CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: soul

~MERGED~ Asal Usul Bangsa Melayu

[Copy link]
Post time 7-7-2008 11:03 AM | Show all posts
Kendi kuatkan teori Melayu dari Champa
Oleh Hussain Said



SALAH satu kendi yang ditemui Sungai Mentakab, Pahang berusia lebih 2,000 tahun.

PENEMUAN kendi berusia ribuan tahun tertanam di kawasan bukit berdekatan sungai di Mentakab, Pahang baru-baru ini menguatkan teori asal usul masyarakat Melayu zaman logam, sekitar 2,000 tahun lalu yang dikatakan dari Vietnam Utara dan Champa.

Kendi atau istilahnya dalam perkataan Sanskrit kundika adalah tempat menyimpan air yang biasanya diperbuat daripada logam seperti gangsa dan tembaga atau seramik.

Selain menjadi tempat menyimpan air, kendi yang mempunyai signifikan tersendiri berdasarkan reka bentuk dan lakarannya yang unik turut digunakan bagi menyimpan wangi-wangian, mereneh ubat, upacara keagamaan dan perkahwinan.

Lazimnya, kendi yang diperbuat daripada logam digunakan golongan bangsawan yang dikenali sebagai 'Kendi Diraja' untuk dijadikan tempat mereka meludah dan sebagai tepak sirih yang mesti ada berdekatan.

Dalam konteks zaman moden selepas kedatangan Islam, kendi dijadikan tempat menyimpan air suci iaitu air zam-zam dan ketika ini kendi yang diperbuat daripada logam sukar diperoleh berbanding jenis seramik.

Pembuat kendi selalunya menjadikan haiwan mengkarung, cicak, buaya sebagai identiti ukiran hiasan kendi yang dihasilkan selain imej burung, kerbau, muka manusia, rebung dan buluh.



Keistimewaan dan keunikan sesebuah kendi itu selalu berdasarkan ukiran serta material yang digunakan dan kedua-dua faktor itu juga melambangkan kemewahan kepada pemiliknya.

Penemuan dua lagi artifak sama di Port Dickson dan Terengganu, juga berdekatan kawasan sungai selepas itu mengukuhkan lagi teori kewujudan peradaban Kerajaan Melayu Maritim sezaman dengan Kerajaan Langkasuka, Champa dan Funan.

Pengkaji sejarah tamadun alam Melayu, Wan Ahmad Arshad, yang menemui dan memiliki ketiga-tiga artifak itu berkata, zaman logam mula berpengaruh di Nusantara Melayu berdasarkan teori penghijrahan dari Vietnam Utara dan Champa.

Kebanyakan institusi peradaban purba mempunyai akar umbi 'riverine maritime' yang kukuh serta strategik dan peradaban awal ini dipercayai berevolusi daripada masyarakat pra sejarah yang hidup secara nomad atau masyarakat pertanian yang terpimpin.

"Berdasarkan sumber bertulis China, seawal milenium pertama sebelum masihi dan selewat-lewatnya kurun ke-2 masihi sudah muncul kerajaan awal di alam Melayu seperti Dong Son, Vietnam Utara; Fu-Nan, Lembah Sungai Mekong; Champa, Vietnam Tengah; dan Langkasuka, Selatan Thailand-Kedah," katanya.

"Antara alasan perpindahan atau penghijrahan itu termasuk mencari tempat baru bagi putera raja atau mencari negeri baru untuk dibuka serta diterokai selepas kalah dalam peperangan.

"Komuniti yang berpindah ini umumnya dipimpin seorang raja dan disertai oleh kerabat, menteri, hulu balang, bala tentera dan rakyat. Gambaran ini terdapat dalam sejarah Melayu mengenai pembukaan negeri Melaka itu sendiri," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak menolak penemuan tiga artifak kendi itu menjadi bukti arkeologi yang kukuh mengenai kewujudan sebuah peradaban Melayu awal setidak-tidaknya pada kurun pertama masihi.

"Berdasarkan reka bentuk kendi yang ditemui di Mentakab yang unik, seperti seekor burung mahawangsa bersayap, berparuh dan berkaki empat, bahagian pemegangnya mempunyai imej haiwan mengkarung dan material gangsa yang digunakan untuk membuatnya, ia jelas menunjukkan ciri-ciri artifak purba zaman logam atau budaya Dong Son.

"Manakala reka bentuk burung mahawangsa berkaki dua dengan tandu di atas badannya yang ditemui di Pasir Panjang, Port Dickson banyak persamaan dengan artifak yang ditemui di Mentakab.

