bergenre rock, tapi kebanyakan liriknya menjurus ke arah ketuhanan, kebesaran Ilahi, keinsafan dan puji-pujian memberkati amalan sepanjang Ramadan.
Begitu juga dengan artis nasyid, apabila mereka diundang ke sebarang majlis berbuka puasa, mereka mendendangkan lagu berunsur ketuhanan atau sekurang-kurangnya menyanyikan lagu hari raya yang pernah dipopularkan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham Datin Rafeah Buang, Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Sudirman, M Nasir, Jay Jay dan ramai lagi.
Berbalik kepada sambutan Aidilfitri, saya rasa kebanyakan kita dah balik kampung mulai hari ini. Semua tengah sibuk dengan persiapan raya - memasak, kemas rumah dan macam-macam lagi.
Bagi saya, kita sambutlah Aidilfitri secara sederhana dan penuh rasa syukur serta keinsafan. Baik artis mahupun sesiapa saja, mana-mana yang pernah bertelagah sebelum ini, lupakanlah saja. Semua itu lumrah manusia, tidak ada yang sempurna.
Menjelang Syawal ini, adalah lebih baik kita bermaaf-maafan dan memperbaiki segala kekurangan diri. Kepada rakan artis yang ada rezeki lebih, janganlah lupa berzakat kepada budak-budak. Hulurlah duit raya kepada mereka.
Kepada mereka yang memandu pulang ke kampung, hati-hatilah pandu kereta. Tapi, yang paling penting, kesyukuran dan kesederhanaan menyambut Aidilfitri harus ada dalam diri kita. Jangan bongkak atau menunjuk-nunjuk.
Sekali lagi saya mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua muslimim dan muslimat. Saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Sebagai penulis di ruangan ini, saya juga ingin memohon maaf, menyusun jari sepuluh kepada mereka yang terasa hati, terguris perasaan sepanjang saya beraspirasi.
Sesungguhnya sepanjang saya menulis, tidak pernah terlintas di hati ini untuk menjurus tulisan saya kepada seseorang itu, jauh sekali mengaibkan sesiapa.
Tulisan saya semata-mata menjana kita semua, khususnya penggiat seni ke arah kebaikan. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
edited......
[ Last edited by Syd at 3-11-2006 03:37 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Lirik dulu halus, sekarang puitis
Oleh Ramli MS
"ASSALAMUALAIKUM.
Diharap pembaca Bintang Popular dapat memaafkan saya kerana tidak berkesempatan menulis aspirasi saya minggu lalu disebabkan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Jadi, anda masih beraya lagi? Memang banyak jemputan rumah terbuka yang hendak dihadiri sepanjang Syawal ini.
Baiklah, kita tinggalkan dulu hal hari raya, minggu ni saya ingin menulis mengenai penciptaan lirik di negara kita. Anda tentu pernah mendengar nama besar seperti Habsah Hassan, Mama Juwie, S Amin Shahab, Lukhman S dan ramai lagi.
Itu belum lagi dikira nama besar dua dekad sebelum zaman saya seperti S Sudarmaji, Yusnor Ef dan ramai lagi. Bezanya penulisan lirik zaman dulu
lebih halus dan senang diingat kalau hendak dibandingkan dengan zaman sekarang yang lebih puitis.
Ada juga lirik zaman dulu yang lebih mempunyai maksud di sebaliknya, contohnya kalau lagu berentak asli, liriknya banyak berkiaskan pantun-pantun dan ayat berbunga-bunga. Zaman berubah, jangan dikata lirik saja berubah, nada lagu pun turut berubah, pencipta lirik dan lagu makin bertambah.
Di sinilah terjadi persaingan yang sihat. Bagi saya, penulis lirik yang paling berjaya pada zaman saya ialah Habsah Hassan. Lihat saja lirik beliau untuk Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Habsah berjaya dengan tiga elemen yang kuat - nada, lirik dan penyampaian penyanyi.
Tahukah anda bahawa Habsah cukup rapat dengan Sudirman? Apa yang ditulis beliau untuk Sudirman adalah dari kisah benar yang dikongsi bersama penyanyi berkenaan, inilah hasil teamwork yang perlu kita satukan kalau kita hendak berjaya, semuanya harus menjadi satu.
Bayangkan, hingga ke saat merakamkan lagu pun ada lagi yang perlu dikemas kini di dalam studio rakaman sehinggalah ia menjadi begitu sempurna! Hebat juga mak cik saya ni! Selain itu, banyak lagi ciptaan lirik Habsah menjadi hit untuk penyanyi lain.
Saingan penulis lirik pada zaman Habsah ialah Aauuuww, Mama Juwie! Saya mengenali Juwie ketika saya menjadi pemuzik undangan tetap untuk Datuk Ahmad Nawab. Lihat saja judul lagu Kau Kunci Cinta Ku (Dalam Hatimu) nyanyian Ramlah Ram. Puitis bukan?
