CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: audioslavefan

Pengalaman bersama dng seseorg sebelum mereka arwah

[Copy link]
Post time 18-1-2007 05:33 PM | Show all posts
Sedihnye ....menitik air mata aku ni..Sbb aku baru sahaja memalui kematian..bapak mertua aku pada 1 Dec 2006. Masuk hari ni dah 49 hari die pergi. Aku sejak kahwin tinggal bersama2 bapak dan mak mertua aku..Mereka ni org baik2, caring dan tak kedekut apa pun..

Kematian dia adalah kematian secara mengejut, bukan dok suffer sakit atau terbaring sakit...Dok sihat, tapi ada problem jantung yg under control..Seminggu sebelum bapak mati, dia ada buat monthly medical check up kat GH..everything ok...Pastu, die kena batuk...dok batuk..Tapi still ok, pi kedai..Bapak aku bukak kedai kecil...

Pagi tu hari Jumaat bersamaan 1 Dec 2006, bapak mcm biasa bgn pagi breakfast ngan hubby, aku takde sbb dah pi keja...Bapak pesan kat hubby jgn tinggal sembahyang, tgh ni pi sembahyang Jumaat..Lagi satu pg tu jugak die pesan jgn marah2 atau pukul anak aku..Ishh...Pastu die pi kedai cam biasa lebih kurang pukul 10.00 pg..Dia dok kedai dgn adik ipar aku...Petang tu lebih kurang pukul 4, bapak call mak pesan kat adik ipar pompuan aku yg lagi satu yg sedang bersiap nak jalan jauh..Die suruh mak aku sampaikan pesan kat adik kata, bawak kereta baik, sbb "ORG ATAS NAK TURUN"...Mak aku tak terkejut sgt pasal makna org atas nak turun tu selalunye hujan...

Isshhh..Tapi tak sangka lepas call tu lebih kurang 40 minit lepas tu ..dia batu dan jatuh pengsan. Adik ipar yg ada kat kedai terus peluk dan panggil nama bapak aku, tapi takde respon...Die check nadi...check nafas...DAH TAKDE...Ishhh..

Aku pualk dapat berita masa on the way driving balik keja...dlm kereta husband aku telepon suruh balik cepat masuk sbb  bapak masuk hospital..Pastu mak pulak telepon suruh cepat..Aku pulak dok trapped dlm jam..Lepas tu aku call hubby dlm kereta tanya camne bapak aku..Dia kate..Bapak dah habis...Aku terkejut beruk...Sedih..sesangat..

Wpun baru 4 thn aku kenal bapak tapi aku anggap die cam bapak aku..So sedih cam kehilangan bapak sendiri..

Bayk perbezaan dilihat...Antara dialog seminggu die belum pergi die kata nak buat satu almari baju besar utk die sorang..Rupanye die nak ckp pasal liang lahad dia la..

Yg paling terkilan mak aku dah masak lauk ayam dan peria kegemaran die..Die pesan kat mak aku dia balik nak makan...Tapi tak sempat..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2007 06:29 PM | Show all posts

Reply #121 Anden's post

iskk.. alfatihah.. ciannye..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 08:46 AM | Show all posts

Reply #120 pee3's post

ada...nanti pm kat awak yer...still simpan lagi smpai skg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2007 08:49 AM | Show all posts

Reply #123 dreamy_forest's post

aku pon nak.. letak sini ek
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 08:54 AM | Show all posts
ok laaahh pasal banyak permintaann...aku bagi ler kat korang..mana tau berguna...


Assalam mu'alaikum wbrth!!!

Tanda 100 hari sebelum hari mati!!!!!!!



Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mere ka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak
forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.

saling berpesan2lah sesama kita

(B) BERHATI - HATI!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2007 08:58 AM | Show all posts

Reply #125 dreamy_forest's post

mekasih! :tq:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2007 08:58 AM | Show all posts
...masa buat eksperimen tu yg paling aku perasan...7 days b4 ngan 3 days b4

bila arwah mother in law tido..aku nengok kat tgh bahagian dahi dia gerak2, cuping telinga, kaki dah layu...tp bg yg sakit teruk mmg laa perasan...

cuma bila yg pegi xder tanda2 sakit, mungkin kiter x perasan...:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 09:05 AM | Show all posts
Originally posted by Anden at 18-1-2007 05:33 PM
Sedihnye ....menitik air mata aku ni..Sbb aku baru sahaja memalui kematian..bapak mertua aku pada 1 Dec 2006. Masuk hari ni dah 49 hari die pergi. Aku sejak kahwin tinggal bersama2 bapak dan mak  ...


AlFatihah
Takziah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ybl This user has been deleted
Post time 24-1-2007 04:21 PM | Show all posts
aku pun der cite sedih...

sebelum ayah aku meninggal..aku jage ayah aku kat hptl.dier diam jer.ayah aku ni slalu nyer klu dier sakit mulut dier slalu bising..tapi hari tu dier diam jer waktu aku jage..ayah aku sakit kencing manis..kaki sebelah baru potong..aku tak leh ingt tarikh tu 6.09.06... waktu tu aku tido kul 5.30 pagi...kakak aku yg sulung kol pastu aku dah agak dah ni sure kes ayah aku...pastu dari ujung talian aku dgr kakak aku senyap jer..aku tanyer dier ulang kali pastu aku dgr dier meraung...aku dah agak dah..pastu akak aku ckp ayah aku dah meninggal..pe lagi aku pun nagis mcm org gler lah...mase aku balik sampai jer rumah aku tgk org dah ramai..turun dari kete aku rase aku berjalan diawang2..tak terdaya aku nak jln rasenyer..rase nak pengsan pun ade..masuk jer dalam rumah aku tgk ayah aku dah terbujur jer dah ditutup...aku masuk bilik pe lagi meraunglah...aku rase mmg aku tak dpt kawal kesedihan aku..sampai aku kene marah dgn mak aku pasal menangis...mak aku cakap sbelum arwah nak pergi dier tanyer aku kat mane...sedih sgt aku mase tu...byk kali arwah tanyer anak2 dier kat mane...tapi aku redha diatas pemergian arwah..tapi aku terlalu merindui senyuman ,gelak ketawa,dan segala-galanyer ttg diri arwah ayah aku..coz sewaktu arwah nak pergi aku rapat sgt dgn arwah..aku terlalu rindu kan saat manis ketika aku mencium dahi n salm tgn arwah ayah aku dan aku masih terase higga kini...
Reply

Use magic Report

heritz7980 This user has been deleted
Post time 24-1-2007 06:40 PM | Show all posts
hmmm........aku pernah bersama ngan guli aku sebelum sebijik guli aku MENINGGALKAN aku...mase tu aku...  tak sanggup aku nak kenang huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa SAPER AMIK GULI AKU ARRRR!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 06:47 PM | Show all posts
budak heritz ni memang pelik ar..dari tadi asik obses ngan guli dier..kenapa ko sayang sangat ngan guli tu? atau tu nama orang?
Reply

Use magic Report

heritz7980 This user has been deleted
Post time 24-1-2007 06:57 PM | Show all posts
entah arr...tapi aku tetap nak tau gak...SAPER YANG AMIK GULI AKU ARRR!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 12:58 AM | Show all posts
bro pun nak citer pasal arwah suami adik ipar bro...dia tu kira biras bro lah!!

biras bro nie keje kapal,sbb isteri dia bersalin dia ambik cuti turun kapal sampai isterinya habis pantang...entah mcm mana dia ambik keputusan nak kerja kat darat tapi masa nak kerja kat darat tu tetiba dia ada konflik ngan isteri dia sbb isterinya nak cari kerja..