"Jadi, saya tidak menolak kemungkinan kedua-dua artifak itu adalah berpasangan sekali gus mengukuhkan lagi teori kewujudan peradaban Melayu zaman logam yang menjadikan kawasan pesisiran perairan sebagai tapak pentadbiran kerajaan," katanya.

Wan Ahmad yang juga pemilik Galeri Pusaka Moyang (GPM) di Senawang, Negeri Sembilan berkata reka bentuk ketiga-tiga artifak itu juga tidak melambangkan reka bentuk lazim artifak di zaman Kesultanan Melaka yang banyak dipengaruhi reka bentuk Arab, China, Indo-China dan Eropah.

"Ini membawa kepada andaian artifak ini berasal dari zaman logam, yang berlaku sekitar milenium pertama sebelum masihi. Zaman logam mula berpengaruh di nusantara Melayu berdasarkan teori penghijrahan dari Vietnam Utara dan Champa di mana lokasi asal artifak zaman logam banyak ditemui," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan artifak yang ditemui di Mentakab itu mempunyai kaitan dengan dakwaan penemuan kota purba - Kota Gelanggi, di Johor pada 2003.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2008 12:54 AM | Show all posts
Originally posted by nal at 22-7-2006 09:34 AM
Benda yang dibuat atas dasar Assobiyyah memang cam tu. Itu sbb Nabi tak beri.

PERSOALAN?
1. Siapa lak BAPAK orang Melayu ni?
2. Siapa pulak orang Kelantan Sebenar? Kelantan kan hanya neger ...


kelate baru ader abad 18 konfem awak nih xblajar history masa skolah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 01:50 AM | Show all posts
best jugak tau asal-usul org melayu..ekceli org melayu nieh bukanklah asli sangat..dah campur, dan mesti diingat org melayu suka gaks berpindah randah dan mengembara di samping berlayar..maka bertebaranlah org bergenetik melayu di muka bumi...dan byk pertembungan dgn bangsa2 yang lain..dan diakhirnyer dengan islam, smua bangsa2 yg berasimilasi nieh jadi melayu ...aku percaya yg melayu tuh cuma islam bukan secara genetiknyer...sbb aku ader dengar kat pantai timur, byk org arab ngan cina (tgk peta , kan dekat ngan indo china) kahwin campur, kat pantai barat cthnyer perak, byk gaks keturunan turki zaman utmaniah yg lari masa perang2 dulu...smua nyer dah rojak dah..mmg bangsa yg sangat2 rojak...bayangkan org jawa yg bukan islam, sebaik saja dtg ke tanah melayu terus jadi islam dan nama pun secara lama-kelamaan lebih kearaban...jd bagi aku melayu itu wujud pada agamanya, bukan genetiknyer, sbb kalau buat kajian genetik, mmg org akan kompius punya..sbb org india adalah dari afrika, org arab pun dari india...jd org melayu, yg dihimpit oleh tamadun china dan india..mesti ada percampuran kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 03:13 PM | Show all posts

ASAL USUL BANGSA MELAYU

Originally posted by tongkatali at 19-5-2009 20:42


Terasaagak LUCU bila membaca artikel tentang DAKWAAN bahawa Hang Tuah 5 Bersaudara itu CINA...masih ada lagi rupanya pihak yangtidak puas hati dengan MELAYU. Hujah...kononnya KAJIAN yang dilakukanadalahmelucukan...lemah...keabsahannya boleh dipertikaikan.Keranaapanya...???