Bagi saya, Juwie beruntung dapat berkerja bersama Ahmad Nawab kerana beliau seorang yang sangat cerewet, hingga kadangkala apabila lagu itu sudah siap diadun, Ahmad Nawab akan memanggil Juwie untuk menukar sepotong ayat saja!.
Bayangkan, kalau sepotong ayat diganti? Penyanyi harus datang semula, proses adunan harus diulang lagi, semua ini untuk kebaikan sesebuah lagu dan di sinilah teamwork harus disatukan untuk kejayaan. Secara peribadi, lebih afdal dan berkesan, penulisan lirik harus datang dari komposer lagu itu sendiri.
Contohnya, Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk lagu (Dendang Perantau) dan juga M Nasir (Satu Hari Di Hari Raya). Anda boleh rasakan nada dan lirik mereka bergerak selari. Kalau dilihat di Barat, semua hasil ciptaan mereka datang daripada nukilan seseorang itu saja, maknanya lagu merangkumi nada dan lirik adalah ciptaan komposer itu sendiri.
Kita di sini harus berkerja di aliran sebegitu, barulah keberkesanan lagu itu lebih dirasakan. Bagi saya, produser harus melihat pentingnya lirik ditempatkan pada aras utama kedudukannya. Kalau anda berkerja seperti Ahmad Nawab dan Manan Ngah yang sentiasa mengawal keserasian lirik untuk nada mereka, seharusnya contoh sebegitu ada dalam tabiat kerjaya anda.
Pencipta lirik atau komposer yang sedang berjuang dalam industri seni seharusnya menjadi contoh untuk generasi masa depan sebagai mana yang sudah dilakukan S Sudarmaji, Yusnor Ef Habsah Hassan, Mama Juwie dan yang aktif sekarang, Loloq.
Bagi saya, Loloq adalah kamus hidup. Tanyalah apa saja yang terlintas di minda anda apabila berdepan dengan beliau, nescaya Loloq dapat menjawab dengan bersahaja dan penuh yakin.
Baiklah, sehingga di sini saja dulu untuk minggu ini, insya-Allah kita bertemu lagi minggu depan, wassalam." |
|
|
|
|
|
|
|
揓angan komersialkan cerita peribadi拻
Artis pembohong, artis cakap berbelit-belit, berpusing-pusing, artis sembunyi status, artis itu artis ini. Macam-macam hal yang kurang menyenangkan berlaku akhir-akhir ini apabila sebut soal artis.
Terlalu banyak kecelaruan berlaku dalam dunia artis kita hingga kita letih mendengar satu demi satu hal yang entah apa-apa tentang mereka. Keadaan ini bukan sahaja mengecilkan peluang artis untuk memperkasakan industri yang mereka wakili, tetapi juga memburukkan nama dan kerjaya sendiri.
Rasa-rasanya Ramli MS antara orang yang layak bercakap soal kecelaruan dunia artis kita. Kepada saya Ramli mengakui dia sendiri juga semakin 憀emas |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Sebesar kuman pun saya tak kecil hati
Oleh Ramli MS
Tidak saya menjaja perkara negatif semata-mata hendak menunjuk-nunjuk pengalaman saya dalam bidang seni
"ASSALAMUALAIKUM...
Penatlah! Hendak menulis pun bukannya malas dan bukannya tidak ada judul, sememangnya memang saya tidak mahu menulis untuk minggu ini, sampaikan Editor Bintang Popular, Roslen Fadzil pun terkejut! Tapi, dah memang saya tidak mahu menulis untuk minggu ini, nak buat macam mana?.
Kalau saya dimarahinya, jawapan saya mudah, saya tak ada idea. Intelektual mana boleh dipaksa-paksa. Jangan marah ya, Datuk Syed Faisal Albar, Datuk Hishamuddin Aun dan Datuk Manja Ismail. Itu sebenarnya alasan untuk melepaskan diri! Bayangkan kalau anda berada di tempat saya sebagai penulis tetap di ruangan ini, rasa serba salah akan tetap ada apabila isu hendak dipaparkan.
Kita tidak boleh mengharapkan yang positif saja. Saya pun masih belajar lagi menangani tindak balas negatif dan positif daripada yang empunya diri. Kebanyakannya menyimpan rasa kurang senang dan bercakap di belakang.
Namun, ada juga yang berterus terang dengan saya, baguslah sikap sebegitu, bagi saya ia adalah positif, empunya diri tahu datangnya komen saya secara jujur dan fakta, bukannya menghukum dan mempamerkan kepada umum.