dia cakap kalau isteri dia kerja rumah,kete,maid dan mcm2 lagi dia suruh isterinya bayar!! dia cakap dia dah penat dan tak nak bayar lagi benda2 tu! isterinya sedihla sbb ingatkan somi dia dah mcm tak syg kat dia lagi!..masa tu anak dia masih baby lagi..masa dapat kerja kat darat dia dapat kerja kat caltex.. masa tu dia cakap dia nak berulang alik dari rumah dia kat seri kembangan ker pelabuhan barat klang..bini dia x bg sbb dia nak ulang alik naik moto...diorg pakat2 cari rumah kat klang and masatu tetiba diorg gaduh sbbnya x tau kenapa..

arwah balik rumah mak mertua bro, dia tanya bini dia ada tak? masa tu manalah kitaorg tahu dia tu dah nak x ada..dia citer dari A sampai Z yg dia bukan kedekut, dia cakap dia cari duit utk anak dia sbb esok anak dia nak sekolah bnyk pakai duit...dia cakap lagi yg dia x bg bini dia keje utk jaga anak..duit arwah mmg bnyk tapi dia cakap duit tu dia kumpul bukan utk dia...

masa dia pindah kat klang mcm2 perubahan jd kat dia..dia tetiba jadi pendiam,arwah jarang makan luar tapi tetiba ajak isteri dia makan sedap2 kat luar..pas tu dia kalau boleh nak press motor dia laju2 sbb x sabar nak balik rumah nak jumpa isteri dan anak dia...bila malam dia sggp bgn malam sbb anak dia tak nak tido..kalau ikutkan esok pagi nak keje tapi dia still main ngan anak dia..dia yg tidokan anak dia..

dia pesan kat maid adik ipar bro supaya jaga isteri dia dgn baik,jaga anak dia dgn baik..pas tu boleh call semua kawan2nya suruh jaga isteri dia sbb isteri dia nie ada sakit pinggang...hari2 dia peluk anak dia sambil termenung tgk rumah dia..masa dia balik umah mak mertua bro dah nmpk sgt dia nie lain..dia suka termenung sekejap2 dia jd blur!!

dia nie kuat makan tapi lagi beberapa hari nak pegi dia dah x nak makan...dia cakap dia nak diet..masa kat rumah mak bapak arwah dia siap bersihkan laman rumah dan tolong mak dan bapak dia mcm2..mak dia cakap arwah nampak lain sgt...

ang sehari sebelum dia nak pegi..malam tu dia baca yassin,isteri dia cakap dia bersihkan semua bulu2 kat tubuh dia and rambut dia, dia suruh bini dia botakkan..malam tu dia genggam tgn isteri dia erat2..bgn pagi esok dia dah siap pakai baju putih..dia pesan kat anak dia yg baby tu suruh jaga mama baik2..dia siap pesan awal2 kat tseri dia kalau dia nak kawan dgn lelaki lain dia x kisah!..isteri dia pelik kenapa dia cakap mcm tu!!

sebelum pergi kerja,muka arwah sayu sgt...dia naik motor terus pergi,isteri dia cakap dia tak tgk pun muka isteri ngan anak dia..kalau ikutkan sll dia lambai2 dulu..
last masa dia dah hampir nak pergi, masa tu dalam phone dia cuma cakap jaga diri baik2!! x payah tggu abg makan lagi..

rupa2nya ptg tu dia pergi buat selamanya...dia accident masa baru balik dr sembahyang jumaat..perginya x lama..org yg bawak dia kat hospital cakap dia bnyk mengucap dan yg keluar dari mulut dia cuma allah jer!!

masa dia pergi tu bro terus nangis sbb dia pergi tanpa lihat anak dia besar..sdgkn dia baru jer dapat anak..masa tu anak dia baru 8 bulan..anak2 dia jerit2 panggil papa and nak sentuh papanya..bro suruh adik ipar bro ciumkan anak dia kat papa dia..masa tu air mata bro dah tak tahan sbb anak dia x nak lepaskan dia..dia ingat papa dia tidur dan ajak main ngan dia..