1...Ia hanya memetik dari sumber yangtidak diketahui...kononnya kajian "SULIT"..."RAHSIA". Justeru siapapunboleh mendakwa...macam-macam boleh kata .
2...Kajianhanya berkisar tentang Melaka...adakah Melakalah HAKIKAT bermulanyaMelayu...ini SALAH...BOHONG ! Sejarah Melayu telah bermula lebih awaldari sejarah Melaka itu sendiri. Di mana Melaka hanyalah SEBAHAGIANdaripada DUNIA MELAYU khususnya dan NUSANTARA amnya. Ingin mengkajisejarah Melayu WAJIB mengkaji sekurang-kurangnya seawal abad ke-8Masehi...kaji sejarah kerajaan-kerajaan awal di Nusantara ini.
3...Parameswara berasal dari Indonesia (Sumatra...nampak sangat artikel ini dari Indonesia ...sama macamyang dulu-dulu). Dulunya mana ada Indonesia...semua TANAH yangada dirantau ini adalah SATU (bunyi macam 1 Malaysia ).Pada setiap masa akan ada sahaja sebuah kerajaanPUSAT(kekhalifahan...selepas kedatangan Islam...sekitar abad ke-9)yangmengawal alam Nusantara ini...kalau tidak sepenuhnya,mungkin sebahagiannya).
4...Selepas kedatangan Islam (kajianterbaru di Lembah Bujang seperti yang didedahkan oleh Majalah 3...membuktikan bahawa Islam telah bertapak di alam ini khususnya TanahMelayu seawal abad ke-8 Masehi) sejarah Melayu sebenarnya tidak bolehdipisahkan dengan sejarah kedatangan Islam di rantau ini. Ianya telahsebati...Melayu dirujuksebagai Islam...Melayu mesti Islam dan orangIslam di sini juga digelarMelayu (JAWI). Sesiapapun boleh menjadiMelayu asalkan ISLAM, tinggalmenetap di kepulauan ini dan mengamalkanadat istiadat Melayu. Bukan sahaja Hang Tuah 5 Bersaudara, sesiapasahaja dari benua HINDI (KELING)...ARAB...TURKI...mungkin MONGGOLIA ...akan dipanggil MELAYU jika memenuhi syarat di atas.


Aku kadang-kadang tertanya-tanya juga sejak bila istilah MELAYU itu digunakan...inikerana sebelum ini, "bangsa-bangsa" yang menjadi Melayu ini lebihdikenali mengikut nama daerah atau NEGERI mereka...misalnya orangPATANI, orang JAMBI, orang ACHEH, orang BRUNEI, orang JOHOR, orangBUGIS dalan sebagainya. Sepatutnya perbincangan bukannya soal Hang Tuahitu Melayu atau Cina...ia sepatutnya mengkaji sejak bilakah orang-orangdi NUSANTARA ini dirujuk sebagai MELAYU...adakah sesudah mereka secaraKESELURUHANNYA memeluk ISLAM ( sejak abad ke-8 Masehi) atau bila ???Yang uniknya bangsa MELAYU adalah antara beberapa bangsa di dunia iniyang memeluk Islam secara TOTAL selain bangsa ARAB dan BOSNIAK (iaituorang-orang MUSLIM BOSNIA yang sebelum itu menganuti agama kristianMONOTEISME...satu-satunya di Eropah...yangmana cara beribadahnya miripkepada Islam). Jadi kenapa orang-orang Melayu mudah memeluk ISLAMsedangkan mereka sebelum itu menganuti (kononnya) HINDU dan BUDDHA.Adakah anutan Hindu dan Buddha orang-orang Melayu sebelum kedatanganIslam sama dengan amalan Hindu dan Buddha di India, Ceylon dan China??? Berkemungkinan mereka (Melayu) ini mengamalkan ajaran Hindu danBuddha yang berbeza dengan amalan Hindu dan Buddhasekarang...berkemungkinan sama dengan kes orang-orang BOSNIAK...iaitu MONOTEISME.Ini tidak pelik kerana ada kajian yang menunjukkan bahawa agama-agamaseperti Hindu dan Buddha ASALnya adalah ISLAM...iaitu dari ajaran NABIIBRAHIM AS yang kemudiannya telah DISELEWENGKAN...walaubagaimanapunketika itu di kepulauan Melayu ini penyelewengan tersebut belum lagiparah...jadi mudahlah orang-orang yang kemudiannya disebut Melayu itumemeluk ISLAM. Sekarang ini sudah ada seruan bagi mengkaji arah KIBLATcandi-candi lama yang terdapat di rantau ini. Sebenarnya sudah adakajian yang menunjukkan bahawa usia patung-patung di candi-candiseperti di Kemboja...termasuk di Lembah Bujang adalah berbeza denganusia sebenar candi-candi itu tadi, di mana candi-candi itu dikatakanberusia lebih tua dari usia patung-patung yang terdapat di situ...jadifikir-fikirkanlah .
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 03:40 PM | Show all posts
Menurut Prof. SHAHARIR MOHAMAD ZAIN, Tamadun Melayu telah wujud seawal abad ke-2 Masehi lagi. Tamadun Melayu pada masa itu bukan sahaja meliputi bidang sastera, bahkan juga meliputi bidang sains dan teknologi. Bukti ketinggian Tamadun Melayu ialah dengan kewujudan bahasa berilmunya yang dikenali sebagai bahasa KUNLUN oleh Tiongkok (China) atau KOLAN oleh dunia barat iaitu YUNANI. Berkenaan dengan kemajuan dalam bidang penulisan pula, Melayu telah mendahului kebanyakan bangsa Eropah, khasnya Inggeris, kerana tulisan tertua Melayu (KUNLUN) ialah pada abad ke-4 Masehi, sedangkan tulisan tertua Inggeris bertarikh abad ke-8 Masehi.Dalam bidang seni bina, kehebatan tukang-tukang Melayu telah terkenal keserata pelusuk dunia. Kehebatan dlam seni bina bukan sahaja dipersaksikan dunia dengan keajaiban tinggalan candi-candi di Kemboja (Melayu FUNAN) dan Vietnam (Melayu Champa) sejak abad ke-5 Masehi. Paling hebat ialah candi Borobudur di Jawa Tengah yangdibina oleh Melayu Sriwijaya-Sailendra pada abad ke-8 Masehi. Juga terbukti kehebatan tukang-tukang Melayu apabila catatan Tiongkok ada menyebut bahawa tukang-tukang Melayu diundang bagi membina kuil atau candi-candi di merata tempat di negara mereka sepanjang abad ke-6 hingga abad ke-13 Masehi. Orang Melayu Champa pula sudah pandai membuat baju besi pada abad ke-6 Masehi, orang Melayu   Melaka dan Patani sudah tahu membuat senapang dan Meriam yang menurut catatan Feringghi dan Belanda lebih hebat daripada buatan orang-orang Eropah pada masa itu. Orang-orang Melayu juga tersangat hebat dalam bidang MARITIM dan perkapalan. Orang-orang Melayu pandai membina perahu kolek dan kapal besar yang digelar JUNG (JONG)...diIggeriskan sebagai JUNK..., antara yang terhebat ialah kapal MENDAM BERAHI pada zaman Melaka sehingga diakui sebagai paling hebat pada masa itu. Terdapat dalam catatan seperti Sepanyol di mana nama-nama Melayu seperti Henry The Black (Panglima Hitam)  yang dibawa belayar oleh pelayar Agung Maggelan pada abad ke-16 dalam pelayaran mengelilingi dunia...kemudian Maggelan tidak sempat menamatkannya kerana dibunuh oleh orang-orang Melayu di Filipina.

...bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 03:52 PM | Show all posts
EMPAYAR FUNAN (Segenting Kra)




Disebut sebagai Kerajaan Melayu Terawal. Kerajaan ini dikatakan
musnah pada sekitar abad ke-7 Masehi.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2009 03:54 PM | Show all posts
EMPAYAR CHAMPA DI SELATAN VIETNAM


Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 04:00 PM | Show all posts
KEMUNCULAN EMPAYAR SRIWIJAYA

Selepas kejatuhan empayar Funan, muncul pula Empayar Sriwijaya. Srivijaya ialah sebuah kerajaanMalaya yang berpusat di Palembang, Sumatera. Kerajaan ini diasaskan pada akhirkurun ke-7. Ia mula muncul sebagai empayar selepas kejatuhan Kerajaan Funan (SegentingKra) pada abad ke-7 Masihi. Pusat pemerintahan kerajaan ini terletak di PantaiTimur Sumatera, Selatan Palembang dan Jambi. Ia diasaskan oleh Dapunta Hyangpada tahun 683 Masihi. Srivijaya berada pada puncak kekuasaannya di antara kurunke-8 hingga kurun ke-11. Pada zaman kegemilangannya, ia telah berjaya menaklukkerajaan-kerajaan lain sehingga membentuk sebuah empayar Melayu yang pertama diGugusan Kepulauan Melayu. Antara kerajaan-kerajaan yang pernah ditakluk olehEmpayar Srivijaya ialah Kerajaan Ligor di Selatan Thai yang ditawan pada 775Masihi, Semenanjung Melayu termasuk Kerajaan Kedah Tua, bahagian Timur Sumateratermasuk Jambi, Jawa Barat dan Borneo Barat. Seperti empayar lain, EmpayarSrivijaya mempunyai beberapa ciri yang menunjukkan ia adalah sebuah empayar.