Jujurnya, penulisan saya hanya di situ saja apabila adanya noktah. Tidak saya menjaja perkara negatif semata-mata hendak menunjuk-nunjuk pengalaman saya dalam bidang seni. Apa yang saya tahu akan saya kongsi bersama mereka yang hendak tahu.
Tapi, ada juga sikap orang yang tidak senang dengan komen atau penulisan saya dan beranggapan saya macam bagus-bagus saja. Saya tidak kisah. Bagi saya, rasa bertanggungjawab harus dipikul apabila saya menerima undangan dari pihak Berita Harian menulis di ruangan ini, segala risiko harus saya tanggung, baik atau buruk.
Seperkara lagi, saya tidak akan mempromosi diri sendiri atau menulis sesuatu yang tidak relevan atau untuk tulisan ihsan. Fakta adalah elemen aspirasi ini, maklum balas emel kepada saya, kebanyakannya meminta saya menulis sesuatu yang sudah saya tulis, saya tidak boleh ulang lagi benda yang sudah ditulis sebelum ini.
Ketika permulaan dulu, banyak e-mel yang menyuruh saya menceritakan pengalaman ketika saya menjadi pengetua Akademi Fantasia 2 (AF2). Secara peribadi tidak manis kalau saya menulis isu itu kerana AF masih berlangsung dan dijadual bersambung tahun demi tahun. Insya-Allah saya akan paparkan pengalaman saya di AF jika keadaan mengizinkan.
Terus terang saya katakan bahawa saya tidak ada masa untuk menulis di ruangan ini. Lazimnya ada penulis hantu yang menolong saya, cuma inti patinya datang daripada saya. Banyak sudah jasa beliau yang saya berhutang. Kepada teman rapat saya, Zubir, Mat Teropong tu. Berbanyak terima kasih kerana bantuannya selama ini.
Kadang-kadang apabila saya sendiri ada masa untuk menulis, Zubirlah yang akan menyunting ejaan ala-ala Ahmad Nesfu saya!.
Berterus terang adalah fakta yang akan meluruskan akal minda kita supaya tidak ada rasa diri untuk menipu diri sendiri. Apabila berterus terang, kebaikan akan kekal bersama diri dalam segala urusan peribadi dan ini membabitkan orang lain terhadap kita, jadi di sinilah kita harus menerima kekalahan diri dan mengaku pada diri sendiri.
Ego biarlah bertempat, kalau kita mengaku kepada umum kesilapan kita, kemenangan akan diperoleh sejurus selepas pengakuan kita dibuat. Lurus bendul kita juga harus digunakan ke arah yang betul, jangan sampai di salah gunakan oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan ke atas diri kita.
Dah bosan ke anda membaca ceramah saya ini? Berterus terang sajalah, e-mel kepada saya. Tidak akan ada rasa marah atau sebesar kuman pun saya akan berasa kecil hati. Luahkan apa saja yang hendak anda luahkan.
Sebelum saya akhiri tulisan ini, cuba anda meneliti tulisan ini dari gurauan dan ketulusan serta keterbukaan saya.
Sekiranya anda berumur dari 20-an dan mengamalkan tabiat berterus terang, nescaya hidup anda akan berubah apabila anda berumur 30-an atau mungkin kurang dari jangkaan saya.
Semua kejayaan datang dari kejujuran. Anda menipu? Jangan salah sangka, bukan orang lain yang anda tipu, sebaliknya diri anda sendiri! Percayalah orang lain tidak bodoh untuk ditipu, yang bodoh adalah diri sendiri!
Insya-Allah, ada rezeki kita bertemu lagi minggu hadapan, wassalam." |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Tak seharusnya label Rosyam hero tua!
Oleh Ramli MS
Jangan matikan semangat Rosyam sebagai pelakon yang hebat dengan cemuhan tidak berasas dan berbaur peribadi
揂SSALAMUALAIKUM... Wah, wah, wah... Rumah terbuka hari raya di sana sini! Kadang-kadang saya sendiri pun terjebak juga dengan pertembungan open house kerana dalam sehari ada kalanya sampai empat, lima undangan. Baguslah amalan begini untuk mempereratkan lagi ikatan silaturahim kita.
Kita orang bandar memang susah hendak berkumpul, masing-masing sibuk dengan kerja. Dengan adanya budaya open house, dapatlah kita kunjung mengunjung, mengenali satu sama lain. Baiklah, kita tinggalkan cerita open house.
Sebenarnya inti pati aspirasi saya ini tidak terkeluar dari dunia seni kita. Apa yang terkandung dalam aspirasi saya ini adalah pelajaran dan pengalaman. Apa yang saya tahu, saya akan berkongsi bersama orang seni untuk mereka memperbaiki kelemahan kita.
