Melur01 This user has been deleted
|
Pengumuman...
Saturday ni ada sale Electrolux kat shah alam...
tadi call sana nak tahu kat mana boleh gi tengok washing machine ni... katanya nanti keluar kat STAR khamis dan jumaat ni...
time 9-5... |
|
|
|
|
|
|
|
uhuk..uhuk...bajet kene beli mesin jahit dulu...takleh soh dia postpone ke :D |
|
|
|
|
|
|
|
Mencuci pakaian tanpa guna sabun?
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
Dua model menunjukkan mesin basuh Haier terbaru yang membolehkan pengguna mencuci pakaian tanpa menggunakan sabun pencuci.
--------------------------------------------------------------------------------
SABUN adalah barang keperluan setiap rumah, sama ada sabun mandi atau sabun membasuh yang digunakan dengan banyak bagi memastikan kebersihan diri dan pakaian.
Bagaimanapun, perkembangan teknologi kini telah membolehkan perbelanjaan membeli sabun pakaian boleh dijimatkan apabila anda boleh membasuh tanpa menggunakan sabun.
Mungkin ramai yang menganggap ia adalah kerja sia-sia kerana mana mungkin baju yang dipenuhi kotoran setelah dipakai seharian boleh dibersihkan tanpa menggunakan bahan pencuci tersebut.
Namun percayalah, ia kini bukan lagi angan-angan kosong, malah anda boleh mencubanya sendiri di rumah.
Segala kemungkinan itu dibawakan kepada anda oleh pengeluar perlatan rumah terkemuka di China, Haier melalui pengedar mereka di negara ini iaitu Haier Electrical Appliances (Malaysia) Sdn. Bhd. (HEAM).
Melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak beberapa tahun lalu, Haier berjaya menghasilkan mesin basuh yang mampu mencuci pakaian tanpa menggunakan sabun dikenali sebagai `Natural Wash With Double Drive?.
Menurut Pengurus Besar, Jabatan Luar Negara Mesin Basuh Haier, Shi Guangwen, mesin basuh muatan atas tujuh kilogram itu merupakan mesin basuh generasi keempat daripada Haier.
?a dibangunkan dengan memanfaatkan teknologi sains sepenuhnya dalam menyampaikan produk canggih dan inovatif kepada pengguna,? katanya ketika melancarkan produk tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hadir sama pada majlis itu ialah Kaunselor di Pejabat Kaunselor Ekonomi dan Komersial, Kedutaan Republik Rakyat China, Pengarah Eksekutif HEAM, Lye Hun Kwee dan Pengurus Pemasaran, Bahagian Luar Negara Haier, Hou Xinlai.
Beliau berkata, penghasilan mesin tersebut merupakan antara usaha Haeir dalam memperkenalkan lebih banyak produk terkini, sekali gus mencapai hasrat menjadi antara tiga jenama utama dalam produk barangan elektrik menjelang 2010.
Teknologi
Majlis pelancaran itu juga merupakan penghormatan kepada Malaysia yang menjadi negara pertama selepas China memasarkan produk berkenaan dan ia turut dihadiri oleh wartawan serantau.
Pertama seumpamanya di dunia, mesin basuh ini beroperasi menggunakan teknologi elektrolisis untuk memecahkan sebatian air kepada ion negatif dan ion positif (OH+ dan H+) yang bertindak sebagai bahan pencuci secara semula jadi.
Dalam kitaran basuhan, air yang mengalir masuk ke dalam mesin basuh akan dielektrolisis menjadi ion negatif OH- dan keadaan ini meniru tahap PH alkali yang terdapat dalam bahan pencuci biasa.
Menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh Haier iaitu Double Drive, pakaian akan dibasuh sepenuhnya dan bahan pelembut yang mesra alam juga akan ditambah secara automatik pada akhir kitaran basuhan, memastikan pakaian selembut baldu.
Untuk memastikan pakaian yang dicuci dilindungi secara semula jadi, air sepanjang kitaran bilasan juga akan dielektrolisiskan untuk menghasilkan ion positif H+.
Ion pada tahap pH berasid ini akan bertindak sebagai bahan pensterilan semula jadi yang menghapuskan 99.9 peratus bakteria berbahaya dan menghilangkan bau pakaian.
Seperti rangkaian mesin basuh Haier yang lain, Natural Wash turut dibangunkan menggunakan material antibakteria yang terdapat pada ruang dalam mesin basuh (pulsator).