PRASASTI KEDUKAN BUKIT


Terdiri dari 10 baris

Transcription :
1. Swasti cri cakawarsatita 605 ekadaci cu
2. klapaksa wulan waicakha dapunta hiyang nayik di
3. samwau manalap siddhayatra disaptami cuklapaksa
4. wulan jyesta dapunta hiyang marlapas dari Minanga
5. Tamvan mamawa yam wala dualaksa danan koca
6. duaratus cara di samwau danan jalan sariwu
7. tluratus sapulu dua wannakna datam di Mukha Upang
8. Sukhacitta di pancami cuklapaksa wulan
9. laghu mudita datam marwuat wanua
10. Criwijava siddhayatra subhiksa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2009 04:07 PM | Show all posts
EMPAYAR SRIWIJAYA







[ Last edited by  tongkatali at 22-5-2009 16:12 ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 04:14 PM | Show all posts
SRIVIJAYA: Formation and growthLittle physical evidence of Srivijaya remains.

According to the Kedukan Bukit Inscription,dated 605 Saka (683 AD), the empire of Srivijaya was founded by DapuntaHyang 莚i Yacanaca (Dapunta Hyang Sri Jayanasa). He led 20,000 troops(mainly land troopers and a few hundred ships) from Minanga Tamwan(speculated Minangkabau) to Jambi and Palembang.

The empire was a coastal trading centre and was a thalassocracy. As such, it did not extend its influence far beyond the coastal areas of the islands of Southeast Asia, with the exception of contributing to the population of Madagascar 3,300 miles to the west. Around the year 500, Srivijayan roots began to develop around present-day Palembang, Sumatra, in modern Indonesia. The empire was organised in three main zones梩he estuarine capital region centred on Palembang, the Musi Riverbasin which served as hinterland, and rival estuarine areas capable offorming rival power centres. The areas upstream of the Musi river wererich in various commodities valuable to Chinese traders.

The capital was administered directly by the ruler while the hinterland remained under its own local datus or chiefs, who were organized into a network of allegiance to the Srivijaya maharaja or king. Force was the dominant element in the empire's relations with rival river systems such as the Batang Hari, which centred in Jambi. The ruling lineage intermarried with the Sailendras of Central Java.


[url=http://en.wikipedia.org/wiki/Fileandi_Gumpung,_Muarojambi.jpg][/url]

[url=http://en.wikipedia.org/wiki/Fileandi_Gumpung,_Muarojambi.jpg][/url]
Candi Gumpung, a Buddhist temple at Muaro Jambi of Malayu Kingdom, later integrated as one of Srivijaya's important urban center.


Under the leadership of Jayanasa, the kingdom of Malayubecame the first kingdom to be integrated into the Srivijayan Empire.This possibly occurred in the 680s. Malayu, also known as Jambi,was rich in gold and was held in high esteem. Srivijaya recognized thatthe submission of Malayu to them would increase their own prestige.


Chinese records dated in the late 7th century mention two Sumatrankingdoms as well as three other kingdoms on Java being part ofSrivijaya. By the end of the 8th century, many Javanese kingdoms, suchas Tarumanagara and Holing,were within the Srivijayan sphere of influence. It has also beenrecorded that a Buddhist family related to Srivijaya dominated centralJava at that time.

The family was probably the Sailendras.

According to the Kota Kapur Inscription, the empire conquered Southern Sumatra as far as Lampung. The empire thus grew to control the trade on the Strait of Malacca, the South China Sea, the Java Sea, and Karimata Strait.
During the same century, Langkasuka on the Malay Peninsula became part of Srivijaya.

Soon after this, Pan Pan and Trambralinga, which were located north ofLangkasuka, came under Srivijayan influence. These kingdoms on thepeninsula were major trading nations that transported goods across thepeninsula's isthmus.
With the expansion to Java as well as the Malay Peninsula, Srivijaya controlled two major trade choke points in Southeast Asia. Some Srivijayan temple ruins are observable in Thailand and Cambodia.
[url=http://en.wikipedia.org/wiki/Filehaiya_Wat_Kaew.jpg][/url][url=http://en.wikipedia.org/wiki/Filehaiya_Wat_Kaew.jpg][/url]
Ruins of the Wat Kaew in Chaiya, dating from Srivijayan times
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 04:15 PM | Show all posts

Balas #7 tongkatali\ catat

The area of Chaiya Surat Thani Thailand was already inhabited in prehistoric times by Semang and Malayan tribes. Founded in the 3rd century, until the 13th century the Srivijaya kingdom dominated the Malay Peninsula and much of the island of Java from there. The city Chaiya the name might be derived from its original Malay name "Cahaya" (means 'light', 'gleam', or 'glow'). However some scholars identify Chai-ya came from Sri-vi-ja-ya. It was a regional capital in the Srivijaya kingdom of the 5th to 13th century .Some Thai historians even claim that it was the capital of the kingdom itself for some time, but this is generally disputed. Wiang Sa and Phunphin were another main settlement of that time.