Saya tidak boleh menulis subjek yang kontroversi seperti yang sering dipaparkan dalam ruangan gosip, macam Zubir Intip. Jadi, selepas dua tahun saya menulis, rasa macam tidak ada perkara lagi perkara yang boleh saya sentuh. Bukan tiada bahan, tapi bahan itu tidak menepati kehendak aspirasi saya.
Bagaimanapun, saya perhatikan sejak akhir-akhir ini, industri seni kita semakin kusut dengan pelbagai macam cerita yang agak negatif. Ada situasi yang menimpa teman seperjuangan saya dan saya turut bersimpati dengan apa yang berlaku. Tapi, kita perlu kuat menempuh dugaan Tuhan.
Saya juga ada terbaca di akhbar dan Internet mengenai teman saya, Rosyam Nor. Ada pendapat yang melabel Rosyam sebagai hero tua. Di sini saya ingin membangkang pendapat itu. Kita tidak seharusnya melabel Rosyam sebagai hero tua.
Kenapa? Disebabkan Rosyam seorang artis Melayu? Cuba kita lihat bintang Hollywood seperti Sean Connery, Clint Eastwood dan ramai lagi. Usia mereka melebihi 50 tahun tapi masih memegang watak hero! Oh, kerana mereka Mat Salleh, kita gelar mereka legenda.
Disebabkan Rosyam orang Melayu, oh dia hero tua... Jadi, kurang eloklah sangatlah gelaran itu diberikan kepada Rosyam. Saya bercakap perkara ini dalam soal kerjaya, bukan peribadi. Anda sebenarnya mematikan semangat Rosyam dengan gelaran seumpama itu.
Sudah berpuluh tahun Rosyam bekerja keras untuk memajukan dirinya, tapi dengan gelaran begitu, semangatnya boleh padam. Dalam sekelip mata saja anda melabelkannya sebagai hero tua. Secara peribadi, saya tak suka. Bukan masalah saya meminatinya, tapi bagi saya tidak adil gelaran itu ditujukan kepadanya.
Jadi, ubahlah sikap kita. Fikirkan pengorbanan Rosyam selama ini, jangan mudah atau sesuka hati kita nak melabel orang itu dengan pelbagai gelaran negatif.
Baru-baru ini juga Rosyam teruk dihentam apabila mengkritik pendirian Mawi yang tidak mahu berlakon dengan artis wanita. Hanya kerana namanya Rosyam Nor, media menjadikannya sebagai kambing hitam. Rosyam dijadikan minyak kepada percikan api!
Memang ramai orang komen pasal Mawi tu, tapi nasib Rosyam kurang baik, namanya besar dalam industri dan dia juga aktif dalam bidang lakonan, jadi namanya digunakan untuk menyemarakkan lagi cerita. Pada dasarnya, hanya pandangan peribadi Rosyam tidak berapa setuju dengan komen Mawi.
Namun, kata-kata Rosyam terhadap Mawi, datangnya daripada seorang pengarah, bukan peribadi. Sebenarnya bukan Rosyam tak suka apa yang Mawi cakap. Kita perlu berfikiran positif. Kalau anda tak nak berlakon, anda tak berjaya dalam bidang itu.
Rosyam sekadar melontarkan pengalamannya sebagai seorang pelakon, tetapi akhbar mengambil kenyataan Rosyam sebagai kenyataan peribadi. Jadi, pembaca melihat kenyataan Rosyam sebagai isu utama. Tapi, saya secara peribadi, melihat kenyataan Rosyam itu sebagai seorang pengarah kepada pelakon!
Orang juga marah kepada Rosyam apabila dia mengacarakan program Fenomena Seni yang saban minggu menampilkan pelbagai isu panas. Bagi saya, Rosyam sekadar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pengacara, itu saja. Tapi, Rosyam sebenarnya berjaya mengendalikan satu rancangan bual bicara.
Seperkara lagi, industri seni kita terlalu laju dengan isu kata mengata, fitnah sesama sendiri, kontroversi dan sebagainya sehingga lebih maju dari seni kita sendiri. Bagi saya, soal peribadi tidak seharusnya diperbesar-besarkan. Kalau ia dah berlaku, biarkan, kita lupakan saja.
Semuanya boleh dielakkan kalau kita bijak mengelak cerita peribadi dari dihidu akhbar. Namun, saya tidak menyalahkan akhbar, itu dah jadi tugas mereka, mencari berita. Sebagai orang seni, bukan 100 peratus cerita kita menjadi hak masyarakat, cuma kerjaya seni kita hak masyarakat, bukan peribadi artis itu.
Jadi, elakkan cerita yang tak senonoh itu melebihi kerjaya seni kita. Fikirlah yang terbaik untuk menjana masa depan yang lebih cemerlang. Pandai-pandailah jaga diri. Sayangilah kerjaya seni anda, jangan hancurkan ia hanya dengan setitik kesalahan. Sehingga kita bertemu lagi minggu depan, wassalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|