lama jugaklah anak dia nangis nak papa..masa malam arwah meninggal  dia tunjuk kat pintu sambil jerit papa2..! sampai sekarang anak dia tahu yg kat dalam kubur tu papa dia...kalo org tanya papa dia kat mana dia tunjuk kat kubur!!..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2007 09:15 AM | Show all posts

Reply #133 baby_bro85's post

sedihnye......... mmg sedih sgt baca kisah ko ni bro.. alfatihah utk arwah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 10:30 AM | Show all posts

Reply #133 baby_bro85's post

sedihnya baca kisah bro ni...menitik air mata aku...AlFatihah untuk arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 10:31 AM | Show all posts

Reply #133 baby_bro85's post

bro..apa cite anak ngan bini arwah...dah dpt keje ker???

[ Last edited by  dreamy_forest at 25-1-2007 10:34 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2007 12:53 PM | Show all posts

Reply #136 dreamy_forest's post

sekarang anak dia dah besar, dkt tiga tahun..and isterinya pulak dah dapat keje gaji pun ok lah buat dia ngan anak dia hidup senang!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2007 01:23 PM | Show all posts

Reply #137 baby_bro85's post

bini dia dah kawin baru ke blom?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 02:13 PM | Show all posts
aduh sedih kisah bro nih... bergenang air mate nih..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 04:58 PM | Show all posts
sedih aku baca pengalaman korang semua
ni nak cite pengalaman aku plak

masa arwah ayah sakit aku keje kat kl, pehtu dia jatuh sakit masa bagi lembu makan.  Aku nekad berhenti keje balik kg jaga dia.  masa jaga dia arwah ni x leh nak tengok muka mak mesti nak marah.  pehtu berubat la dgn memacam org, last sekali dgn satu abg ni dia buat sembahyang hajat.  dia kata kalu lepas dia buat sembahyang tu kalu arwah selamat alhamdulillah tapi dia ada kata bersabarlah dgn apa yg bakal berlaku.  Masa berubat tu ade orang kata arwah kena buatan org yang sakit hati.  Kat saluran air di blik air tu kan ada patung kulit lelaki & pompuan membelakangi satu sama lain.

sehari sebelum arwah meninggal dia ckp nak makan roti oren, aku beli la kat dia masa balik keje petang tu. pehtu aku rasa ngantuk sangat, aku tertidur kat dlm bilik.  time ni abang tu tengah buat sembahyang hajat.  masa aku tidur tu aku rasa x leh nyawa mcm kena tindih. aku pun baca la memacam ayat2 yg aku ingat kan. pehtu baru aku nampak mcm ada lembaga itam rambut ngerbang kat atas alang umah aku.  aku pun apa lagi lari keluar terus dok celah mak aku.

mak aku & semua yg ada kat situ tanya aku pasal muka aku berpeluh & pucat.  aku cite la apa jadi masa aku tertidur tu.  lepas abang tu abis buat sembahyang hajat, kami ramai2 baca yassin la, orang kampung pun datang juga baca yassin sekali.  ni pasal arwah dulu mcm penasihat kampung la kan.  apa2 hal orang kampung banyak rujuk kat dia.

lepas abis baca yassin, arwah mcm tenang je, dia pandang je semua org. pehtu abg aku & cousin gilir2 jaga arwah kan.  Sok tu masa time org tgh azan subuh arwah pun pegi la tinggalkan kami semua.  muka dia tenang je masa dah pegi tu.  putih kulit dia.

ye la arwah pegi sebb dah sampai masa dia, mungkin sihir org jahat tu sebagai sebab musabab kot. wallahualam.

tapi sepanjang arwah sakit memang selalu kalu borak pun dgn aku.  nak makan apa pun minta kat aku, dia memang x leh pandang muka mak.

bila kenang2 balik rasa sayu je, tapi syukur sebb masa akhir2 tu dia kelihatan tenang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.349100 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list