At some point in the 7th century, Cham ports in eastern Indochina started to attract traders. This diverted the flow of trade from Srivijaya. In an effort to divert the flow, the Srivijayan king or maharaja, Dharmasetu, launched various raids against the coastal cities of Indochina. The city of Indrapura by the Mekong River was temporarily controlled from Palembang in the early 8th century.The Srivijayans continued to dominate areas around present-day Cambodia until the Khmer King Jayavarman II, the founder of the Khmer Empire dynasty, severed the Srivijayan link later in the same century.

After Dharmasetu, Samaratungga became the next Maharaja of Srivijaya. He reigned as ruler from 792 to 835. Unlike the expansionist Dharmasetu, Samaratuga did not indulge in military expansion but preferred to strengthen the Srivijayan hold of Java. He personally oversaw the construction of Borobudur; the temple was completed in 825, during his reign.

By the twelfth century, the kingdom included parts of Sumatra, Ceylon, the Malay Peninsula, Western Java, Sulawesi, the Moluccas, Borneo and the Philippines, most notably the Sulu Archipelago and the Visayas islands (and indeed the latter island group, as well as its population, is named after the empire).

Srivijaya remained a formidable sea power until the thirteenth century.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 04:21 PM | Show all posts
KERAJAAN GANGGA NEGARA

Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung masa kini dalam negeri Perak, Malaysiadengan Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Penyelidikpercaya bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepasserangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan, antara 1025 dan 1026.Sebuah lagi sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang dikenalisebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung or atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.
Jabatan Muzium telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai sudut termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Muzium Beruas ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut arkeologi.
Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung . Terdapat artifak arca-arca Buddha abad ke- 5 dan ke-6 Masehi di Beruas menunjukkan kewujudan Kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara berpusat di Beruas.
Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dariKedah. Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara dibuka oleh RajaKhmers dari Kemboja.
Kajian lain menyatakan Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dariabad ke-2 Masehi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak didaerah Dinding (Manjong) di kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah Timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah.
Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang Sungai Perak dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput telah dikatakan sebahagian dari jajahan Kerajaan Gangga Negara.
Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan MelayuBeruas tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini.Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruasbukanlah suatu dongengan ataupun mitos semata-mata. Ini berikutanbeberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud dibeberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.
Semua artifak dan gambar berkaitan dengan Beruas dipamerkan di Muzium Beruas.

Asal
Gambar dari Muzium Sejarah Nasional Kuala Lumpur. Patung gangsa abad ke-8 / 8 patung Avalokitesvara Buddha berdiri bertangan 8 dijumpai di lombong bijih Anglo Oriental, Bidor, Perak pada tahun 1936. Ketinggian 79 cm.


Gangga Negara bererti "bandar di Ganges" dalam Sanskrit, nama yang dipetik dari Ganganagar di northwest India di mana penduduk Kambujatinggal. Kambujas merupakan puak Indo-Iranian Aryan dalam keluargaIndo-European, pada asalnya tempatan di Pamirs dan Badakshan. Terkenalsebagai pedagang Hindu, mereka membina koloni mereka di Asia Tenggara sekitar 2,000 tahun dahulu di lembah Mekong dan juga di Malay archipelago di Funan, Chenla, Champa, Khmer, Angkor, Langkasuka, Sailendra, Srivijaya,dll. Pakar sejarah mendapati pedagang Kambuja mengembara dari Gujaratke Sri Lanka dan ke Ligor (Nakhon Sri Thammarat) di utara semenanjungTanah Melayu, merentasi Thailand dan Kemboja.


BeruasPenyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas dimulakan oleh KolonelJames Low pada 1849 dan satu abad kemudian, oleh HG Qlaritch-Males.Menurut Jabatan Antikuiti dan Muzium, kedua penyelidik bersetuju bahawakerajaan Gangga Negara wujud tetapi tidak dapat menentukan dengan pastitapaknya. Selama beberapa tahun, penduduk kampung telah membongkarartifak, termasuk nesan dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruasmungkin merupakan titik mula penyebaran Islam di Semenanjung Malaysia.Kebanyakan artifak, dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini dipamerkandi Muzium Beruas bertarik semenjak abad ke-5 dan ke-6.Artifak yang dipamerkan termasuk meriam 128 kg, pedang, keris pitis,ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan pelbagai era,dan tempayan besar. Melalui artifak ini, ia telah dijangka bahawa Pengkalan (Ipoh), Kinta Valley, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siputmerupakan sebahagian kerajaan Beruas. Artifak turut mencadangkan bahawapusat kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali. Gangga Negaradinamakan menjadi Beruas selepas Islam bertapak di sana.