Pulsator tersebut merupakan reka bentuk unik dan besar berbentuk S memberikan kuasa putaran sempurna bagi memastikan setiap inci pakaian menerima tindak balas ion negatif dan ion positif daripada air.
Ia berperanan melindungi pakaian yang dibasuh dengan menyingkirkan kekotoran dan menghapuskan kulapuk-kulapuk yang terbentuk akibat penggunaan plastik pakaian kotor dan dalam masa yang sama menghilangkan bau hapak.
Sekalipun menggunakan kuasa air sepenuhnya, namun pengguna masih dapat menikmati penjimatan air memandangkan paras kegunaan air akan ditentukan secara automatik berdasarkan berat pakaian yang ingin dibasuh.
Teknologi ?2 dalam 1? bilasan dan pusingan yang digunakan mesin basuh ini juga turut menjimatkan masa dan bekalan elektrik pengguna sehingga 50 peratus berbanding penggunaan mesin basuh biasa.
Bagi anda yang tidak sabar-sabar untuk menguji kehebatan mesin basuh tanpa sabun ini, ia kini sudah berada di pasaran dengan tawaran harga RM3,999.
Tidak hanya menikmati kehebatan teknologi yang ditawarkan mesin basuh ini, anda juga bakal menerima tempoh jaminan (waranti) sehingga lima tahun termasuk perkhidmatan pemeriksaan teknikal VIP tahunan sepanjang tempoh jaminan tersebut.
Pada majlis yang sama, Haier turut menandatangani perjanjian persefahaman dengan empat pengedar utama Haier dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura bagi membolehkan mereka memasarkan 10,000 mesin basuh Natural Wash di negara masing-masing.
Selain mesin basuh Natural Wash, Haier turut memperkenalkan rangkaian produk terbaru mereka termasuk LCD, penghawa dingin dan TV Plasma yang akan menembusi pasaran Malaysia sepanjang tahun ini. |
|
|
|
|
|
|
anakperantau This user has been deleted
|
Reply #119 menachi's post
semi auto pun memang ok.. walaupun saya pakai auto tapi rumah mak dan mak mertua pakai lagi semiauto ni.. kalau pandai jaga bertahun jugaklah tahan... yelah adalaha kelemahan macam tak boleh basuh banyak2 sangat, kalau baju kotor like baru balik dari menoreh getah ke... biasanya dulu masa arwah abah ada saya pusing 2-3 kali.. Lepas tu arwah pula cerewet bab2 baju campur2 dgn baju lain, baju sembahyang mesti nak asing..so kalau semi auto senanglah... apa2 pun, pada saya semua orang ada reasons tersendiri kenapa pakai auto, semi auto, FL or TL...
~ Bersyukur ada mesin basuh walau tak secanggih mana |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razifah at 6-9-2006 07:44 PM
Mencuci pakaian tanpa guna sabun?
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
Dua model menunjukkan mesin basuh Haier terbaru yang membolehkan pengguna mencuci pakaian tanpa menggunakan sabun pencuci.
Bagi anda yang tidak sabar-sabar untuk menguji kehebatan mesin basuh tanpa sabun ini, ia kini sudah berada di pasaran dengan tawaran harga RM3,999.
--- ...
:mak aih! rege! pk 100x jugak la kalo nak beli |
|
|
|
|
|
|
spidernfly This user has been deleted
|
Originally posted by wa'ah at 6-9-2006 05:14 PM
FL lagi bersih dari top loading even top loading semi-auto.. dah try pakai ketiga2 jenis..tu yg hati tertarik nak beli mesin basuh baru FL
mmg tak pernah pakai TL punya washer. i grew up with FL punya washer so thats why bila i beli for my self pun i get yg FL punya |
|
|
|
|
|
|
spidernfly This user has been deleted
|
ok la tu RM$4000....
kat sini yg paling mahal is AUD$3000...still kena guna sabun & its not even a washer dyer combo.
baik beli washer dryer combo... baru ADU$1800 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Sofea at 12-7-2006 06:20 PM
Barangan ELBA ni memang tak bagus pun. Apa-apa pun janganla pakai ELBA. Murah tapi hampeh :geram:. Tak pernah pakai tapi ada kawan and relative yang pernah pakai..umur tak panjang ELBA ni, cepat ro ...