Pokok BeruasBeberapa batu nesan diraja Aceh turut ditemui di daerah Beruas danini mempunyai bukti kaitan dengan sumber sejarah bahawa putera rajadari Aceh, Sumatra berehat di bawah pokok Beruas, namanya Malik. Sejarah Pasai ada menyebut mengenai Malik ul Salihyang merupakan raja Melayu Hindu tempatan pertama yang memeluk Islampada tahun 1267. Kini pokok beruas telahpun pupus tetapi masih dapatdijumpai di perkampungan berhampiran di Pengkalan Baru dan Batang Kubu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 04:23 PM | Show all posts
KERAJAAN LANGKASUKA





Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China), Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore) yang terletak di kawasan yang dikenali sebagai Pattani (dahulunya Kedah). Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung Malaysia. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu.Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 masihi.Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah ke Pattani. Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama masihi.
Nama Langkasuka juga ada disebut dalam tulisan-tulisan Melayu dan Jawa, sementara tulisan-tulisan dari China pernah menyebut sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu atau Lang-chia-shu. Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta dihantar pada tahun 523, 531 dan 568 masihi. Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri naungan kepada Kerajaan Srivijaya dan pada kurun ke-15 ia digantikan dengan Kerajaan Pattani.
Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai satu ekspedisi Cambridge ke Langkasuka dan Tambralinga. Maklumat mengenai ekspedisi ini boleh didapati melalui buku "The Naga King's Daughter", terbitan Antara Books.

Patani dan LangkasukaNegeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri di Semenanjung Melayu seperti Melaka, Johor dan Selangor. Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India bernama Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla Universitydi Patani, Seni Madakakul bahawa Langkasuka itu terletak di Patani.Pendapat beliau ini didukung oleh sejarawan lain seperti Prof. ZainalAbidin Wahid, Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly.
Lebih jauh bahkan Sir John Braddle menegaskan bahawa kawasan timurLangkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, dari Senggora,Patani, Kelantan sampai ke Trengganu, termasuk juga kawasan sebelahutara negeri Kedah (M. Dahlan Mansoer, 1979).
Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa,ada menyebut bahawa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagianterletak di negeri Kedah iaitu terletak di kawasan tebing sungaiMerbok. Sebagian lainnya terletak di sebelah timur Kedah, yaitu dipantai Laut China Selatan. Dalam hal ini Prof. Paul Wheatly tanpa ragumengatakan bahwa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapatbeliau dikuatkan dengan temuan kepingan batu-batu purba peninggalankerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota padamasa itu). Konon, menurut buku Negarakertagama, Jerang atau Djeremerupakan ibukota Langkasuka.
Sedangkan asal usul orang Patani menurut para antropolog berasaldari suku Jawa-Melayu. Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mulamendiami Tanah Melayu. Kemudian berdatangan pedagang Arab dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang.
Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan Chinasejak sebelum masehi. Seorang pengembara China menyebut bahawa ketikakedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 masehi, ia mendapati negeriitu telah lama dibuka.






[ Last edited by  tongkatali at 22-5-2009 16:42 ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 06:44 PM | Show all posts
Kerajaan Gangga Negara and Langkasuka were not Malay kingdom .. they were "Mon Khmer" Kingdom but was malaynized by Sriwijaya when Sriwijaya extended their power to northen peninsula ...

Also there are still no supporting facts that Champa and Funan were Malays ... this issue is still debatable among historians ..

Please note that our official history of Malaysia is fake  ....

[ Last edited by  langkasukan at 22-5-2009 21:15 ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 08:25 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 22-5-2009 16:23
http://img177.imageshack.us/img177/8018/posterqueenee9dd9.jpg  


aku suka tgk gambar hulubalang kepada raja perempuan langkasuka ni..
tak tau pulak aku ada keris yg besar n panjang macam pedang..
tapi citer queen of langkasuka ni memang best..
tapi lagi best kalo org melayu sendiri boleh bikin filem sejarah sendiri..
bukannya orang luar yg bikin filem sejarah bangsa melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 08:36 PM | Show all posts
Originally posted by langkasukan at 22-5-2009 18:44
Kerajaan Gangga Negara and Langkasuka were not Malay kingdom .. theywere "Mon Khmer" Kingdom but was malaysiced by Sriwijaya when Sriwijayaextended their power to northen peninsula ...

Also there are still no supporting facts that Champa and Funan were Malays ... this issue is still debatable among historians ..

Please note that our official history of Malaysia is fake  ...


Mon Khmer? bangsa ape tu?
apsal pakaian orang langkasuka macam orang melayu sekarang ni?
ker pakai orang melayu tengkolok n keris ni asalnya dari China jugak?

wilayah selatan thai (wilayah moden langkasuka) tu orang melayu Islam la bai..
majoriti sana semua cakap bahasa melayu sejak zaman berzaman.. sampai la ni, majoriti tak tau bahasa THAI..
so apa kejadahnya n kaitannya dgn Mon Khmer? terangkan sket, aku kureng paham bab ni..

wilayah selatan siam yg bersaudara n berdarah melayu kena tindas dgn orang thai kita cuma bole tgk jer (tragedi tak bai)..
under sistem korup demokrasi, sistem ni telah memecahkan banyak wilayah majoriti muslim..
under sistem korup demokrasi ni juga menghalang kita untuk masuk campur n bantu saudara yg di tindas secara sistematik..
apa lah malang nasib orang Islam yg ada pada zaman ni... org malaya mungkin belum terasa, sebab belom ada musibah besar terkena kat batang hidung mereka.. maseh lagi LEKA dgn dunia masing2.. tunggu nati sampai ketika nya..
yg sodehnya, maseh ada Muslim yg membuta tuli sokong sistem korup demokrasi yg banyak bagi kelebihan kpd musuh2 Islam.. sistem ni terang terangan menindas muslim di seluruh dunia, cuba buka mata dan lihat sekeliling..

under sistem korup demokrasi, ia bertujuan menghalang muslim dari bersatu dan membentuk sistem KHILAFAH..
IRAN yg kononnya sebagai negara pembela umat Islam cuma sandiwara demokrasi saja yg  selalu dicanang oleh media..
bertujuan supaya majoriti muslim leka menyimpan harapan kosong kpd IRAN utk membela umat Islam n palestine khususnya..
sedangkan hanya sistem KHILAFAH saja yg mampu membela nasib orang Islam dan menyatukan semua manusia..
itu yg sepatutnya majoriti muslim perjuangkan.. menegakkan kembali sistem khilafah yg cukup di geruni oleh musuh Islam..
bukan memberi support kpd sistem korup demokrasi yg juga di TENTANG oleh SOCRATES (guru kepada plato n aristotle)..
.
yup, dah ada segolongan org yg sedar sejarah yg di tulis dalam buku sekolah adalah sejarah malaysia versi penjajah british..
sejarah melayu dan agama Islam di Tanah Melayu BUKAN bermula dari kisah Parameswara dan Melaka..
kisah nya bangsa melayu dan Islam di Nusantara lebih lama dari tu...
mungkin ada seseorang dalam bod ni yg boleh jelaskan...

[ Last edited by  capiloton at 22-5-2009 21:16 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2009 02:17 AM | Show all posts
Deutero-Malays


Melayu yang ada di Malaysia sekarang adalah Deutero-Malays. Mereka adalah gabungan bangsa perantau seperti  Indians, Chinese, Siamese, Arabs, dan Proto-Malay, dan membentuk satu budaya sendiri yang dinamakan budaya Melayu yang berusia beribu tahun. Adalah tidak tepat apabila orang Cina totok, yakni Cina asli yang berasal daripada Tanah Besar China mengaku bahawa Malaysia ini mereka punya. :@
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 12:35 PM | Show all posts
Mon Khmer? bangsa ape tu?


It is also wellknown as Austroasiatic peoples (Mon-Khmer is a specific branch of Austroasiatic).

http://www.ling.hawaii.edu/austroasiatic/
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 04:21 PM | Show all posts
keris taming sari sebenar besar macam pedang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 06:24 PM | Show all posts
Kachin





Kaya





Kayin





Chin





Bamar





Mon





Rakhine





Shan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 10429 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 6963 Replies : 3
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak buat konten!
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 5435 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12
Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, tersidai di airport palsukan tiket pelanggan bagai
maklukpenggodaRamai katanya ditipu acik Kim Seri, ters
Views : 17024 Replies : 66
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 309948 Replies : 8926
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27597 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.079664 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list