:bgrin:
mesin basuh my mom singer... dh lebih 16 tahun buat kerja berat.... so far dua kali je enjin dia rosak... sekarang ni bunyi agak bising tp masih pakai sbb elok lagi... setakat bunyi bising tu no hal yg penting baju2 tu mesin tu yg cuci |
|
|
|
|
|
|
|
tadi amek gambar rumah..ada lar terselit gambar washing machine kat sini...heheh
brand LG
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pink at 12-9-2006 09:47 PM
tadi amek gambar rumah..ada lar terselit gambar washing machine kat sini...heheh
brand LG
baper kg nie pink?
baper lame dah pakai? |
|
|
|
|
|
|
|
ha..baru teringat..
ader saper yg pegi warehouse sale eloctrolux sabtu lepas (9 sept 2006)?
ana ralat jugak tak dpt nak bgtau korang suma.
balik dr opis jumaat lepas, sesaje beli the star.
tgk ader iklan kecik warehouse sale electrolux.
kat umah plak tak de phone line...
ana pegi gak..tp terlewat sket..tak sedar alarm bunyik..hehe.
ok jugak...6.5kg rege asal dlm rm2680 (rasanyer) jadik rm1400. yg bwh lg pon ader...yg rege rm5K jadik rm2500++ pon ader..tp rasanyer hari tu nampak seketul jerk.
time ana pegi...most of wm dah abis dirembat.
dish washer pon ader gak..tp limited la..ader 6 jek rasanyer.. |
|
|
|
|
|
|
|
mesin masuh zu dh rosak,,jenama SHARP,,,2-3 hari ni boleh pusing skit2x lagi,,tapi ari ni dh tercabut dh pemutar di dlmnya......kalaulah zu kerja,,ari ni gak zu gi kedai beli baru......:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anasaze at 13-9-2006 10:41 AM
baper kg nie pink?
baper lame dah pakai?
7kg...dryer 3.5kg...
baru aje pakai 2-3 bulan..tapi ok so far.cuma tempat letak soflan dia aje tak berapa clear...soflan senang melekat kat situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zurin_79 at 13-9-2006 01:22 PM
mesin masuh zu dh rosak,,jenama SHARP,,,2-3 hari ni boleh pusing skit2x lagi,,tapi ari ni dh tercabut dh pemutar di dlmnya......kalaulah zu kerja,,ari ni gak zu gi kedai beli baru......:hmm:
skrg zu basuh pakai tangan je ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pink at 13-9-2006 01:47 PM
skrg zu basuh pakai tangan je ke?
smalam my hubby dh repair sendiri,,,elok pulak ari ni...(niat di hati,,,,...kalau rosak,,,leh dpt baru...he...he..jahatnya:geram Mesin tu kdg buat hal,,,tak putar... Tapi sib baik,,,spin okay lagi,,,tu yg paling penting tu...Last week,,,hubby dh survey mesin baru...tapi biasalah my hubby jenis survey banyak kedai dulu baru nak beli...:jeling: |
|
|
|
|
|
|
|
ramai yang kata electrolux bagus dlm forum ni...
menarik betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zurin_79 at 14-9-2006 02:16 PM
smalam my hubby dh repair sendiri,,,elok pulak ari ni...(niat di hati,,,,...kalau rosak,,,leh dpt baru...he...he..jahatnya:geram Mesin tu kdg buat hal,,,tak putar... Tapi sib baik,,,spin ok ...
hehe...nampaknya kena tunggu mesin betul2 rosak la baru beli baru tu.tak pe..tunggu survey2 dulu ...pink pun suka mcmtu...pegi 10 kedai baru dpt 2-3 barang rumah... |
|
|
|
|
|
|
|
Washing machine..semi @ auto?
nak mintak pendapat korang somu la
igt nak bli mesin basuh..elok yg semi @ auto
yg x cpt rosak dan senang maintenance nyer :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
auto laaaa..aku paling mls nak beli yg semi2 nie..leceh jer baik basuh pakai tgn jer..baik ko beli yg auto..ko tekan jer suiz pastu jalan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by putri22 at 19-9-2006 10:43 AM
auto laaaa..aku paling mls nak beli yg semi2 nie..leceh jer baik basuh pakai tgn jer..baik ko beli yg auto..ko tekan jer suiz pastu jalan..
ade efek x kat baju cth cpt reput ker :nyorok:
cpt rosak x mesin tur :geram: |
|
|
|
|
|
|
| |
|